Kerana Janji
Bab 124
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






Beberapa hari dah aku tak jumpa Faliq. Dia dah mula busy kerja, aku pun sama busy juga.  Sekadar berhubung melalui handphone je. Kira okeylah tu. Kalau jumpa selalu pun nanti bosan. Tapi setiap malam memang tak lepaslah whatsapp dari dia. Call? Kadang-kadang je aku jawab. Dia pun jarang masuk office sekarang, kena turun side lah, appoinment lah, tak silap kena outstation lagi ke Singapore. Tapi tak pasti bila.  Biar dia kerja rajin-rajin, kumpul duit banyak-banyak untuk pinang aku nanti. Hahaha...!!

Aku macam biasalah. Kerana jawatan inilah memaksa untuk ikut Encik Zack kemana je. Sebab tu tak suka jawatan ini. Tapi kira okey jugalah. Encik Zack dah tak macam dulu, dah   boleh layan aku yang gila-gila ni pun dah cukup bagus. Sekarang dia dah boleh ngam dengan kami. Dah boleh sentiasa senyum, gelak, gurau tapi masa kerja tetap serius dan tegas. Itu memang selayaknya lah seorang Boss. Lagi-lagi time ada staff yang buat hal. Memang automatik jadi serigala jadian. Walaupun aku gila-gila dengan dia, tapi aku tetap hormat dia sebagai Encik Boss. Dah biasa panggil Encik Boss jadi terus melekat panggilan tu dekat dia. Dia pun tak boleh cakap apa. Sukahati awaklah Aliaa, itu jawabnya. Hehe.. So, Encik Boss tetap Encik Boss. Jangan marah ya Encik Boss. Kalau marah nanti, jadi Adudu.  Hahahaa...

Petang ni Encik Zack tak masuk office, ada hal katanya. Senyum lebarlah aku, bolehlah duduk office nak siapkan kerja. Relax lah sikit. Hari-hari sebelum ni nak duduk kerusi aku pun, x sempat panas punggung, dah dipanggil. Uruskan  itu uruskan ini. Macam-macam. Memang betul-betul busy lah. So, disebabkan Encik Boss tak ada petang ni. Bolehlah aku keluar makan dengan teman sehati sejiwa. Harap dia free lah. Aku ambil handphone, nak call Faliq. Tapi kalau call ganggu dia pula, kut-kut dia tengah busy.  Okeylah. Aku whatsapp jelah. Kalau dia tak busy mesti dia akan balas. Aku senyum lebar.
Aku tekan di aplikasi whatsapp, cari nama dia. Baru je nak text, pula dah panggilan masuk. Faliq call. Macam tahu-tahu je dia ni. Mesti dia pun tengah fikirkan akulah tu. Cepat-cepat aku jawab.

" Assalammualaikum wahai bidadari syurgaku.." Aku gelak sebaik dengar suara lembut dia.

"Waalaikumsalam.. Hmm.." Aku jawab ringkas je.

"Hai lah sayang..  Jawablah kata-kata romantik sikit. Ni hmm aje.." aku gelak sendiri.

" Kira okeylah tu saya jawab Hmm aje. Kalau saya langsung tak jawab, macam mana?!"

"Tak salah kut sesekali jawab. Kekanda pujaan hatiku ke, kekasih idaman pengarang jantungku ke, cinta hatiku ke. Kan romantik tu. Asyik garang je.."Aku gelak kecil.

" Amboiiii.. dah pandai mengeluh dah. Sorry lah ye, saya tak reti nak jiwang-jiwang ni.." balasku. Sengaja.

" Bukan mengeluhlah sayang. Orang kata bila ucap kata-kata cinta, kata-kata macam tu, makin mengeratkan lagi hubungan cinta. Kan.. kan..!" Alahai Faliq, aku tak reti nak bagi ayat-ayat jiwang ni.

" Hubungan kita ni tak erat ke?!" tanyaku semula.

" Hahaha.. awak ni kan.." Dia pula gelak.

" Aik!! Gelak pula. Hmm.. Baiklah wahai kekasihku penghibur hati penawar dukaku sayanggg..!!" Aku belasah je cakap. Okey kut ayat tu.

"Hahaha.. ini terpaksa cakap ke apa ni.."

"Tengok.. Saya cakap tu pun awak kata terpaksa, taknak dah cakap romantik lagi.." konon buat-buat merajuk. Kikiki..

" Hahaha.. Alalalaaa..!! Janganlah merajuk. Terima kasih.." Aku gelak kecil.

" Petang ni lepas solat Jumaat saya ke Singapore tau. Selasa baru balik.." katanya.

" Okey..!!"

"Nanti lunch sama ya, lama tak jumpa awak. Rindulah.."

" Okey.. Kat Cafe jelah ek.."

"Boleh je. Saya tunggu awak nanti. Okeylah, saya nak ke office ni. Jumpa nanti, love you sayang..!!"

"Okey..!!" Talian terus dimatikan. Aku senyum lebar. Sejujurnya, aku pun rindu kau Faliq. Cuma nak luah tu, nanti-nantilah. Jam sudah menunjukkan 11.25pagi. Sekejab lagi nak jumpa. Excited pula. Lepas lunch boleh balik rumah terus, dapatlah rehatkan badan. Hari ni Jumaat waktu rehat panjang.

 Aku sambung kerja dengan happy sekali. Senyuman memang tak putuslah. Nak siapkan kerja yang tinggal sikit ni. Bila dah siap, petang ni boleh relax sikit.

Ingat nak kemas bilik ni. Nak susun atur dan hias cantik-cantik. Barulah semangat setiap hari masuk bilik ni. Lagipun, dah lama tak check segala fail lama. Tu yang agak serabut bilikku ni. Nampak je kemas tapi hakikat entah apa-apa fail entah. Jadi, hari ni kira mood sikit rajin ni ada bolehlah kemas. Harap mood sikit rajin ni ada sampai ke petanglah. Jangan pula nanti masuk office terus hilang mood, memang nasiblah.

" Aliaa.. Saya nak keluar, petang ni saya tak masuk office. Ni awak settlekan, pendrive ni simpan jangan hilang pula. Penting ni, Isnin bagi saya.." Encik Boss ketuk pintu dan terus masuk bilik aku. Menghulurkan dokumen penting yang aku kena siapkan.

" Okey...!!"

"Awak lunch dengan siapa nanti?!" Tanyanya lagi. Macam pelik pula dia tanya ni.

" Hmm.. Hari ni lunch dengan Faliq. Kenapa Encik Boss?!" Aku bertanya balik.

" Baguslah. Awak balik rumah kan ?!" Aku mengangguk. Muka dia serius je.

" Hati-hati. Kalau ada yang mencurigakan terus call Faliq atau call saya pun boleh.." Aku berkerut. Kenapa tiba-tiba pula ni.

" Mencurigakan?! Apa maksud Encik Boss ni. Risau pula saya dibuatnya.."

" Tak ada apa. Itu je saya pesan. Okeylah, saya keluar dulu. Hati-hati Aliaa..!! Bye..!!" Encik Boss senyum dan terus keluar. Hati aku jadi berdebarlah pula. Encik Boss ni macam ada sesuatu yang dia tahu tapi taknak info aku. Apa yang dia rahsiakan ek. Hati-hati?? Mencurigakan?? Aduhai.. buat mood aku risau ni. Dup.. dap.. dup.. dap jantungku.

Arhh!! Tepis semua tu. Jangan fikirkan. Insha Allah!! Aku yakin, Allah akan lindungi aku. Aku menyelak sehelai demi sehelai dokumen itu. Tebal juga ni nak kena siapkan. Konon nak relax petang ni. Hmm.. Hampeh!! Opss!! Jangan mengeluh dengan kerja Aliaa. Nanti tak berkat rezeki, kata hatiku. Astagfirullah Al Azim, aku istigfar. Kembali senyum. Aku kemas meja, dokumen ku letak ditepi laptop. Pendrive Encik Boss aku simpan dalam laci dan ku kunci. Aku ambil handbag, masukkan kunci dalam beg dan masukkan handphone. Aku duduk bersandar sambil mata pandang potret wajahku. Senyum lagi. Aku melirik mata pada jam tergantung indah didinding. Yeahh!! Sudah tiba masanya. Melonjak kegembiraan aku. Tanpa berlengah terus bangun dari kerusi dan ambil beg dan melangkah keluar. Aku sempat bagitahu Kak Intan dan Naim, mereka memahami.

Liff agak sibuk jugalah, masing-masing berlumba-lumba nak balik rumah kut. Confirm jalan sesak ni. Aku menyelit je diantara mereka dalam liff. Selamatlah badan kecil. Pintu liff terbuka je, semua cepat-cepat nak keluar. Ada pula tu, tolak-tolak je aku. Tak reti sabar. Nasiblah badan kecil. Aku melangkah perlahan menuruni anak-anak tangga dan menuju ke cafe. Mungkin Faliq dah tunggu aku kut.

" Just for you my dear.. Aliaa Sofea..!!" Tiba-tiba je Faliq muncul depan aku. Pandai dia buat surprise menyorok disebalik dinding lorong ke cafe. Hampir terkejut juga aku. Aku senyum. Bunga mawar merah dihulurkan pada aku. Aku ambil dengan happy sekali.

"Thank you..!!" Dia renung mataku. Menusuk dalam hati.

"Amboii..!! Sempat lagi dia bersweet dekat sini ye Encik Faliq. Hihihii " Alamak kantoi!! Perli rakan office Faliq. Merah muka aku, malu.

" Hahaha.. Bila lagi.." jawab Faliq, ceria.

Aku dan Faliq terus menuju ke cafe. Tak ramai. Tenang. Aku makan nasi ayam dan ais lemon tea. Cukup untuk hari ni. Faliq pun sama. Senyum je dia pandang aku. Tak berkelip mata.

" Kenapa pandang saya macam tu. Apa yang tak kena?!" Tanyaku.

" Tak ada apapun. Cuma rindu je.." jawabnya.

"Hmm.. Awak pergi Singapore naik apa nanti?!"

" Flight.."

"Oh! Ingat kereta.."

" Tak. Sebab ada Boss besar join. Kalau saya sorang memang drive jelah. Kenapa? Nak ikut?"   Jelasnya.

" Ish!! Nak buat apa ikut. Saya pun banyak kerja.." balasku. Sambil mulut mengunyah.

" Manalah tahu kut-kut nak ikut ke. Boleh honeymoon sekali.. Hahahaa..!!" Gelak.

" Amboi.. Amboi.. Sukanya dia. Belasah kang, baru tahu.. " aku menjeling manja padanya.

" Saya nak tanya ni?!" Faliq pandang tepat ke mataku. Aku membalas pandangan dia. Redup je matanya. Alahai.. Faliq. Tenang je bila pandang wajahmu.


" Kalau saya dihantar ke Jepun, awak nak ikut tak?!" Lembut je suaranya. Aku terdiam. Meletakkan sudu dan garfu dipinggan. Menghirup ais lemon tea, lega tekak. Aku kembali pandang padanya. Sikit pun aku tak tunjuk rasa terkejut. Sebab aku dah tahu, Encik Boss pernah info tempoh hari. Cuma baru hari ni dia info aku. Aku senyum. Muka dia risau je menanti jawapan aku.

" Bila?!" Tanyaku ringkas.

" Tak pasti. Tapi saya pun tak bagi jawapan lagi. Mama papa pun saya tak info lagi. Awak je..." terangnya.

" Berapa lama awak dekat sana?!" Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih pula. Abang pergi Sudan, Faliq nak ke Jepun pula. Huhu!!

" Selagi perkhidmatan saya diperlukan, selagi tu saya disana.."

" Selamanya?!" Aku membeliakkan mata. Terkejut yang amat.

" Mungkin ia mungkin tidak. Saya tak dapat beri jawapan. Sekarang ni saya tunggu jawapan dari awak. Kalau awak nak ikut saya, saya pergi. Kalau tak saya akan tolak.." jelasnya lagi.

"Eh!! Kenapa macam tu pula?! Kenapa tunggu jawapan saya? Awak yang kerja, kerjaya awak masa depan awak kan.." 

" Bukan masa depan saya tapi masa depan kita. Kita berdua. Saya taknak berjauhan dengan awak lagi. Saya tak sanggup.." terharunya aku.

" Saya taknak jadi penghalang kejayaan awak.."

"Aliaa.. Awaklah sumber inspirasi saya. Saya sampai ke tahap ini pun sebab awak. Awak pembakar semangat saya. Potret awak, gambar awak saya letak dalam beg kerja saya, setiap kali appointment, pergi side, outstation saya pasti akan bawa. Bila saya tengok potret awak, semangat saya jadi luar biasa tau.." terangnya lagi.

" Sampai macam tu sekali..!!"

" Sebab saya sayang awak. Duit boleh dicari, tapi kasih sayang dan cinta saya untuk awak dan kasih sayang dan cinta awak untuk saya tak ternilai. Saya taknak sia-siakan. Dan,saya taknak kerana kejar kerjaya, kita kena berjauhan dan hubungan kita hilang macam tu je. Saya taknak Aliaa. Saya tak sanggup.." katanya jujur.

" Jadi, apa yang perlu saya buat?!"

"Saya tak paksa awak. Fikirlah ye. Saya pun tak tahu nak pergi ke tak. Masih berfikir lagi. Kalau awak setuju, sebelum pergi kita nikah.."

" Kalau saya tak setuju?!"

" Hmm.. Mungkin saya tak pergi. Entahlah Aliaa. Saya pun buntu. Nantilah kita fikir sama-sama. Awak pun kena info abang awak, saya pun kena info parents saya. Insha Allah, ada jawapan yang terbaik juga nanti. Dan saya nak awak tahu. Saya taknak berjauhan dengan awak dan taknak berpisah dengan awak. Saya nak awak bersama saya. Saya sayang awak.. " terang lagi jelas. Aku memandang redup wajahnya. Mengangguk dan senyum. Bunga mawar merah diatas meja ku ambil dan hidu. Harum mewangi selamanya.

Fuh!! Payah juga nak buat keputusan ni. Bukan dia je buntu, aku pun buntu. Kalau aku ikut Faliq ke Jepun tu, kerja aku macam mana? Mak  Long Pak Long dan abang. Sedihnya berjauhan dengan mereka. Mesti lama, dah dia cakap selagi perkhidmatan dia diperlukan pula tu. Mahu makan masa 5tahun, 10tahun, sampai tua. Oh.. Tidak..!! Tapi kalau aku tak ikut dia, aku rasa dia mesti tak pergi. Jadi, peluang dia untuk lebih berjaya lagi mesti terhalang sebab aku. Kasihannya. Atau kami nikah lepas tu dia kerja sana dan aku kerja sini. Hmm.. ish!! Merepek je . Kalau setakat setahun okeylah. Kalau selamanya. Dan, kalau dah nikah, nak tak nak aku terpaksalah ikut suami. Tapi masalahnya, aku pun tak tahu nak buat keputusan macam mana.  Dan, aku sayang kerja aku ni. Waduh-waduh. Blurr pula aku dah ni.

Relax.. Cool.. Jangan terburu-buru buat keputusan. Aku kena pastikan keputusan itu baik untuk Faliq, baik untuk aku dan baik juga untuk family kami. Aku taknak menyesal buat keputusan. Tak pasal-pasal nanti yang digendong berciciran yang dikejar tak dapat. Apapun, minta jawapan pada yang Maha Mengetahui. Insha Allah, aku yakin akan diberi jawapan yang terbaik untuk aku dan Faliq.

Faliq.. sejujurnya aju pun tak sanggup berjauhan denganmu. Huwaa!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku