Kerana Janji
Bab 133
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
82

Bacaan






Dari sehari ke sehari, hampir setiap hari Zahwan bagi bunga dekat aku. Aku sampai rasa naik rimas dan ditambah pula dengan ayat-ayat cinta bagai. Betullah kata Faliq, Zahwan takkan putus asa untuk tawan hati aku semula. Ishh!! Peliklah. Tak faham aku. Aku dah banyak kali cakap dengan Zahwan. Jangan ganggu aku tapi degil betul lah dia. Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Letih!! Hadiah yang Zahwan beri padaku tempoh hari pun aku masih belum pulangkan padanya lagi. Belum berkesempatan. Sekarang ni aku sendiri pun tengah busy. Kadang nak makan pun malas. Faliq pun sama, memang masing-masing tengah busy sangat. Nak jumpa pun jarang dah sekarang, cuma melalui handphone jelah. Kira okeylah tu. Kadang kalau aku free, Faliq busy dan kalau Faliq free aku pula busy. Bertentangan jugalah masa tu. Tapi tak apalah, busy dengan kerja bukan busy dengan perkara lain. Selalu jumpa pun, nanti bosan pula. Yang jarang jumpa tulah yang best kut.

" Cik Aliaa... Ada orang nak jumpa?"  Tanganku terhenti dari menaip sebaik Mira muncul dimuka pintu.

" Nak jumpa?! Hmm.. Siapa pula ek! Lelaki ke perempuan?" Tanyaku sambil tangan bermain-main pen diatas meja. Siapa pula nak jumpa ni. Dahlah tengah busy nak siapkan ni.

" Perempuan.." Aik!! Hmm..

" Minta dia masuk bilik saya ye.. Thanks Mira.."

" Sama-sama.." Mira senyum dan berlalu. Aku kembali fokus menghadap laptop. Sementara menunggu tetamu yang tidak diundang masuk ke bilikku.

" Assalammualaikum Aliaa..!!" Terus pintuku dibuka. Terkejut aku seketika. Betul ke apa yang aku lihat ni atau sekadar mimpi disiang hari. Tebiat dah ke dia ni. Tiba-tiba datang dan diluar penampilan dia dari sebelum ni.

" Waalaikumsalam.. "jawabku dengan senyuman. Agak terpinga-pinga jugalah aku jadinya.

" You sihat?! Busy ke? Sorrylah i ganggu.. " Dia menghulurkan tangannya dan bersalaman denganku. Aku sambut baik. Eh! Iya ke ni?! Macam tak percaya je.

" Alhamdulilah sihat. Memang tengah busy ni. Duduklah.." Aku mempersilakan dia duduk.

"Lain sekarang.. Cantik..!!" Aku puji dia. Memang cantik dia berpakaian kurung tradisional. Rambutnya pun dah tak berkarat. Memang cantik Asnida ni. Tak!! Tak aku tak mimpi.

" Alhamdulilah. Berkat doa parents i, berkat doa dan usaha adik i untuk ubah sikap i. Thank you Aliaa.." Aku berkerut.

" Kenapa berterima kasih pada saya pula?!"

"Sebab kata-kata you buat i sedar. Kalau you tak cakap i mak lampir. I rasa i tak sedar kut. Hahahaa.." Dia gelak. Aku masih tak percaya dengan apa yang ku lihat. Hati aku rasa lain pula. Ish!! Jangan bersangka buruk Aliaa. Positif je.

" Aliaa.. i nak minta maaf banyak-banyak. Terlalu banyak dosa i pada you, macam-macam i dah buat. I'm so sorry Aliaa. I memang sangat menyesal.." Sedih muka Asnida. Aku senyum.

" Tak apa. Tak ada manusia yang tak buat salah dekat dunia ni.." kataku bersahaja.

"Jadi you maafkan i..?!"

"Tak ada apa yang nak dimaafkan pun. Saya bukan jenis yang pendendam. Malas nak ambil port.." sambungku lagi dan terus menaip. Sinis.

" Ya Allah Aliaa..!! Baiknya hati you. Memang patut pun adik i suka you, you memang baik. Thanks Aliaa.." Aku senyum biasa-biasa je. Entahlah.. Aku tak rasa dia ni betul-betul berubah kut. Hati kecil aku menyatakannya. Naluri wanita ni lain. Bab menipu memang cepat tangkap. Hati-hati..!! Aku diam. Tetap ligat menaip. Aku tak ada mood nak borak dengan dia sebenarnya sebab nak siapkan kerja ni. Sekejab lagi Encik Boss nak.

"Aliaa.. Kalau i nak minta you tolong tunjuk ajar i pakai tudung macam you ni boleh tak?! I tengok you pakai, sweet sangat..!!" Pintanya.

"Boleh,  Insha Allah..!!" Aku senyum.

"Thanks Aliaa.. You memang baik..!! Nanti kalau you free temankan i beli tudung ye. I tak tahu bab-bab tudung ni.." Pujinya melambung.

" Insha Allah..!!" Jawabku ringkas. Senyum dan senyum. Tiada komen apa-apa pun.

" Okeylah.. i minta diri dulu ya.. Apa-apa nanti, i call you ya.."

" Okey!!" Asnida bangun dari kerusi. Senyum tapi mata tu agak meliar pandang setiap sudut bilik aku.

"Wah!! Banyaknya bunga. Tu mesti Faliq yang bagi ye. Romantiknya adik i. Tak sangka i."

Mata dia fokus pada timbunan jambangan bunga mawar di atas meja dibelakangku. Bunga yang aku nak buang ke dalam tong sampah. Tapi tak sempat lagi. Aku tak jawab apa-apa pun. Hanya senyum. Habislah. Aku rasa ini taktik dia ni. Aku berkerut. Sebelum dia keluar, dia salam aku. Aku pandang dia hingga hilang dari pandangan. Hmm.. aku mengeluh. Tunggu jelah apa plan dia seterusnya. Aku bukan nak negatif pada dia, baguslah kalau dia betul-betul dah berubah. Mungkin Allah dah bagi hidayah pada dia tapi dari mata dia, dari wajah dia, ada sesuatu yang dia sembunyikan. Iyalah, diakan pandai berlakon hingga semua orang boleh percaya. Tak mustahil kut. Arhh!! Biarlah.. Aku dah sedia hadapi semuanya. Aku dah malas nak fikir pasal  Asnida. Lebih baik aku siapkan kerja aku. Tak siap nanti, aku juga yang kena bebel.

" Hey!! Kau ni beb.. Dari pagi kau duduk bilik je. Breakfast tak, makan tak. Nah ni, nescafe untuk kau. Aku yang buat ni tau...!!" Naim muncul. Alahai.. Baiknya kawan aku ni.

" Thanks Naim..!! Aku nak siapkan ni, Lepas lunch Encik Boss nak. Kalau tak siap kang, membebel pula.." Aku mengambil mug berisi nescafe suam. Ku teguk perlahan. Sedappp!!!

" Kerja.. kerja juga beb. Makan kena jagalah. Kang masuk hospital lagi, naya kau.." Naim pula membebel. Aku gelak kecil.

" Beb.. perempuan tadi tu. Siapa?!"

" Tak kenal ke?! Tu kan kakak Faliq.." jawabku.

" Aik!! Bukan kakak dia tuu..."

" Dah dapat hidayah kut. Entahlah beb.." Aku angkat bahu.

" Hmm.. Baguslah.."

"Aku nak minta tolong kau boleh?!"

"Tolong apa?!" Aku terus bangun dan mengambil segala jambangan bunga dibelakang dan letak depan Naim.

"Tolong buangkan ni.."

"Semua ni?! Kenapa kau nak buang pula. Bukan kau suka bunga ni ke?!"

" Aku hanya ambil bunga dari Faliq je. Bukan dari Zahwan.." kataku tegas.

" Maksud kau, ni semua dari Zahwan?" Aku mengangguk.

"Banyaknya.."

"Kan.. Aku taknak semua ni. Gilalah dia tu. Aku dah cakap semua tapi still bagi bungalah, bagi hadiahlah. Stress aku jadinya. Ni kalau Faliq tahu, tak mati aku beb.." luah aku pada Naim.

" Betul juga.. Nak buat macam mana Aliaa. Kau tu jadi rebutan dua jejaka. Aku rasa kalau Encik Boss kau tu tak kenal Faliq, mahu dia pun nak mengayat kau kan... Hahaha.." Melampau pula gurauan Naim ni.

" Bebbb!! Kau jangan nak merepek ye.. Dah.. Dah.. Kau pergi buang ni, aku nak siapkan kerja.." Aku berkerut. Naim gelak dan membawa semua bunga. Entah manalah dia nak buang. Sukahati dialah, yang penting bunga tu tak ada dalam bilik ni. Buat hilang mood kerja je. Hmm..

Sehelai demi sehelai dokumen aku selak. Dan, akhirnya.. Yeahh!! Siap..! Tarik nafas lega aku. Aku menyandarkan badan dikerusi sambil minum nescafe. Relax sekejab. Bau nescafe ni dah cukul buat jiwa tenang. Bau kopinya fuh!! Aku pejam mata dan senyum. Layan perasaan sekejab.

" Apa yang senyum sorang-sorang tu?" Terkejut beruk aku. Bila masa pula dia buka pintu ni atau aku yang terlalu berkhayal.

" Tak ada.."Aku sengeh macam kerang busuk.

"Jom..!!"

"Pergi mana?" Tanyaku pantas.

"Lunch dan terus ikut saya meeting. Dokumen yang saya suruh buat pagi tadi dah siap belum?!"

"Dahlah pun. Baru siap ni.."

" Okey..!! Jom.." Aku terus ambil handbag, masukkan handphone dan ambil dokumen tadi. Encik Boss perhatikan aku dari pintu. Dan kami pun melangkah bersama. Sampai di lobi, Encik Boss suruh aku tunggu kejab. Dia nak ambil kereta. Okeylah, aku pun malas nak jalan. Aku tunggu dia di sebelah pasu besar. Tempat biasa aku tunggu Faliq. Panas juga cuaca hari ni. Fuh!!

" Haii cute!!" Zahwan dihadapanku. Berdiri tersenyum dengan kacamata hitamnya. Aduhai.. Apa lagi dia nak. Kalau Faliq nampak macam mana? Hmm..

" Nak pergi mana ni?!"

" Meeting dengan Boss.." Jawabku ringkas.

" Saya baru nak ajak awak makan.." katanya
lembut.

" Tak apalah Wan. Tak payah ajak saya, ajak orang lain je.." Aku menolak cara baik dan senyum.

" Kenapa ni? Takkan nak keluar makan pun tak boleh?"

" Memang tak boleh. Kalau Faliq tahu macam mana.."

"Rasa tak salah kut. Keluar makan je kan. Awak kawan saya kan.. Lagipun awak bukan wife dia.."


" Tak kisah lah wife ke tak. Tapi saya taknak. Tolonglah jangan ganggu saya lagi.." Aku menjeling padanya.

" Aliaa.. Saya nak kawan dengan awak. Salah ke?!" Makin rapat pula dia berdiri dihadapanku. Aku berundur dua langkah ke belakang. Dia membuka kacamata hitamnya dan diletak diatas kepalanya.

" Tapi saya taknak kawan dengan awak. Faham tak?! " kataku tegas.

" Tapi Aliaa...!!"

"Wan.. Tolong faham. Saya taknak kawan dengan awak. Tolonglah.. Lagi satu.." Aku ambil kotak berisi rantai yang dihadiahkan pada aku tempoh hari dan ku beri padanya.

" Maaf..!! Saya tak boleh terima.." Dia mengambil kotak itu. Aku senyum. Dia terdiam. Mata terus memandang aku tak berkelip.

"Tolonglah Wan. Jangan ganggu saya lagi. Saya merayu.." sambungku lagi. Zahwan masih lagi terpaku. Hanya mengukir senyuman. Tidak lama kereta Encik Boss tiba.

" Hati saya hanya untuk Faliq Alfie je.. Bye..!!" Aku terus meninggalkannya dan masuk dalam kereta Encik Boss. Aku menarik nafas lega. Sesak nafas rasanya. Hadiah pun aku dah kembalikan padanya. Lega sangat..

"Siapa tu?!" Tanya Encik Boss.

"Kawan Faliq.."jawabku ringkas.

"Kawan Faliq? Iyeee kee..!! Atau ex boyfriend awak.."Boleh tahan Encik Boss ni. Perli aku pula.

"Taklah..!!"

"Saya tahulah Aliaa. Saya ni lelaki, dari tengok gaya dia cakap dengan awak pun saya tahu.." Aku diam. Malas nak komen apa-apa.

"Boleh tahan awak ni ek!! Mulut macam mak nenek pun ramai orang kejar. Macam nilah Aliaa, susah-susah sangat kan. Awak tak payah pilih dia tadi, tak payah pilih Faliq.. " Aku berkerut pandang Encik Boss.

"Habis kalau saya tak pilih dia tadi, tak pilih Faliq. Saya nak pilih siapa?!" Entah apalah dia nak kenakan aku ni. Layan jelah.

"Pilih jelah saya. Kan senang..!! Saya ni pun kosong.." Selamba je muka Encik Boss ni.

"Ishhhhhh!!!! Tak kuasa saya. Saya ni orang kampung je, nak kahwin dengan anak Dato' , tak apa.. tak apa.!! Level Encik Boss high class saya ni low class. Tak kahwin pun tak apalah Encik Boss. Saya ni sedar diri..." Aku saja melayan. Boleh juga hilangkan stress. Hahaha..

" Saya tak suruh awak kahwin dengan pangkat saya.." katanya lagi.

"Dah.. Dah.. Dah..!! Tak payah nak merepek ye Encik Boss. Bertambah stress saya nanti.."

"Saya bagi pendapat je. Kalau awak setuju. Sekarang juga saya call papa hantar meminang. Cakap je nak berapa hantaran, saya on je. Amacam?!" Dia mengangkat kening. Senyum. Boleh tahan gurauan Encik Boss ni.

"Amboooiii...!!! Encik Boss ingat saya apa. Suka-suka nak tolak orang dan suka-suka nak terima. Oh!! No.. No.. No.. Biarlah tak kahwin sampai ke tua.."Aku serius. Saja je.

" Hahahaa.. Atau pun. Awak ambil kertas tulis nama Faliq, nama lelaki tadi dan nama saya. Cabut undi. Kut-kut nama saya yang sangkut kan.." Kuat pula dia gelak.

" Eeee.. Dia ni kan. Pelik-pelik tau. Ingat nak kahwin ni boleh cabut-cabut ke?! Sakit jiwa saya jadinya.." Aku tepuk dahi. Buat muka pelik.

" Hahahaa... Aliaa.. Aliaa..!! " Encik Boss menggeleng kepala. Gelak kecil. Aku menoleh padanya dan senyum. Lawak pun ada.

Hmm.. Kadang fikir, bercinta salah tak bercinta pun salah. Semuanya jadi serba-salah. Nak kena jaga hati dan perasaan orang, nak jaga hati perasaan sendiri lagi. Aduh..!! Letih.. Letih..!! Lama-lama disebabkan semua ni aku boleh jadi gila. Masuk Tanjung Rambutan.

Yang Zahwan ni pun satu. Cari pasal dah kenapa. Faliq pula, sejak kes ada orang hantar gambar aku dan Zahwan tempoh hari. Cemburu dia makin menjadi-jadi. Selamatlah dengan Encik Boss ni dia tak cemburu, kalau cemburu juga. Elok aku berhenti kerja balik kampung, tanam pisang. Tunggu orang masuk meminang jelah. Siapa cepat dia dapat. Hahahaa...!! Tak payah nak pening- pening.

Tarik nafas dalam-dalam, pejam mata, hembuskan perlahan-lahan. Buka mata.. Relax.. Cool.. Fikir positif.. Buang negatif.. Ingat Aliaa..!! Allah sentiasa bersamamu. Segala sesuatu yang berlaku, adalah atas kehendakNya. Hati kita, diri kita, hidup kita adalah milik Allah. Bertabahlah.. Bersabarlah.. Redha dengan ketentuannya, walaupun sakit, terima dengan tenang. Kita milik Allah..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku