Kerana Janji
Bab 135
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
83

Bacaan






Penatnya hari ni. Dari pagi sampai ke petang tak berhenti kerja. Pagi masuk office, lepas lunch meeting, lepas meeting appointment lepas tu teman Encik Boss jumpa kawan pula. Urusan personal pun nak ajak aku. Macam ni jawatan P.A , rasa nak letak jawatan je. Aku sandarkan kepala di seat, kalau dapat lelap sekejab ni mesti best.

"Senyap je. Penat ye...!!" tegur Encik Boss.

"Penatlah.. "jawabku ringkas.

"Kasihaaannn!! Dah namanya kerja kan. Mana ada kerja yang tak penat.."

" Ada. Kerja tidur tak penat.."balasku.

" Kalau macam tu, tak payah kerja. Tidur je 24jam dekat rumah.." cadangnya. Gurau.

"Ish!! Kalau saya tak kerja, tidur 24jam. Siapa nak bagi duit. Komitment saya ni banyak. Nak bayar kereta, nak bayar api air, astro, nak simpan duit nak kahwin, nak shopping macam-macam tau..!" Mood aku mbebel dah start dah.

" Boleh je kalau awak nak.."

" Boleh je? Macam mana tu? Bagi tips.." Aku menoleh padanya.
 
" Kahwin dengan saya..!!" Sengeh.

" Isshhh!!! Tak apalah, saya kerja 24jam pun tak apa.."

"Hahahaa...!!" Gelak Encik Boss. Aku pun join gelak.

Handphone ku berbunyi. Aku keluarkan handphone dari handbag. Uitt..!! Ini nombor betul-betul pelik. Aku garu kepala. Berkali-kali bunyi. Takut pula nak jawab nombor ni.

" Laa.. Kenapa tak jawab?!" Tanya Encik Boss.

"Pelik nombor ni. Apasal banyak sangat. Takut lah nak jawab.."

"Hahahahahaa.. Lawaklah awak ni.." Gelak pula dia. Aku berkerut.

"Itu nombor dari oversea lah. Memanglah macam tu.." jelasnya.

" Iyeke?!" Encik Boss mengangguk. Abang?? Aku terus senyum lebar dan jawab.

"Assalammualaikum.. " suara abang ditalian.

" Abanggggg!!! Waalaikumsalam.." Menjerit keriangan aku bila dengar suara abang. Encik Boss gelak kecil.

" Kenapa abang tak call adik? Adik tunggu abang call, abang dekat mana ni? Abang sihat tak? Bila abang nak balik, adik rindu abang..!!" Punyalah banyak soalan aku ajukan pada abang. Abang gelak je.

" Hahahaa... Abang busy, abang sihat je ni. Adik macam mana. Dah sihat tak?!"

" Alhamdulilah, adik dah sihat dah. Abang jangan risau tau.."

"Syukurlah. Ada pergi appointment doktor tak? Doktor cakap apa?" Alamak!!

" Appointment doktor?? Ya Allah..!! Adik lupa. Adik tak pergi. Betul abang, adik tak tipu adik lupa sangat.." aku ketuk kepala sendiri. Bertubi-tubi.

"Adik ni. Benda penting kut, janganlah lalai sangat. Kesihatan tu penting dik. Abang nak call nak ingatkan, macam mana?! Faliq tak ingatkan ke?!" Kan abang dah marah. Aku mencebikkan muka sedih.

"Tak. Dia pun tengah busy. Mungkin lupa juga kut.."jawab aku.

" Esok pergi jumpa Doktor Dina. Jangan bagi alasan. Dah lama pun kan. Ish!! Adik ni kan..!! Patutlah hati abang tak tenang.."

"Iyalah. Esok adik pergi tapi kalau tak busy kerja ye.." jawabku.

"Jangan nak mengada-ngada. Busy ke tak busy kena pergi juga esok. Faham?!" Marah lagi abang.

"Okey!!"

"Ni adik buat apa?!"

" On the way balik office.."

" Lewatnya.. Dengan siapa?!"

" Dengan Encik Boss lah ni. Banyak kerjalah abang.."

" Asnida ada ganggu lagi tak?!"

"Tak ada dah. Dia dah dapat hidayah kut.."

" Hmm.. Alhamdulilah. Baguslah. Lega abang dengar. Okeylah!! Ingat ya, esok pergi tau. Jaga diri baik-baik ye.."

" Abang.. Bila nak balik? Adik rindu abang..!!" Tiba-tiba rasa sedih dan sayu. Aku memang rindu abang.

"Iya.. abang pun rindu adik juga. Kerja abang tak habis lagi. Nanti abang free, abang call lagi. Jaga kesihatan. Assalammualaikum.."Abang akhiri perbualan kami. Kejab je abang call. Tapi tak apalah. Terubat juga rasa rindu bila dengar suara abang. Aku diam sekejab.

" Baiklah.. Waalaikumsalam.." Airmata kerinduan boleh pula menitis. Cepat-cepat aku lapkan. Takut Encik Boss perasan pula. Malu..!!
Handphone ku simpan dalam handbag semula. Aku masih membisu.

"Aik!! Tadi punyalah happy. Ni dah sedih pula.." Perli Encik Boss.

"Mana ada sedih.." Aku menafikan.

"Iyalah tu.."

"Iyalah pun. Hmm.. Encik Boss, esok saya nak minta excuse sekejab. Saya nak jumpa doktor, saya lupa appointment hari tu.." pintaku.

" Okey!! Lagipun esok pagi tak ada apa-apa kut cuma petang je. Nak saya temankan?!"


" Tak apa.. Tak apa!! Saya pergi sendiri.." Aku menolak. Tak pasal-pasal lain pula jadinya nanti. Encik Boss mengangguk.

Sampai sahaja di lobi, aku terus saja menuju ke keretaku. Lewat aku balik hari ni. Mahu sampai rumah maghrib nanti kalau tak jem lah. Aku masuk je ke dalam kereta, Encik Boss pun berlalu pergi. Aku menghidupkan enjin kereta. Menunggu sebentar untuk panaskan enjin. Handphone ku keluarkan dari handbag. Teringat dekat Faliq. Banyak betul missed call dari dia tadi. Whatsapp pun banyak masuk. Macam mana aku nak jawab dan balas, sedangkan aku tengah dalam meeting. Pula dengan Encik Boss. Taknak lah Encik Boss cakap lain pula nanti. Aku baca whatsapp Faliq.

" Aliaa.. Awak dekat mana?
Awak pergi mana?
Kenapa saya call tak jawab?"

"Aliaa.
Boleh tak jawab panggilan saya.
Ada benda penting saya nak tanya?"

" Awak pergi mana sebenarnya ni?"

Dah kenapa dengan Faliq ni. Macam ada sesuatu yang tak kena je dia ni. Aku mula rasa tak sedap hati. Kenapa aku rasa dia macam mecurigai aku je ni. Ish!! Peliklah. Tak pernah dia macam ni. Sampai 36 missed call. Dasyat!! Macam betul-betul penting je ni. Sedang aku baca whatsapp Faliq, dia call. Macam faham je aku tengah fikir pasal dia. Alamak!! Bateri dah habislah pula. Sempat ke nak jawab ni. Aduhai..
Jawab jelah.

" Iya Faliq.."

"Awak dekat mana ni? Saya call banyak kali kenapa tak jawab?" Nada marah. Kenapa pula dia ni.

" Saya baru nak...." Alaaa.. Tak sempat cakap, handphone dah mati. Nasiblah. Hmm.. aku mengeluh. Aku letak handphone diseat sebelah. Memulakan pemanduan. Fikiran masih melayang memikirkan Faliq. Dia tak pernah cakap marah pada aku selama ni. Apa yang tak kena sebenarnya ni. Aku ada buat salah ke? Setahu aku tak ada pula buat salah. Atau aku tak sedar kut. Ish!! Entahlah kan. Biarlah. Mungkin dia tengah stress dengan kerja kut ditambah pula dengan butiknya sekarang, mungkin ada problem lah kut. Boleh jadi juga kan. Tak apalah. Biar dia relax dulu. Nanti dah okey, baru aku call dia semula.

Tiba-tiba aku teringat Asnida. Sebab Asnida ke Faliq marah dekat aku. Apa yang Asnida dah cakap pada dia agaknya ye. Kalau betullah, bermakna Asnida hanya baik di depan Faliq je tapi dibelakang Faliq dia tetap sama. Fuh!! Bijaknya kau Asnida. Apa-apapun, aku tak boleh nak menuduh sebarangan. Kena dengar dulu dari Faliq. Kalau betul tekaan aku, jadinya aku memang kena berhati-hati dan redha jelah. Nak fight pun tak guna kalau Faliq lebih percaya cakap Asnida sendiri dari aku. Iyalah kan, jahat macam mana pun adik beradik kut. Mesti dia akan lebih percaya saudara kandungnya. Lebih-lebih lagi dah berubah kut kan. Tak apalah. Sabarlah hati.  Kalau ianya tak betul, mungkin ada sebab lain kut. Tunggu jelah.

Sudah ku agak dah, sampai rumah memang lewat. Melepasi maghrib sudah. Sampai je rumah, cepat-cepat aku bersihkan badan dan solat. Badan sangat letih, mujurlah tadi sebelum balik ke office Encik Boss ajak makan. Sekali makan malamlah tu. Jadinya, bolehlah aku tidur awal malam ni. Usai solat, aku ambil handphone dan charger batery. Kemudian aku buka laci meja lampu. Keluarkan surat appointment doktor. Ku baca semula. Hampir sebulan dah appointment ni, aduhai.!! Boleh lupa pula. Iyalah, ubat pun dah lama habis. Patut aku kena sambung makan lagi. Nak tak nak esok memang kena jumpa Doktor Dina. Harap-harap semuanya okeylah. Risau juga sebenarnya. Kut-kut lah sekali doktor cakap, aku ada penyakit merbahaya. Sakit otak ke sakit jiwa ke. Huhu..!! Memang sakit otak lah pun, pening memikirkan semua. Hahaha. Merepek jelah.

Aku bangun dan menuju ke dapur. Ambil mug dan menuang air suam. Ku teguk air itu. Leganya tekak!! Aku basuh mug dan letak ditempat pengering. Baru nak tutup lampu. Aku terdengar orang memberi salam. Ku selak sikit langsir di sliding door, Faliq?! Aku ambil tudung didalam bilik dan menyarungkan dikepala. Ku ambil kunci, pintu ku buka dan terus keluar.

"Waalaikumsalam.."Aku jalan perlahan menuju ke pagar. Ku buka kunci pagar. Aku senyum padanya. Kenapa dia nampak agak serabut. Aku mempersilakannya masuk dan duduk di kerusi batu dihalaman rumah.

"Aliaa.. awak pergi mana tadi? Saya call awak banyak kali tau tak?!" Tanyanya serius. Aku senyum.

"Sorrylah. Lepas lunch tadi saya ikut Encik Zack  meeting, appointment, dan last jumpa kawannya pula. Lepas maghrib tadi saya sampai rumah.. Saya betul-betul busy. Tak dapat jawab phone.. Sorry ya..!!"terangku.

" Jangan tipu saya boleh tak?!" Dia merenung tajam padaku.

"Tipu apa pula ni. "

" Awak jumpa Wan kan?!" Merah mukanya, marah.

"Ha?? Ya Allah..!! Bila masa pula saya jumpa Wan.." Aku sangat terkejut. Aku punyalah penat ikut Encik Boss ke sana ke sini, dia boleh cakap aku jumpa Wan. Ha!!

" Jangan nak menipulah Aliaa. Banyak bunga dia bagi. Setahu saya minggu ni saya tak bagi apa-apa bunga pun pada awak.." sambungnya lagi. Aku tertelan liur. Mana dia tahu ni. Arh!! Ni mesti kerja Asnida. Iya, Asnida!!

" Siapa yang info awak? Asnida kan?" Tanyaku semula.

" Siapa yang info itu tak penting Aliaa. Sampai hati awak buat saya macam ni..!"

" Faliq.. Memang saya akui salah saya tak info awak pasal bunga tu, saya tak sempat nak info. Kerja saya padat. Awak pun tahu kan.. Lagi pula, bunga-bunga tu, saya tak tahu bila dia hantar. Saya masuk office tengok dah ada atas meja. Saya cuma longgok je dekat belakang. Nak buang tak sempat. Tadi saya minta Naim buangkan. Saya tahu Asnida yag info awak, saya perasan dia snap gambar bunga tu pagi tadi. Dah agak dah.." terang aku. Jujur.

" Tak payah nak salahkan orang lain, Asnida datang nak jumpa awak minta ajar dia bertudung  dan kalau Asnida tak snap gambar tu pun saya tak tahu selama ni. Ni apa pula ni. Awak nak cakap, terserempak dan kemudian berbual.. Macam tu?!" Faliq memberikan handphonenya pada ku. Lagi sekali aku terkejut. Gambar tengahari tadi. Aku dan Wan.

" Kenapa diam? Gambar mesra macam ni. Ni pun awak nak nafikan"

" Nafikan apa Faliq. Dah memang betul kut. Dia ajak saya makan tadi tapi saya tolak. Saya pulangkan hadiah yang dia bagi pada saya minggu lepas. Dahlah Faliq. Kenapa nak cemburu nak tentu pasal ni. Sebelum ni awak tak macam ni pun tapi kenapa sekarang.. "

" Sebab saya sayang awak Aliaa. Tak sangka awak buat saya macam ni. Saya percaya pada awak. Ini balasan awak pada saya.. Saya sedih Aliaa. Sedih..!!" Faliq meluahkan rasa kesalnya pada aku. Aku yang patut sedih, aku tak buat semua ni.

" Apa awak cakap ni? Apa yang saya dah buat? Saya tak buat apa-apa pun. Ini semua salah faham. Kalau awak tak percaya, awak boleh tanya Wan. Saya taknak gaduh sebab benda merepek ni lah..". Faliq dah tak percaya aku lagi.

" Dahlah Aliaa.. Buang masa je!!  Saya pergi dulu.." Terus je Faliq keluar, dalam keadaan masih marah.

Ya Allah..!! Apa semua ni? Aku difitnah. Sampai hati kau Asnida. Sampai hati. Kau buat sampai Faliq tak percaya pada aku lagi. Memang kau kejam Asnida. Betul tekaan Faliq, kau hanya baik di depan dia tapi dibelakang dia, kau tetap sama. Sama seperti syaitan bertopengkan manusia. Kau kaburi Faliq dengan perubahan penipuan kau. Kau berubah bukan kerana Allah tapi kerana mahu pisahkan kami. Kau gunakan ayat-ayat manismu untuk beri keyakinan pada Faliq, yang segalanya aku yang salah. Bijak sugguh kau Asnida. Dan, kenapa dengan mudah kau percaya Faliq. Kau lupa ke apa yang Asnida dah buat pada aku selama ni. Hmm.. Sedihnya!!

Aku dah tak mampu untuk cakap apa lagi dah. Apa lagi aku nak cakap, semua yang aku cakap menjadi sia-sia. Untuk apa aku jelaskan lagi. Semuanya salah dimata Faliq. Aku jujur dengannya, aku setia dengannya. Sikit pun aku tak pernah tipu dia. Langsung tak terlintas untuk aku curang padanya. Hanya kerana gambar yang tidak berbicara. Kau lebih mempercayainya Faliq. Sampai hatimu!! Terima kasih atas fitnah ini. Terima kasih Asnida.

Malas aku nak fikir. Lebih baik aku tidur. Semoga esok bangun, aku lebih rasa happy dan bahagia. Biarlah apapun tanggapan Faliq padaku. Yang penting aku tak buat. Allah maha Mengetahui. Tabahkan aku Ya Allah..!! Kuatkan hatiku untuk hadapi segala ini. Aku serah segalanya padamu. Ajal mautku, jodoh pertemuanku. Ku serah sepenuh hati padaMu. Aku redha..!!  Kerana aku adalah milikMu..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku