Kerana Janji
Bab 130
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
268

Bacaan






Beg pakaian di seat belakang diangkat dan terus mencapai bekas tupperware yang diberi Aliaa tadi dan dibawa masuk ke dalam rumah. Mata meliar mencari kelibat Puan Asmah. Sunyi sepi saja rumah. Terus dicarinya di dapur, pintu belakang terbuka. Dia meletakkan tupperware diatas meja. Lalu, menjengah dipintu. Puan Asmah sedang sibuk menyapu daun-daun kering yang gugur ke tanah. Daun pokok rambutan yang rendang. Tersenyum dia melihat wajah separuh usia itu. Betapa gembiranya hati, melihat mamanya sihat dan tersenyum. Rindu benar pada mamanya. Dia terus menghampiri Puan Asmah, salam dan mencium tangan Puan Asmah.

"Baru sampai?!" Tanya Puan Asmah.

"Iya ma.. Ma jom masuk.!!" Ajaknya. Puan Asmah meletakkan penyapu di dahan pokok dan mengekori anak bujang ke dalam. Faliq  terus duduk di kerusi dan membuka tupperware berisi brownies itu. Lalu, diberi pada Puan Asmah.

"Ni mesti dari Aliaa ye..!!" Faliq mengangguk dan senyum. Puan Asmah makan sepotong. Diikuti Faliq. Sedap sungguh!!

" Macam mana malam ni? Jadi tak?" Tanya Puan Asmah.

" Mestilah jadi ma. Tapi Aliaa tak tahu pun. Alang cuma cakap, nak dinner dengan dia je.." terang Faliq.

"Hmm.. Nak buat surprise lah ni.." teka Puan Asmah.

"Pandai mama!! Hehe.. Ma jangan bagitahu Angah ye, Alang nak semukakan mereka, nak tengok reaksi Angah macam mana. Kalau Aliaa,  dia okey je cuma Angah je tu masalah.." kata Faliq.

"Baiklah.. Kita tengok je nanti malam ya. Harap semuanya okey..!!"

" Insha Allah. Mama masak apa malam ni. Alang pun rindu masakkan mama juga ni.."

" Surprise!!"

" Hahaha.. Amboii.. mama pun dah pandai dah surprise ye..!!" Faliq gelak.

" Alang juga yang ajar, kan!! "

" Ma tapi jangan masak...."

" Iya mama ingat.. Tak boleh masak pedas, kan..?!" Belum sempat Faliq habiskan cakap terus Puan Asmah potong.

" Terima kasih maa.. Oh ya!! Lupa pula.. Ni ma duit Alang pinjam bagi Angah tu. Alang betul-betul lupa nak tinggalkan duit minyak dia hari tu." Faliq mengeluarkan wang kertas berjumlah Rm150 dan diberi pada Puan Asmah.

" Iyalah.. Angah ada bagitau Alang tak?!"

"Bagitau apa ma?!" Faliq berkerut.

" Ahad kelmarin dia ada keluar dengan si Elly tu. Dia cakap nak bagitahu Alang.."

" Tak ada pun dia cakap apa-apa. Dia ada minta duit mama?!" Teka Faliq.

" Dia pinjam. Katanya gaji baru bayar.."

"Berapa dia pinjam?!" Tanyanya lagi.

" Mula-mula dia nak pinjam Rm500 tapi mama bagi Rm200 je. Membebel jugalah dia.." Puan Asmah mengadu.

" Hmm.. Dia balik lewat ke ma?!"

" Tak pula. Dalam jam 3.00 petang dia keluar balik sebelum maghrib. Katanya bosan duduk rumah. Alang tak ada, dia pun ambil peluanglah.."

"Alang bukan nak kongkong dia ma, Alang nak dia berubah. Umur dia bukan muda lagi. Alang taknak dia terus terjerumus dengan maksiat, perbuatan tak senonoh macam tu. Dia kakak kandung Alang, tanggungjawab Alang juga..." terang Faliq.

" Iya Alang. Kita semua nak dia berubah. Perlahan-lahanlah. Insha Allah, dia akan berubah juga tu nanti. Kita doa banyak-banyak.." Puan Asmah memberi semangat pada Faliq.

"Iya ma. Kalau boleh Alang nak Angah baik dengan Aliaa. Tak adalah pening Alang nanti kalau dah kahwin dengan Aliaa, nak menghadap masam muka mereka. Mahu Alang yang tekanan.. Hahahaa..!!"

" Betul juga tu kan. Sabar jelah.."

"Apapun, Alang akan usahakan. Kita sama-sama doakan ya ma..!!" Puan Asmah mengangguk. Setuju sangat dengan niat Faliq. Faliq mengeluarkan lagi wang kertas berjumlah Rm200 pada Puan Asmah.

" Eh! Ni duit apa pula Alang?!"

" Ni duit yang Angah pinjam. Nanti Alang tolak terus dari gaji dia.." Puan Asmah mengangguk.

"Okeylah ma. Alang nak mandi, lepas tu nak pergi kerja.." Faliq meminta izin dan terus berlalu. Senyum Puan Asmah melihat anak bujang kesayangannya. Sejuk perut ibu mengandung. Niat Faliq untuk ubah Asnida sangat disokong. Hanya Faliq saja yang boleh ubah Asnida. Harap-harap niatnya berjaya.

Faliq masuk ke dalam biliknya. Lampu dipasang. Kenapa macam pelik saja biliknya. Agak bersepah atas meja. Laci pun renggang. Faliq menggeleng kepala.

"Ni mesti kerja Angah, apalah yang dia nak cari. Angah.. Angah.." 


Faliq membiarkan saja. Dia lantas terus ambil tuala mandi didalam almari dan terus masuk bilik air.

Tak sabar Faliq nak bawa tetamu paling istimewa ke rumah malam ni. Mesti terkejut besar dia nanti. Mesti cuak mukanya. Sengaja tidak mahu beritahu Aliaa, baru gempak. Kalau di rancang dan beritahu Aliaa awal-awal, ada saja alasannya nanti. Itulah inilah, belum sedialah, macam-macam, tapi kali ini memang Aliaa tak boleh mengelak. Dah lama dah mamanya minta Faliq ajak Aliaa makan malam bersama tapi susah betul nak pujuk Aliaa. Insha Allah malam ni dia akan tunaikan permintaan mamanya. Dari semalam lagi dia sudah berfikir. Dan terus beritahu Puan Asmah akan niatnya itu. Puan Asmah pun apalagi, memang happy lah dia. Bunga mawar didalam pasu yang berada diatas almari hiasan, di bawah potret Aliaa yang tergantung kemas di ruang tamu sudah ditukar dengan mawar yang baru. Segar dan bugar. Cantik dan rapi. Semangat dia mahu menyambut kedatangan bakal menantu. Happy tak terkata.

Faliq sudah siap mahu pergi kerja. Segak dan kemas sekali. Sebelum melangkah keluar dia jumpa Puan Asmah dan bersalaman. Sebelum jumpa client, dia mahu singgah butik. Sengaja mahu tengok mereka kerja. Kut-kut ada yang mengular. Pemanduan pun lancar, tiada kesesakkan jalanraya. Sampai dibutik, dia terus parking kereta bersebelahan kereta Asnida dan kereta Elly. Senyum dia. Dua-dua ada dibutik. Terus dia menolak pintu dan masuk. Elly sedang melayan pelanggan yang datang. Manakala Asnida, duduk di kaunter. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahulah. Tersengeh Elly apabila melihat Faliq. Faliq terus menuju kearah Asnida.

" Bila Alang sampai?!" Tanya Asnida sebaik Faliq berdiri dihadapannya.

" Pagi tadi.. Angah buat apa ni?!"

" Ni cek, Datin Roziah bayar balance semalam. Nak key in lah ni.. "

" Any comment?!"

" Semua okeylah!! Dia puashati ."

Faliq memeriksa pula punch card milik Elly dan Asnida. Dan menganggukkan kepala tanda puashati. Bagus, ikut arahan. Katanya dalam hati. Senyum sendiri. Dan letakkan semula.

" Rm200 yang Angah pinjam dari mama kelmarin tolong key in sekali. Alang akan potong terus bila gaji nanti.." kata Faliq tegas. Terkejut Asnida dengar. Tertelan liur dia. Muka cuak.

" Tak payah nak buat muka terkejut ye. Alang tahu. Dan, Rm150 duit makan dan minyak Angah jangan lupa sekali.." detail Faliq info. Asnida terus lakukan setiap arahan Faliq. Diam membisu. Sesekali sempat Faliq menoleh ke arah Elly yang sedang rancak melayan pelanggan. Pandai juga mengayat dan peramah. Faliq senyum.

" Malam ni tunggu Alang balik. Ada hal sikit.."

"Hal apa?!" Tanya Asnida. Tepat pandang muka Faliq.

"Tunggu je malam ni. Okeylah!! Alang nak pergi kerja. Jumpa malam ni.. bye!!" Faliq terus melangkah keluar. Asnida mencebik sendiri.
Tidak lama kemudian, pelanggan Elly pun beredar. Elly senyum ke telinga. Lalu menghampiri Asnida yang masih menghadap laptop.

" You.. Kenapa Faliq datang? Kejab je pula? Dia rindu i ke?!" Kata Elly.

"Eee..!! Perasan lebih. Dia tanya akaunlah apa lagi. Dia check punch card kita.." Elly sengeh. Asnida muka ketat.

"Kira sekalilah tu. Sambil check sambil tengok i. Betul kan.. Tadi dia senyum dengan i, happy nya..!!" Mula dah datang gediknya.

" Eleeehhhh.!! Kut-kut senyum dengan customer tadi. You je yang perasan. Lagipun setakat senyum je kut, lainlah kalau dia ajak you dating ke, bolehlah kalau happy.. " Asnida menjeling pada Elly.

" Kira bersyukurlah tu dia nak senyum dengan i. Mana pernah dia senyum macam tu dengan i. Senyum kelat, pahit, masin adalah. Sama je macam kakaknya.. " Elly merungut.

" Dah adik-beradik kut. Memanglah.."

" Adik-beradik tapi kenapa perangai you lain. Dia baik je, lembut je, tenang je hati i tengok dia tapi youuu!! Huh! Bengis, keras kepala, angin satu badan. Betul lah Aliaa cakap, serupa syaitan..." selamba je Elly cakap. Terus lari ke belakang. Gelak kecil.

" Kurang ajar you kan.!!" Menyirap darah Asnida. Menjerit dia.  Kena sekali dengan Elly. Berdengus sendiri. Geram betul. Turun naik nafasnya.

Asnida berfikir sekejab. Hal apa yang Faliq nak beritahu malam nanti.

Kenapa nak tunggu malam pula? Hmm.. mengeluh dia. Malas mahu fikir. Asnida terus mencapai handphone. Menghubungi Zahwan. Mahu tahu apa plan Zahwan seterusnya. Tak sabar nak tahu. Dan tak sabar nak tengok hubungan Aliaa dan Faliq berkecai. Sangat dia harapkan dan sangat yakin. Dan yang paling dia yakin, Zahwan membantunya. Pasti akan berjaya.

" Busy ke?!"

" Bolehlah . Ada apa you call?!" Jawab Zahwan.

" So, apa plan seterusnya..."

" I dah buat apa yang perlu i buat. Jangan terburu-buru Ash! Kena slow-slow.."

" Kalau boleh i nak mereka pisah cepat. Dah tunggu lama tau tak?!"

" Buat kerja terburu-buru takkan dapat hasil yang baik. So, boleh sabar tak?!"

"Hmm.. Okey!! I cuma nak hasil yang positif bukan negatif. Kalau you tak mampu nak lakukan tolong info awal. I boleh lakukan sendiri. Itupun kalau you taknak Aliaa lah.." kata Asnida. Sinis saja ayatnya.

" I tahu apa yang i nak buat. Tapi i takkan melibatkan nyawa. Dan i bagi warning pada you, jangan sampai mereka cedera. Ingat!!" Zahwan beri amaran pada Asnida.

" Hahahaa.. Hey!! You nak Aliaa je kan. Takkan lah i nak cederakan Aliaa. I cuma nak mereka berpisah. Itu je. Jangan risau Wan.. Yang penting, you dapat Aliaa dan i dapat pisahkan adik i dengan perempuan tu. Cukup!!" Gelak besar Asnida. Lawak.

" Okey!! Sampai you cederakan Aliaa atau Faliq. Siap!!"

" Hmm.. Iyalah. Tolong lakukan segera!! Lagi cepat lagi bagus, tak pening otak i. Apa-apa tolong info.. bye!!" Talian terus dimatikan. Asnida senyum.

" Taknak Aliaa dan Faliq cedera konon. Tapi kau nak juga pisahkan diaorang. Nak Aliaa dan sakiti Faliq. Sama je. Yang beza cedera fizikal dan cedera hati. Apa punya oranglah Zahwan ni. Nak baik sangat konon tapi sama je macam aku. Jahat juga. Muka baik, hensem tapi hati busuk juga.  Hahahaa.. Pelik..!!" Asnida cakap sendiri.

Hmm.. Bila nafsu menguasai diri. Sanggup melakukan apa saja janji mendapat kepuasan hati. Selagi tak puashati selagi tu akan terus melakukan kejahatan. Sampai bila? Asnida oh Asnida..!! Kenapalah kejam. Tak kasihan pada adik kandung yang dah banyak membantu. Jahat macam mana pun Asnida,  Faliq tetap mahu dia berubah. Kerana sayang pada darah daging sendiri tapi kenapa Asnida tidak seperti Faliq dan tidak seperti Amiza. Yang penuh dengan sifat kasih sayang. Sanggupkah Asnida melihat penderitaan Faliq atas perbuatannya nanti? Tidakkah dia berfikir apa akan jadi pada hidup  Faliq tanpa Aliaa?

Dan Zahwan. Kenapa sanggup lakukan pada sahabat sendiri?  Kenapa ikutkan hati. Kenapa baru kini dia kejar Aliaa semula sedangkan bertahun-tahun cinta Aliaa padanya diabaikan dan langsung tidak dihargai. Setelah pintu hati Aliaa tertutup rapat dan menerima cinta Faliq. Kenapa baru nak menyibuk. Kenapa harus mengganggu dan mahu merosakkan hubungan cinta suci mereka? Kenapa tetap degil, tetap dengan ego sendiri. Sedangkan dia sudah berjanji pada Adil dan Faliq. Kenapa mungkiri janji. Ah!! Lelaki.. Suka-suka menolak cinta wanita yang menyintainya, dan kemudian mahu wanita menerima cintanya semula setelah disakiti. Ingat wanita ni apa? Bahan mainan, time lelaki perlukan diambil bila rasa tak perlu dibiarkan. Dan mahu diambilnya semula. Ishh!!

Hey Zahwan!! Kau silap Zahwan. Silap..!! Buatlah macam mana cara sekalipun. Hati Aliaa takkan pernah kembali pada kau, takkan pernah berubah pada Faliq. Cinta dan kasih sayang Aliaa adalah cinta dan kasih sayang yang tulus dan suci untuk insan yang benar-benar menyintai dan menyayanginya seikhlas hati. Cinta dan kasih sayang Aliaa hanya layak untuk Faliq Alfie. Bukan untuk kau. Kau tak layak. Kau hanya pandai berjanji tapi mungkiri. Sedarilah wahai Zahwan.. Kerana janji, hidup Aliaa menjadi sia-sia selama ini. Kerana menanti janji yang tak pasti dan akhirnya janji tinggal janji. Kau tak layak Zahwan.. Tak layak!!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku