Kerana Janji
Bab 132
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
74

Bacaan






Setelah selesai kemas di dapur, kami berbual pula diruang tamu. Macam-macam Makcik Asmah cerita mengenai Faliq. Dari kecil sampailah ke besar sekarang ni. Semangat dia bercerita. Semua anak-anaknya dia cerita juga. Dia nak aku mengenali mereka. Aku pun seronok mendengar. Faliq pun happy je. Asnida duduk diam menghadap tv, duduk disebelah Faliq. Setiap kali dia mahu bangun, setiap kali itu juga Faliq tidak izinkan. Dan, dia kembali duduk. Entah kenapa dia seperti lembu dicucuk hidung. Ikut je apa Faliq cakap. Aku tahu, Faliq nak Asnida baik dengan aku, nak Asnida terima dan layan aku. Tapi bertuahlah Asnida nak. Aku okey je. Ada juga aku tanya dan ajak berbual tapi tak dilayannya. Tak apa aku faham. Lama-lama nanti mesti okey juga dia.
Pakcik dah naik ke bilik. Katanya mahu solat.

Sambil borak sambil minum. Terasa pula nak ke toilet. Dengan rasa malu sikit aku minta izin ke toilet, aku bangun nak menuju ke dapur. Ada pula si Faliq nak temankan aku ke toilet, gila. Aku bukan budak kecil kut. Aku terus je tinggalkan mereka. Selesai menunaikan hajat. Aku keluar. Punyalah terkejut aku. Asnida berada di tepi pintu toilet. Memeluk tubuh dan menyandarkan badan didinding.

" Hey!! Kau jangan nak tunjuk baik depan mama papa akulah perempuan..!!" Katanya marah. Merenung tajam ke dalam mata aku.

" Tunjuk baik apa pula? Saya biasa je kut.." jawabku.

" Tak payahlah nak menggedik peramah bagai, tanya itu ini, meluatlah aku.." sambungnya lagi.

" Dah mama awak tanya itu ini. So, saya pun jawablah itu ini. Salah ke?!" Aku senyum sinis padanya.

" Memanglah salah. Sebab aku tak suka kau. Kau ni menyusahkan hidup aku. Penghalang kebahagiaan aku. Menyakitkan hati aku tau tak.." keras suaranya tapi tak kuat. Takut mereka dengar lah tu.

" Saya tak pernah halang kebahagiaan sesiapa pun. Awak je yang taknak cari bahagia tu. Hmm.. Ni saya nak tanya, apa yang awak sakit hati dengan saya ni?!"

" Sebab kau dengan adik aku. Selagi kau dengan adik aku selagi tu aku akan sakit hati. Aku tak boleh dengar nama kau, tak boleh tengok muka kau Aliaa. Rasa macam nakkk... Ish..!!" Menyirap betul dia pada aku.

" Kenapa?? Sebab saya comel kan..!! " Aku sengeh. Bergurau.

" Gila betul lah budak ni. Kau dengar ni ye. Aku takkan biarkan kau masuk dalam family aku. Tak akan Aliaa.." katanya lagi. Geram betul dia.

" Jadi awak nak buat apa dekat saya?!"

" Kau akan tahu juga nanti.. Kau tunggu je..!! So, sebelum aku lakukan sesuatu. Lebih baik kau berundur.. "

" Hahahaa.. Berundur? Tidak sama sekali Asnida. Tidak!! Saya tetap akan pertahankan hubungan cinta kami.." Aku gelak kecil dan membalas dengan tegas.

" Hmm.. Hebat!! Okey!! Kita tengok siapa yang menang. Sebab kali ini, Faliq sendiri yang akan tinggalkan kau. Jadi.. Kau kena bersedia kecewaa.. Hahaaa!!" Giliran dia pula gelak.

" Saya tak takut dengan kekecewaan. Sebab saya tahu, andai terjadi sesuatu pada hubungan kami semua ini adalah kerana hati busuk dari syaitan bertopengkan wajah awak.." Selamba aku cakap. Merenung tajam padanya pula.

"Jangan kurang ajar ye!!" Berkerut dahi dia marah.

"Awak tahu tak.. Muka awak ni cantik tanpa makeup, tapi kalau awak makeup muka awak  dah macam hmm.. Pernah nampak mak lampir tak?! Macam tulah awak. Saya pun tak tahulah awak yang ikut fesyen mak lampir ke atau mak lampir tu yang ikut fesyen awak.." Aku ni pun buat hal. Dah tahu dia sakit hati dengan aku, aku makin tambah. Hehe..!!

"Melampau kau kan.." Merah padam mukanya. Marah.!

"Sooo, kalau taknak orang kata awak mak lampir. Seeloknya, awak tutup tubuh dengan kain yang secukupnya dan tutup rambut yang berkarat tu dengan berhijab. Kalau nak saya ajarkan berhijab. Boleh je.. Anytime..!! Tengok saya ni, comel kan..?! Sebab tu adik awak terpikat dekat saya..." Aku senyum ikhlas dan tunjuk isyarat peace padanya.

" Lama-lama aku cakap dengan kau ni. Aku yang jadi gila. Buang masa je..!! Kau ingat apa yang aku cakap tadi. Bersedialah untuk kecewa.. Sedia.."

" Hmm.. Baiklah Mak Lampir..!!"

" Kau ni....!!" Jari telunjuk dia tepat dimuka aku. Merah padam mukanya menahan marah. Turun naik nafasnya.

" Angah..?! Kenapa ni?! "

Muncul Faliq tiba-tiba dimuka pintu. Dia nampak apa yang Asnida buat dekat aku. Berubah terus airmuka Asnida. Cepat-cepat dia turunkan tangannya dan konon-konon pegang tangan aku. Bijak lakonan dia ni.

" Eh!! Mana ada apa-apa. Kami berbual kan Aliaa kan.." Serba-salah dia jadinya. Tergagap-gagap dia jawab. Aku senyum jelah.

" Angah jangan macam-macam ya..!! " kata Faliq tegas. Berkerut pandang Asnida.

"Macam-macam apa pula Alang ni. Takkan lah Angah nak buat tak baik dekat bakal adik ipar Angah ni. Kata Alang nak kami kenal-mengenali kan.. " Amboi ayat dia. Memang manis yang amat. Aku diam jelah. Kalau menyampuk nanti lain pula jadinya. Faliq masih lagi berkerut. Aku tahu dia risau.

"Iyalah awak..!! Saya keluar toilet tengok Kak Ash minum terus kami berbual dan bergurau kan Kak Ash.." Aku bersuara. Menyebelahi Asnida. Taknak lah mereka gaduh sebab aku.

" Betul tu..!!" Asnida angguk bertubi-tubi. Tahu takut. Dia senyum tapi kelat.

" Hmm.. Okeylah. Jom saya nak tunjukkan pada awak something. Mesti awak suka..!! " Faliq terus menarik tangan aku. Aku sempat menoleh pada Asnida dan mengenyitkan mata padanya. Punyalah sakit hati dia.

Aku senyum pada Makcik dan Pakcik. Minta izin ikut Faliq. Entah mana pulalah dia nak bawa aku ni. Kami keluar rumah, jalan ke halaman. Di satu sudut, mataku terpegun. Tercengang sekejab. Aku sangat teruja.

" Ni lah taman mama. Setiap mawar merah yang saya bagi awak dari taman nilah.. Meh sini!!" Kata Faliq. Aku melangkah perlahan-lahan.

" Ya Allah!! Bestnya.. Mama awak yang tanam semua ni?!" Tanyaku semangat. Tak tahu nak cakap apa dah, rasa macam wow!!

"Iya.. Mama punyai minat sama dengan awak. Ni lah hobi dia.. " terang Faliq. Aku menghidu setiap kuntuman bunga mawar. Pelbagai warna dan saiz tapi yang buat aku terpegun mestilah mawar merah. Terasa seperti berada di Kundasang pula. Rindu pula Kundasang. Dapat bau haruman mawar ni cukup mendamaikan. Hilang segala stress. Lagi-lagi yang masih dari pokok. Segar. Aku senyum hingga telinga. Faliq memerhati je. Sesekali gelak kecil melihat gelagat aku yang excited sangat ni. Faliq memetik setangkai mawar merah dan beri padaku. Aku mengambil happy.

" Nanti rumah kita, saya akan buat taman macam ni. Semua mawar merah je. Dalam rumah, luar rumah, dalam bilik, dapur semualah termasuk toilet.. "

"Amboiii...!! Hahahahaa.. " Aku gelak besar. Aku rasa sangat bahagia kini. Disamping insan-insan yang menyayangi aku dan menerima segala kekurangan dan kelemahanku. Aku sangat bersyukur pada ilahi. Dan aku sangat sayang semua.

" Seronok ye..!!" Makcik Asmah bersuara happy. Eh! Bila pula Makcik ni muncul, tiba-tiba dah duduk dekat kerusi. Malunya aku. Hahaha..!!
Aku menghampiri makcik dan duduk bersamanya. Dan juga Faliq.

" Maaf makcik, saya memang jadi over excited kalau tengok taman mawar macam ni. Hehe..!!" Aku tersipu malu.

"Hahahaaaa..." Gelak besar Faliq. Amboi sukanya dia. Aku pun terjoin gelak juga. Muncul pula Pakcik. Kami sambung berbual lagi. Borak punya borak, tak sedar sudah jam 10.45malam. Dah lewat dah ni. Jadi, aku pun minta diri untuk pulang ke rumah. Seronok sangat berbual sampai tak sedar jarum jam berjalan.

" Nanti bila-bila masa datanglah lagi ya. Tak payah segan-segan. Datang je. Tak payah tunggu Faliq. Makcik sentiasa ada dekat rumah ni.." Makcik pegang tangan aku.

"Insha Allah makcik.. " jawabku ringkas. Tanganku tidak mahu dilepaskan. Aku salam dan cium tangannya. Aku terharu sangat apabila Makcik mencium dahi aku. Ciuman seorang ibu yang amat aku rindui. Rindu ibuku..

Aku dan Faliq melangkah ke kereta. Happy sangat hari ni. Aku melambai makcik dan pakcik. Kereta meluncur laju. Faliq ceria je. Senyum tak putus. Kami sambung lagi berbual.

"Angah cakap apa dekat awak tadi?!" Tanya Faliq tiba-tiba.

" Cakap apa? Tak ada apalah. Borak biasa je.." aku menafikan. Selamba.

" Aliaa.. Cakaplah. Jangan sembunyikan. Saya taknak, depan saya dia baik, tapi belakang, dia buat sesuatu dekat awak. Tu saya taknak.. " Aku terdiam. Faliq seperti faham apa yang aku rasai.

" Jangan risau. Semuanya okey..!!" Aku jadi serba salah pula nak cakap. Tak apalah. Nanti-nanti je aku cakap. Sebab malam ni kan, malam happy kami. So, aku taknak rosakkan perasaan happy ni.

" Hmm... Kalau ada apa-apa tolong info saya tau. Jangan sembunyikan apa-apa.."

"Okey boss!!" Aku senyum.

Handphone ku bergetar, aku silent, sebab taknak ada gangguan tadi masa dirumah Faliq. Tak sopan pula. Lagipun tak ada siapa yang call kecuali Faliq.  Tapi siapa pula yang call ni. Abang kut. Teka aku. Aku keluarkan handphone. Nombor siapa pula ni. Nombor pelik-pelik ni aku malas nak jawab. Tapi disebabkan banyak kali call. Aku jawab jelah.

" Hello..!! "

" Haiii cute..!! Buat apa tu..?!" Aku terkedu. Zahwan?? Apasal pula dia call, kalau aku tahu dia call, memang aku tak jawab.

" Hmm.. Saya dengan Faliq ni. Kenapa?!"

" Oh..!! Sorry ganggu..!!"

" Memang ganggu pun. Ada apa awak call?!" Jawabku malas. Faliq memberhentikan kereta dihadapan rumahku. Menoleh padaku.

" Oh! Hmm.. Tak..!! Tak ada apa. Saya nak minta nombor Faliq.." Tergagap dia jawab.

" Okey sekejab..!!" Aku terus bagi handphone pada Faliq. Faliq berkerut.

" Sayang..!! Wan call nak cakap dengan awak..!!" Aku sengaja cakap macam tu, kuat.
Aku sengeh pada Faliq. Tapi muka Faliq serius.

" Yupp bro!! Kenapa?!" Confirm lepas ni macam-macam Faliq tanya aku. Aduhai..

" Kenapa kau call Aliaa?! Rasanya kau ada nombor aku kut kan.." Aku hanya mendengar.

" Kalau boleh lepas ni kau tak payahlah call Aliaa, tak ada urusan kan. Call aku je. Nanti aku whatsapp nombor office dan nombor rumah  sekali okey?!" Aku gelak kecil. Faliq melirik padaku. Terserlah kecemburuannya. Best juga sesekali dia cemburu. Hehe!!

"Okey bro bye..!!" Terus Faliq matikan talian. Dan handphone diberi padaku semula. Dia pandang aku. Serius.  Aku senyum padanya.

"Selalu ke dia call awak?!"

"Taklah. Kadang- kadang je tapi saya tak jawab pun. Ni dia call guna nombor lain, kalau saya tahu saya tak jawab.." terangku jujur. Faliq diam.

" Kenapa ni?! Awak tak percaya saya ke?!"

"Bukan.. Entahlah Aliaa, saya takut...."

"Faliq.. Saya pernah cakap pada awak kan. Hati saya cuma ada Faliq Alfie je. Tak ada dia dah.. Percayalah..!!"

"Iya saya tahu. Tapi saya takut dia je.. Saya tahu dia takkan putus asa untuk tawan hati awak semula Aliaa.." luah rasa kerisauannya.

" Orang kata, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. Kalau dia nak saya tapi saya taknak dia. Takkan jadi, betul tak..?!" Aku senyum lagi. Cuba memujuk.

" Saya taknak Faliq Hakim ke Faliq Basri ke, saya taknak tau.. Tapi saya cuma nak Faliq Alfie bin Kamaruddin je. Satu-satunya insan yang saya sayang, yang saya cintai dan yang bakal jadi imam saya ke syurga.." Kataku. Dia renung mataku. Lalu, senyum. Bila dia dah senyum, lega aku.

"Terima kasih Aliaa.. Saya tahu awak sayang saya..!!"

"Ha!! Tau pun. So, tak payah nak jelous bagai ya. Okeylah.. Saya masuk dulu.." Faliq gelak. Aku terus keluar dari kereta. Aku buka pintu pagar.

" Jaga diri baik-baik ya. Apa-apa call saya tau. Selamat malam sayang!! " katanya mengakhiri perbualan kami.

"Okey!! Hati-hati memandu. Dah sampai call saya.. Assalammualaikum..!!" Setelah pintu pagar ku kunci, aku terus melangkah ke dalam rumah. Macam biasa, bila aku dah masuk baru Faliq meninggalkan rumahku. Aku menutup pintu dan duduk di sofa. Malam ini malam yang menggembirakan hati aku dan juga hati Faliq. Tapi dalam kegembiraan aku, terselit perasaan risau sebenarnya. Risau akan kata-kata Asnida tadi. Entah apa lagilah yang akan dia buat padaku lepas ni. Aku memang kena bersedia untuk hadapi segalanya. Dan aku tahu Faliq juga risau, risau akan kehadiran Zahwan semula dalam hidup aku. Risau jika aku cair dan kembali pada Zahwan. Hmm.. kami dirundung perasaan risau. Risau akan Asnida dan Zahwan.

Asnida akan cuba usaha untuk pisahkan aku dan Faliq. Manakala Zahwan pula berusaha untuk tawan hatiku semula. Ya Allah..!! Kenapa aku rasa ada kaitan antara mereka ni. Mereka seolah-olah mahu pisahkan kami? Tapi kenapa? Apa salah kami? Sabarlah wahai hati..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku