Kerana Janji
Bab 125
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Tersergam indah pelamin diatas pentas dalam dewan itu. Tema warna yang cukup menarik dan sejuk mata memandang. Tema musim sejuk, nyaman sekali. Dengan bunga-bunga rose segar berwarna putih dipadankan dengan warna biru lembut. Sungguh terpegun siapa yang melihatnya. Cahaya lampu yang begitu mendamaikan. Ditambah pula dengan hiasan ranting-ranting kayu yang unik sekali. Karpet merah dikanan dan kiri dihiasi lampu bersama bunga, dan pintu gerbang yang amat mempesonakan. Wah!! Seperti berada di taman syurga. Pandai dan kreaktif sekali ideanya. Permintaan dari pihak pengantin dan keluarganya yang harus dipenuhi dan bukan calang-calang orang. Golongan vip, dia mahu beri yang terbaik. Idea yang dikongsi bersama Elly. Dia berdiri dipintu utama dewan menghadap ke pelamin. Tersenyum lebar. Sungguh puashati. Pekerja lain sedang sibuk menghias kerusi dan meja tetamu. Lama dia tidak uruskan semua ini. Ya!! Asnida sangat berpuashati. Tidak sabar mahu dengar komen dari pihak keluarga pengantin.

Setelah semua selesai, mereka beredar. Asnida dan Elly juga melangkah ke kereta. Pihak pengantin yang ditunggu tidak dapat datang, busy katanya, jadi tak dapatlah dia dengar komen pelamin hasil kerjanya itu. Mereka ambil keputusan untuk pulang saja, esok pagi dia datang kembali untuk jumpa pihak pengantin. Manalah tahu ada yang pengantin tidak puas hati. Bolehlah dia menambahbaik semula.

" You.. i nak singgah mall kejab ye, i nak cari perfume. Perfume i dah habis..." kata Elly terus menghidupkan enjin kereta dan memasang aircond.

" Sukahati you lah. Tapi jangan nak satu mall you jalan ye. I penat, nak balik.. " balas Asnida.

"Eleh.. Kalau tak dialah yang sampai nak tidur dekat mall tu.." perli Elly.

"Tak payah nak perli i lah, i betul-betul penat ni tau tak.." jawabnya.

" Baru tahu betapa penatnya kerja. Selama ni you kerja senang lenang. Hujung bulan ambil duit. Ha!! Yang penat kerja i dan staff. Sekarang ni padan muka you. Bagus juga kekasih hati i tu buat keputusan macam ni. Kalau dia tak buat macam ni.. Hmm.. sampai kiamatlah you tu tak sedar diri. Nak jadi boss je manjang. Padan muka..!!" Kena sebiji Asnida.

" Amboiiii lebih nampak. I tahulah apa i buat. Tak payah nak padankan muka i saaangatlah. You pun sama juga. 2x5, cakap i.." Dah bergaduh.

" Hello Ash!! Sekurang-kurangnya i ada juga buat kerja. Tak macam you.."

" Iyalah. I salah, sorry..!!" Mengalah juga Asnida akhirnya. Bukan senang dia nak mengalah, nak rendahkan ego tu. Kira ada kesedaran jugalah walaupun tak banyak. Kesedaran datang bila sudah jatuh tersungkur. Elly berdiam. Malas nak sambung gaduh. Dia terus memandu laju.

Asnida menyandarkan badan diseat kereta. Letih badannya. Baru dia tahu betapa letihnya bekerja. Kalau ikutkan hati nak saja dia terus balik kerumah, nak rehat tapi tak boleh. Mereka kena balik semula ke butik dan kena punch card tamat waktu kerja. Kalau tak nanti gaji kena potong. Faliq dah bagi amaran, keluar jumpa client atau kemana-mana saja kena punch card keluar masuk. Sengaja Faliq bagi amaran begitu sebab dia taknak Asnida curi tulang dan Faliq nak Asnida dan Elly berdisiplin dalam kerja. Apa jua kerja pun kalau tiada disiplin memang payah nak berjaya. Lagi-lagi dalam bisness. Disiplin pada diri sendiri, pada masa, pada kerja, pada kewangan dan semua.

Sampai di Mall, Asnida tidak ikut Elly. Dia hanya tunggu Elly di kerusi besi diruang menunggu. Malas dia mahu berjalan. Kalau ada duit boleh juga shopping satu dua barang tapi duit hanya tinggal untuk makan saja. Sudahlah Faliq balik hari Selasa. Duit tidak ditinggalkan. Masaklah dia. Mana nak cari duit minyak, minyak kereta pun boleh tahan mahal. Tengok model keretalah. Kereta mewah minyak pun mewahlah juga. Dulu senang, sekarang kurang senang. Mengelabah tak tentu pasal. Kalau tak berjimat macam ni, confirm tak berjalan kereta dan tak dapat pergi kerja. Nak naik teksi, bas memang taklah kalau Asnida ni. Standard tetap kena jaga. Biar papa asal bergaya. Itu penting!!.

Dia mengeluarkan handphone, bermain handphone. Whatsapp bersama kawan-kawannya. Tak peduli dengan persekitaran.


Suara kanak-kanak gelak menarik perhatiannya. Dia memandang kanak-kanak yang berlari berkejaran dengan si abang. Gembira sungguh. Tersenyum dia. Teringat pada dua orang anak buah kesayangannya. Rindu pula pada mereka. Pada keletah mereka. Kemudian, datang ibubapa kanak-kanak itu. Gelak tawa mereka bersama. Seronok dan bahagianya mereka. Asnida mengeluh sendiri. Mengenang nasib.

"Mesti seronok ada family macam tu. Aku ni. Hmmm... Umur dah meningkat, kahwin pun hancur. Anak? Entahlah.." katanya sendiri. Entah kenapa tiba-tiba dia terfikir akan keluarga sendiri yang tak pernah terlintas langsung dalam hatinya selama ni. Dia memandang keluarga itu hingga hilang dari pandangan dan senyum.

"Ash..!! Ash..!! Ashhh..!!!" Elly seperti dikejar hantu berlari lintang-pukang kearah Asnida. Asnida berkerut melihat gelagat Elly.

" You ni apasal. Pelik..!!" Elly termengah-mengah. Duduk disebelah Asnida. Asnida memerhati saja.

" Beb.. Beb..!! i nampak Aliaa dengan someone. Hensem gila beb. Lebih hensem dari adik you beb...!!" Elly sangat teruja. Mula gediknya datang.

"Someone? Siapa? " Tanya Asnida.

" I tak kenal tapi rasanya macam kawan adik you juga kut. You..!! Mereka mesra sangat tau. Gelak tawa, jalan sama-sama.." kata Elly. Asnida senyum sinis.

" Dia dekat mana?!"

" Tadi i nampak dia dekat... You.. You..!! Tu dia, tu dia.. nampak tak?! Hensem kan lelaki tu. Kalaulah i dapat. Bahagianya hidup..! " Elly melayan perasaan perasannya. Asnida berkerut memandang. Mereka bangun dari kerusi dan berselindung disebalik pokok hiasan tak jauh dari situ. Takut Aliaa ternampak pula.

"Itu Wan. Bestfriend adik i.." kata Asnida. Cepat-cepat Asnida keluarkan handphone dan menangkap gambar Aliaa dan Zahwan yang sedang jalan menuju masuk ke KfC bersama. Iya, memang mereka nampak mesra.

" Pandai kau Aliaa, mentang-mentang adik aku tak ada dekat sini. Kau keluar dengan orang lain. Kalau Faliq nampak dan tahu mesti dia kecewa. Memang kau cari nahas Aliaa.." turun naik nafasnya menahan marah. Darahnya menyirap. Mahu saja dia pergi berhadapan dengan Aliaa dan mahu ditampar mukanya. Sampai hati Aliaa buat adiknya begitu. Entah Faliq tahu entahkan tidak.

Asnida hanya fikir negatif saja. Yang dia tahu, Aliaa curang dengan Faliq. Tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui perkara sebenar. Dia kena tunjukkan pada Faliq gambar tadi. Dia taknak Faliq ditipu dengan Aliaa. Apa yang dia tahu dari cerita Faliq dan mamanya. Aliaa tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki kecuali Adil dan Faliq. Itu yang membuat dia yakin yang Aliaa curang pada adiknya. Dia tidak boleh terima. Dia takkan biarkan semua ini berterusan.

"Kau sama macam abang kau. Tak guna!! Siap kau Aliaa.." Asnida marah.

" Hey!! You kenapa tiba-tiba menjerit ni. Sakit ke..!" Terkejut Elly. Dia pula yang berkerut pelik lihat Asnida.

" Jom balik.. !!" Terus saja Asnida jalan laju.

"Eh tapi i belum beli perfume lagi. Ash..!! tunggulah. Aduhai.." Elly terkedek-kedek mengejar Asnida yang sudah jalan keluar. Asnida tidak mempedulikan pun panggilan Elly.

Dendamnya kembali membara. Sakitnya hati pada Aliaa menjadi semakin tebal. Semakin memuncak. Takkan pernah terpadam. Dendamnya terpaksa diketepikan buat sementara sebab nak ambil hati Faliq. Kalau dia masih terus dengan dendamnya belum tentu Faliq mahu membantunya. Dendam tetap dendam. Selagi Aliaa masih bersama Faliq selagi tu dendam masih dalam hati. Entah apalah lagi yang dia tidak puashati dengan Aliaa. Rasanya, Faliq pun tidak pernah ketepikan keluarga kerana Aliaa. Aliaa pun tak pernah menghasut apa-apa pada Faliq. Yang dia sakit hati dah kenapa. Tak faham sungguh.

Dia tak fikir, kerana kehadiran Aliaa lah, hidup Faliq bertambah ceria dan bahagia. Kerana Aliaa jugalah Faliq yang dulu banyak berdiam kini banyak bercakap. Banyak mengubah hidup Faliq. Tapi Asnida tak sedar semua ni. Yang dia tahu. Hatinya sakit, hatinya membenci, hatinya penuh dendam yang tiada berkesudahan. Plan nya tidak berjaya sebelum ini, terhenti kerana terpaksa. Sudah jatuh tersungkur. Ingat berubah tapi tetap sama..


Kalaulah dia ada duit yang banyak. Pasti ada saja dia buat pada Aliaa. Bilalah nak sedar wahai Asnida. Cukup-cukuplah dendam tu. Kasihan Faliq, kasihan Aliaa.

" Kurang ajar betul Aliaa ni. Berani dia buat macam ni dekat adik i. Kalau ikutkan hati i, i nak serang je dia tadi.." Asnida merungut. Bengis.

"Kenapa you nak serang pula. Mungkin tu kawan dia je kut, setakat keluar makan. Bagi i tak salah kut. You yang emo sangat..." kata Elly.

" Beb.. Kalau pun lelaki tu kawan dia tapi kenapa dengan bestfriend adik i, Wan. Hey!! Tak logiklah you. Lainlah kalau Faliq ada sekali tapi ini berdua je. Mesra pula tu.  Dan, kenapa pula perlu keluar dengan Wan tu. I tak fikir Faliq tahu.." Asnida tetap tak puashati.

" Cuba you jangan negatif sangat. Tanya Faliq atau tanya Aliaa sendiri kan senang. Ini pakai tuduh-tuduh je. Fitnah manjang. Berdosa tau.." cadang Elly.

" Cuba you bayangkan.. You dan i, kita bestfriend kan. Boyfriend you keluar dengan i, gelak tawa, gurau-gurau semualah tanpa pengetahuan you. Kalau you tahu, you sakit hati tak?"

" Mestilah sakit hati. Yang you gedik sangat nak keluar dengan boyfriend i tu kenapa?  Dah tak ada jantan lain ke, nak sailang boyfriend i kenapa? Tahulah you tak laku, carilah orang lain. Dah lah tunang i pun you nak sampai  putus, sekarang you nak sailang boyfriend i pula. You cari pasal??!" Elly pula yang emosi lebih.

"Woiii..!!! Sengal betul lah you ni. Yang you over emosi ni dah kenapa? I bagi contoh je kut. Nak ungkit-ungit kenapa. Bengong..!!!" Menjerit kuat Asnida. Diketuk kepala Elly. Elly mengaduh kesakitan.

" Aduh..!! Sakitlah..  Sorry.. Sorry..!! Automatik terrrremosi pula.." Elly gelak kecil. Almaklumlah dah pernah terkena dengan Asnida dulu.

Merah padam muka Asnida marah. Makin bertambah marahnya. Bengis mengalahkan harimau jadian. Menjeling tajam pada Elly. Senyap membisu. Malas nak sambung marah. Nanti lain pula jadinya. Lebih baik diam.  Elly pun terus saja memandu. Dibiarkan saja Asnida dengan amarahnya. Entah bila nak habis marahnya ni. Tak pasal-pasal dia yang kena. Sabar sajalah Elly. Nasiblah .



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku