Kerana Janji
Bab 138
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






Aduh..!! Mentang-mentang pagi tadi Doktor Dina bagi stok ubat, petang terus meragam perut ni. Sedih betul! Ini berpunca dari Zahwan dan Faliq lah ni. Kalau diaorang tak gaduh, tak adanya aku sakit kut. Elok-elok aku nak makan sampai office terus terencat tak jadi makan. Sudahnya sampai ke petang. Isi perut waktu dah sakit pun dah tak guna dah. Siapa nak jawab ni, aku juga. Siapa yang tanggung sakit ni, aku juga. Hai lah perut, kalau nak sakit pun tunggulah aku selamat sampai rumah ya. Relax.. relax dulu. Tabahlah wahai perut..!!

Sekarang ni aku fokus nak cepat sampai rumah je.  Dah tak larat dah ni. Nampaknya perut aku tak sporting kali ni. Makin mencucuk-cucuk sakitnya. Jalanraya boleh pula sesak masa ni, dugaan untuk aku. Bertahan jelah. Tak boleh nak buat apa. Kan best kalau ada yang ambil dan hantar pergi balik kerja. Tak payah susah-susah aku memandu. Letih !! Lagi-lagi masa sakit macam ni, rasa nak baring je. Huhu.. Tapi apa boleh buat, orang ajak kahwin aku taknak. Kalau dah kahwin kan senang, boleh suami ambil hantar pergi kerja. Aku duduk je dekat seat sebelah. Kan seronok tu. Hmm.. iyalah tu. Belum tentu suami nak ambil hantar, kalau dah masing-masing busy, waktu kerja tak sama. Contoh macam aku dan Faliq ni. Kena juga memandu sendiri. Ishh!! Ke situ pula aku fikir.  Hahahaha.. Aku gelak sendiri nak
menghilangkan rasa sakit perut.

Akhirnya, sampai juga aku dirumah dengan selamatnya. Aku terus masuk dalam rumah tanpa tutup pagar pun. Pintu jelah aku kunci. Aku masuk bilik, keluarkan ubat dari dalam handbag dan menuang air suam ke dalam gelas kaca. Dan telan ubat. Memang aku sediakan air dan gelas dalam bilik. Emergency sakit boleh terus teguk air, tak payah ke dapur. Lantas, aku terus baring tanpa buka tudung pun. Menahan  kesakitan sendiri. Cuba lelapkan mata. Seluruh badan rasa lemah, tak berdaya rasanya. Pada siapa nak mengadu. Kalau ada abang kan best. Abang jaga aku, abang masakan bubur untuk aku. Abaaannggg!!! Adik rindu abang..!! Airmata serta merta mengalir. Rindu sangat dekat abang. Kenapa lama sangat abang nak balik. Cepatlah balik. Adik nak jumpa abang..!! Layan sakit, layan airmata dan akhirnya aku mimpi terbang jumpa abang..

Eh..!!! Aku terjaga dari lena. Aku masih baring tapi mataku sudah kubuka. Perut dah kurang sakit. Sesekali jelah mencucuk. Aku terpinga-pinga. Aku dah solat asar ke belum? Sekarang ni dah jam berapa? Macam orang nyanyuk pula dah. Boleh pula aku lupa. Tulah, tidurlah lagi lepas asar. Kan dah gila sekejab..!! Mataku melirik ke arah jam didinding. Ya Allah!! Dah jam 7.10malam. Aku belum asar. Kelam-kabut aku masuk ke bilik air, bersihkan badan, berwuduk dan terus solat.

Selesai solat, aku terus keluar. Aku nak makan tapi tak ada selera. Aku melangkah ke bilik abang. Ku buka pintu dan buka lampu. Aku dudk dikatil, aku lihat frame gambar aku bersama abang diatas meja lampu. Ya Allah..!! Rindunya aku dekat abang.. Airmata menitis lagi. Aku ambil frame gambar itu, aku baring di katil dan memeluk frame gambar. Sejak abang pergi, sekali je abang call aku. Itu pun sekejab je untuk ingatkan aku jumpa doktor. Lepas tu dah tak call. Busy kut. Bila abang nak balik! Kataku sendiri pandang gambar abang.

Tiba-tiba aku terdengar orang memberi salam dan mengetuk pintu. Aku mengelap airmata, meletakkan semula frame gambar ditepi lampu tidur. Aku mematikan lampu bilik dan menutup pintu. Aku jalan perlahan, tangan menekan perut menahan sakit. Bila nak baik perut ni pun tak tahulah. Aku menyarungkan tudung di kepala. Faliq yang datang. Aku buka pintu. Dia berdiri tersenyum. Aku balas senyuman tawar, dan keluar terus duduk di kerusi batu. Aku membongkokkan sedikit badan.

" Aliaa.. Awak sakit?!" Tanya Faliq. Aku senyum dan mengangguk perlahan.

"Sikit je.."

"Dah makan?!" Aku menggeleng. Dia menghulurkan bungkusan nasi pada aku. Macam tahu je aku lapar.

" Ni nasi ayam. Sekejab saya ambil sudu.." Faliq terus bangun dan masuk ke dalam rumah kemudian keluar semula dengan membawa sudu dan garfu beserta segelas air suam dan pinggan kosong. Dia buka bungkusan nasi dan menuang nasi ayam ke dalam pinggan.

" Makan sikit ya..." Aku hanya angguk. Nasi ayam kusuap kedalam mulut. Kunyah perlahan-lahan. Faliq hanya memerhatikan aku. Dua tiga suap je aku makan. Terasa semakin mencucuk pula perut ni bila diisi nasi. Aku meneguk air.

" Nak pergi hospital tak? Saya hantar.." katanya. Aku menggeleng. Aku meletakkan kepala diatas meja. Sorry Faliq. Aku memang tak larat.

"Saya rindu abang..!!" Kataku. Aku mengangkat kepala. Memandang keluar pagar. Airmata menitis lagi. Tak dapat nak kawal rasa rindu ni.

"Adil ada call tak?!" Aku menggeleng.

" Awak ada call dia?!" Aku geleng lagi.

"Tak dapat.." jawabku ringkas. Aku mengelap airmata dengan jari.

" Sabarlah ye. Tak lama lagi dia balik. Sekejab je tu. Pejam celik pejam celik tengok-tengok dia muncul nanti.. Sabar ye..!!" Faliq cuba memujuk aku. Aku senyum dan angguk.

"Aliaa.. Kita nikah.." Aku menoleh padanya. Lalu, mengalihkan pandangan ke tempat lain. Membisu.

" Kenapa tiba-tiba ni?!" Soalku perlahan. Terus jadi sembuh perut aku.

 " Boleh saya jaga awak, awak ada depan mata saya, sakit demam awak saya jaga, saya nampak, saya tak sanggup tengok awak macam ni. Sakit demam sorang-sorang. Tak sanggup Aliaa.." katanya. Sayu wajahnya. Aku senyum. Aku tahu apa dia fikir.

" Awak takut Zahwan kan?!" Teka aku.

" Iya.. Tu salah satu juga. Tapi percayalah Aliaa, saya memang berniat nak awak jadi isteri saya. Dah lama dah tapi awak je taknak.." sambungnya lagi.

" Bukan saya taknak, Faliq. Siapalah yang taknak kahwin. Tapi saya fikir, kakak awak.."

"Yang nak kahwin dengan awak kan saya bukan Angah..!!"

"Iya.. Saya tahu. Tapi saya taknak, bila kita dah kahwin nanti, awak jadi serba salah antara saya dan kakak awak. Nak layan saya, layan kakak awak lagi. Nanti mesti awak stress.." kataku jujur. Faliq gelak kecil.

"Kenapa fikir macam tu. Awak kan isteri saya nanti. Mestilah saya layan awak lebih dari dia.."

"Itu kata awak. Tapi tak saya. Family awak rapat, saya cuma orang luar je. Bila ada salah seorang yang membenci, saya takut akan berterusan membenci.."

"Sayang..!! Dengar sini, Mama, Papa, Along semua sayang awak. Mereka terima awak seadanya. Pasal Angah tu janganlah fikir. Lagipun, dia kan dah mula berubah.." Berubah?? Aku senyum sinis. Jujur cakap, aku tak fikir yang Asnida tu betul berubah. Berubah dia ada niat lain. Tapi aku tak suara kan pun pada Faliq. Aku taknak dia fikir lain pula. Aku hanya membisu.

" Macam mana Aliaa?!" Aku tarik nafas.

" Saya tak boleh bagi jawapan sekarang. Saya kena bincang dengan abang. Kena tunggu abang balik.." jawabku.

" Atau kita bertunang dulu. Okey tak?!" Pula dah.

"Apapun, saya kena tunggu abang balik.."

" Tapi abang awak lambat balik lagi. Kalau boleh saya nak kita bertunang minggu depan ke atau dua minggu lagi. Okey.?!" Aku berkerut.

"Kenapa cepat sangat. Saya perlukan masa juga kut."

" Nak masa apalagi, Aliaa. Saya tahu Adil mesti setuju punya. Ni kan untuk kebaikan awak juga, untuk kita.." Kenapa Faliq nak mendesak pula ni. Tak fahamlah.

"Faliq.. Dia satu-satunya abang kandung saya, wali saya. Saya kena hormat dia. Apapun terjadi, saya tetap akan tunggu abang.."

" Lama dah saya tunggu. Tapi awak tetap bagi macam-macam alasan. Kenapa Aliaa?!" Aku tercengang.

" Saya bukan suka-suka bagi alasan. Ada sebab.."

" Sebab kakak saya, sebab abang awak, sebab belum sedia, sebab itu, sebab ini. Apa semua ni? Atau awak memang tak boleh lupakan Zahwan, betul kan?!"

"Apa awak merepek ni. Sudah-sudahlah.."

" Sebab tulah awak tolak lamaran saya kan. Sebab hati awak tu ada Zahwan lagi."

"Saya tak cakap saya tolak lamaran awak. Saya terima tapi saya cuma minta tunggu abang balik je. Tak lama lagi kan. Sabarlah ye..!!"

" Kalau tunggu abang awak balik, sempat hati awak berubah pada Wan.."

"Astagfirullah Al Azim.. Kenapa sampai macam tu awak fikir saya. Awak tak percaya saya?"

"Sudahlah Aliaa.. Saya fade up dah macam ni. Kalau macam nilah, kita buatlah haluan masing-masing. Bye..!! ." Aku sangat terkejut. Terpaku kaku memandang Faliq. Faliq terus meninggalkan aku tanpa menoleh pun.


Fade up? Haluan masing-masing? Apa maksud dia? Andai benarlah apa yang aku fikir dengan maksud haluan masing-masing, ini bermakna aku dan dia.. Ya Allah.. Faliq..!! Sampainya hatimu. Tegar kau Faliq.  Mudahnya kau melafazkan Faliq. Aku terduduk.. Airmata menitis lagi. Apa semua ni. Kenapa tiba-tiba dia buat keputusan macam ni sekelip mata. Salahkah aku minta dia tunggu abang? Kau tahu kan. Abang segala-galanya bagi aku. Abang wali aku,  abang ayah aku, abang ibu aku. Aku perlukan restu dia. Tapi kau? Kenapa Faliq. Kau tahu semua ni tapi kau? Kau dengan Zahwan sama, tak ada beza pun. Sampai hati kau. Aku kecewa!!!

Angin malam menghembus lembut ke wajahku. Airmata masih lagi menitis. Pandanganku kosong, tiada apa lagi dah. Mana perginya kasih sayang dan cinta kau padaku, Faliq? Inikah buktinya? Hilang sekelip mata.

" Kuatkan semangat kau Aliaa. Sabar..!! Mungkin dia tak sengaja cakap macam tu. Mungkin terlalu ikut perasaan kerana rasa cemburunya. Atau mungkin dia tak sedar dengan kata-katanya itu. Bertenang Aliaa. Mungkin juga dia stress. Percayalah Aliaa, dia tak ada niat nak cakap macam tu. Dia amat menyayangimu, amat mencintaimu. Bagi dia ruang. Dia perlukan masa untuk tenangkan hati dari perasaan cemburu dia. Sabar Aliaa..!! Jangan ikutkan perasaan kecewa tu.."kata hati kecilku. Memujuk hati sendiri.

Tak satu persatu dugaan untuk aku. Dengan kesihatan yang tidak baik, dengan perasaan rindu yang amat mendalam pada abang dan kini Faliq buat hal pula. Kenapa semua ni berlaku sekelip mata. Patutlah aku rindu sangat pada abang. Rupanya ini yang terjadi. Mesti abang tak tenang. Hanya abang yang faham perasaan aku. Hanya abang saja. Abang..!! Faliq tinggalkan adik!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku