Kerana Janji
Bab 129
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Semangat aku bangun pagi ni, lepas subuh tadi terus aku ke dapur. Disebabkan hari ni, teman sehati sejiwaku balik dari outstation. So, aku nak buat brownies untuk dia. Dah lama rasanya tak buat brownies coklat ni. Semalam petang balik dari office aku singgah beli bahan. Pagi-pagi ni mengadun pula. Kejab je buat ni. Sambil tangan ligat mengadun sambil pula mulut sibuk menyanyi. Nak bawa ke office sikit, nak juga bagi Encik Boss rasa. Dia tu bab makan agak cerewet jugalah, ada je komplen nya tapi kalau dia rasa sedap, percayalah esok-esok mesti dia suruh aku buat. Teringat pula makan dekat cafe tempoh hari tu, mula-mula aku ajak dia berlagak, tak sedaplah, tak standard lah, asyik makan dekat hotel, tempat mahal-mahal, poyo kan. Tapi sekali makan dekat cafe, ha!! Baru dia tahu, makanan lagi sedap dari makan dekat hotel. Lain kali jangan berlagak sangat ya Encik Boss. Hehe..!! Tengok level lah, level Encik Boss, level tinggi, taste tinggi, semua tinggi-tinggi belaka. Yang aku ni, level kampung-kampung je. Biasa-biasa je. Memanglah jauh beza sangat. Tapi akulah kena main peranan, nak bagi dia boleh ngam dengan level-level kami ni. Kadang-kadang orang macam ni, dia kawan pun memilih. Nak kawan level dia je, level kampung ni dipandang rendah. Itu biasa. Lumrah manusia. Biarkan..!

Okey siap!! Oven pun dah panas. Aku terus masukkan adunan ke dalam oven. Aku kemas segala yang bersepah di atas meja. Sampah segala buang, lap meja, basuh peralatan. Dah puashati bersih, aku senyum sendiri. Kemudian, aku kemas pula diruang tamu, dihalaman rumah dan bilik air. Terlebih rajin aku hari ni. Bau brownies dah menusuk dalam hidung dah ni. Mahu satu taman bau brownies aku pagi-pagi. Hihi..!! Aku ke dapur, buka oven yang panas tu dan wow!! Sedapnya bau!! Aku keluarkan brownies dan letak di meja kabinet. Sementara tunggu brownies sejuk, bolehlah aku bersiap.

Jarum jam terus berdetik, sunyi sepi je. Sesekali kedengaran bunyi kenderaan lalu. Brownies dah siap masuk bekas dan sudah juga ku asingkan untuk office dan untuk sayangku Faliq. Tak sabarnya nak jumpa Faliq. Makin hari makin rindu. Bahagianya. Aku memandu pun rasa happy je walaupun agak jem jugalah jalan ni tapi bila mood tengah bahagia. Jem lapan jam pun macam lapan minit tapi cuba kalau mood tak bagus, orang brek sikit pun aku dah angin.

Melangkah je aku masuk dalam office, aku nampak Kak Intan tengah kemas mejanya. Naim pula duduk tersengeh-sengeh dalam biliknya. Mira tak nampak pula, belum sampai kut.

" Hai kak..!!" Aku tegur Kak Intan.

"Nah ni.. Brownies coklat by Aliaa Sofea.." aku menghulurkan tupperware yang berisi brownies.

" Alhamdulilah, rezeki kami pagi-pagi. Terima kasih Aliaa. Nanti akak bagi Encik Zack rasa ek..!!" Kata Kak Intan.

" Okey!! Nanti biar saya yang hantar . Nak dengar dia komen. Hahaha..!! Dia dah sampai ke?!" Tanyaku. Kak Intan mengangguk.

" Dah.. awal lagi. Tu untuk siapa pula tu.."

"Ni semestinya untuk Mr. Arkitek sayalah. Hehe..!!" Aku gelak kecil. Kak Intan senyum lebar. Aku terus meninggalkan Kak Intan dan masuk ke bilik. Tupperware ku letak atas meja, aku duduk sebentar. Tak lama aku ke dapur. Kak Intan dan Naim sedang menikmati brownies aku. Berbual dan gelak berdua. Entah apalah yang diborakkannya.

" Amboii.. syoknya borak. Ke kutuk aku ni ye Naim ye..!!"

" Hahahaa.. Kau kan beb, ingat aku ni kaki kutuk ye.. Hampeh kau kan..!" Aku gelakkan.

" Ni untuk Encik Boss kau, dah pergi hantar. Bawa air tu sekali kang tercekik pula dia makan brownies kau Aliaa.. " aku gelak kecil. Aku angkat dulang dan terus melangkah ke bilik Encik Boss.

"Assalammualaikum Encik Boss..!!" Aku senyum.

"Waalaikumsalam.." Encik Boss menyandarkan badan di kerusi dan memandang aku. Aku meletakkan dulang diatas mejanya.

"Silakan makan Encik Boss. Special for you..!!" Aku terus duduk. Senyum. Dia hanya pandang. Serius je muka.

" Brownies?!" Tekanya. Aku mengangguk perlahan. Dia mengambil sepotong dan makan. Aku sengeh. Dia melayan brownies, selamba je makan.

" Sedap tak?!" Tanyaku.

" Bolehlah.. " ringkas jawapan. Muka selamba je.

Aku punyalah tunggu jawapan ikhlas dia. Huh!

"Ni awak beli ke buat?!" Tanyanya padaku.

" Mestilah buat.." 

"Hmm...  Not bad.."

"Selamat menikmati brownies. Saya keluar dulu ya.. byee!!" Aku terus keluar. Masuk ke dalam bilik. Memulakan kerja. Hari ni aku malas nak sarapan, cukuplah makan dua potong brownies pagi tadi. Nanti je nak keluar lunch dengan Faliq. Tapi takut pula dia busy atau penat. Tapi Faliq mana pandai penat. Untuk aku memang tak ada istilah penat baginya. Apa saja yang aku nak mesti dituruti.

Sedang leka menyiapkan kerja, muncul Naim dengan tersipu-sipu masuk ke bilikku.

"Syoknya kau kan beb, pagi-pagi lagi dah dapat hadiah. Bertuahlah badan. Baik betullah kekasih kau ni.." Naim menghulurkan kotak yang berbalut pink, dihiasi reben dan sekuntum bunga rose diatasnya. Aku berkerut dan mengambil. Naim duduk. Aku buka kotak itu. Wah!! Cantiknya. Rantai leher bertahta batu apa entah ni. Aku pun tak tahu. Tapi memang cantik.. Naim memerhatikan aku je. Kad yang sungguh comel ku buka dan baca.

"Hii cute!!
Ikhlas dari saya untuk awak..
Miss you so much!!
-Zahwan-

"Ish..!!!" Aku terus campak kotak dan kad itu diatas meja. Takut pula jadinya.

"Aik!! Apasal kau campak hadiah tu. Ada katak ke..?!" Tanya Naim. Pelik. Aku pandang Naim.

" Kau baca kad tu.."

" Hii cute!! Ikhlas dari saya untuk awak.. Miss you so much!! Zahwan.. Ha?? Zahwan. Kau biar betul ni beb..." terbeliak mata Naim baca. Memang terkejut besar dia. Aku mengangkat bahu.

" Nampaknya dia masih nak kau lagilah beb. Parah ni parah!! Siap miss you bagai... "

"Tahu tak apa.."

"Eh! Macam mana dia boleh bagi pula ni? Tak kan dari Sarawak dia pos kut.." Naim garu kepala.

"Dia dah kerja dekat sini. Duduk sini.." jawabku.

"Pula dah. Maknanya kau tak boleh mengelaklah ni beb. Mahu meletup gunung everest kang bebbb..!! Masakkk!!"

"Itulah pasal.." Aku menekup muka dengan tangan. Masalah ni masalah.!!  Aku cerita pada Naim mengenai bunga yang Zahwan hantar minggu lepas dan kes gambar aku dan Zahwan minggu lepas. Mati-mati mereka ingat Faliq yang hantar bunga tu tapi rupanya Zahwan.

"Tak satu persatu masalah kau beb. Banyak betul dugaan kau dengan Faliq. Sabarlah Aliaa.. So, kau nak buat apa lepas ni?!"  Redup je Naim pandang aku.

"Aku nak pulangkan hadiah ni pada Zahwan. Aku taknak dia ganggu hidup aku lagi. Dan yang penting aku taknak dia ganggu hubungan aku dan Faliq.." kataku yakin.

" Baguslah tu. Kau kena bersemuka dengan dia. Jangan sampai Faliq fikir lain dekat kau. Masalah nanti.."

" Kau temankan aku ya..!!" Naim angguk. Nak jumpa Zahwan kena bawa kawan, kalau tak nanti ada pula yang kata aku dating dengan Zahwan lepas tu ada pula yang info Faliq. Hmm.. kerja siapalah tu? Sabar jelah.

Dugaan demi dugaan. Bukan senang nak bahagia. Macam-macam kena tempuh. Harap-harap aku kuat hadapi semua ni. Kalau apa-apa terjadi dengan hubungan ni macam mana? Pada siapa aku nak meluah? Abang tak ada, aku kena pendam jelah sendiri. Sedih!! Rindunya dekat abang. Nak call abang tak dapat. Terpaksa tunggu dia yang call tapi bila? Huhu..!!

"Tut.. tuttt...!!" Bunyi handphone mematikan lamunanku. Alamak!! Ni mesti Zahwan yang call, nak tanya pasal hadiah ni kut. Tak kuasa aku nak jawab. Aku biarkan je handphone tu berbunyi. Malas nak layan. Kotak hadiah tu aku ambil dan masukkan dalam laci. Nanti aku ada masa aku memang pulangkan. Aku terus melayan laptop depan mata. Handphone masih berbunyi. Sorry..!! Saya busy, kataku sendiri. Okey!! Senyap pun dia. Tenang aku..

Tak lama, pintu aku diketuk. Mira datang dengan senyuman.

" Cik Aliaa.. kekasih hati Cik Aliaa nak jumpa. Dia tunggu dekat luar.." kata Mira. Aku terkejut.

"Faliq?!" Tanyaku.

"Iyalah. Siapa lagi." Aku terus ambil handphone dan check panggilan tadi. Ya Ampunnn!! Faliq lah yang call. Aduh!! Gilalah aku ni.

" Laa.. Dia lah yang call banyak kali, saya tak jawab.. Okey.. Okey Mira, terima kasih ya..!!" Kelam-kabut aku jadinya. Mira gelakkan dan berlalu pergi. Sepantas kilat, tupperware berisi brownies aku ambil dan cepat-cepat keluar. Huru-hara jadinya.

Sampai dimuka pintu office, aku lihat dia sedang duduk disofa setia menantiku. Aku senyum. Tenang tengok wajahnya.

"Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam... "Dia balas dan senyum ke telinga. Aku duduk di tepinya.

" Sihat tak?!" Soalan pertama dia tanya.

"Alhamdulilah sihat walafiat. Bila awak balik?!" Tanyaku.

" Baru sampailah ni. Terus jumpa awak. Rindulah sayang..!!" Katanya. Hmm.. saya pun rindu awak juga, jawabku dalam hati. Dalam hati je.

"Ni untuk awak. Lama dah awak tak makan ni kan.. Nanti makan ya..!" Aku menghulurkan tupperware tadi pada dia.

"Terima kasih. Nanti saya makan dengan mama ya.." aku mengangguk perlahan.

" Saya nak cepat ni, nak balik kejab. Lepas tu nak jumpa client, tak dapat nak lunch sama. Sorry!! Tapi malam nanti kita dinner ya.. Boleh tak?!" Jelas Faliq. Lembut je suaranya.

" Boleh.. Insha Allah..!! "

" Saya gerak dulu ya. Sorry Aliaa..!! Saya busy sangat sekarang ni. Nanti kalau dah settle semua kerja saya, saya nak bawa awak jumpa seseorang.." katanya.

" Jumpa seseorang? Siapa?" Aku berkerut. Siapa pula dia nak bawa aku jumpa ni.

"Adalah..!!" Senyum.

"Bakal isteri ke?!" Sengaja aku balas.

"Aik!! Hahahaaa.. Bakal isteri saya, ni haa!! Ni yang depan mata saya ni, yang kuat membebel, yang garang macam singa, yang buat saya happy ni ha, tahu tak!! " Faliq gelak kecil.

" Manalah tahu kan. Asyik outstation ke Singapore je kut-kut jumpa kekasih dekat sana kan. Lelaki..!!" Aku buat muka.

" Hahaha...!! Dah sudah, tak payah nak mengarut ye. Kekasih yang ini pun tak sah lagi. Asyik nanti-nanti je. Kang betul saya cari scandal kang macam mana?!"

" Ooo ada hati ek?!"

"Hahahahahaa..!! Cukuplah, yang sorang ni pun susah nak dapat sayang oiii.. Dahlah, jangan merepek ya.." gelaknya lagi.

" Okeylah!! Jumpa malam nanti. Terima kasih ya brownies ni.."sambung Faliq.

" Sama-sama kasih. Hati-hati. Bye..!!" Dia terus melangkah. Aku hanya memerhatikan langkahnya sampai hilang dari pandangan. Aku kembali masuk ke dalam office. Senyum tak putus sambil-sambil bernyanyi kecil. Mira nampak aku, sempat dia memerli. Aku hanya senyum jelah.

Rindu dah terubat. Jadi, hati pun bertambah happy. Sedang bercinta memang semuanya happy belaka. Bahagia hidup. Segalanya indah. Inilah cinta pertama aku sebenarnya, cinta antara dua insan. Cinta yang tulus dari dua hati. Memberi dan menerima. Inilah sebenar-benarnya cinta.

Bukan cinta yang sekadar cuma, cinta yang tiada ikatan, cinta yang penuh dengan janji-janji palsu, cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta yang penuh penyeksaan dan penderitaan hingga aku sanggup korbankan masa dan usia sendiri. Cinta yang sia-sia. Arh!! Bodohnya aku. Menyesal pun tak guna. Nasi dah jadi bubur, dan bubur pun dah basi. Buangkan jelah. Tak perlu ingat, buangkan segala kepahitan itu. Kembalikan kemanisan dengan cinta tulus dari insan yang benar-benar mrnyintai dan menghargai. Iya!! Itu lebih baik. Cuma, kena lebih bersabar dan bertabahlah dengan ujian dan dugaan cinta. Insha Allah.. Cintailah kerana Allah pasti Allah akan jaga cinta ini, pasti cinta ini akan kekal ke jannah.

Terima kasih Ya Allah!! Terima kasih temukan aku bersamanya. Dan, terima kasih Faliq Alfie, menerima segala kekurangan dan kelemahanku. Kaulah teman sehati sejiwaku selamanya...




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku