Kerana Janji
Bab 139
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






Kereta dipandu laju. Melepaskan perasaan geram. Turun naik nafasnya menahan kesakitan hati yang terlampau. Perasaan marah, perasaan baran yang tiba-tiba menyelinap dalam diri. Kenapa dengan Faliq sekarang. Kerap sangat marah. Ini semua kerana perasaan cemburu. Cemburu akan Zahwan. Tak boleh dengar nama Zahwan. Automatik perasaan itu akan muncul. Dan, yang menjadi mangsa adalah Aliaa. Dia takut kehilangan Aliaa. Takut Aliaa akan jatuh ke tangan Zahwan semula. Takut hati Aliaa terbuka untuk Zahwan semula. Dia takut semua itu akan terjadi. Padahal Aliaa langsung tak lakukan apa-apa pun. Aliaa tak melayan Zahwan pun. Aliaa tak ambil bunga pemberian Zahwan pun. Hadiah yang Zahwan beri pun sudah dipulangkan. Apa lagi yang Faliq nak sebenarnya. Aliaa tak layan Zahwan. Tak Faliq..!! Faliq takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Bila dia dengar nama Zahwan, hatinya jadi sakit dan teramat sakit. Mahu saja dia tumbuk muka Zahwan sampai lumat. Semakin lama semakin menebal perasaan cemburunya.

Sampai sahaja dirumah, dengan wajah yang kusut. Dia terus duduk di sofa. Senyap saja. Puan Asmah hanya melihat. Hairan melihat anak bujangnya malam ini. Biasa sampai rumah saja, pasti senyuman yang akan dilemparkan. Pasti ceria wajahnya. Walaupun ada masalah pasti akan senyum. Tapi malam ini, tiada keceriaan diwajahnya. Tiada senyuman. Yang ada hanya wajah yang kusut dan serabut. Diam membisu. Puan Asmah pun tidak bertanya, dibiarkan saja. Asnida terus menonton tv sambil mengunyah kacang. Sesekali melirik mata pada Faliq.

" Alang.. Esok Alang free tak?! Angah rasa nak lunch dengan Aliaa lah. Kita lunch sama dengan dia sekali nak tak..!!" Asnida memecah kesunyian. Faliq tidak beri jawapan pun. Berkerut dahinya.

" Alang.. dengar tak? Kita lunch dengan Aliaa tau. Nanti Alang info Aliaa ya..!!"

"Boleh tak jangan sebut nama dia?!" Keras suara Faliq marah. Merenung tepat wajah Asnida. Bengis mukanya. Terkejut Asnida dan Puan Asmah. Tersentak Puan Asmah. Sangat! Berpandangan pada Asnida. Asnida terhenti mengunyah. Mengangkat bahu. Masing-masing pelik. Faliq menekup wajah dengan tapak tangan. Mengeluh dan terus naik ke atas. Puan Asmah memikirkan sesuatu. Risau..!!

" Kenapa Alang tiba-tiba jadi macam tu? " kata Puan Asmah perlahan.

" Gaduh dengan Aliaa lah tu. Kalau tak silap Angah, Aliaa ada layan kawan Alang si Wan tu. Mungkin sebab tulah kut.." jawab Asnida selamba. Puan Asmah berkerut.

"Layan Wan? Layan macam mana?" Tanya Puan Asmah lagi.

"Ada Angah terserempak dengan Aliaa dekat Mall tempoh hari, dia keluar dengan Wan. Lepas tu penuh bunga dekat office Aliaa, Wan bagi. Siap bagi hadiah lagi ma.. Hadiah mahal tu.. Kalau Angah yang dapat, Wow!! Bestnyaa..!!" terang Asnida. Semangat. Puan Asmah pelik. Macam mana Asnida tahu semua. Macam mana Asnida tahu hadiah yang Zahwan bagi mahal? Terdetik sesuatu dihati Puan Asmah.

"Macam mana Angah tahu hadiah tu mahal? Angah nampak ke? "Sengaja Puan Asmah tanya.

" Ni Angah lah ma. Mestilah tahu.. Zahwan yang tunjuk Angah.." Asnida masih lagi melayan kacang goreng. Mata fokus pada tv. Seronok pula dia tengok drama Melayu. Puan Asmah sinis.

"Zahwan tunjuk Angah?!"

"Eh.. Eh..!! Mana ada, tak ..tak..!! Maksud Angah, Zahwan tu kan banyak duit. Mestilah bagi hadiah yang mahal kan.. Angah teka je.." Asnida menafikan. Cuak. Macam mana boleh terlepas cakap. Aduhai.. Dia betul-betul marah dengan diri sendiri. Bodoh betullah aku ni!! Bisiknya dalam hati. Puan Asmah memandang Asnida tanpa berkelip. Dia dapat merasakan Asnid menyembunyikan sesuatu. Pasti kerja Asnida. Cetus hati Puan Asmah.

"Okeylah ma..!! Angah nak naik atas, nak solat.. bye ma..!!" Pandainya Asnida berlakon. Tunjuk baik di depan mereka. Asnida serba tak kena jadinya. Memaki-maki dirinya sendiri. Puan Asmah langsung tidak menjawab apa-apa. Dia risau, risau perhubungan Faliq dan Aliaa terjejas. Tengok keadaan Faliq tadi memang betul-betul marah. Faliq tak pernah jadi macam tu sebelum ini. Ini mesti ada sebab. Dia kena tanya dan kena tahu.

Faliq merenung gambar Aliaa. Memejamkan mata, pedihnya hati.

"Sampai hati kau Aliaa..!!!

"Aku bagi hati pada kau, aku sayang kau Aliaa. Tapi kenapa kau buat aku macam ni. Maafkan aku Aliaa. Aku terpaksa buat macam ni, aku nak tengok sejauh mana kau sayang aku. Aku tak ada pilihan.. Maafkan aku..!!" Katanya sendiri. Frame gambar itu ditutup dengan kain. Terus saja handphone dicapainya. Hati cemburunya masih belum reda. Dia buka aplikasi galeri di handphone nya. Gambar Aliaa dan Zahwan dilihatnya. Menggeleng-geleng kepala. Lalu, terus dimatikan.

"Arh!! Faliq. Untuk apa lihat gambar itu lagi, hanya menyakiti hati. Lepaskan saja Aliaa. Dia tak layak pun untuk kau. Dia lebih perlukan Zahwan dari kau. Bukti, macam-macam alasan dia beri. Sedangkan sudah lama kau suarakan niat baik kau tapi dia menolak lamaran kau. Dia tak serius dengan kau. Lepaskan dia, lupakan dia, tinggalkan dia.."Bisikan syaitan menghantui fikirannya. Dia bangun dari kerusi. Mundar-mandir lagi. Apa perlu dia buat sekarang. Antara sayang dan cemburu. Jika sayang dan bersabar, bahagia untuknya. Andai cemburu yang dia pilih itu bermakna tiada harapan untuk perhubungan ini.

"Apapun nak jadi, jadilah. Aku nak tahu sejauh mana dia sayang aku. Kalau dia benar sayang aku mesti dia terima lamaran aku. Kalau tak, maknanya memang dia mahu Wan.." katanya lagi. Faliq terlalu ikutkan perasaan egonya dan cemburunya. Dia tak fikir, keputusan yang dia akan buat hanya akan memakan dirinya sendiri. Pasti akan menyesal. Handphone diambil lagi. Menaip sesuatu.

" Maafkan saya..!!
Tak perlu cari saya lagi.
Kita putus..!!"

Dan, sent. Handphone dicampak diatas tilam.
Dia duduk menekup muka lagi. Teringat akan perbualannya bersama Asnida petang tadi. Selepas balik kerja, dia singgah butik.

"Alang.. Hari tu Angah ada jumpa Zahwan tau.." Asnida memulakan cerita.

" Angah jumpa Zahwan untuk apa?" Faliq berkerut. Macam pelik je.

"Terserempak waktu nak makan. Lepas tu, kami borak-boraklah. Lama kut tak jumpa dia.. Makin hensem dia sekarang kan. Kalau Angah  tahu dulu Angah try dia.."

" Hmm.. Adil pun tak dapat lagi nak Zahwan.." perli Elly selamba.

"Sebab i tak dapat Adil tulah kalau tahu i nak try Zahwan pula.."Asnida menjeling Elly yang sedang menuang air teh panas. Rajin Elly buatkan air untuk Faliq. Nak ambil hati. Secawan teh diberi pada Faliq. Dan, duduk sekali.

"Kami borak punya borak. Lepas tu dia terlepas cerita pasal dia dan Aliaa. Tak sangka Angah. Rupanya mereka pernah bercinta.. Hebat betul Aliaa..!!" Faliq mendengar saja. Asnida mula mencucuk hati Faliq. Asnida mengenyitkan mata pada Elly.

" Oh ya!! Alang tengok ni. Romantik betul mereka. Punyalah syok Zahwan cerita dekat Angah, siap screenshot lagi whatsapp mereka, dan sent dekat Angah. Bahagianya.. !!" Faliq membaca semua. Berubah terus airmukanya, turun naik nafasnya. Bijaknya Asnida menabur fitnah pada Aliaa. Padahal itu adalah whatsapp sewaktu Aliaa bertemu Zahwan setelah bertahun tak jumpa. Sebelum Aliaa dan Faliq bersama lagi. Waktu itu Faliq masih lagi cuba mendekati Aliaa. Tapi kerana bijaknya Asnida, dia edit whatsapp hingga buat Faliq betul-betul percaya.

" Sekejab..!! Kenapa Zahwan perlu cerita dan tunjuk semua ni pada Angah. Untuk apa?" Tanya Faliq serius.

" Entah.. Mungkin dia nak share kebahagiaan dia lah kut kan.. Iyalah, orang tengah bercinta. Semua kegembiraan memang nak cerita pada semua orang kan..." Asnida senyum. Semakin sakit hati Faliq. Diam membisu.

" You.. Silalah minum. I buat air ni khas untuk you tau..!! Alaa.. tak payah fikir pasal Aliaa tu, semua dia nak. You dia nak, Zahwan dia nak. Lupakan je dia. I kan ada dengan you ni.." mulalah mereka memasang plan. Asnida senyum. Faliq meneguk air yang diberi oleh Elly. Happy nya Elly.

" You ni kan Elly. Takkan lah Aliaa nak buat macam tu. Dia sayang adik i tahu tak. Tak baik you cakap macam tu dekat bakal adik ipar i. Dia baiklah. Biasalah, jumpa ex boyfriend,mestilah nak feeling, melepaskan rindu. Bagi i itu perkara biasalah. You pun sama juga kut.."  Faliq masih membisu. Asnida dan Elly masih membakar hati Faliq.


" Hmm.. Iyalah. Kalau Aliaa kembali dengan Zahwan. You dengan i lah Faliq. I ni bila-bila masa je untuk you.."Kata Elly pula. Faliq tak hiraukan langsung apa yang mereka cakapkan.

" Tapi boleh tahan juga Aliaa kan. Lepas je putus dengan Zahwan terus terima Alang dan sekarang melayan Zahwan. Sedangkan dah ada Alang.. Tapi okeylah tu, kata orang mengisi mada lapang. Sorang pergi kang dah ada yang sorang.. Hihi..!!" Puashati Asnida. Dia tahu, Faliq memang tak tenang. Dalam hati Asnida melonjak kegembiraan . Hampir berjaya plannya.

Fikiran Faliq ligat memikirkan pasal Aliaa. Dia kena jumpa Aliaa, dia kena tanya, dia kena minta penjelasan. Perasaan cemburunya makin membuak-buak. Perbualan whatsapp antara Zahwan dan Aliaa membuatkan dia lebih membakar. Tak sangka, sanggup Aliaa menipu dia selama ini. Memang Aliaa tak layan, tak jumpa Zahwan tapi Aliaa melayan Zahwan melalui whatsapp. Apa semua ini?  Aliaa.. sanggup kau Aliaa...!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku