Kerana Janji
Bab 126
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Punyalah fokus aku buat kerja petang ni, sampai tak perasan sudah jam 5.30petang. Padahal tadi Naim dah ajak balik, aku je yang nak siapkan kerja konon tapi tak siap juga pun. So, terpaksalah bawa balik ke rumah. Siapkan dekat rumah ajelah. Okeylah tu, taklah bosan. Aku melangkah keluar ke office dengan membawa fail dan beberapa dokumen penting. Tadi, sebelum Encik Bos keluar dia bagi satu je dokumen suruh siapkan tapi datang Kak Intan, tambah lagi. Encik Boss tertinggal dekat meja dia katanya. Kena kerja overtime lah dirumah jawabnya.

Aku mula memandu, aku pasang radio Era rentak muzik terkini.  Celoteh Dj Dina dan Fad mencuit hati. Kadang-kadang aku pun gelak sendiri mendengar. Ada pula iklan Kfc, terus terliur pula ni. Perut pun terus jadi lapar. Apalagi, aku pun teruslah menuju ke Mall, nak cari Kfc lah dan bolehlah buat makan malam. Punca betul iklan ni. Oh ya!! Dah alang-alang ke Mall, bolehlah aku cari barang ehem-ehem aku. Sampai je, aku terus parking dan cepat-cepat jalan masuk ke Mall. Fokus ke Kfc.

"Aliaa.. Aliaa..!!" Aku memberhentikan langkah. Siapa pula yang panggil aku ni. Aku menoleh ke belakang. Aduhaiii..!! Aku senyum kelat. Alamak!! Macam mana boleh terserempak pula ni. Masalah betul lah. Nak lari pun dah tak dapat dah. Hadap jelah. Zahwan berlari anak menghampiriku dengan senyum lebar.

" Awak nak pergi mana? Sorang je ke?!" Tanyanya.

" Sorang jelah. Nak cari makanan kejab.." jawabku malas.

" Oh..!! Tak sangka boleh terjumpa dekat sini pula ek. Macam jodoh pula.." Aku berkerut. Buat tak tahu jelah.

" Tak kerja?!" Tanyaku.

"Hari ni off. So, saja jalan sini cari barang.." aku angguk.

"Saya nak cepat ni, saya minta diri dulu.." pintaku.

" Saya temankan awak?!" Pula dah.

" Saya nak pergi Kfc je.."balasku.

" Why not? Jom..!!" Aku angkat bahu. Tak ada pilihan. Hmm.. tak dapat nak mengelak. Jalan jelah. Kami berbual seperti biasa.

" So, kerja macam mana, okey?!" Kami jalan bersama.

"Okey je..!!"

" Siapa kawan awak tu ek. Yang lembut-lembut tu. Lupalah nama dia.. "

" Yang lembut-lembut?! Oooo.. Naim. Tapi dia dah tak lembut dah, dah keras tapi ada jugalah sikiiittt lembut tu. Tu memang tak boleh hilang kut.. Hehe..!!"

" Baguslah!! Lama awak kawan dengan dia ek?!"

"Yupp!! Memang lama. Dia lah bff saya. Dari dulu sampai sekarang.." sambungku lagi.

" Tapi bagus ek. Iyalah, awak perempuan dia lelaki. Boleh bertahan kawan kan. Biasa kalau kawan lain jantina ni, pasti akan ada rasa sayang cinta. Betul tak?!"

" Hahaha.. Tak dinafikan tapi so far kami okey je. Dah macam adik beradik kut. Kami sebaya, gila-gila, ngam lah. Dia nak bertunang dah pun!!" Jelasku.

" Alhamdulilah.. Dah sampai jodoh dia. Dan dia jugalah yang jadi posmen kita dulu kan. Yang tahu everything pasal kita. Kan..?!" Ni yang aku taknak ni. Ungkit cerita lama pula.

" Cerita lama. So, lupakan.." Kami terus masuk ke dalam Kfc.

" Tunggu sekejab ek..!!" Aku terus berjalan ke kaunter dan beratur. Zahwan duduk dikerusi berhampiran pintu bermain handphone. Aku order snack plate dan cheezy wedges. Bungkus. Cukuplah untuk aku sorang. Tunggu tak sampai lima minit pun, siap! Pantas kerja mereka. Aku menghampiri Zahwan yang setia menanti.

"Eh!! Bungkus je ke?!"

" Iya. Buat makan malam..!!" Kataku. Senyum.
Dia mengangguk.

"So, awak nak kemana lepas ni?!"

" Balik..!!"

"Balik? Taknak jalan-jalan ke. Tengok wayang ke or..."

" Oo tak.. tak..!! Saya datang sini, fokus nak beli Kfc je. Lain-lain tak. Sorry..!! Lagipun, kalau Faliq tahu saya terrserempak dengan awak dan kira okey lagilah terserempak tapi kalau berjalan-jalan sama. Apa pula dia fikir nanti. Lain jadinya.." jelasku.

" Tapi just jalan-jalan. Tak salah kut.."

" Itu bagi awak. Bagi saya ia salah. Saya taknak sakiti hati Faliq.." Kataku tegas.

" Wow!! Betul-betul awak jaga hati dia kan.."

"Ya..!! Sebab dia sangat jaga hati saya dan saya pun kenalah jaga hati dia.."

" Hmm.. ya! Maybe.. Sorry saya tanya. Tapi kan Aliaa. Kakak dia buat macam-macam pada awak. Awak tak takut ke kalau dia buat lebih teruk pada awak?!"


" Tak...!!" Aku jawab penuh keyakinan.

" Kenapa masih dengan Faliq? Sedangkan Adil dah cuba pisahkan awak dengan dia.." Aku senyum. Dia macam tak puashati pula.

" Kerana ketulusan hati dia menerima dan menyayangi saya seadanya. Hmm.. Okeylah! Saya minta diri dulu. Assalammualaikum.." Dia terdiam dengan jawapan aku. Aku senyum dan terus meninggalkan Zahwan yang masih tercegat di depan pintu Mall. Memerhatikan aku. Aku terus berjalan tanpa menoleh padanya lagi. Jalan laju sampai kereta. Memulakan pemanduan. Zahwan.. Zahwan.. !! Apa lagi yang dia nak dari aku. Tak habis-habis. Aku mengeluh. Biarlah. Malas nak fikir.

Setengah jam kemudian, akhirnya sampai juga aku ke rumah. Aku masuk ke dalam rumah, buka lampu. Lewat sampai. Sebab Zahwan lah ni, sampai nak beli ehem-ehem pun tak jadi. Hmm..  Bungkusan Kfc, fail dan dokumen ku letak atas mej di ruang tamu. Aku cuma bawa handbag masuk ke dalam bilik. Seperti biasa, aku bersihkan diri dan solat maghrib. Sebelum ke ruang tamu, aku ambil beg laptop yang kusimpan didalam almari dan terus ke ruang tamu. Perut dah berbunyi minta diisi. Beg laptop aku letakkan di sofa, aku ambil bungkusan Kfc tadi bawa ke dapur. Ku duduk di kerusi, dan keluarkan kotak Kfc. Sedapnya bau!! Aku layan makan Kfc malam ni. Hehe..!!

Setelah perut kenyang, aku kembali ke ruang tamu. Tv ku buka. Lalu, ku keluarkan laptop dari dalam beg dan letak dihadapanku. Mulakan kerja. Sambil menyanyi riang. Satu persatu helaian dokumen ku semak dan ku taip.

" Tut.. tuttt..!!!" Handphone berbunyi. Semestinya teman sehati sejiwaku. Senyumlah apa lagi.

" Assalammualaikum..! Awak buat apa?!"

" Waalaikumsalam.. Tengah buat kerja ni, tak sempat siap kat office tadi.." jawabku.

" Saya nak tanya sesuatu. Tolong jawab jujur ya.." tanyanya padaku. Lain pula nada suaranya. Aku rasa macam tak sedap hati je.

" Okey..!! Tanyalah.."

" Awak ada keluar dengan sesiapa tak petang tadi?!" Alamak!! Telan liur aku.

" Petang tadi ek. Saya tak keluar dengan sesiapa. Cuma petang tadi lepas balik office saya terus pergi Mall beli Kfc. Terserempak dengan Zahwan. Kemudian dia ikut saya ke Kfc. Tu je.." terang aku. Jujur. Macam mana Faliq boleh tahu ni.

" Kenapa dia ikut awak?!"

" Temankan saya konon. Tapi saya bungkus je lepas tu saya terus balik.."

" Awak terus balik?! Tak dating dengan dia?!" Aikk!! Lain macam pula dia ni.

" Hahahaa.. Mana ada dating. Merepek je. Betul..!!  Saya terus balik. Dia ada juga ajak dating tengok wayang bagai tapi saya taknak pun. Awak tahu kan saya macam mana.."

" Awak tak tipu saya ke Aliaa.."

" Iya Faliq. Saya tak tipu. Kenapa ni tiba-tiba je? Awak jelous yeee..!!"

" Tak.. Tak.. Bukan jelous cuma iyalah kan.. " Dia terdiam.

" Hahahaa.. Betul kan awak jelous!! "  Aku gelak. Tanya lagi.

" Hmm.. iyalah.. !! Memang.. Memang saya jelous Aliaa. Dia pernah ada dalam hati awak kut, saya tahu dia masih menaruh hati pada awak. Malam kita jumpa tempoh hari tu, saya nampak dia cuba tarik perhatian awak.." mengaku juga akhirnya.

" Faliq.. Dengar sini. Dalam hati saya cuma ada Faliq Alfie je. Tak ada nama lain selain Faliq Alfie. Insha Allah dunia akhirat.."

" Ya Aliaa. Terima kasih. Saya takut Aliaa, saya takut kehilangan awak.." sayu je suaranya.

" Iya Faliq. Saya faham. Jangan risau ya. Tapi jangan marah kalau saya tak cakap ayat-ayat jiwang, ayat cinta semua bagai. Saya tak reti.."

" Hahahahahaa..!! " Dia pula gelak besar. Aku sengeh. Jelous juga dia ni. Kalau orang lain pun mesti jelous juga, lagi-lagi aku ada sejarah dengan Zahwan. Hmm.. No komen lah..!!

Perbualan, ku tamatkan. Dan, kembali sambung buat kerja. Aku masih berfikir, macam mana Faliq boleh tahu? Siapa yang beritahu dia? Atau dia pasang spy kut untuk perhati gerak geri aku. Ish!! Mengarut jelah. Atau mungkin, Asnida dan Elly punya kerja. Tak mustahil. Arh!! Biarlah. Yang penting aku dah terus-terang dengan Faliq. Tak ada sikit pun aku simpan atau aku tipu. Aku jujur sejujur-jujurnya.

" Ting.. Tong..!!" Whatsapp masuk. Aku mencapai handphone di tepi laptop tapi mata masih fokus pada dokumen. Nombor siapa pula ni.

Terkejut aku, sangat terkejut. Gambar aku bersama Zahwan sedang berjalan, muka aku dan Zahwan senyum. Memang nampak mesra. Ni mesti waktu kami cerita pasal Naim kut. Tapi siapa punya kerja ni dan nombor siapa ni? Tak pernah aku dapat sebarang panggilan dengan nombor ni. Asnida? Elly? Entahlah kan. Boleh jadi juga sebab sebelum ni pun mereka tukar-tukar nombor. Hmm... dia dah mulakan balik dah. Patutlah tiba-tiba Faliq tanya. Mesti dia juga dapat gambar ni kut. Aduhai..

Maknanya, aku masih diperhatikan lagi. Ha!! Baru aku ingat, Encik Boss ada pesan tadi. Hati-hati. Mungkin maksud dia hati-hati tu sebab ini kut. Aduhai.. tak habis lagi ke!! Penatlah. Sebelum ni mereka info semua melalui abang tapi sekarang terus melalui Faliq pula.
Memang bukan orang lain lagi dah, confirm kerja Asnida dan Elly. Ya Allah..!! Aku ingat dah stop semua ni. Dah lega sangat. Dah tak fikir pun dan aku dan Faliq dah kembali bahagia tapi.... Hmm.. Dia kembali mahu memporak-perandakan hubungan aku dan Faliq. Kejam punya manusia.

Aku kena lebih berhati-hati. Aku tahu Faliq sekarang tengah usaha untuk ubah kakaknya. Macam-macam dia buat, tapi itu tanggungjawab dia sebagai seorang adik. Aku sangat kagum dengan usaha Faliq sebenarnya. Cuma yang aku takut. Asnida hanya berpura-pura berubah baik depan Faliq, tapi dibelakang Faliq. Dia tetap lakukan perkara yang sama pada aku. Tetap nak pisahkan kami. Diakan pandai berlakon. Tak mustahil semua tu. Dan, semestinya Faliq akan lebih percaya pada kakaknya. Aku, macam mana? Macam mana hubungan kami nanti? Masihkah dapat bertahan?

 "Ishhh!!!! Jangan fikir negatif Aliaa. Jangan berprasangka buruk pada Faliq, kau sayang Falia kan? Kau yakin dengan cinta dan kasih sayang dia kan. Jauhkan dari perasaan negatif tu. Kau kena kuat untuk hadapi segala dugaan mendatang. Banyakkan berdoa. Apapun yang bakal berlaku, kau kena hadapi dengan kuat. Ingat!! Bukan mudah untuk bahagia. Macam-macam dugaan kau akan hadapi. Dan, percayalah. Kebahagiaan akan menjadi milikmu Aliaa. Akan jadi milikmu. Percayalah..!! " kata hati kecilku.

Macam mana Faliq takut akan kehilangan aku. Macam tu juga aku, takut akan kehilangan dia.
Macam mana kalau dia yang tinggalkan aku kerana Asnida? Ya Allah!! Pedihnya..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku