Kerana Janji
Bab 134
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
72

Bacaan






" Hahahahahaaa..!!! Puashati aku! Masanya akan tiba, kau tunggu sikit masa lagi. Padan muka kau. Kau nak bermain dengan api sangat kan. Sekejab lagi kau akan terbakar, Aliaa.. Hahaha..!!" Asnida gelak sekuat-kuatnya. Gambar yang baru ditangkapnya, ditengok dengan seronok sekali. Dia yakin plannya kali ini akan berjaya. Iya! Sangat yakin..!!
 
Kereta kepunyaan Elly terus dipandu laju. Sengaja dia pinjam kereta Elly, takut juga kalau terserempak dengan Faliq jika guna keretanya. Bijak sungguh! Dia tahu pagi Faliq tiada di office, jadi dia merancang bersama Zahwan. Gambar ini mahu dijadikan sebagai bukti bahawa Aliaa curang dengannya. Curang bersama sahabatnya sendiri. Tidak sabar dia mahu tengok reaksi Faliq. Insan yang disayangi curang bersama sahabat sendiri. Wah!! Pasti seronok sekali. Cetus hatinya. Cukup melalui gambar dan selebihnya pandailah dia berlakon nanti. Sampainya hati.

Dia parking kereta betul-betul dihadapan butik.   Senyum riang. Happy hatinya, berjalan lenggang- lenggok sambil bernyanyi. Pintu butik dibuka. Elly melihat terus berkerut. Diperhati saja Asnida.

" Thank you..!!"Asnida memberikan kunci kereta pada Elly. Dan, duduk di sebelah Elly. Masih bernyanyi-nyanyi.

"Happy semacam je. You dari mana ni? Berkurung bagai.. Ada orang meninggal ke?!" Teka Elly.

" Apa you ingat pakai baju kurung je ada orang meninggal? Apalah.. akal pendek.."

"Iyalah i pelik.. Selama i kenal you, tak pernah sekalipun i tengok you pakai kurung ni. Ke you ni memang buang tabiat ni...!!" Elly melirik sinis pada Asnida.

" Macam manalah i boleh dapat kawan sengal macam you ni. Hmm.. nasib malang betullah i ni.. Inilah plan baru i.. Hahaha..!" Asnida memulakan cerita.

"Plan nak pisahkan adik you tu ke?! Ceritalah.. Apa plan tu.." Semangat Elly mahu tahu. Mahu korek rahsia antara Asnida dan Zahwan. Si jejaka kacak katanya. Tapi hampeh!!

" Ceh!! Nak juga tahu..!! Sebelum ni berlagak. Taknak campur, taknak tanggung.." Asnida memerli.

" Beb.. Kalau bab melibatkan nyawa ni memanglah i taknak campur. Tak beranilah.. So,cerita jelah cepat..." Desak Elly. Asnida cerita semua plan dia bersama Zahwan. Elly hanya mengangguk. Serius saja mukanya. Seronok benar Asnida cerita. Ditunjukkan segala gambar yang dia dapat tadi pada Elly. Elly membisu.

" I nak tanya you. Kalaulah contoh you berjaya buat Faliq dan Aliaa berpisah. Apa yang you nak buat seterusnya.." Tanya Elly ingin tahu.

" Sebelum i jawab, i nak tanya you dulu. You nak kahwin dengan Faliq?!"

"Memanglah nak tapi kalau dia dah taknak i, buat apa nak paksa.." jawab Elly.

" Itulah you, kalau i cakap you sengal, marah!! Sebab tu i nak you ikut je plan i tadi. Percayalah, bukan you je yang nak dia, silap hari bulan dia yang ajak you kahwin. You taknak?!" Terang Asnida.

" Iye ke?!" Elly tak yakin.

" Kali ni you kena percaya dekat i. Yang penting you kena ambil hati Faliq. Okey?!"

" Hmm.. Okey!!"

" Macam tulah.. " Makin senyum lebar Asnida. Seronok sangat. Elly berfikir sejenak. Rasa macam tak sampai hati pada Aliaa. Dua hati dia jadinya. Dia faham perasaan Aliaa. Dia juga pernah alami sama. Tapi itu atas kesalahan dirinya sendiri, terlalu ikut kata Asnida dan turuti segala perintahnya hingga ikatan pertunangan terputus ditengah jalan. Tapi kini, dia tetap mahu ikut telunjuk Asnida lagi. Kenapa biarkan diri diatur oleh Asnida? Dia sendiri pun tak tahu. Apa yang dia fikir, nak Faliq. Itu saja. Sejauh mana rasa sayangnya pada Faliq. Atau sekadar suka-suka saja. Tapi dalam masa yang sama rasa cinta dan kasih sayangnya masih pada Zack. Sukar dilupakan. Pula dah. Tamak juga Elly ni. Hmm.. Asnida mengambil handphone.

" Hello Alang.. Alang dekat mana?" Elly mendengar saja.

" Keluar makan jom!! Lama dah tak makan dengan Alang..!" Pinta Asnida. Lalu senyum. Elly menggeleng. Apalagilah plan Ash ni, cetus hatinya. Elly meneruskan kerjanya. Sesekali menjeling pada Asnida yang masih bercakap dengan Faliq.

" Elly.. Jom!!" Asnida terus bangun dan mengambil handbagnya.

" Pergi mana?!"

" Lunch.. Cepatlah..!! Naik kereta you ya..!!"  Terus sahaja Asnida keluar.

Cepat-cepat Elly ambil handbag dan melangkah. Baru mahu buka pintu,dia teringat belum punch card lagi. Dia kembali ke kaunter, selesai je terus berlari keluar. Kelam-kabut dia dibuatnya.

Jam sudah menunjukkan 12.20 tengahari. Waktu beginilah waktu kemuncak orang keluar mencari makan. Kenderaan keluar masuk mencari parking ditepi jalan mengakibatkan kesesakkan lalulintas. Tak kurang juga pengangkutan awam LRT, Monorail, KTM memang tak boleh cakaplah. Restoran dan kedai makan menjadi tumpuan. Lebih ramai gerai-gerai makan ditepi jalan. Selain harga makanan yag murah menjadi pilihan pelanggan, masakannya sedap-sedap. Lagi sedap makan di restoran. Cuma tahap kebersihan agak kurang sikit. Yang murah dan sedap itulah yang dipilih dengan keadaan ekonomi yang gawat sekarang ni. Kata orang, makan ikut kemampuan dan makan apa yang ada sajalah. Itulah kehidupan di bandar metropolitan.

Sampai di restoran yang dijanjikan. Mereka mencari kelibat Faliq. Tersenyum Asnida melihat Faliq sendirian menuggu mereka. Elly mengekori Asnida.

"Sorry Alang, lambat!!!" Terus mereka duduk.

"Okey!!  Cantik Angah hari ni. Kan elok pakai macam ni, sopan nampak ayu je.." puji Faliq.

" Thanks Alang. Insha Allah, Angah cuba berubah perlahan-lahan.." Asnida senyum. Elly mencebik. Berubah konon, poyo je. Padahal nak buat jahat. Elly kutuk Asnida dalam hati.

Mereka memesan makanan. Berbual mengenai butik. Serius.  Elly diam membisu, sesekali saja dia bersuara jika ditanya. Makanan sampai, mereka fokus pada makanan. Asnida senyum, sebenarnya dia tidak sabar mahu menunjukkan sesuatu pada Faliq. Dibiarkan Faliq makan dulu, bila sudah kenyang. Dia akan utarakan.

"Alang ada dekat office ke tadi?!" Tanya Asnida sambil menyuapkan makanan terakhir ke dalam mulutnya.

" Taklah. Alang kerja luar hari ni sampai petang. Kenapa?!" Faliq menghirup air.

" Oh ye ke?! Tadi Angah ada nak jumpa client, lalu depan office Alang, lepas tu Angah singgah office Aliaa sekejab.. Aliaa tak beritahu Alang ke?!" Asnida memulakan cerita. Berkerut Faliq dengar.

" Kenapa Angah jumpa Aliaa.. "

"Angah nak minta maaf atas apa yang Angah dah buat pada dia selama ni. Rasa menyesal sangat. Selagi Angah tak minta maaf, selagi tu tak tenang hati. Bila dah minta maaf, baru lega sangat.." Elly rasa nak muntah mendengar. Senyum je.

"Alhamdulilah, syukurlah. Seronok Alang dengar.."Faliq senyum. Ada rasa bangga sikit dengar apa yang Asnida cakapkan. Tapi dia tak tahu hakikat sebenarnya.

"Angah pun nak minta maaf dekat Alang. Maafkan Angah ye..!!" Memang pandai Asnida berlakon. Faliq senyum.

"Tak apalah Angah. Benda dah berlaku. Alang pun taknak fikir dah. Sekarang ni Angah dah berubah pakaian semua ni pun Alang dah happy sangat. Mesti mama dan papa pun happy juga ni.. " Terpancar kegembiraan di wajah Faliq. Yakin benar dia akan perubahan Asnida.

"Thanks Alang. Angah ada minta Aliaa ajarkan Angah berhijab. Insha Allah kalau ada masa nanti dia ajarkan Angah. Nak shopping tudung dan shawl dengan dia. Tapi tulah kena tunggu dia free, dia cakap dia busy sekarang ni.." sambung Asnida lagi. Tersenyum lebar Faliq.

"Ya!! Aliaa memang tengah busy sekarang ni.. " tambah Faliq.

" Tapi kan.. Angah kagum tengok percintaan Alang dan Aliaa ni. Iyalah.. Alang busy, Aliaa pun busy tapi Alang sempat lagi bagi bunga mawar pada dia. Memang sweet sangat!! Tau tak, bunga-bunga yang Alang bagi tu, tersusun cantik je dekat atas meja. Dah macam taman je Angah tengok. Hehehe..!! Bertuah betul Aliaa dapat Alang..!!" Faliq tercengang mendengar. Setahunya minggu ni dia belum hantar bunga pada Aliaa lagi. Mana nak sempat. Pergi kerja dia terus ke side. Balik lewat petang. Masuk office pun jarang minggu ni. Bila masa pula dia hantar bunga. Hatinya tidak sedap. Tapi disembunyikannya.

"Biasalah Angah. Memang selalu Alang hantar bunga. Dia suka. Alang pun happy.." jawab Faliq menutup segala keraguannya.

" Alang nak tengok tak, sempat Angah snap gambar Aliaa tadi. Saja buat kenangan. Comel sangat dia.. Cantik bunga-bunga tu.. Happy je dia.." Asnida memberikan handphone pada Faliq. 


Gambar Aliaa sedang buat kerja berlatarkan bunga yang bertimbun itu. Sengaja Asnida ni. Turun naik nafas Faliq. Lalu, senyum.

"Tengok sebelah lagi. Gambar kami berdua. Cantik tak?!" Padahal tiada pun. Lakonan.

" Eh!! Ni gambar.. Wan?? Bila ni??" Terkerut seribu Faliq.

" Oh....!! Tadi juga. Masa Angah nak balik tadi. Tak lama nampak Aliaa, ingat dengan Alang dekat lobi. Tu yang Angah saja snap gambar ni. Nampak romantik sangat. Tapi bila tengok, laaa  bukan Alang rupanya. Kalau Alang tadi nak ajak makan sekalilah dengan Aliaa.." Faliq terdiam. Direnung saja gambar itu. Asnida senyum sinis. Dia nampak airmuka Faliq berubah. Mesti cemburunya datang. Yess!!

" Tapi kan Alang.. Nampak mesra je mereka. Siap bagi hadiah lagi. Bertuah betul Aliaa ni. Ramai betul orang minat dekat dia,  kan Elly!! Tak macam you, yang minat semua dah berusia. You patut belajar dari bakal adik ipar i tau.." Asnida menyenggol bahu Elly. Tak pasal-pasal Elly juga yang kena. Bertambah menyirap darah Faliq.

" I pula yang kena.. !!" keluh Elly.

" Iyalah. Umur you tu dah berapa tapi masih tak laku.." Perli Asnida pada Elly.

" Habis.. nak buat macam mana. I nak Faliq tapi dia taknak i.. Hmm.. membujanglah sampai ke tua.." Elly sengaja. Faliq hanya melirik saja memandang Elly. Senyum tak apapun tak. Yang dia fikir adalah Aliaa. Sakitnya hati tengok gambar ini. Mahu dia cari Zahwan dan bagi penumbuk padanya.

Setelah membayar bil makanan, mereka beredar. Asnida dan Elly kembali ke butik manakala Faliq kembali kerja. Hatinya tak tenang, dia cuba menghubungi Aliaa tapi langsung tak dijawab. Makin menyirap hatinya. Makin menebal perasaan cemburunya. Dia mahu tahu dari mulut Aliaa sendiri. Dia mahu Aliaa berterus-terang. Terlalu sakit hati melihat kemesraan kekasih hati bersama sahabatnya. Ish!! Tak boleh dibiarkan. Lama-lama kalau macam ini mahu hati Aliaa akan terbuka untuk Zahwan semula. Sudahlah sekarang ni dia tengah busy, tak dapat nak luangkan masa bersama Aliaa. Pandai Zahwan ambil peluang dekati Aliaa sewaktu kesibukkannya. Pandai Zahwan mencari ruang mengisi kesunyian Aliaa. Tapi kenapa Aliaa melayan. Aliaa sudah berjanji tidak mahu jumpa atau apa saja yang melibatkan Zahwan. Tapi kenapa.. kenapa dan kenapa??! Macam-macam persoalan bermain difikiran Faliq. Dia mulai rasa meraguan pada Aliaa. Cemburu semakin memuncak. Entah kenapa dia jadi begitu. Padahal sebelum ini dia tak secemburu ini. Dia yakin dan percaya Aliaa tapi kini. Hmm.. Entahlah.

Mungkin kerana kehadiran Zahwan yang cuba mendekati Aliaa semula. Tapi Aliaa okey saja. Hanya perasaan Faliq yang takut kehilangan Aliaa. Sampai menjadi cemburu begini. Dengan kehadiran Zahwan semula, Faliq rasa tergugat sebenarnya.

 Arh!! Itu semua perasaan kau saja Faliq. Itu semua bisikan syaitan yang ingin merosakkan hubungan kau bersama Aliaa. Jangan diikut bisikan negatif tanpa penjelasan. Jangan dituruti hawa nafsu kemarahan andai nanti kau menyesal sendiri. Bawa bertenang, bawa berbincang. Jangan mudah percaya dengar dari satu pihak yang ingin menghancurkan. Sedangkan kau tahu niatnya sebelum ini, dan jangan mudah percaya pada lakonan perubahan yang hanya akan meruntuhkan kebahagiaanmu. Jangan kerana tindakan yang melulu, kau akan menyesal seumur hidup. Buangkan segala perasaan itu jauh-jauh, buangkan segala rasa cemburu. Minta dan dengarilah penjelasan dari Aliaa sendiri. Jangan menghukum tanpa bukti, jangan mendera hati yang setia. Jangan diusir segala kepercayaan dan keyakinan hanya kerana melihatkan sekeping gambar tanpa berbicara. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku