Kerana Janji
Bab 123
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
85

Bacaan






Selesai meeting. Mereka semua bersurai. Tak ada  hal penting pun cuma meeting biasa-biasa je. Dato' rindu dekat kami. Sejak Encik Zack ambil alih office ni memang tak pernah lagi Dato' masuk office. Kami dengan Dato' okey je, siap gurau-gurau lagi. Macam bapa dengan anak. Dato' sangat sporting. Memang boss paling baik di dunia. Tak macam anak sulungnya ni, masuk je dah berlagak. Poyo pula tu, tapi dah okey dah. Hampir-hampir sporting jugalah. Jenuh nak layan boss model ni. Mujurlah hujung minggu tak kerja, aku rasa kalau kerja memang aku jadi gila dah. Tapi Encik Zack hujung minggu memang busy, busy jadi model. Aku pun tak tahu model apa. Bila aku tanya dia cakap, adalah. Apa yang ada aku pun tak tahulah. Sukahatilah Encik Boss. Janji Encik Boss happy.

Baru je nak duduk, Encik Zack call suruh masuk kebiliknya. Tanpa berlengah, aku terus je bangun dan menuju kebiliknya.

"Ya Encik Boss ada apa?" Tanyaku. Terus duduk didepannya, tanpa disuruh. Aku menongkat dagu memandangnya. Dia sibuk menghadap buku, buku motivasi. Boleh tahan. Langsung tak jawab pertanyaan aku. Aku berkerut. Dia buat selamba je. Dahlah panggil aku lepas tu buat tak tahu. Apa kena entah.

"Encik Boss..!! Saya tanya kut. Selamba je.." aku merungut.

" Apa dia?!"

" Ada apa Encik Boss panggil saya ni?"

" Tak ada apa. Saja.!!" Dia terus membaca. Aku tercengang. Dah kenapa dia ni. Sakit kut.

" Pelik. Dah lah, saya nak keluar.."

" Apa salahnya temankan saya. Awak kan P.A saya. Kan..!!" Dia mengangkat kening. Senyum padaku.

" Saya P.A atas urusan kerja je ek. Bab-bab teman ni, sorry.. Bukan saya.. Byee!!" Kataku tegas. Menjeling pada dia. Mentang-mentang aku P.A tak rasmi,dia nak ambil kesempatan pula. Nak kena penumbuk padu aku kut. Aku terus melangkah ke pintu. Encik Zack gelak. Pertama kali aku dengar dia gelak besar. Sebelum aku buka pintu aku sempat menoleh padanya dan menjeling tajam padanya. Tangan terus memulas tombol pintu. Dan...

" Aliaaaaa!!!" Terkejut aku. Terpaku seketika. Cik Erisya menjerit sergah aku. Hampir tercabut nyawa aku sebab terkejut. Terdiam. Fuh!! Gelak besar Cik Erisya. Lalu terus masuk ke dalam semula dengan menarik tangan aku ke meja Encik Zack.

"Ya Allah..!! Cik Erisya ni suka buat saya terkejut kan. Selamat panjang umur lagi ni.." aku menarik nafas dalam. Mengurut dada. Dia sambung gelak lagi. Encik Zack pun gelak kecil.

"Saja buat surprise. Janganlah marah, nanti Mr. Arkitek awak lari.. " Amboi.. pandai memerli sekarang. Aku buat muka selamba.

" Mehlah duduk.." Aku ikut je apa dia cakap. Senyum.

" You macam mana dah sihat? Sorry lah tak dapat nak melawat you. I busy sangat dekat sana.." tanyanya.

"Alhamdulilah. Sihat dah. Tak apalah, Cik Sya kan jauh dekat Terengganu tu. Tak payah susah-susah.."jawabku jujur.

" I tengok you ni makin sweet lah Aliaa. Bahagia ye.." perli lagi.

" Hahaha.. jangan nak merepek ye Cik Sya.."

" Hmm.. So, macam mana kerja dengan Encik Zack. Okey tak?!" Tanyanya lagi. Encik Zack memerhatikan kami saja. Senyum. Aku pandang Encik Zack.

" Hmm.. Okeylah.." jawabku ringkas.

" Aik!! Bunyi macam tak okey je tu. Abang.. you ada buli Aliaa ke?!" Tanya Cik Erisya pada Encik Zack.

" Untuk pengetahuan Sya. Bukan i tau yang buli dia, dia yang buli i. Siap warning  lagi tau tak.."

" Eh.. Eh!! Bila masa pula saya buli Encik Boss. Encik Boss tu yang berlagak.." aku mencebik muka.

" Hahaha.. Jangan risau Aliaa. Abang i ni sporting sebenarnya tapi cuma poyo sikit.." Cik Erisya berbisik pada aku. Aku gelak pula. Encik Zack geleng kepala. Kami berbual mesra. Dah lama tak jumpa, rindu. Bertukar-tukar cerita. Semangat betul dia bercerita mengenai office di Terengganu. Seronok sangat. Encik Zack pun ikut menyampuk. Cik Erisya minta aku kerja dengannya. Jadi P.A dia. Bermakna aku kena tukar ke Terengganu. Belum sempat aku bagi jawapan, Encik Zack awal-awal tak izinkan. Dia suruh Cik Erisya cari je orang lain. Dah pula aku jadi rebutan dua beradik ni. Garu kepala aku dibuatnya. Apalah hebatnya aku ni sampai mereka berdua nak aku kerja dengan mereka. Kerja aku pun kerja biasa-biasa je.


Nak kata rajin, tak juga. Nak kata ada kebolehan lain, mana ada. Hanya boleh buat kerja office je. Bab-bab jumpa client ke turun side ke. Memang taklah, mana aku tahu semua tu kan. Hmm.. Nasiblah.

" Abang.. Sya nak pinjam Aliaa sekejab ye. Nak borak dengan dia. Boleh kan?!" Pinta Cik Erisya. Senyum.

"Hmm.. Okeylah..!!"

" Thanks abang. Love you sooo much..!" Pandai membodek Cik Erisya ni. Tiba-tiba aku rindu pula dekat abang aku. Huhu!!!

" You all boraklah sampai puas. I nak keluar kejab. Sya.. Nanti you balik macam mana?!"
Tanya Encik Zack pada Cik Erisya.

" Dengan abang lah.."

" Okey.. Nanti i ambil. Bye..!!" Encik Zack terus melangkah keluar. Tinggallah aku dan Cik Erisya berdua. Kami duduk di sofa. Baik pula Encik Zack ni. Aku senyum.

" Cik Sya. Saya nak tanya ni. Nak tanya dekat Encik Boss macam segan pula.." kataku perlahan-lahan.

"Tanya apa.."

" Hmm.. Cik Sya kenal Elly?!"

" Elly?" Cik Erisya berkerut.

"Ya! Hari tu Encik Boss ada melawat saya dekat hospital. Elly tu datang buat kacau..." Aku memulakan cerita.

" Oo.. Elly tu. Iya..!! Kenal. Bekas tunang abang i tu. Abang i ada cerita pasal kejadian dekat hospital tu.." jawabnya tenang.

"Sorry lah tanya. Kenapa mereka putus tunang ek?!" Tanyaku ingin tahu.

" Hmm.. Kawan Elly fitnah abang i. Dia cakap abang i ada scandal dengan  P.A dia. Budak tu pun memang suka dekat abang i.." terangnya.

" Kawan Elly tu Cik Sya kenal?" Tanyaku lagi.

" Hmm.. I rasa you tahu siapa.." Senyum.

"Asnida?!" Dia angguk.

"Ya.. Kami panggil Ash. Mula-mula i terkejut juga, tak sangka Ash tu kakak Faliq. So, i diam jelah. Nak bagitahu you takut you fikir lain pula. Tapi i banyak cerita pasal you dan Faliq dekat Zack. Sebab tu Zack tahu semua. Dia pun ada pengalaman kan.." cerita Cik Erisya . Aku hanya mendengar.

" Jadi, pasal Asnida dan Elly ugut saya selama ni Cik Sya dan Encik Zack tahu juga?!" Tanyaku lagi.

" Mula- mula i memang tak tahu. Masa di Terengganu. Ingat tak, Lelaki yang cuba cederakan you tu. Dia orang upahan Ash. Zack terdengar perbualan Naim dan Mira pasal ugutan you tu. Dari situ Zack tahu dan rasa tak sedap hati sebab dia syak kalau ada Ash mesti ada Elly. Zack pun siasat sendiri dan memang betul pun sangkaan dia.." Aku mengangguk. Serius.

"Sebenarnya Zack tu masih sayang lagi pada Elly. Tapi Elly tu dia terlalu percaya pada Ash. Dia ikut je apa Ash cakap. Tengok, sampai Ash suruh dia bunuh you pun dia nak buat. Tapi i tahu, Elly takkan lakukan. Elly tu baik sebenarnya, manja. Sebab kawan kut dia jadi macam tu. Sorry Aliaa.!! I tak bermaksud nak burukkan kakak Faliq tapi iyalah.. You pun tahu kan.."Sambungnya lagi. Cik Erisya pegang tangan aku. Dia takut aku fikir lain kut. Aku senyum.

" Tak apa Cik Sya. Saya faham. Iyalah, saya sendiri pun tak tahu nak buat apa. Tak sangka, terlalu berdendam Asnida pada abang saya sampai saya dan Faliq jadi mangsa. Lepas Elly buat hal dekat hospital tu rasanya tak ada lagi ganguan dari mereka. Tapi tak tahulah esok-esok.." aku mengadu.

" Sabarlah banyak-banyak ya. You dan Faliq kena kuat, jangan give up. I tahu cinta Faliq  kuat pada you. I akan sentiasa doakan untuk kebahagiaan you dan Mr. Arkitek you tu.. Hehe..!!" Cik Erisya gelak kecil.

"Terima kasih banyak-banyak Cik Sya.." Aku membalas senyuman Cik Erisya. Makin berseri aku tengok Cik Erisya ni sejak dah kahwin. Makin cantik. Agak- agak kalau aku dah kahwin nanti akan berseri tak macam Cik Erisya ni. Hahaha..

" Tapi you kena hati-hati tau Aliaa. Abang i kenal sangat Ash tu. Pengaruh dia kuat. Banyak kaki dia, macam-macam dia boleh buat. Bayangkan, sampai putus hubungan Zack dengan Elly. Padahal mereka tu bercinta sejak study lagi. Tapi disebabkan fitnah Ash, sekelip mata hancur. Dia upah orang itu ini, pasang spy lagi. Hebat betul. Dia jelous dengan Elly. Tu je penyebabnya.." sambung Cik Erisya lagi.

"Kecewanya Zack bila Elly minta putus tunang tanpa dengar penjelasan dari Zack sendiri. Tu yang dia terbang ke oversea tu. Kerja dekat sana dan jadi model sambilan. Ni dia balik pun sebab papa paksa balik.." sambung lagi. Aku angguk dan senyum.

" Oh iya ke!!" Aku gelak kecil. Aku faham apa perasaan Encik Zack. Sama macam Faliq. Tiba-tiba teringat Faliq. Kenapa pula rasa rindu dekat dia ni. Aku senyum je.

Lelaki kalau dah sayang memang sayang setengah mati. Tapi kalau dah kecewa, pun setengah mati juga. Tapi tak semua lelaki macam ni, dalam 1001 je. Kira aku bertuahlah kut ditemukan dengan Faliq. Dan bertuah juga siapa yang dapat pikat hati Encik Zack juga. Lebih kurang sama je mereka ni. Aku termenung seketika.

" Saya pun tak tahu apa kesudahan hubungan kami ni. Pasrah jelah. Kadang-kadang bila fikir macam lawak pun ada. Iyalah... Biasa orang tua yang tak suka hubungan anak tapi ni si kakak pula tak suka.." aku gelak kecil lagi.

" Kan.. itulah Aliaa. Dugaan manusia tak sama. Berdoa dan terus berdoa. Insha Allah jika niat kita baik, Allah akan permudahkan segalanya. Semua dari Allah. You baik, Faliq pun baik.." Cik Erisya memberi semangat pada aku. Aku senyum lebar. Tenang hati.

Aku teringat akan kata-kata Faliq suatu ketika dulu. Untuk kecapi kebahagiaan kena lalui segala kesakitan. Insha Allah kebahagiaan akan menjadi milikmu.

Apalah yang Faliq sedang lakukan sekarang ni ye. Dah makan ke belum? Busy kut. Alahai teman sehati sejiwaku, kenapa tiba-tiba pula rasa rindu dekat awak ni ya? Agak-agak awak rindu saya tak ek? Parah dah aku ni. Dah aku pula yang angau. Hahaha..!!

" Waktu..
Dengarkanlah,
Selalu dekatkan ku dengannya,
Hingga ku menutup mata,
Satukanlah hati.."



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku