Kerana Janji
Bab 128
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
83

Bacaan






Selepas bertemu Zahwan tadi, Asnida asyik tersenyum lebar sahaja. Entah apalah yang buat dia begitu happy. Bahagia betul hidupnya. Sesekali Elly yang sedang memandu menoleh kearahnya, berkerut melihat kawannya itu. Macam orang sasau. Senyum kemudian gelak kecil. Dan, entah apalah plan dia bersama Zahwan tadi.

"Ash...!! Lepas jumpa si hensem tadi tu you asyik senyum je. Dah macam orang gila dah i tengok. Apa kes?!" Tanya Elly.

" Suka-suka je cakap i gila.." Asnida bengang.

" Iyalah.. Pelik..!! Ceritalah apa yang happy sangat you tu. I pun nak tahu.." sambung Elly lagi.

" Aik!! You kata you taknak campur kan. Buat apa you nak tahu?!"

" Cerita jelah. Dahlah suruh i ambil hantar, lepas tu nak secret bagai. Lebih baik you pergi sendiri je.." Elly mengeluh.

" Iyalah.. i ceritalah ni..!! You tau tak, Wan setuju dengan plan i tau. Itu yang buat i happy..." kata Asnida. Terkejut Elly dengar.

" Apa?? Maksud you dia setuju untuk pisahkan Aliaa dengan adik you?? You biar betul. You kata dia sahabat baik Faliq. Tak kanlah..!!"

"Sahabat boleh jadi musuh hanya kerana seorang wanita. So, tak mustahil.."

" Apa maksud you ni. I tak faham.."

"Okey..!! I cerita tapi you jangan nak menggatal pecahkan rahsia ni tau. Ini rahsia i, Wan dan you je.." Asnida bagi amaran.

" Alaaa.. Selama ni pernah ke i cerita dekat orang pasal plan you semua tu. Tak kan..!!" Asnida mengangguk. Dia percaya pada Elly, memang Elly seorang yang pandai simpan rahsia. Asnida menceritakan semuanya pada Elly. Memang Elly sendiri pun terkejut dengar dan yang paling terkejut, Zahwan sanggup nak pisahkan kebahagiaan sahabat sendiri. Sampai hati, sama juga sikapnya dengan Asnida. Kejam!!

" Beb.. i peliklah dengan you all ni. Kenapa sampai hati ek you all nak pisahkan Aliaa dan Faliq. Sepatutnya you sebagai kakak kandung Faliq, happy tau tengok adik you bahagia tapi ini tak, sanggup nak buat adik sendiri menderita. You dengan Wan tu pun sama juga. Ishh!! Tak fahamlah you all ni. Kejam!!" Selamba saja Elly bercakap. Menggeleng kepala.

" I akan happy tengok adik i bahagia jika bukan dengan Aliaa. I ulang. Bukan dengan Aliaa.." Kata Asnida. Tegas. Serius.

" Tapi kenapa Ash?? Hanya kerana sebab kisah silam you dan Adil, sekarang you musuhi Aliaa. Insan yang tak bersalah. Dan, tak pasal-pasal Aliaa dan adik you jadi mangsa dendam you. Teruk betul lah perangai you ni. Syaitan pun kalah you tahu tak!!" Sambung Elly lagi. Semakin berani dia bersuara.

" Hey!! You ni dah kenapa ha Elly? Kenapa tiba-tiba you nak menyebelahi Aliaa pula.." Asnida menjeling. Panas juga telinganya mendengar kata-kata Elly tadi.

" I tak menyebelahi mana-mana pun tapi i ni perempuan dan you pun perempuan. Macam mana kalau i dan you ada ditempat Aliaa. Dahlah dia tak ada parents, yang dia ada cuma seorang je abang. Abangnya pun jauh. Ibarat dia hidup sorang je tau. Kalau i memang tak sangguplah. Jadi, pada siapa lagi dia nak tumpang kasih kalau tak pada Faliq. I simpati dan kagum pada dia.." jujur Elly.

" Simpati?? Kagum?? Untuk apa? You tak fikir sebab Aliaa hidup i jadi macam ni. Sebab Aliaa, Adil tinggalkan i. I sayang Adil setengah mati you tahu tak. Macam-macam i buat untuk dia. Tapi dia boleh tinggalkan i macam tu je. Dia buat i macam tak ada maruah. Dia malukan i, dia malukan family i.. Ish!!" Betapa sakitnya hati Asnida bila teringat akan kisah itu.

" Dia yang malukan you atau you yang dah malukan dia Ash..!! I pun tahulah kisah you tu, you tak payahlah nak salahkan orang lain. Padahal, you sendiri yang salah.." Elly pandang sinis pada Asnida. Pandai Asnida buat cerita dan tokok tambah cerita menyalahi Adil. Tapi diri sendiri yang bikin susah.

" Apa you cakap ni?! You jangan cari pasal dengan i. Apapun terjadi, i takkan terima Aliaa sampai bila-bila. I tetap akan pisahkan dia dan Faliq. Kalau you taknak campur lebih baik you diam je.." Menyirap saja darah Asnida.

" I bukan nak cari pasal Ash. Kalau cakap dengan you, memang you pun yang akan menang. Cuma i nasihatkan you, sudah-sudahlah buat mereka menderita. Takut satu hari nanti apa yang you buat ni akan you sendiri yang menyesal seumur hidup. Melibatkan nyawa beb, bukan perkara main-main.." nasihat Elly. Tapi tidak dipeduli langsung oleh Asnida. Dengar acuh tak acuh saja. Hanya penat saja Elly membebel, apa yang Asnida dengar cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hmm... keras betul hati Asnida ni.

Elly pun sebenarnya sudah tak tahu nak buat apa lagi pada kawannya ini. Dinasihat tak mahu dengar. Dimarah pun makin dia sendiri yang kena marah. Diperli pun tak jalan. Pening kepala Elly. Yang Asnida tahu hanya ikut kepala dia saja, ikut hati amarahnya saja. Umur dah meningkat tapi masih tiada kesedaran. Entahlah.. Elly sudah mula menyedari setiap kesalahannya selama ini. Apa yang telah dia lakukan atas perintah Asnida sudah cukup buat dia rasa amat bersalah pada Aliaa, pada Faliq dan pada diri sendiri. Iya!! Elly menyesali apa yang telah dia lakukan. Ternyata kasih sayang dan cinta Faliq pada Aliaa amat kuat dan sugguh tulus. Dia sendiri tidak mampu untuk pisahkan mereka. Tidak sanggup melihat mereka berdua menderita kerana orang ketiga iaitu kakak kandung Faliq sendiri. Sedangkan perhubungan mereka tiada masalah. Hubungan suci dan ikhlas. Elly sangat kagum dengan percintaan mereka. Alangkah bahagianya andai Elly juga seperti itu bersama Zack. Bekas tunangnya.

Terpisah kerana Asnida. Kerana fitnah Asnida. Kejamnya. Bila Elly fikir, kenapa dia terlalu mudah percaya pada Asnida tanpa mendengar segala penjelasan dari Zack. Penyesalan yang tiada berkesudahan. Kerana percaya cakap kawan hingga kebahagiaan sendiri tergadai. Elly terikat dengan Asnida, terikat kerana butik dan terpaksa ikut saja apa yang Asnida cakap. Bertahun dia dan Asnida naikkan nama butik dan masih bertahan hingga sekarang. Tapi dia yang lebih  banyak usahakan berbanding Asnida. Asnida hanya banyak keluarkan modal dan mungkin kerana dia orang berpengaruh, jadi client dia majoriti golongan vip. Itu kelebihan dia, dengan wajah cantik, pandai  bergaya, pandai mengayat client. Tidak dinafikan.

Tapi kini, Faliq sudah join mereka. Bagus juga sebenarnya dan dia sangat setuju. Sekurang-kurangnya, Asnida dah tak boleh ambil duit sesuka hati. Sampai duit dalam akaun butik habis digunanya untuk enjoy dan hujung tahun Elly sendiri yang kena keluarkan duit untuk cover butik. Asnida cuma tahu semua settle. Tapi dia sendiri lepas tangan.  Jika diluah pada Asnida, memang langsung tak dilayan. Paling-paling pun Asnida akan ugut dia, jika tak dapat settlekan semua akaun butik, dia akan keluarkan Elly dari rakan kongsinya. Itu saja yang diulang-ulang sampai Elly naik jemu mendengar dan sudah hafaz pun apa ayat Asnida. Elly sendiri pun pening, entah kenapalah dia sanggup perbodohkan diri sendiri. Kerana sayang pada butik itulah dia bertahan hingga kini dan kerana itu salah satu cinta-citanya mahu memiliki butik sendiri.

Sebelum pulang ke rumah, mereka singgah minum sebentar.  Elly mengikut saja arahan Asnida. Malas mahu gaduh. Kalau ikutkan dia, mahu saja terus pulang ke rumah. Dapat juga rehatkan badan. Ini tak, waktu cuti pun sibuk nak keluar. Geram saja Elly tapi geram dalam hati sajalah. Nanti bersuara makin gaduh pula. Pasrah je lah Elly. Mereka berbual kosong. Asnida semangat bercerita. Elly tak ada mood hari itu. Hanya mendengar saja Asnida membebel.

" Ash!! Jom balik..!! Mummy i suruh i balik, uncle i nak datang rumah.. " kata Elly yang dari tadi membisu saja. Sebenarnya tak ada pun Mummy nya suruh balik. Disebabkan dia malas nak banyak cakap jadi dia cari idea gunakan nama Mummy nya.

" Hmm.. Jomlah!!" Asnida tiada pilihan. Mereka berdua bangun dari kerusi. Jalan menuju ke pintu restoran. Pintu dibuka oleh Asnida. Elly mengekori dari belakang. Mereka jalan beriringan. Mata Elly tertumpu pada seorang lelaki yang berjalan menuju kearah mereka. Wajah yang pernah dia cintai dulu. Elly jalan perlahan, dan Asnida juga perasan.

" Haii.. Hensem..!! Tak sangka dapat jumpa.." tegur Asnida tanpa segan silu.

"Yup..!! Dari mana?!" Tanya Zack.

"Lepas minum. Bila you balik Malaysia? Elly tak info apa-apa pun dekat i..!!" Elly berkerut.

Pandainya dia, padahal Elly dah info pun.

" Adalah tiga bulan. Haii Elly.. Apa khabar, sihat?!" Tanya Zack pada Elly. Senyum.

"Alhamdulilah, sihat... " jawab Elly. Direnung wajah bekas tunangnya itu. Rasa rindu pula.

" Makin hensem you Zack. Iyalah kan, model mestilah hensem, betul tak?!" Puji Asnida. Zack gelak kecil.

" Hahahaa.. Model part time je.." jawabnya malas.

" Okey lah tu. You dah kahwin ke?!" Tiba-tiba Asnida tanya soalan itu. Sengaja.

"Siapalah nak dekat i ni. Orang yang i kejar, dia lari. Tak terkejar i.." terkedu Elly dengan jawapan Zack. Zack sengaja memerli Elly. Mata merenung pada Elly.  Cepat-cepat Elly pandang ke tempat lain. Tak sangup nak membalas pandangan Zack.

" Alaaa you ni, susah-susah je. I ni ada depan mata, you taknak. Buat apa nak kejar yang dah lari.." Selamba saja Asnida. Tak tahu malu. Elly hanya membisu.

" Sorrylah Ash!! Yang lari tetap istimewa dalam hidup i, cuma mungkin tak ada jodoh. Okeylah!! I gerak dulu, ada hal.. bye..!!" Sekali lagi Elly terkedu mendengar kata-kata Zack. Terdiam seribu bahasa.

" Okey..!! jumpa lagi.. bye!!" Over pula Asnida ni. Naik menyampah Elly padanya. Kerana Asnidalah dia putuskan pertunangan dengan Zack. Kalau tidak, sudah pasti mereka sudah menjadi suami isteri yang bahagia. Sudah punyai anak yang comel.

Elly langsung tidak bercakap. Malas dan tiada mood. Entah kenapa dia hanya berfikir dengan kata-kata Zack tadi. Cuba memahami maksud disebalik kata-kata itu. Asnida bercakap sendiri, tidak dilayan oleh Elly. Hanya sesekali Elly mengangguk dan senyum saja untuk ambil hati Asnida. Tapi apa yang Asnida cakapkan langsung tidak didengarinya. Dia sudah mula rimas dengan sikap Asnida. Sudah bosan dengan mulut manis Asnida. Hmm.. Kalau ikutkan hati mahu saja dia pergi dari hidup Asnida tapi tak boleh. Kerana butik dan kerana Asnida lah kawannya yang bertahan dengan sikapnya. Tiada kawan lain. Jadi, redha sajalah. 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku