Kerana Janji
Bab 127
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
82

Bacaan






Bosannya duduk di rumah. Biasa hujung minggu begini, dia bergembira dengan kawan-kawannya di luar. Tapi sekarang, dah tak ada makna hujung minggu buatnya. Bilalah nak kembali seperti dahulu. Pergi shopping, lepak bersama kawan-kawan, ke kelab malam, makan minum, sentiasa enjoy, sentiasa happy,  punyalah dia rindu saat-saat itu. Dia duduk dikatil, kemudian berdiri di tepi tingkap, kemudian baring pula. Arhh!! Menjerit sendiri.

Dia bangun semula dan menuju ke pintu. Rambutnya diikat sanggul tinggi, serabut tengok. Muka langsung tidak bersolek, hanya pakai tshirt polos dan berseluar track sahaja. Tak pernah dia berpakaian sesimple itu. Kalau tidak, duduk dirumah saja pun pasti bersolek pasti mengenakan pakaian cantik tapi hari itu dia sendiri pun serabut. Jiwanya memberontak mahu keluar. Mahu menikmati dunia luar. Mahu enjoy. Sungguh.. Dia kebosanan terperap dirumah.

" Mama oh mama!!! " Dicari Puan Asmah didapur, tiada. Kemudian, terus keluar ke halaman rumah. Pasti ada ditaman. Bisik hatinya. Betul tekaannya, Puan Asmah sedang sibuk menggunting daun-daun kering di pokok mawar miliknya. Dibelek satu persatu kuntuman bunga mawar yang indah itu. Pelbagai warna dan saiz. Senyum bahagia.

" Laa.. mama dekat sini ke?! Puas Angah cari.." Lalu Asnida terus duduk dikerusi. Sambil mata terus memandang mamanya.

" Kenapa cari mama?!" Tanya Puan Asmah.

" Maa.. Angah nak pinjam duit sikit boleh? Angah nak nak beli barang. Nanti gaji Angah bayar. Boleh ye ma..!! "pintanya lemah-lembut saja suaranya. Membodek.

"Berapa nak?!" Senyum ke telinga Asnida.

"Rm500?!"

"Rm500?? Banyaknya..! " Puan Asmah berkerut memandang Asnida.

" Mana ada banyak macam tu. Bolehlah ma!! Angah bosanlah duduk rumah, tengok ni dah macam orang tak betul je. Stress lah. Angah nak keluar.. Bolehlah ma.. " Asnida mengeluh.

"Duit dah tak ada duduk jelah dekat rumah. Kan elok tu. Keluar pun buang duit je.."

" Ma.. dah dua minggu kut Angah tak keluar, minggu ni Angah nak keluarlah. Bolehlah ma, bolehlah..!!" Asnida masih merayu. Puan Asmah masih fokus pada pokoknya.

" Tak keluar sebab ada Alang kan.."

" Hmm.. Terpaksa, kalau keluar kang dia tak bagi duit minyak, macam mana Angah nak pergi butik.."

"Habis ni nak keluar tak takut pula kalau Alang tak bagi duit minyak.?!"

" Mama janganlah bagitahu Alang.."

" Mama taknak bersubahat dengan Angah ye.."

" Okeylah.. Okeylah.. Nanti Angah bagitahu dia sendiri. Maa.. bagi ye Rm500. Angah janji, gaji nanti Angah pulangkan duit mama.. Please ma!! Please.. please.. please..!!" Merayu dan terus merayu.

"Nantilah.. mama nak siapkan ni sikit.." Gembiranya hati Asnida.

" Thanks ma. Sayang mama..!!" Asnida menghampiri Puan Asmah dan memeluk bahu Puan Asmah.

" Ma.. Bunga yang atas meja hias tu bunga dari taman mama ni ke?!" Tanya Asnida.

" Iya.. Kenapa?!"

" Tapi kenapa letak dekat situ?! Setangkai je pula tu. Sebelum ni mama tak letak kat situ pun.." Asnida masih tidak puashati.

" Bukan mama yang letak tapi Alang.."

" Alang? Untuk apa dia letak?!"

" Kan ada potret Aliaa, Alang letak mawar merah dekat situ sebab katanya Aliaa suka mawar merah.."

"Hmm.. Asyik-asyik Aliaa. Bagus sangat ke ma dia tu sampai semua orang dalam rumah ni suka dekat dia. Tak boleh ke Alang cari perempuan lain.. ishh!!" Asnida merungut. Geram betul hatinya.

"Angah.. Aliaa tu cinta hati Alang. Sejak Aliaa hadir dalam hidup Alang, hidup Alang lebih ceria lebih bahagia tau. Angah tak suka ke tengok Alang bahagia?"

" Memanglah suka tapi tak ada perempuan lain ke? Elly tu tergila-gilakan dia. Taknak pula.."

" Kalau Elly tu pun mama taknak.." Terus-terang Puan Asmah cakap.

" Okey apa Elly tu ma. Cantik, bergaya.."

" Itu kata Angah. Kami tak..! Apapun, mama percaya pada pilihan Alang. Dia bahagia, mama pun bahagia.. " kata Puan Asmah, tegas.

"Tunggu kejab. Mama ambil duit.. " Puan Asmah meletakkan gunting pokok di atas meja dan berlalu masuk. Asnida mengekori Puan Asmah dari belakang. Tersenyum happy. Tak sabar dia mahu keluar. Sebenarnya dia ada plan sendiri. Plan yang sudah dia fikir sejak  kelmarin lagi.


Dia tak akan sia-siakan peluang keemasan ini.

" Elly.. ! Ambil i sekarang..!!" Terus saja Asnida bercakap apabila dengar suara Elly ditalian.

"Kenapa nak kena ambil you pula? Nak ke mana?!" Tanya Elly.

"Ambil jelah"

"I tengah mimpikan Faliq ni.  You ni kacaulah.. Esok-esok boleh tak?!" Suara bangun tidur.

" Esok kerja okey..  Dah cepat, i tunggu. Bye!!" Terus Asnida matikan talian tanpa sempat Elly bercakap. Dia senyum lebar. Pintu bilik diketuk, berlari dia kearah pintu. Tercegat Puan Asmah.

"Ni je yang ada.." Puan Asmah menghulurkan wang kertas pada Asnida. Asnida mengambil dan kira.

"Alaaa ma...!! Tak kan Rm200 je. Mana cukup.." keluh Asnida.

" Dah itu je yang mama ada. Nak ke taknak, kalau taknak, bagi balik duit tu.."

" Eh!! Nak.. Nak..!! Okeylah, Rm200 pun bolehlah, janji dapat keluar. Terima kasih mama. Sayaaaang mama..!" Asnida mencium pipi Puan Asmah.

" Itu pinjam, bukan bagi. Sila bayar balik..!" Kata Puan Asmah.

" Okey ma.. bye!!" Terus Asnida tutup pintu.  Tanpa berlengah dia terus bersiap, kalau Elly sampai tapi dia masih tak siap, mahu membebel Elly.

Hampir sejam Asnida menunggu Elly, tapi tak sampai lagi. Bila call, katanya on the way. On the way Elly seperti berada di Johor ke KL saja. Lama betul sampainya. Sudah cair makeup Asnida dibuatnya. Merungut sendiri. Memang kenalah Elly nanti, bernanahlah telinga. Geramnya hati. Asnida capai handbag dan berjalan ke keretanya. Baru saja mahu buka pintu kereta, muncul kereta Elly. Dengan hati yang panas terus saja menuju kearah kereta Elly. Muka menyinga.

" Apasal lambat sangat ni, berapa lama dah i tunggu?!" Marah Asnida.

" Sorrylah. Bukan salah i kut, traffic jam, ada excident. Nak buat macam mana.." Elly terus memandu.

"So, nak ke mana ni?!" Tanya Elly.

" Jumpa seseorang.." Asnida senyum sinis. Elly berkerut. Ikutkan sajalah. Malas nak bertekak.

Petang yang mendamaikan, ramai juga orang beriadah di Taman Tasik Titiwangsa ini. Seronok mereka bersama family melayan anak-anak. Jarang Asnida dan Elly datang sini. Dan, Elly sendiri pun pelik, tak pernah Asnida ajak dia ke tempat macam ni. Elly mengekori Asnida. Menuju ke arah seorang lelaki berbadan tegap sedang berdiri menghadap tasik. Berkacamata hitam dan berkulit cerah.

"Haiii.. Sorry lambat. Dah lama ke sampai?!" Tegur Asnida. Terkedu Elly melihat lelaki itu. Lelaki yang dia nampak bersama Aliaa di Mall kelmarin. Zahwan. Tapi kenapa Asnida jumpa dia? Elly hanya memerhati. Diam membisu.

" Baru je.. So, ada apa you nak jumpa i ni?!" Tanya Zahwan. Asnida senyum. Berdiri di sebelah Zahwan bersama menghadap tasik. Elly duduk di kerusi seorang.

"Relax..!! Kelmarin i nampak you dan Aliaa. Mesra sungguh, macam dah lama kenal je.." teka Asnida.

" Ya! Memang dah kenal lama pun .Kenapa?!"

" Lama? Lama macam mana? Maksud i, you kenal Aliaa sejak bila?!" Pandai Asnida pancing.

" Sejak i study lagi.."

"Wow!! Menarik..!! Tapi you tahu kan, Aliaa dengan adik i sekarang. Sahabat you.."

" Memang i tahu. Tapi tak salah kut i nak terus kawan dengan Aliaa.."

" Terus? I tak faham. Boleh you terus-terang sejauh mana hubungan you dengan Aliaa..?!" Tanya Asnida lagi seperti penyiasat lagaknya.

" Kejab.. kejab.. Kenapa you nak tahu? Untuk apa? I rasa you tak perlu tahu kut.."

" Hmm..Kalau i cakap  i tahu kisah you dan Aliaa. You masih harapkan Aliaa kan.."

"Kisah apa?!"

"Hahaha.. Tak payahlah nak berselindung Wan. Ini Ash lah. I tahu segalanya pasal korang. Hmm.. okeylah. Kalau you nak Aliaa semula, call i okey..!! Bye..!!"  Asnida menoleh ke belakang. Senyum sinis. Baru jalan dua langkah. Zahwan panggil semula.

" Ash..!! Kejab.." Asnida memberhentikan langkah. Senyum lebar. Hampir mengena umpannya.

"Yupp!! Ada apa.." Asnida menoleh semula ke arah Zahwan dan buat muka selamba.

" Macam mana kalau i nak Aliaa semula..?!"

Senyum lebar Asnida. Betapa happy nya dia. Betapa mudahnya ikan terkena pancing. Padahal dia tak tahu pun mengenai hubungan Zahwan dan Aliaa sebenarnya. Dia langsung tak tahu. Cuma kelmarin, apabila nampak kemesraan mereka berdua, dia rasa dia mahu tahu sesuatu

disebalik kemesraan itu. Selagi dia tidak mengetahuinya selagi itu dia tidak puashati.

Jenuh dia berfikir sejak kelmarin, macam mana mahu contact Zahwan. Dia selongkar bilik Faliq, mencari jika ada petunjuk tapi tiada pun. Yang ada cuma potret Aliaa, gambar-gambar Aliaa, hasil lukisannya yang lain. Semua mengenai Aliaa. Naik rimas dia. Bilik Faliq dipenuhi dengan aura Aliaa saja. Fikir punya fikir, Asnida cuba cari melalui media sosial iaitu Facebook. Akhirnya, dapat juga akaun facebook Zahwan. Punyalah happy dia. Berjaya juga dia jejak Zahwan. Terus sahaja dia text Zahwan. Memperkenalkan diri dan terus buat temujanji petang itu. Zahwan pun setuju. Orang bijak tak semestinya bijak..

Lama juga perbincangan mereka. Naik penat Elly menanti sampai bosan dirinya. Elly tidak join sama, dan dia pun tak tahu apa sebenarnya plan Asnida. Dia malas nak campur, nak melakukan perkara jahat lagi. Dia dah taknak. Tapi serba sedikit Elly kena tahu. Takut satu hari nanti jika berlaku sesuatu, dia yang akan dipersalahkan atau dipergunakan oleh Asnida. Asnida ni bijak, boleh buat orang percaya cakap dia. Pandai dia pusing cerita. Dan, akhirnya.. yang jadi mangsa adalah Elly. Walaupun Elly tak tahu apa-apa. Asnida lepas tangan atas perbuatannya sendiri. Sudah banyak kali terkena. Ada juga Elly curi-curi dengar perbualan mereka, tapi tidak jelas. Cuma yang dia tahu, mereka sebut-sebut nama Aliaa dan Faliq. Selebihnya dia tidak tahu. Nanti dalam kereta mahu dia tanya. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku