Kerana Janji
Bab 137
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
78

Bacaan






Selesai urusan dengan Doktor Dina. Alhamdulilah, kesihatan aku dah kembali okey. Cuma tekanan darah rendah je, itu memang tak boleh buat apalah. Sejak study lagi kut aku memang macam tu. Rasanya selagi tak pengsan selagi tu okey kut. Aku cuma dibekalkan ubat gastrik je. Okeylah tu. Yang penting tak kena telan ubat lagi. Aku memandu terus ke office. Perut dah berbunyi dah ni. Tadi dekat rumah cuma minum nescafe je. Nanti sampai office baru makan. Dah jam 10.40pagi, kejab je masa berlalu. Cuaca boleh tahan panas terik juga ni. Selamatlah jalan clear. Tak sabar nak sampai office. Ada sikit kerja yang kena siapkan. Nanti lepas lunch appointment lagi kut. Entahlah aku pun tak ingat. Cepat betul lupa sekarang ni, almaklumlah, umur pun hampir 30series kan. Mana taknya. Kahwin pun tak lagi. Hahahaha...!! Kahwin ye. Nanti-nantilah.

Setelah parking kereta, macam biasalah aku pun jalanlah ke lobi. Perlahan-lahan jalan, penuh kesopanan dan kesantunan wanita melayu terakhir. Senyum lebar aku, puji diri sendiri. Siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri.

"Aliaa.. " Satu suara memanggil aku. Aku memberhentikan langkah. Menoleh ke belakang. Tersenyum manis dia pandang aku. Aku pun membalas senyumannya. Dia menghampiri aku.

"Awak baru sampai ke?!" Tanyanya lembut.

"Iya. Baru balik dari hospital.."

"Awak tak sihat? Sakit?!" Aku senyum melihat wajahnya. Kerisauan.

" Taklah..Saya sihat. Appointment dengan Doktor Dina. Hari tu tak pergi, saya lupa.." terangku.

"Ya Allah..!! Iyalah, saya pun lupa nak ingatkan. Aduhai.. Maafkan saya Aliaa. Saya betul-betul lupa.." Faliq mengetuk kepala sendiri.

"Tak apalah. Lagipun, saya okey dah. Tak ada apa-apa masalah. Cuma tekanan darah rendah je. Tapi okey semua. Jangan risau ya..!!" Terangku lagi. Senyum. Faliq mengangguk tanda faham.

"Alhamdulilah.. Syukurlah. Lega saya dengar.. Aliaa, saya nak minta maaf atas apa yang berlaku sema....."

"Haii Aliaa..!!" Percakapan Faliq terhenti apabila terdengar satu suara memanggil aku. Kami menoleh ke hadapan serentak. Allahuakhbar..!! Zahwan tercegat berdiri dengan senyuman membawa sejambak bunga mawar. Aku terkedu. Kenapa dia berani tunjukkan muka. Aku dan Faliq berpandangan. Jantung aku jadi laju. Menempah maut betullah Zahwan ni. Muka Faliq terus berubah.
Senyuman yang manis terus menjadi bengis.

"Kau nak apa lagi bro? Aku dah warning kan jangan ganggu Aliaa. Kau tak faham ke?!" Keras suara Faliq tepat memandang Zahwan. Zahwan boleh pula buat muka selamba. Siap senyum sinis lagi.

"Aku cuma nak bagi bunga ni pada Aliaa je. Tak salah kan..!"  Zahwan senyum sinis. Dan, menghampiri aku. Cepat-cepat Faliq menghalang.

"Tak salah kau cakap. Aliaa ni milik aku. Kau tak ada hak nak kacau.." kata Faliq.

" Aliaa bukan milik kau dan dia bukan isteri kau. Jadi, siapa -siapa pun boleh dekati dia.." Aku tercengang. Gilalah. Ingat aku ni perempuan apa. Aku pun dah mula geram ni.

"Sudahlah.. Tak payah gaduh dekat sini. Tak malu ke orang tengok. Macam budak-budak lah.." Kataku perlahan. Peliklah mereka ni.

"Aliaa.. Salah ke saya datang sini nak bagi bunga ni pada awak. Setiap hari saya bagi kan. Awak terima je kan.. Dia ni yang jelous tak tentu pasal.." Lagi sekali aku terkedu. Bila masa pula aku terima.

"Sudah lah Wan. Tak payah nak hantar bunga lagi boleh tak. Rimaslah.. Saya tak suka tahu tak.!" Kataku marah, tegas, keras semua ada.

"Kau dengar tu. Aliaa sendiri pun taknak bunga kau tu. Jadi,kau tak payah buang masa, buang duit nak bagi semua.." Faliq pula menyampuk. Aduhai.. hilang mood aku nak kerja macam ni.

" Aku takkan putus asa Liq. Aku akan rampas Aliaa semula dari kau. Kau jangan cabar aku.." Zahwan tepat pandang Faliq.

" Kalau kau berani kau buatlah.. Bersepai muka kau nanti.."

"Aku tak takutlah...!!" Pula dah. Cabar mencabar.

" Eeee... Korang ni kan.. !! Ha.. Baguslah..!! Cabar-mencabar.. Elok sangatlah tu.  Gaduhlah korang dekat sini sampai esok.." Aku terus melangkah laju meninggalkan mereka berdua. Huh!! 

" Sayang.. Sayang sekejab.. Tunggu saya..!!" Faliq mengejar aku.

"Aliaa.. bunga ni.." Zahwan pun.


Dah agenda kejar mengejar pula. Aku buat tak tahu je. Mereka panggil pun aku buat selamba je. Aku terus jalan laju dan terus masuk dalam lift. Cepat-cepat aku tutup pintu lift. Dua- dua tak dapat masuk. Padan muka mereka. Aku mengeluh dan mengeluh. Macam mana boleh terserempak serentak dengan mereka berdua tu. Aduhaiii..!! Betul-betul bikin masalah ni. Yang Zahwan pun satu, nak apa lagi. Tak habis-habis nak kacau aku. Si Faliq ni pun satu, kuat sangat cemburunya. Dah tahu hati aku hanya untuk dia seorang je pun tapi tetap nak jelous. Biarkan jelah Zahwan tu, nanti lama-lama dia akan diam. Sebab aku tak layan dia pun. Tapi si Faliq pula yang layan. Peliklah.. Memang akan jadi cerita paling hot lah ni. Dahlah dekat lobi orang nampak membawa ke lift dan mereka ikut aku ke office pula. Matilah nakkk..!!

Ting..!! Pintu lift terbuka. Aku meluru ke luar. Baru je nak buka pintu office. Pula dah mereka sampai. Kecoh. Kecoh.!!

" Kau kalau tak menyibuk tak boleh ke Wan. Berambuslah Wan..!!" Suara keras Faliq kudengar. Terus ku berhentikan langkah. Memandang mereka berdua yang sedang bertekak mulut itu. Tak ada pula tumbuk menumbuk ke, kan bagus namanya tu. Drama sikit. Aku berkerut.

" Kau tu yang menyibuk. Kau ambil Aliaa dari aku.."

"Apasal pula aku. Kau yang tak hargai dia, kau tinggalkan dia tanpa berita, lepas tu bila aku dah dapat dia. Kau nak ambil dia dari aku. Apasal.."

"Tak kisahlah ambil ke tak ambil ke. Yang penting Aliaa aku punya. Kau tu berambuss!!"

" Ya Allah Ya Tuhanku..!! Hey Sudahlah.. Faliq , Wan..!!  Ini office saya kut. Tolonglah hormat. Kalau nak gaduh, nak bertumbuk ke, nak bersmackdown pun pergilah tempat lain. Jangan buat malu saya boleh tak..!! Peliklah korang ni..!!" Kuat aku menjerit. Memang aku sakit jiwa dengan mereka ni. Elok-elok tekanan darah rendah terus mendadak naik jadinya. Aduhaiii.... !!

Ting..!! Alamak!! Siapa pula ni yang keluar dari lift ni. Encik Boss ke. Matilah...

Mereka masih lagi bertekak. Macam budak-budak.

"Eh!! Apa yang kecoh-kecoh ni?" Memang betul tekaan aku. Encik Boss muncul. Terdiam mereka berdua.

"Kenapa ni Aliaa? "Aku angkat bahu.

" Korang kalau nak buat kecoh, tolong pergi tempat lain. Ini office aku.. Apa masalah korang ni. Sebab Aliaa..?!" Aku terdiam. Serius muka Encik Boss. Sungguh aku sendiri yang malu.

" Dia nilah. Cari pasal.. "

"Apasal pula aku. Aliaa tu kekasih aku.."

"Alaa bro.. Setakat kekasih, bila-bila masa pun boleh putus..!!" Geram betul aku dengar ayat Zahwan ni. Menyirap je.

"Kau ingat aku macam kau ke. Tak menghargai. Suka-suka ambil suka-suka buang. Dah buang nak kutip balik.. Jantan tak guna..!!" Selamba Faliq cakap. Memang aku sokong.

" Oii.. Bahasa tu jaga sikit..!!" Ha!! Tahu pun marah.

"Ya Allah..!! Depan aku pun korang berani juga. Korang ni.. Harap muka je hensem, jawatan bagus, tapi perangai macam budak tadika. Tak malu ke orang tengok. Gentleman lah bro. Cuba profesional sikit bawa berbincang. Ini tak, dah macam orang hilang akal je.." Encik Boss berdiri ditengah-tengah antara Faliq dan Zahwan. Aku hanya melihat drama mereka ni. Sakit jiwa dibuatnya.

" Sekarang ni, aku taknak tengok korang gaduh lagi dekat sini. Sebab sorang perempuan jadi gaduh macam ni. Berebut macam budak-budak. Kalau macam ni perangai korang. Aliaa..!! Awak kahwin jelah dengan saya. Biar padan muka diaorang ni.. " Selamba je Encik Boss cakap. Jujur cakap, aku memang nak gelak kuat-kuat tapi aku tahan je. Hahaha..! Gelak dalam hati.

" Encik Zack janganlah macam ni. Saya sayang Aliaa." Terus jadi cuak Faliq. Berubah terus airmukanya. Zahwan terdiam pula. Tak pula melawan. Memang sengaja Zahwan ni.

"Dah.. Dah.. Sekarang korang pergi dari sini. Ini office aku, korang buat hal lagi aku panggil security kang.. " Kata Encik Boss lembut.

" Maaf Encik Zack. Minta maaf sangat-sangat. Saya pergi sekarang.. Aliaa, nanti saya call.." Faliq mengalah. Kasihan dia, sedih je muka dia. Aku senyum padanya. Dia terus masuk dalam lift. Tapi Zahwan masih lagi berdiri.

"Ha! Yang kau ni dah kenapa tercegat dekat sini. Tak reti nak pergi ke.?!

Zahwan garu kepala. Bunga itu masih lagi dia pegang. Dan dihulurkan pada aku.

" Maaf.. Saya tak boleh terima..!" Aku menolak.

"Hmm.. Okey!! Sorry..  Bye..!!" Zahwan pun terus masuk lift.

Fuhh!!! Aku menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan. Lega!!

"Awak ni pun kenapa berdiri dekat sini. Tak reti nak masuk office? Kerja dah siap? Dah jom masuk.!!" Aku berkerut. Tak pasal-pasal aku pun kena. Hampeh betul!!

Aku mengekori Encik Boss. Terus aku masuk bilik aku dan letak handbag. Encik Boss suruh masuk biliknya. Aku ambil buku nota dan terus keluar meluru ke bilik Encik Boss. Encik Boss bersandar dikerusi. Memerhatikan aku. Tak berkelip mata pandang aku. Aku dengan selamba duduk dihadapannya. Buat muka biasa je. Encik Boss masih perhatikan aku. Aku berkerut. Dah kenapa Encik Boss ni. Dia pula sakit ke. Hmm..

"Encik Boss ni dah kenapa? Nampak hantu?!"kataku. Dia gelak kecil dan menggeleng kepala.

" Hebat betul awak ni kan. Jadi rebutan dua jejaka. Awak pakai jampi apa ni?!" Amboi sedapnya mulut dia.

" Eee..!! Suka-suka Encik Boss je kan. Cili mulut tu kang baru tahu. Encik Boss ingat saya suka macam ni. Sakit otak, sakit jiwa, sakit segalanya adalah.." Aku menjeling padanya. Dia gelak lagi.

" Siapa Wan tu?!" Encik Boss bertanya.

"Wan tu sebenarnya.." Aku pun ceritalah serba sedikit. Tak cerita kang, dia dah tanya. Tapi aku taklah cerita sepenuhnya. Taknak lah ungkit cerita lama. Sekadar cerita pendek je. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

" Wow!! Berita panas ni. Dua orang sahabat menjadi musuh kerana seorang wanita bernama Aliaa Sofea. Confirm meletop cerita ni.. Hahaha." Kuat Encik Boss gelak. Kecil besar kecil besar je aku tengok Encik Boss ni. Ada yang tertelan pen juga ni kang.

"Tak payah nak perli saya sangatlah Encik Boss.." Aku menjeling tajam.

"Hahaha.. Senang macam nilah. Awak tak payah pening-peningkan kepala. Awak pilih jelah saya. Biar dua-dua tu tak dapat awak. Kan adil namanya tu kan.."

" Amboiii... Sukanya dia..!! Dah.. Dah.. Encik Boss pun sama juga macam diaorang.."Aku membuka buku notaku. Merungut sendiri.

" Aik!! Saya pula yang kena. Saya kan penyelamat keadaan. Okey lah tu..!" Sambung lagi Encik Boss ni.

" Tak payah penyelamat sangat. Okey Encik Boss..!! Tutup cerita ye. So, petang ni appointment mana?" Encik Boss masih gelak. Aku serius. Malas nak fikir lagi. Buat sakit otak je.

 Kami mula berbincang urusan kerja. Memang sibuk aku minggu ni. Awal bulan depan kena ke Terengganu pula. Selamat dua hari je. Tapi okey jugalah. Boleh release tension. Kut-kut boleh ambil cuti terus ke. Lepak pulau ke kan. Wah!! Mesti best. Dah lama tak ngadap laut. Nanti akan diusul pada Encik Boss. Harap-harap cuti diluluskan. Nak menyendiri. Taknak orang ganggu. Pening dengan karenah mereka. Nanti aku nak pergi diam-diam je. Taknak bagitahu sesiapa pun. Ada masa memang perlu bersendirian. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku