Kerana Janji
Bab 131
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
78

Bacaan






Seperti yang telah dijanjikan. Tepat jam 8.00 malam, aku sudah siap nak pergi dinner dengan Faliq. Malam ni aku pakai simple je, muslimah sikit. Palazzo coklat lembut, blouse putih dan shawl coklat lembut juga. Warna yang lembut-lembut je. Selembut hatiku. Aku berdiri didepan cermin, pusing kanan pusing kiri. Okey!! Puashati dengan penampilanku yang simple untuk malam ni. Muka sikit pucat, nak bersolek tak reti. Yang aku reti cuma sapu bedak compact, calit eyeliner dan pakai pelembap bibir. Kira okeylah ni. Orang kata baby face kut. Hehe..!! Aku capai handbag dan handphone. Terus keluar ke ruang tamu. Aku duduk menunggu Faliq. Entah manalah dia nak bawa aku makan ni, katanya nak bawa ke satu tempat yang paling best dan masakkan yang paling sedap di dunia. Wow!! Macam best je. Dan, dia pesan jangan makan apa-apa dirumah. Kosongkan perut. Kalau tak rugi. Hmm.. Okey boss!! Aku sengeh je bila teringat pesanannya petang tadi. Lamunanku terhenti apabila dengar bunyi hon kereta Faliq. Aku pun terus bangun dan keluar. Pintu ku kunci dan melangkah perlahan ke kereta Faliq. Faliq berdiri di pintu keretanya. Senyum lebar pandang aku.

" Cantik bakal isteri saya malam ni.." pujinya.

" Hahaha... Biasa je pun. Tapi selama ni tak cantik ke?!"

"Cantiklah tapi malam ni special cantik.." aku gelak je. Kunci pagar dia minta dan dia kuncikan. Aku masuk dalam kereta. Tak lama Faliq pula masuk. Dia pandang aku dengan senyuman. Aku senyum tapi mata terus pandang keluar. Tanganku di ambil, menyarungkan cincin dijari manisku. Cincin yang pernah dia beri suatu ketika dulu dan cincin yang ku kembalikan padanya sewaktu pergaduhan kami. Dan kini, dia sarungkan kembali. Aku pandang tepat ke dalam anak matanya.

"Terimalah ia kembali. Aliaa.. Saya sayang awak. Tolong jangan tinggalkan saya lagi ya.."
Lembut suaranya. Kenapa pula dia sedih ni. Aku terharu. Tiada kata mampu kuluahkan. Hanya senyuman sebagai pengganti keihlasan aku menyayanginya. Aku mengangguk. Dari sinar matanya yang bercahaya, terpancar keikhlasan hatinya pada cinta kami.

"Insha Allah.." Aku senyum.

" Saya dah lapar. Perut dah nyanyi..!!" Aku mencebik manja. Memang berbunyi dah perut aku ni.

" Hahahaa..!! Okey jom.. !! Dari petang tak makan ke?!" Faliq memulakan pemanduan.

"Tak pun.." jawabku jujur.

" Laa.. !! Langsung tak makan?" Dia tanya lagi.

"Dah awak kata jangan makan. Saya tak makanlah.." Aku pun bendul. Ikut je kata dia. Hehe!!

" Kalau ia pun jamahlah sikit, makan roti ke, buat alas perut tu. Perut awak tak boleh kosong. Nanti sakit macam mana?!" Menoleh padaku. Aku diam je.

Sepanjang perjalanan kami berbual kosong. Gurau senda, gelak tawa. Memang tak lekang senyuman kami. Ada je dia kenakan aku dan aku pun apalagi. Kenakanlah dia juga. Gaduh-gaduh manja. Borak punya borak, kereta memasuki perkarangan rumah. Aku terdiam. Pelik. Faliq senyum je.

" Ni rumah siapa pula ni. Kata nak pergi makan, saya dah lapar ni.." tanyaku.

" Hahahaa.."Aku tercengang. Boleh pula dia gelak. Terus dia turun dari kereta, dan buka pintu aku pula.

" Silakan Puteriku sayang..!!" Aku pun turun jelah. Memang terpinga-pinga. Mataku liar melihat rumah yang terang benderang itu. Cantik rumah ni, besar. Faliq hanya senyum je.

" Ni rumah awak ek?!" Teka aku. Makin kuat dia gelak.

"Faliqq..!! Saya tanya kut, gelak pula dia. Saya serius ni tau..!!" Pertanyaan aku tak dijawabnya. Tapi dijawab dengan gelak tawanya. Aduhai Faliq. Aku jadi tak keruan ni. Entah rumah siapalah dibawanya aku. Risau!

" Faliq..!!" Aku tarik tangannya. Berkerut muka aku.

" Iya kenapa?! " Boleh pula dia tanya aku balik.

" Ini rumah siapa?!" Tanya aku lagi.

" Rumah bakal mak mertua awak..!! Jom!! Mama tak sabar nak jumpa bakal menantu ni.." katanya.

" Kenapa tak cakap awal-awal. Awak buat saya cuak tahu tak. Tak baik tau dia ni. Kalau ia pun info lah awal.. " Aku terus membebel. Dia gelak dan gelak.

" Surprise!!!" Aku berdengus. Nak taknak dah sampai kut. Ikut jelah. Perut aku pun dah lapar ni. Aku tarik nafas dalam-dalam. Memang betul lah si Faliq ni. Suka buat surprise macam ni. Sabar jelah. 


Aku senyum.

" Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam.. Dah sampai dah.. Meh masuk..!!" Puan Asmah menyambut kedatangan aku. Aku bersalaman dan mencium tangannya.

"Makcik apa khabar?!" Tanyaku.

"Alhamdulilah, sihat..!! Aliaa pula macam mana, dah sembuh?!"

" Sudah..!! Mana pakcik?!"

" Pakcik belum balik dari masjid. Sekejab lagi baliklah tu. Jom.!!" Puan Asmah atau makcik menarik menarik tangan aku ke ruang tamu. Faliq senyum je. Ada Asnida di ruang tamu sedang menonton. Muka memang bengis. Langsung tak senyum. Aku seperti biasa senyum.

" Hai.. apa khabar?!" Aku menegur Asnida. Dan menghulurkan tangan mahu bersalaman dengannya. Tapi dia buat tak tahu je.

" Angah!" Faliq menegur dia. Baru dia menyambut salaman aku, tapi sentuh sikit je.  Aku duduk disebelah Makcik. Muka Asnida memang sangat bengis. Tak senang duduk dia. Aku tak buat salah pun. Biar jelah.

Aku dan Makcik berbual mesra. Seronok berbual dengan dia. Terubat rindu aku pada arwah ibu. Tiba-tiba rasa sayu pula tapi aku tepis perasaan tu. Tak elok pula emosi tiba-tiba, apa pula kata dia nanti. Faliq serba sedikit menyampuk perbualan kami. Suka sangat dia kenakan aku. Aku pun selamba jugalah bergurau senda dengan Makcik. Memang satu kepala. Ngam kami. Tapi Asnida?? Hmm.. Muka merah padam. Aku tahu, dia marah, sakit hati tengok kemesraan aku bersama mamanya. Aku tak kisah pun, tak ada perasaan pun. Sepatutnya aku kut yang marah, yang sakit hati sebab apa yang dia lakukan padaku sebelum ni. Tapi, dia pula yang punya perasaan itu. Tak faham aku.

" Angah nak naik atas. Nak tidur" Terus je dia bangun.

"Angah..!! Duduk dulu. Rasanya belum makan kan. Kita makan sama-sama ye..!!" Faliq berkata. Nada lembut tapi mendalam jugalah. Faliq senyum sinis. Asnida menjeling tajam padaku. Dan, duduk kembali.

"Iyalah Angah.!!. Kita kan ada tetamu istimewa ni. Nanti makan sama, lepas tu boleh kenal-mengenali dan borak panjang. Aliaa ni kan bakal family kita juga. Kan Aliaa kan..!!" Aku tersipu malu. Pandang Faliq. Faliq mengangkat bahu dan gelak kecil. Makin membakar hati Asnida. Aku perhatikan je. Macam cacing kepanasan. Merah muka.

Tidak lama kemudian, Encik Kamaruddin atau Pakcik balik. Duduk sebentar berbual dengan kami.

"Semua dah ada ni, jom makan..!!" Pelawa Makcik.

"Jom..!! Ni Aliaa ni ma..!!  Tadi dia yang lapar sangat katanya. Berbunyi dah perut tu.." Aduh!! Malunya aku. Bertuah punya Faliq kenakan aku.

" Laa. Iya ke?! Dah jom, kita ke dapur.." Aku mengangguk. Aku membiarkan mereka jalan dulu.

" Awak ni kan. Saja kenakan saya.."

" Aduh..!! Sakitlah. Main cubit-cubit pula dia. Betul lah. Awak yang cakap lapar tadi kan.." Aku cubit lengannya. Padan muka.

" Iyalah. Tapi tak payahlah cakap. Malu tau..!!" Aku mencebik. Faliq gelak. Baru nak melangkah ke ruang makan, tiba-tiba mataku tertumpu pada satu sudut, potretku yang tergantung kemas didinding. Potret saiz besar pula tu. Di bawah potret itu, berderet bunga mawar merah tersusun segar dalam tiga biji pasu diatas meja hiasan kayu. Aku menghampiri . Terpegun seketika. Terpaku. Terharu!! Faliq mengekoriku.

"Awak yang buat semua ni ke?!"

" Iya sayang.!! Siapa lagi.."

" Tapi kenapa potret saya.."

" Supaya bila saya balik, saya nampak awak. Saya nak awak sentiasa ada dimana jua saya berada.."

Jujur sangat. Aku memang sangat terharu. Terasa airmata macam nak jatuh je. Boleh dia buat macam ni sedangkan aku bukan siapa-siapa dalam family ni. Oh Faliq!!

" Dah jom..!! Nanti perut tu berdangdut lagi.." Aku angguk dan terus ke ruang makan. Pakcik , makcik dan Asnida sudah tunggu dimeja. Menjadi tumpuan aku sekejab. Aku duduk di hadapan Asnida bersebelahan Faliq. Asnida terus mencuka. Kerana terpaksa je dia. Sebelum makan, Faliq membaca doa. Sungguh kurasa sangat happy. Penerimaan kedua orang tua Faliq amat baik sekali. Kecuali kakaknya ni je. Entah apalah benci sangat dia padaku.

"Banyaknya lauk. Ni semua makcik masak?!"tanyaku.

" Iya Aliaa.. Makan banyak-banyak ya..!"

"Ni kalau makan setiap hari boleh gemuk macam ni makcik.. Mesti sedap ni..!! " sambungku lagi.

" Kan saya dah cakap, masakan paling sedap di dunia. Masakan mamalah.. Cuba makan ni.." sampuk Faliq. Dia mengambilkan lauk ikan siakap masak tiga rasa dan letak dalam pinggan aku.

" Sedapnyaa!!! Kalah masakan Thai.. " Fuh!! Memang sangat sedap. Cukup semua perasa cuma tak pedas je. Kalau pedas lagi nyum lah. Teruja aku makan.

" Makan banyak-banyak Aliaa. Kalau rasa nak makan masakan makcik , bila-bila nanti bolehlah datang.. "pelawa Encik Kamaruddin.

"Terima kasih pakcik, makcik. Terima kasih.. hmmm... "

"Panggil je dia Angah pun boleh, Aliaa.." terus Makcik jawabkan.

" Ops!! Sorry.. !! Panggilan Angah hanya untuk family i je. I Ash.. Call me Ash..!!" Wow!! Berlagaknya dia. Menjeling tajam padaku. Aku senyum.

" So, saya panggil awak Kak Ash. Terima kasih Kak Ash.." Aku senyum.

"Tak perlu Kakak, sebab you bukan adik i. Ash saja. Faham?!" Katanya tegas. Buat muka bengang.

"Angah..!!"  Faliq menegur.

" Sorry!! Rasanya awak lebih tua dari saya, jadi sebagai tanda hormat tak salah saya panggil dengan Kak Ash..!!  Okey tak?!" Aku senyum pada mereka semua. Dia dah tua kut takkan nak panggil nama je. Kurang sopan kut.

" Huh!! Whatever..!!" Jelingan tajam padaku aku senyum angkat kening. Sengaja. Kami sambung makan. Aku buat seperti biasa, tak ada nak segan-segan bagai. Borak, gurau senda, gelak tawa semua macam biasa. Seronok family ni. Faliq pun asyik kenakan aku je. Cuma Asnida jelah. Tak tenang hatinya. Aku tak pedulikan pun tapi ada juga aku cuba borak dengannya. Bertanya itu ini jugalah. Tapi hmm.. langsung dia tak layan aku. Hanya jelingan dan muka mencuka je yang diberi padaku. Bukan salah aku. Aku okey je.

Selesai makan, aku tolong makcik Asmah mengemas. Faliq pun tolong juga. Asnida awal-awal dah keluar. Begitu juga dengan Pakcik Kamaruddin. Kami bertiga didapur ni je pun dah kecoh. Macam satu family je. Pertama kali aku datang sini. Tapi aku buat macam rumah sendiri je. Dah tuan rumah kata, jangan malu-malu buat macam rumah sendiri. Aku pun okey jelah tapi taklah melampau. Tidak lama kemudian, Faliq ke ruang tamu. Tinggal aku dan Makcik berdua.

Eh!! Baru perasan. Ada lagi potret aku tergantung. Kali ni saiz biasa. Dekat sini pun Faliq letak juga. Aku geleng kepala. Senyum.

"Disetiap ruang dalam rumah ni ada potret Aliaa. Kalau dalam bilik Faliq, penuh gambar Aliaa. Insan istimewa dalam hidup Faliq.."  Makcik mendekati aku. Memahami apa yang aku fikirkan.

"Terima kasih makcik. Sudi terima saya dalam keluarga ni. Saya sangat terharu dan tak tahu nak cakap apa.." airmata hampir je menitis tapi ku tahan.

" Apa yang membahagiakan Faliq itu juga membahagiakan kami. Membahagiakan keluarga ini. Aliaa umpama permata dalam hidup Faliq. Dia banyak berubah kerana Aliaa.." terang Makcik.

Aku senyum bahagia. Potret itu ku pandang lagi. Tak sangka begitu sayang Faliq padaku, begitu kuat cintanya. Begitu percaya memberi keyakinan pada kedua orang tuanya. Walaupun aku belum menjadi ahli keluarga ini tapi mereka merasai aku sudah lama berada dalam keluarga ini. Ada saja cerita setiap hari yang akan Faliq sampaikan pada kedua orangnya mengenai aku. Tidak pernah putus. Aku sungguh terharu. Terima kasih Faliq.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku