Kerana Janji
Bab 141
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
77

Bacaan






Kaki aku dah semakin bengkak pula ni. Tapi selamat kaki kiri, bolehlah lagi aku memandu. Semalam punya kes lah ni, joging tak ingat dunia sampai terseliuh kaki aku. Nak pergi berurut tapi tak tahu dekat mana. Aku cuma urut sikit-sikit je. Urut sendiri jelah. Disebabkan kaki yang dah tercedera ni, memang semua kerja aku jadi lambat. Dari sepantas arnab terus jadi selembab kura-kura. Nasiblah..  Aku masuk ke dalam office dengan kaki yang terengkot-rengkot. Selamatlah sandal aku ni ringan. Kalau berat kut aku rasa mau tercabut kaki aku ni. Jawabnya tak ada dah nak pakai tumit-tumit tinggi bagai.

" Oiii beb..!! Kau dah kenapa ni? Ya Ampunn!!" Jerit Naim bila tengok aku macam ni. Nak tergelak pun ada. Dah pula Kak Intan dan Mira terus meluru ke arahku. Pelbagai soalan dan persoalan dari mereka. Bertubi-tubi soalan mereka. Aku gelak je.

"Gelak pula kau ni Aliaa. Kami serius ni nak tahu? Apasal kaki kau ni.. Masya Allah, bengkak dah ni. Terseliuh ni kut. Kau tak pergi berurut ke.." Kak Intan bersuara. Aku gelak lagi.

" Iyalah Cik Aliaa. Nanti kaki tu jadi lebih teruk tau kalau dibiar.." sampuk Mira pula.

"Beb.. Kau jatuh ke?" Tanya Naim lagi.

"Relax.. Relax..!! Semalam kan saya pergi joging   lepas tu entah macam mana entahlah boleh pula terseliuh.." terang aku.

" Joging sampai terseliuh?! Hahahaa.. Hebat kau ni. Lawaklah.." Naim gelak sekuatnya.

"Mana tak hebat, joging dengan Encik Boss. Maunya tak terseliuh kaki.." sambung Kak Intan pula. Aku berkerut. Bertuah betul kawan-kawan aku ni.

"Korang ni kan.. Tadi punyalah simpati dekat saya, sekarang gelak pula. Perli lagi tu. Hampeh betul!" Aku senyum sinis. Aku pun gelak kecil.

Kami gelak sama. Segala rasa sakit pun hilang sekejab. Kawan-kawan akulah penghibur hati aku. Merekalah buat aku ceria. Tiada siapa lagi dah. Faliq dah tak ada. Kalau tak, dialah yang sentiasa ada bersama aku. Yang sentiasa buat aku senyum, ketawa, bahagia. Dialah penghibur hati aku dan hidup aku. Tapi semuanya dah berakhir. Tiada lagi usikkan dan gurauan darinya. Tiada lagi gelak tawa darinya. Tiada lagi teman mesra dan teman sehati sejiwa. Semuanya hilang sekelip mata. Aku..!! Kembalilah aku hidup sendiri. Hidup single tiada berteman. Hmm.. rasa rindu pada Faliq.

Didalam bilik, aku masih duduk menyandarkan badan dikerusi. Aku terpandang potret pemberian Faliq. Tiba-tiba jadi sedih sangat. Aku ambil dan menatap potretku sendiri. Airmata menitis tanpa ku sedar. Faliq..!! Mudahnya kau lepaskan. Betapa mudahnya kau sakiti hati perasaan ini. Sampai hatimu Faliq. Sampai hati kau dera hati aku begini. Ya Allah!! Berikan aku kekuatan..!!

Tok..tokkk!! Pintu bilik diketuk. Cepat-cepat aku kesat airmata. Lalu, muncullah Naim di muka pintu dengan membawa bunga. Diberikan pada aku.

" Hmm.. Tak habis-habis. Beb.. lepas ni kau tolong cakap dekat budak penghantar bunga ni. Tak payah hantar lagi dekat aku, suruh je dia bawa balik atau suruh dia bagi mak dia je. Okey!!" Kataku tegas.

" Pula. Kau kan suka mawar ni. Tiba-tiba pula taknak"

"Memang aku suka bunga mawar tapi aku tak suka penghantarnya.."jawabku menjeling.

" Siapa?!"

" Ada kad tu kan. Kau bacalah.."Naim terus keluarkan kad comel yang terselit pada bunga. Dan baca.

"Semoga hari-harimu akan sentiasa ceria dan bahagia. Zahwan...!! Patutlah.." Naim pandang aku dan mengangkat bahu.

" Sekarang kau tahu kan. So, aku taknak terima apa-apa pun dari dia atau siapa-siapa. Aku taknak ada bunga atas meja aku. Kau tolong info Nina, Mira dan semua.. !!" Aku serius.

" Baiklah.. Tapi kalau dari Faliq, macam mana. Mana diaorang tahu pun siapa yang hantar.."

" Faliq dah takkan bagi lagi dah.. Dah stop!!" Jawabku selamba.

" Tak bagi??  Dah stop?? Stop apa ni.." Tanya Naim lagi.

"Tak adalah. Eh! Encik Boss dah sampai tak?!" Aku menukar tajuk perbualan. Banyak pula pertanyaannya nanti. Malas aku nak cerita.

" Dah.. Baru sampai..!!"

"Okeylah!! Aku nak bagi ni dekat dia. Nanti lambat bagi kang pot.. pet.. pot.. pet..!!" Aku terus bangun dan membawa fail. Keluar bersama-sama Naim. Perlahan-lahan aku jalan menuju ke bilik Encik Boss.

Bila rasa sakit, aku berhenti kejab. Dan, sambung jalan lagi. Masalah betul lah kaki ni, terjejas pergerakan aku. Macam manalah kan, orang yang tak ada kaki. Macam mana mereka boleh lalui hari-hari mereka. Sedangkan aku tak sampai dua hari terseliuh ni pun rasa tekanan. Tak dapat gerak sangat. Kuat betul semangat mereka, kagum aku dengan mereka.

Aku mengetuk pintu bilik Encik Boss, dan terus masuk apabila dengar suaranya suruh masuk.

" Morning Encik Boss!!" Aku senyum.

" Morning..!! Eh.. Dah baik ke kaki?!"

" Mana datang baik" Aku duduk di kerusi. Berikan fail padanya. Encik Boss bangun dan menghampiri aku.

"Ya Allah.!! Sampai bengkak macam ni. Tak pergi urut ke? " Terkejut dia tengok kaki aku bengkak macam ni. Sampai padat sandal ni. Aku pula jadi segan.

" Tak pun. Saya tak tahulah nak berurut dekat mana. Bukan saya ada saudara dekat sini pun.." jawabku.

" Habis, takkan nak biarkan je macam ni. Nanti lama-lama kaki tu tak berfungsi dan kena potong. Padan muka!!" Dia menakutkan aku pula dah.

" Ha..?! Takkan lah kaki terseliuh sampai nak kena potong.. Menipu je..!!" Aku menjeling pada Encik Boss.

"Tipu apa pula. Betullah.. Dah urat tu terbelit-belit tak dibetulkan. Diguna je kaki tu, lama-lama terputus urat. Macam mana nak sambung lagi, nak baiki tak boleh. Bila dah tak berfungsi, jawabnya potong jelah.." Serius mukanya. Aku mencebik.

"Tak pernah pula saya dengar kaki kena potong sebab terseliuh. Kalau kencing manis tu tahu lah. Ke Encik Boss nak takutkan saya ni ekk!!" Aku meneka.

"Macam mana awak nak tahu, kalau terperap je dekat rumah. Cuba pergi mana-mana kursus kesihatan ke, persatuan kesihatan ke. Baru tahu..!!"

" Malas..!! Eh.. Eh..!! Macam mana Encik Boss tahu saya terperap je dekat rumah. Encik Boss intip saya yeee..!!" Saja aku bergurau. Hehe..!!

"Eeee... Buat apalah saya nak intip awak. Lainlah kalau awak tu kekasih saya ke, wife saya ke. Terus saya pasang bodyguard.. Dah.. Dah.. Jangan nak merepek. Jom..!!" Jawabnya serius. Elehh.. nak gurau pun tak boleh.

" Nak pergi mana pula. Kaki saya sakit kut, saya duduk office jelah. Encik Boss pergilah dengan Naim ke Nina ke.. Boleh?!" Pintaku selamba.

"Kalau dah tahu sakit. Kenapa datang office. Saya dah bagi cuti kan.."

"Bosanlah duduk rumah.."

" Dah.. Tak payah nak bagi alasan. Cepat jom..!!"

"Tapi nak ke mana? Cakaplah.. Jom..Jom.. tapi tak cakap.. !! Ishh..." Aku merungut. Menjeling padanya lagi.

" Balik rumah saya. Urut kaki tulah.."

"Ha? Balik rumah Encik Boss? Siapa yang nak urut?"

"Sayalah. Ingat saya tak pandai urut ke..!!"

" Eeee.. Taknak.. Taknak..!! Gilalah Encik Boss ni. Dari urut dengan Encik Boss, saya lebih rela kaki kena potong.." Encik Boss gelak kecil.

" Saya tak gilalah, Aliaa.. Bibik dekat rumah tu pandai mengurut. Jomlah cepat..!!"

" Ooooooooo bibik rupanya. Cakaplah awal-awal. Eh! Tapi sakit tak dia urut. Kalau sakit saya taknaklah.."

" Awak nikan banyak bunyilah. Dah jom..!!" Encik Boss buka pintu, tunggu aku jalan.

"Cepat sikit jalan tu boleh tak?! Lembab macam kura-kura.!!" Geramnya aku. Suka-suka cakap aku lembab.

" Kaki sakit kut. Sabarlah.."Aku jeling tajam padanya lagi. Cari pasal je.

" Meh saya dukung, cepat sikit.."

" Sepak nak..!!" Aku jeling lagi. Dia senyum. Aduhai.. nak kena urut ni buat aku takut. Seumur hidup aku ni kali kedua nak kena urut sebab terseliuh. Dulu, sekali terseliuh dekat tangan. Sampai bengkak jugalah. Seksa betul kena urut. Ni pula dekat kaki. Tak tahulah ni. Tak pasal-pasal bibik tu kena terajang pula dengan aku nanti. Nasiblah ye bibik.

Sampai di lobi, Encik Boss ambil kereta. Aku masih jalan menuruni anak tangga. Sakitnya nak menuruni anak tangga ni satu persatu hanya tuhan je yang tahu. Berdenyut-denyut kaki. Bila dah melepasi anak tangga, fuh!! Teramat lega. Beberapa orang kenalan Faliq menegur aku, bertanya pasal kakilah apa lagi. Prihatin juga mereka pada aku. Terengkot punya terengkot. Aku terserempak pula dengan Faliq. Aku memberhentikan langkah, dia pun sama. Berpandangan sesama kami. Tapi tiada teguran. Aku senyum seperti biasa dan meneruskan langkah.

Buat tak tahu je. Seperti tidak kenal. Dia pun sama. Tapi dari wajahnya nampak sayu je. Mungkin dia nak tegur tapi kerana ego, dia biarkan je aku. Aku nak tegur tapi untuk apa kan. Tak apalah. Selepas dia whatsapp minta putus. Dia whatsapp lagi, whatsapp last darinya. Dia minta, kami tak mengenali antara satu sama lain lepas ni. Jadi, okey!! Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Hmm.. Sampai macam tu sekali dia benci aku. Aku cuba bertenang, taknak nangis. Taknak emosi. Tapi dalam hati aku. Meraung kesedihan. Iya..!! Luaran aku, aku tenang. Dalaman aku, hanya Allah yang mengetahui. Sabar Aliaa!!

Aku tewas lagi. Airmata menitis lagi. Aku dah cuba tahan, kawal dari menitis. Tapi gagal. Lembut sangat hati aku. Ya Allah!! Kuatkan lah semangat aku. Aku taknak diaorang nampak aku lemah, aku nak diaorang nampak aku sentiasa kuat. Biarlah aku lemah hanya di depanMu Ya Allah..!! Berikanlah aku kekuatan.!!

Aku mengesat airmata. Dah macam budak kecil dah. Sambil jalan sambil nangis sambil kesat airmata. Hahahaa..!! Aku gelak sendiri. Kereta Encik Boss dah sampai. Alamak!! Tak perasan pula. Agak-agak dia nampak tak aku nangis. Kalau nampak , habislah kantoi. Malunya aku..!! Relax.. buat tak tahu je. Aku terus je masuk dalam kereta. Dia memerhati je. Leganya dapat duduk. Makin berdenyut kaki ni.

" Awak nangis kenapa?!" Terkedu aku kejab. Alamak!! Dia nampaklah. Matiii..!!

" Mana ada..!" Aku menafikan.

"Saya nampaklah.. Macam budak kecil je. Terseliuh sikit je nangis.." Aku senyum. Nak gelak pun ada.

"Iyalah.. Sakit sangat kaki ni, berdenyut-denyut je..Mana tak nangis..!!" Fuh!! Selamatlah dia ingat sebab aku sakit kaki ni. Kalau tahu sebab terserempak dengan Faliq tadi. Mesti macam-macam dia tanya. Taknak siapa-siapa tahu. Biarlah ini jadi rahsia aku sendiri. Tapi mana boleh nak rahsia sangat pun. Lama-lama orang akan tahu juga, hubungan aku dan Faliq dah berakhir. Arhh!! Lantaklah orang. Orang bukan tahu apa cerita sebenar. Diaorang cuma tahu bercakap dan bercakap. Kalau layankan mulut orang, sampai mati pun tak habis. Lebih baik layan perasaan sendiri. Tapi layan perasaan sendiri dalam waktu begini pun tak boleh. Pasti akan teringat. Pasti airmata suci aku ni akan menitis. Lagi dan lagi. Kalau macam tu, layan bebelan Encik Boss jelah. Gaduh dengan dia. Boleh juga lupakan kedukaan dalam hati. Hmm.. Entahlah.

Walau apapun, bukan mudah aku nak lupakan Faliq tiba-tiba. Aku tak tahulah berapa lama aku nak lupakan semua kenangan kami ni. Makan bulan, makan tahun. Berapa tahun, entahlah. Mahunya bertahun-tahun atau sampai ajalku. Bukan mudah..!! 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku