Kerana Janji
Bab 136
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






Kereta dipandunya laju. Selaju nafasnya yang turun naik menahan kemarahan. Betapa sakitnya hati. Sanggup Aliaa lakukan begitu padanya. Sudahlah dengan Zahwan, yang pernah hadir dalam hidupnya. Yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Yang dia sanggup  menunggu janji bertahun lama. Tak mustahil hati Aliaa akan terbuka semula untuk Zahwan.  Bagaimana jika ia benar-benar terjadi? Apa yang harus dia lakukan? Apa yang akan terjadi pada hidupnya pada dirinya nanti. Oh tidak..! Tidak.. Tidak mungkin..! Aliaa tidak akan tinggalkannya hanya kerana Zahwan. Aliaa menyayangi, Aliaa menyintainya. Iya...!! Aliaa takkan tinggalkannya hanya kerana lelaki tak guna itu. Faliq betul-betul rasa tergugat dengan kehadiran Zahwan semula. Bila dia tahu Zahwan berpindah ke KL, dia mula rasa tak sedap hati. Dan, pada malam mereka berjumpa sebelum Adil pergi, itu lagi semakin buat dia tak tenang. Berani Zahwan lakukan itu di hadapan Faliq dan Adil. Walaupun sudah diberi amaran. Kenapa dia masih degil dan kenapa masih menagih cinta Aliaa. Sedangkan dia amat mengetahui Aliaa miliknya kini, tapi kenapa masih mengganggu. Sungguh Faliq tidak faham pada sahabatnya itu. Kalau dah jadi begini, bukan sahabat lagi dah. Boleh jadi musuh..

"Aliaa.. !!Aku sayang kau Aliaa. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni. Kenapa kau tipu aku.." katanya sendiri. Meluahkan rasa hati.

Dia melihat jam. Baru teringat dia masih belum menunaikan solat  maghrib lagi. Sudah lewat, dia istighfar panjang. Menyesali sikapnya sendiri yang terlalu ikutkan nafsu amarah hingga lalai. Dia memasuki perkarangan masjid. Setelah parking kereta, dia terus berjalan laju menuju ke ruang wuduk. Tiada orang. Kemudian, dia masuk dalam masjid dan menunaikan solat. Suasana sungguh tenang dirumah Allah. Hati yang marah kerana bisikan syaitan tadi terus hilang. Tenang setenang-tenangnya.

" Ya Allah..!! Apa yang aku dah lakukan pada Aliaa. Kenapa aku tuduh dia macam-macam, kenapa aku marah dia sedangkan dia dah beri penjelasan. Kenapa aku terlalu ikutkan hati ego aku. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan aku Aliaa.. Maafkan aku..!!" Dia menekup muka, rasa sangat bersalah atas perbuatannya tadi. Menyesali. Allah ketuk hatinya, Allah menyedarkan kesilapannya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Faliq malu pada diri sendiri. Faliq malu pada Allah. Dia tidak sepatutnya lakukan seperti itu pada Aliaa. Dia sepatutnya berbincang dengan cara baik bukan marah-marah dan menuduh tak tentu pasal. Itu bukam sifat Faliq sebenar. Faliq seorang yang lembut hati, Faliq seorang yang matang bukan seperti orang hilang akal yang suka-suka marah dan mengamuk. Hanya kerana perasaan cemburu pada Aliaa. Iya..!!. Memang cemburu tanda sayang. Tapi jika cemburu yang terlampau itu hanya akan menghancurkan sebuah perhubungan. Faliq berzikir memuji nama Allah sementara menunggu masuk waktu isyak.

Alhamdulilah, selesai tanggungjawab sebagai seorag hamba. Dengan tenang, Faliq melangkah ke kereta dan memulakan pemanduan pulang ke rumah. Sebaik sampai di perkarangan rumah. Kelihatan Puan Asmah duduk dikerusi berseorangan. Senyum menyambut kepulangan si anak bujang.

" Kenapa mama duduk sini sorang-sorang? Papa mana?" Tanya Faliq. Bersalaman dengan Puan Asmah dan duduk sebentar.

" Saja. Ambil angin udara malam. Papa keluar ni jumpa kawan katanya. Kenapa Alang lewat balik hari ni? Dah makan?"

"Biasalah ma.. Banyak kerja. Belum makan lagi, belum lapar. Angah mana?!" Jawab Faliq.

" Tadi tengok tv. Ni tak tahulah dah naik kut. Mama tengok beberapa hari ni, dia lain macam je.."

"Lain macam? Lain macam mana tu ma.."

"Iyalah.. Pergi butik pun asyik pakai baju kurung je. Muka pun asyik senyum je.. Rambut dah original hitam. Dah kenapa Angah tu. Pelik pula mama tengok?!" Faliq gelak.

" Laa.. gelak pula dia. Mama tanya ni Alang.."

" Dah dapat hidayah kut ma. Siang tadi dia pergi jumpa Aliaa dekat office.." cerita Faliq.

"Dia jumpa Aliaa? Buat apa?!" Terkejut Puan Asmah dengar.

" Katanya, minta maaf atas segala yang dia dah buat pada Aliaa selama ni.." lembut suaranya.

" Hmm..?! Habis Aliaa macam mana, maafkan tak?!"

" Aliaa maafkan je. Mama pun tahu kan, Aliaa macam mana. Mana dia reti nak marah-marah. Kalau marah dia pun kejab je.."

" Jangan disangka dia tak reti marah Alang. Yang jarang marah tulah yang bahaya. Dipendam, disimpan dalam hati. Bila dah tak tertanggung, sampai satu tahap, memang takkan ada maaf bagimu dah. Ingat tu..!! " Faliq tersentak dengan kata-kata Puan Asmah. Terasa pula dia. Mula risau.

" Iyalah ma.. Angah minta Aliaa ajar pakai tudung?!" Sambung Faliq lagi. Menutup kerisauannya.

"Pakai tudung? Ini betul-betul terkejut. Hmm.. Baguslah kalau dia betul dah sedar. Tapi mama harap, perubahan dia ni biarlah ikhlas kerana Allah bukan kerana perkara lain.." Faliq berkerut.

" Perkara lain? Maksud mama?!"

"Bukan mama nak tuduh dia atau tak suka dengan perubahan dia. Mama suka dan bersyukur sangat. Tapi.. iyalah, perubahan yang mengejut macam ni, mama rasa macam tak sedap hati. Kita semua kenal Angah macam mana kan. Mama takut ini semua lakonan dia semata-mata untuk kaburi mata kita semua atas perubahan dia.. " Kata Puan Asmah.

"Kaburi mata kita macam mana ma. Alang tak faham?!" Tepat mata Faliq merenung Puan Asmah.

" Depan kita dia baik tapi belakang kita, ada niat dia yang tersembunyi. Orang licik ni macam-macam idea dia. Mama risau Aliaa.." Ada nada sayu pada suara Puan Asmah.

" Ma.. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Angah. Insha Allah dengan berkat doa kita semua, niat Angah yang tak baik mungkin boleh jadi niat yang baik.. " Faliq menenangkan hati Puan Asmah. Senyum.

" Mudah-mudahan. Cuma mama minta dekat Alang. Jangan terlalu percaya pada kata-kata Angah. Hati-hatilah ye.. Mama ibu, apa yang anak lakukan baik atau buruk mama dapat rasai. Akan terdetik dalam hati mama.."

"Iya ma. Alang faham..!! Mama tak payah fikirkan sangat ye, mama jangan risau. Semuanya akan baik-baik. Alang minta mama doakan juga untuk Alang dan Aliaa ya ma.. " kata Faliq dan senyum. Puan Asmah membalas senyuman dan mengangguk. Faliq memahami maksud Puan Asmah. Hati seorang ibu. Satu kelebihan yang Allah beri pada seorang wanita bergelar ibu.

 Tidak lama kemudian, mereka berdua masuk ke dalam rumah. Faliq terus naik ke ke biliknya. Melepaskan lelah keletihan dikatil sebentar. Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Merenung handphone dengan renungan kosong. Perasaan bersalah pada Aliaa mula menyelubungi diri. Terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa. Dia cuba menghubungi Aliaa. Tetapi tidak dapat. Mungkin marah. Kemudian, dia menghantar pesanan whatsapp pula.

" Aliaa.. Saya minta maaf.
Saya tak ada niat pun
nak tuduh awak macam tu.
Saya minta maaf..!!
Saya tahu saya salah.
Please Aliaa.. Maafkan saya!!"

Whatsapp dihantar. Bila Aliaa on handphone nanti, pasti dia akan baca. Dan, berharap Aliaa akan memaafkannya. Dia sedar dia terlalu cemburu. Dia kena ubah, kena jadi seperti sebelum ni yang terbuka, yang sporting. Dia taknak terus macam ni. Dia takut, jika dia terus dengan sifat cemburunya ini akan buat Aliaa bosan dan lama-lama bukan buat Aliaa suka tapi semakin Aliaa membenci. Mahu ditinggalkannya nanti. Baru Faliq tahu. Huh!!
Ini semua kerana Zahwan. Kalau tak kerana Zahwan, benda ni takkan terjadi. Geramnya dia. Dia terus menghubungi Zahwan. Mahu tahu dan mahu dengar dari mulut Zahwan sendiri.

"Assalammualaikum bro..!!" Suara Zahwan ceria di talian.

"Waalaikumsalam.. Kau dekat mana ni?!" Tanya Faliq.

"Aku dengan kawan aku ni. Keluar kejab. Kenapa? Nak jumpa ke?!"

"Tak.. Tak.. !! Macam ni bro, aku nak minta tolong kau something.."

"Insha Allah..! Kalau aku boleh tolong aku akan tolong. So, tolong apa tu ?!"

" Mulai saat ni, boleh tak kau jangan ganggu Aliaa lagi. Tak payah nak hantar bunga, bagi hadiah, ajak keluar makan, nak jumpa bagai. Tak payahlah bro, okey?!" Kata Faliq tegas.

"Oh!! Ni kau bagi aku warning ke apa ni?!"

"Yup!! Memang.. Memang aku bagi kau warning. Kalau kau taknak kena lagilah macam dulu tu.."

" Okey bro macam ni. Aku rasa tak salah kut. Aku just berkawan dengan dia. Lagipun, korang kawan juga kan.. Benda simple lah bro.!!" Menyirap hati Faliq dengan kata-kata Zahwan.


" Aliaa sekarang kekasih aku. Bakal tunang dan bakal isteri aku. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa urusan pun. Tolong jangan ganggu hubungan kami.." tegas.

" Alaa bro. Orang yang dah kahwin pun boleh berserai- berai.. Ini kan pula kekasih. Bila-bila masa je kut. Kau dengar ni, kalau aku ajak dia kemana pun, tapi dia taknak. Tak jadi kut kan" Zahwan sengaja menyakiti hati Faliq.

" Berani kau kan Wan!! Aku tak sangka, sahabat yang aku hormati selama ini punyai hati yang sangat busuk.."

" Nak buat macam mana Liq. Aku tak boleh lupakan Aliaa, hati aku kuat menyatakan dia akan jadi milik aku. Iya, memang sekarang ni dia tak layan aku tapi aku yakin suatu hari nanti dia akan tinggalkan kau dan kembali pada aku. Sebab aku tahu, dia masih sayang kan aku.." Panas telinga Faliq. Kalau Zahwan ada didepan matanya sekarang. Sudah lama dia bagi penumbuk padu. Bukan hanya sekali tapi bertubi-tubi biar hancur lumat mukanya. Sakitnya hati Faliq.

Tak guna punya sahabat. Sanggup mahu rosakkan kebahagiaan sahabat sendiri hanya untuk kepentingan diri. Menyesal dia bertemu semula dengan Zahwan. Kalau tahu perkara ini terjadi. Biar tak jumpa sampai bila-bila pun tak mengapa. Mentang-mentang Adil tak ada. Berani Zahwan lakukan ini semua. Pada siapa Faliq nak mengadu. Adil jauh, nak menghubungi Adil pun susah. Ada juga dia cuba menghubungi sahabatnya yang satu itu tapi tak pernah dapat. Hanya harapkan Adil yang menghubunginya.  Tapi bila. Hanya Adil sahaja sahabatnya dunia akhirat. Yang paling rapat, yang memahaminya. Hanya Adil.

Faliq semakin risau akan kata-kata Zahwan tadi. Zahwan memang sengaja cari pasal padanya. Zahwan memang cari nahas. Kurang ajar!! Marahnya didalam hati. Apa yang perlu dia buat sekarang, dia kena banyak luangkan masa bersama Aliaa. Kena banyak ambil berat pada Aliaa. Biar Aliaa rasa terisi dengan kehadirannya. Dia ingin bersama Aliaa setiap saat. Iya.. Dia akan lakukan. 

" Kan elok kalau kami bertunang je? Ada ikatan. Pasti Zahwan takkan kacau Aliaa lepas ni. Iyalah kan.. Kenapa aku tak fikir tapi nak ke Aliaa. Adil pun tak ada dekat sini. Apa-apa dia mesti akan tunggu abangnya juga. Kalau ikutkan lebih kurang sebulan lebih je lagi Adil balik. Hmm.. Nanti aku bincang dengan mama dan bincang baik-baik dengan Aliaa. Aku harap Aliaa setuju.. Sekarang ni, aku kena relax. Tak boleh nak cemburu, nanti Aliaa makin sakit hati. Boleh ke aku nak buang rasa cemburu? Boleh, kalau Zahwan tak ganggu Aliaa.. Hmm.. " kata Faliq sendiri. Cadangan yang baik. Insha Allah. Niat yang baik pasti Allah akan tolong. Tapi apapun, esok dia kena jumpa Aliaa. Minta maaf dan luangkan masa dengan Aliaa. Itu pun jika dia tidak sibuk. Semoga dipermudahkan segalanya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku