Kerana Janji
Bab 140
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
118

Bacaan






Tepat jam 5.00pagi, aku terjaga dari tidur. Alhamdulilah segar badan aku pagi ini. Malam tadi, selepas Faliq balik, aku terus masuk bilik dan tidur, memandangkan malam tadi perut aku masih sakit. Aku tidur dalam kesakitan dan airmata kerana Faliq. Entahlah.. Aku bangun dan duduk dikatil. Handphone ku ambil. Ada whatsapp dari Faliq. Hati aku terus jadi berdebar-debar. Rasa tak sedap hati. Ish!! Tak tahulah kenapa ni. Aku tarik nafas. Biasa kalau dapat whatsapp dari Faliq, aku akan rasa happy tapi ini aku rasa lain pula. Semakin laju jantung aku. Aku buka whatsapp. Aku baca perlahan-lahan.

" Maafkan saya..!!
Tak perlu cari saya lagi.
Kita putus...!!"

 Allahuakhbar Faliq..!! Serta-merta airmataku jatuh lagi. Hatiku kecewa, hampa, sedih semua ada. Bercampur semua. Aku terdiam. Jantungku bagai terhenti. Lemah seluruh badan. Kenapa dengan mudahnya Faliq?  Apa salah aku? Sampai hatimu..!! Airmataku semakin deras. Aku tak dapat kawal perasaan kecewa. Aku dikecewakan lagi. Dikecewakan dengan insan yang betul-betul aku sayang. Yang dah buat hidup aku happy dan bahagia tapi semuanya hancur sekelip mata. Kenapa dia jadi serapuh ini sedangkan sewaktu Abang cuba pisahkan kami, dia tak putus asa pun. Macam-macam dia lakukan untuk pertahankan hubungan kami tapi kenapa ini?  Ya Allah..!! Lelaki semua sama, suka permainkan hati dan perasaan wanita. Semua sama!! Kau dan Zahwan sama. Sama Faliq, sama!! Aku rasa sangat down.

"Abang..!! Kenapa Faliq buat adik macam ni?  Kenapa dengan mudah dia tinggalkan adik? Apa salah adik? Kenapa Faliq kejam? Kenapa abang?!" Aku meluah sendiri. Menangis dan menangis. Aku ingat aku takkan menangis lagi selepas aku menangis kerana Zahwan. Aku ingat aku takkan kecewa lagi. Tapi aku salah, dan kini aku menangis lagi, aku kecewa lagi kerana Faliq pula. Insan yang aku sayang, yang aku cintai. Yang aku harapkan untuk terus memberi kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup aku. Aku silap.. Aku salah..!! Aku kecewaaa..!!

Azan berkumandang. Aku mengesat airmata sendiri. Untuk apa aku menangis kerana lelaki. Apa yang aku dapat jika aku terus menangis macam ni. Untuk apa? Aku kena cari kekuatan sendiri. Aku tak boleh lemah. Aku dah ada pengalaman sebelum ni. Pengalaman dikecewakan. Tapi aku boleh bangkit semula. Takkan kali ini aku tak boleh. Aku boleh!! Aku boleh!! Hmm... Entahlah..

Aku melangkah ke bilik air, mandi dan kemudian solat. Aku nak mengadu pada Allah rasa isi hatiku. Aku nak meluahkan padaNya rasa kecewa hati. Aku nak menangis hanya padaNya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku. Hanya padaNya saja yang berhak aku luahkan. Hanya Dia saja yang boleh beri kekuatan padaku. Semuanya hanya pada Allah.

Aku menangis semahu-mahunya ditikar sejadah. Biarlah airmata ni kering disubuh hari.  Dan, aku harap tiada lagi airmata selepas ini. Aku redha atas ketentuannya. Walaupun nak redha itu bukan sesuatu yang mudah. Ya Allah..!! Berikan aku kekuatan. Aku serah segalanya padaMu. Hatiku, diriku, hidupku hanya keranaMu, hanya untukMu.. !!

Aku meletakkan kepala disisi katil. Tersedu-sedu aku menangis, dah macam budak kecil menangis tak dapat gula-gula. Kemudian, aku membuka kain telekung dan lipat kemas. Sejadah ku lipat dan letak diatas katil. Aku bangun dan duduk didepan cermin meja solehku. Aku pandang wajahku sendiri dicermin. Mata mulai bengkak. Aku renung mataku sendiri, airmata jatuh lagi. Dan, tiba-tiba aku senyum dan gelak kecil. Seperti cermin itu mengejek aku. Hahaha...!! Tawa dalam tangisan. Aku tak tahu kenapa aku senyum dan gelak.

" Lelaki semua sama, kan?! Dulu Zahwan, sekarang Faliq. Aku ni memang untuk disayangi, dicintai sementara je kut. Kemudian, ditinggalkan. Tapi dua-dua ni sahabat abang kut. Diaorang tak rasa bersalah dekat abang ke buat aku macam ni? Tak apalah Aliaa. Ini nasib kau, Allah dah tentukan segalanya. Sabarlah.. Tabahlah.. Redhalah.. Selepas ini, tiada lagi nama lelaki dalam hidup aku. Biarlah aku membujang sampai mati. Tak kahwin pun tak apalah. Atau, ikut jelah cakap abang. Balik kampung, tanam pisang, tunggu jelah orang meminang. Siapa pun yang datang meminang, terima jelah. Malas dah nak fikir. Aliaa..!! Senyumlah Aliaa. Tak perlu ditangisi lagi. Kau kuat. Tak apa. Sabar okey..!!" 


Aku berdiri dihadapan cermin. Aku menarik nafas dalam sedalam-dalamnya. Ku pejamkan mata dan hembuskan perlahan-lahan. Ku buka mata, ku pandang wajahku sendiri. Senyum. Okey Aliaa.!!. Peace..!!

Aku ke dapur, panaskan air dan bancuh nescafe. Nak makan tapi tak ada apa-apa dah.  Banyak dah habis, nanti balik kerja nak singgah supermarket. Aku duduk menghadap nescafe. Menyirup perlahan-lahan. Tiba-tiba, jadi sayu. Mata berkaca lagi. Sampai hati kau Faliq. Menitis lagi.

" Sudahlah Aliaa.. Janganlah nangis lagi. Rugi airmata kau ni tahu tak. Dahlah ye.. Senyum Aliaa.. Jangan jadi budak kecil.." Hahaha.. Aku kesat airmata, gelak sendiri menutup kesedihan. Kemudian, sambung minum lagi. Aku minum sekali teguk je, okey licin. Aku basuh mug  dan kembali ke bilik. Handphone ku ambil, nak buat apa tengok handphone. Bukan ada siapa nak whatsapp ke nak call ke. Tak payah ada handphone lagi baik. Aku letakkan semula. Baru nak bangun, handphone berbunyi. Aku ambil semula handphone. Encik Boss?? Tak pernah dia call aku. Ada hal penting ke?!

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.. Dah bangun belum?" Tanyanya.

"Sebelum subuh lagi saya dah bangun. Yang Encik Boss call saya pagi-pagi buta ni kenapa?"

" Joging jom!!"

" Ha?? Joging? Encik Boss ni dah kenapa?" Terkejut aku. Tiba-tiba pula dia ajak aku joging.

" Kenapa apanya? "

" Iyalah.. Ni dah dekat jam 7.00pagi, nak joging pula. Jam 8.30pagi kang nak masuk office. Mana sempat. Ingat saya robot ke nak buat semua kerja dalam satu masa.." jawabku panjang lebar.

"Sekarang ni awak boss ke saya boss?!" Tanyanya.

"Encik Boss lah boss. Kalau saya boss, tak payah susah payah saya nak ke office, nak kerja bagai.." sambung aku lagi. Sengaja membebel.

"Dah habis dah membebel?!"

"Okey dah!!"

"Sekarang ni saya Boss kan. So, apa yang saya arahkan ikut jelah. Nanti masuklah office lewat, saya ni taklah kejam pun nak buat awak macam robot.." katanya. Aku gelak kecil.

" Tapi kenapa ajak saya? Pergilah sendiri. Nak joging pun ajak orang, entah apa-apa entah.."

" Saja je. Tak ada kawanlah.."

" Kalau tak ada kawan, tak payahlah pergi.."

" Eeee.. awak ni kan. Membebel je. So, sekarang ni nak joging ke taknak. Saya nak tahu itu je.."

" Hmm.. joging kat mana?!"

"Tasik Shah Alam..!!"

"Shah Alam?! Aduhai.. Encik Boss tahu tak, saya kalau masuk Shah Alam tak reti nak keluar. Sesat. Dahlah jalan jem..!!" Aku mengeluh. Bab Shah Alam aku memang lemah.

" Masuk Shah Alam pun sesat. Pelik juga awak ni.."

" Ha lah.. Saya bukan selalu masuk Shah Alam. 5 tahun sekali je tau tak. Mana tak sesat.. " terang aku.

"Kasihan betul lah awak ni. Tak apa nanti saya tunjuk jalan keluar.." Sebenarnya aku mengelak dari pergi. Tapi hmm..

"Jadi, saya kena pergi sana jugalah ni?!"

" Iya.. 20minit lagi kita jumpa disana. Jangan lambat..!"

" Dahlah paksa orang pergi lepas tu nak cepat pula. Ingat rumah saya ni sebelah tasik ke?! Nak menghadap jem lagi.. okeylah! Jumpa sana. Bye!!" Bertuah betul Encik Boss ni. Dia bolehlah rumah dekat Shah Alam juga, aku ni nak menghadap jem lagi. Tapi tak apalah. Dari aku duduk rumah, nanti ingat Faliq. Menangis. Lebih baik aku pergi. Ada juga kawan gaduh aku.
 Aku bergegas ke bilik dan bersiap nak joging. Lama dah tak joging pun. Tak lama aku terus keluar. Hari ni mood nak bawa kereta abang. Tukar angin. Aku terus memandu laju.

Sepanjang perjalanan aku masih fikir pasal Faliq. Hairan. Kenapa tiba-tiba dia buat keputusan macam tu. Apa yang berlaku sebenarnya. Dia cakap sayang aku, tak boleh hidup tanpa aku tapi sekarang, dia dah tak kisah pasal aku. Asnida..!! Aku tahu ni semua kerja kau. Aku ingat setiap kata-kata kau tempoh hari. Kau dah berjaya Asnida. Kau dah berjaya buat Faliq tinggalkan aku. Kau dah berjaya buat Faliq benci aku. Nama je kau kakak kandung Faliq tapi sikap tak ubah macam binatang. Pemusnah kebahagiaan adik kandung sendiri.

Pandai kau berlakon. Memang hebat. Tak apa, teruskanlah lakonanmu. Kau memang pelakon terbaik.


Pelakon terbaik di dunia ni. Bagus!! Teruskanlah. Sepandai-pandai tupai melompat Asnida, satu hari nanti akan jatuh juga. Baru kau tahu. Tak apa..!! Aku dan Faliq andai dah tertulis tiada jodoh. Pertahankanlah macam mana sekali pun. Akan berpisah jua.  Aku redha...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku