Kerana Janji
Bab 142
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
95

Bacaan






Masuk je dalam perkarangan rumah Encik Boss. Fuhh!!! Terpegun aku.  Gila besar rumah dia. Banglo, takut aku tengok. Oh!! Iyalah kan.. Anak Dato' kan, mana ada rumah kecil-kecil. Lupa pula. Kereta jangan cakaplah, banyak, mewah. Jujur cakap, nak masuk rumahnya ni macam menggigil pula kaki. Aku masih lagi duduk dalam kereta. Pandang sekeliling rumah besar tu. Cantik, besar, luas. Sampai tak keluar suara. Hahaha.!!  Tiba-tiba, pintu dibuka. Terhenti lamunan aku.

" Nak saya dukung ke?!"

" Ishh!! Tak payah nak mengada. Saya masih boleh jalanlah.." Aku terus keluar dari kereta. Perlahan-lahan.

" Besarnya rumah Encik Boss ni. Takut saya nak masuk. Ni nak kena bagi kad pengenalan ke bagi lesen ke. Apa ke..!" Saja aku bergurau.

" Tak payah. Awak bagi je hati awak dekat saya.." Selamba je dia cakap.

" Ish..!! Merepek je.."Hampeh tak hampeh lah. Aku balik yang terkena.

" Wow!! Cantiknya.. !! Mesti bestkan duduk rumah besar macam ni.." Aku dah macam orang batak dah ni. Memang sangat teruja. Dasyat cantik.

"Awak nak tahu best atau tak duduk rumah ni?!" Dia tanya aku lagi.

" Macam mana?!"

"Kalau nak tahu, kahwinlah dengan saya. Baru tahu best atau tak. Nak?!"

" Ishh!! Tak apalah. Taknak tahu..!!" Aku menjeling padanya. Encik Boss gelak. Dia jemput aku duduk di sofa yang mewah ni. Sementara dia panggil bibik di dapur. Mata aku meliar di setiap sudut rumah. Dah macam masuk istana je. Tergantung indah gambar family Dato'. Aku senyum. Bahagia family ni. Segak gambar Dato' dan isterinya. Encik Boss, Erisya dan dua orang lagi seorang lelaki dan seorang perempuan tu aku tak kenal. Adik Encik Boss lah kut. Seronok mereka dengan family. Mesti meriah rumah ni. Makan malam sama-sama, gurau senda, duduk menonton tv dengan family. Aku juga sorang-sorang. Kadang-kadang jelous dengan mereka. Iyalah.. mereka ada mak ayah tapi aku, ibu ayah dah tak ada. Mereka ada adik beradik yang ramai. Aku dengan abang je. Tapi abang pun tak ada dekat aku. Busy dengan kerja. Aku jelah sorang-sorang. Tak apalah. Dah ini ketentuan Allah. Tapi aku sangat bersyukur, dibagi kehidupan macam ni. Berdikari sendiri, kuat sendiri. Boleh hidup sendiri. Tak bergantung hidup dengan orang. Dan, tak semua orang boleh hidup macam aku ni. Inilah kelebihan aku yang tak ada pada orang lain yang Allah beri padaku.

" Assalammualaikum.. Saya bibiknya Pak Jack, bilangnya mau mengurut. Apa yang mahu diurut.." Muncul wanita pertengahan umur memberi salam. Terkejut jugalah aku.

" Waalaikumsalam.. Iye.. iye.. Kaki ni.. " aku menunjukkan kakiku yang bengkak ni.

" Waduhh!! Kok sampai bengkak begini. Gawat.. gawat..!!" Aku jadi cuak. Berkerut aku pelik. Apa pula yang gawat ni. Aku sengeh!!  Aku duduk dilantai. Melunjurkan kaki. Takutnya. Gerunnya. Bibik membuka penutup minyak panas kut.

" Nak urut je kut bukannya nak potong kaki tu. Tak payah nak takut sangat muka tu.." Encik Boss perli. Lalu duduk disofa. Dia perasan muka aku ketakutan. Memang takutttt!! Macam nak lari je rasa.

" Aduhhh!!! Nanti-nanti..!! " Aku menjerit kecil. Berdebar-debar hati ni.

" Loh!! Belum dipegang kok sudah aduh!! Iya macam mana ini.." Bibik garu kepala. Pekat betul bahasa Indonesia dia. Aku tengok tangan bibik ni pun aku dah gerun. Urat belikat semua timbul.

" Sakit tak? Bibik jangan urut kuat-kuat. Nanti saya terajang kang.." Aku selamba je cakap. Encik Boss boleh gelak pula. Ingat aku main-main ke!

" Kalau ngak sakit bila mau sembuh.." Terus je kaki aku ditarik. Bertuah betul bibik ni. Kasar tu. Sakit gila-gila, sampai meleleh airmata.

" Ya Ampun bibik.. Kenapa sakit yang amat!!" Terkeluar ayat tu spontan dari mulut aku. Encik Boss gelak tak sudah. Aku dah tak peduli malu dah. Tak ada nak cover cun bagai. Bibik ni pun satu, aku cakap jangan urut kuat-kuat. Dia hentam je. Memang kecoh kami berdua. Adalah 15minit kaki aku diuli. Siap je urut. Cepat-cepat aku alihkan kaki. Aku menjeling pada bibik. Bibik bangun dan terus ke dapur. Aku bangkit dan duduk disofa.

"Best..?!" Encik Boss perli. Lepas tu gelak. Angin je tengok dia ni.

"Banyaklah best. Macam nak tercabut kaki ni"


Aku merungut. Encik Boss geleng kepala. Entah apalah dia fikir pasal aku. Mesti dia kutuk aku kut. Tak lama, bibik datang lagi dengan bawa dua gelas air oren. Satu gelas diberi pada Encik Boss dan satu lagi diberi pada aku. Aku terus teguk air oren tu sampai setengah. Dahaga sangat. Lega dapat minum!!

"Bibik.. ni nak kena urut lagi tak?!" Tanya Encik Boss pada bibik.

"Iya.. Seeloknya lagi diurut. Sekali atau dua kali lagi. Urat itu sudah berpusing-pusing. Iya jadinya mau dibetulkan.." terang bibik.

"Sekali dua lagi?? Hohoho.. Tak apa bibik. Dah sembuh dah ni. Dah boleh jalan dah. Berlari pun dah boleh dah ni. Terima kasih ya bibik.." kataku. Tak sanggup aku nak kena urut lagi. Cukuplah sekali. Taknakkkk!!!

" Iya udah..!" Bibik terus bangun nak kembali ke dapur.

" Mana boleh sekali je urut. Paling-paling dua kali tau tak. Urut pun takut.."

" Encik Boss cakap senanglah. Saya yang tanggung sakit ni kut. Taknak urut lagi dah.." Aku berkerut dan menjeling padanya.

" Hmm... Degil..!!" Aku melirik padanya.

" Biarlah.. Saya yang degil bukan Encik Boss.."

"Menjawab.. Menjawab... Cili mulut tu nak?"

"Taknak..!!" Aku saja je buat dia bengang. Hehe..!!

" Tau pun taknak. Dah.. Cepat habiskan air tu. Lepas ni saya hantar awak balik rumah. Rehat je dekat rumah.." katanya lagi.

" Ish!! Taknaklah.. Saya nak masuk office.."

" Hari ni awak tak payah kerja. Rehat je dekat rumah.."

" Saya taknak baliklah Encik Boss..!!" Bengang pula aku. Aku taknak balik dipaksa balik pula.
 Bertekak jugalah kami. Akhirnya, dia akur. Aku taknak balik. Lagipun balik kerja nanti aku nak singgah supermarket nak beli barang dapur. Dah banyak habis dah.

Tapi sebenarnya.. Aku taknak sorang-sorang. Nanti aku teringat Faliq. Aku nak sibukkan diri. Biar hilang dari ingat dia. Tapi macam mana. Aku tak tahu macam mana nak buang bayangan wajah Faliq dari mata aku ni. Setiap saat setiap waktu, wajah dia hadir didepan mata. Seksa rasanya.

Encik Boss turunkan aku dilobi. Kemudian dia terus memandu, ada dapat panggilan telefon tadi. Emergency katanya. Sebelum aku turun kereta, sempat dia pesan. Kalau nak balik, balik je. Hmm.. Iyalah Encik Boss. Baik sebenarnya Encik Boss ni. Ambil berat pasal aku. Aku je ingat dia berlagak. Tapi memang betul lah dia berlagak masa mula-mula masuk office. Dahlah berlagak, poyo, garang tak tentu pasal. Tapi sebenarnya dia macam abang juga. Tegas sebenarnya. Anak sulung. Macam tulah. Aku senyum. Aku jalan dah okey sikit. Tak macam tadi, kira berkesan jugalah urutan bibik tadi. Hehe.. Berkesan ke tak ke, cukup sekali je. Taknak ulang dah.

Aku tekan butang lift. Sementara tunggu lift terbuka, aku layan perasaanlah. Apalagi, nyanyilah. Tak ada orang pun. Tak lama, Tingg!! Pintu lift terbuka. Baru nak melangkah masuk. Boleh pula dia dari dalam lift ni. Sakit hati betul lah. Aku terus je masuk. Dia ikut aku pula.

" Aliaa.. Saya nak jelaskan something dekat awak.." Zahwan ni memang tak reti bahasalah. Aku terus jadi marah.

"Nak jelaskan apa lagi Wan. Sudahlah.. Sudah..!! Saya taknak dengar dan taknak ambil tahu apa-apa lagi. Tolonglah pergi dari hidup saya.." kataku marah. Dia buat muka kasihan. Lantak kaulah. Buatlah muka apa sekalipun. Sikit pun aku tak pandang.

"Okey!! Saya tahu.. Tapi kali ini awak kena dengar dan kena tahu. Lepas ni saya janji saya takkan ganggu awak lagi.."

"Ha?? Janji?? Hey..!! Cukuplah janji-janji awak semua ni. Bertahun awak janji awak mugkiri, kerana janji awaklah saya jadi anak dara tua tau tak. Ni nak janji lagi. Tak kuasalah saya nak layan.. Kalau awak nak janji, awak pergilah cari perempuan lain. Okey?!!" Pintu lift terbuka, aku terus keluar. Dia tetap ikut aku dan boleh pula halang aku dari masuk office. Geramnya. Sakitnya hati.

" Aliaa..!! Sekejab.. Awak kena tahu semua ni. Saya tak ada niat pun nak hancurkan hubungan awak dengan Faliq.." Aku tercengang. Aku mendongak pandang mukanya. Tepat. Terasa diri begitu pendek berdiri depan dia. Sempat pula aku ni. Hehe..!!


" Jadi awak dah tahu semua kan. Baguslah Wan. Dan sekarang, saya nak awak tahu. Sebab awak saya jadi macam ni. Sebab awak Faliq dah tak percaya saya lagi. Sebab awak Faliq benci saya. Sebab awak Wan, Faliq tinggalkan saya. Semua sebab awak, Zahwan. Sebab awak..!! Puashati awak sekarang? Ha?! Puas kan.." Aku luahkan semua. Airmata aku gugur lagi didepan Zahwan.

" Aliaa.. Ya Allah..!! Bukan macam tu Aliaa.. Saya tahu saya salah tapi saya..."

" Sudahlah Wan. Cukup segalanya. Awak pernah buat saya kecewa, Wan. Dan, kali ni Faliq pula. Awak tahu tak.. Faliq hadir dalam hidup saya buka pintu hati saya yang saya tutup kerana awak. Saya bahagia dengan dia. Dia bagi segala kasih sayang cintanya pada saya. Saya pun sama. Dia buat saya happy tau. Bukan senang saya nak terima dia. Tapi bahagia tak lama. Bila awak muncul lagi. Awak merosakkan hubungan kami. Tak apalah. Dah tak ada jodoh kan. Saya redha.." airmata ku terus mengalir.

"Allahuakhbar..!! Saya minta maaf Aliaa. Saya buat semua ni ada..!!!"

"Dahlah. Saya taknak dengar apa-apa lagi. Hubungan saya dan Faliq pun dah berakhir. Dah tak ada apa lagi dah. Biar saya hidup sendiri sampai mati. Lelaki semua sama. Tak guna..!!"
Aku potong setiap apa yang dia nak cakap. Aku taknak dengar pun. Sikit pun taknak!!

"  Korang bagi harapan kemudian korang tinggalkan . Gila, semua gila!! Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap menyakiti hati awak. Saya mohon, saya merayu. Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi. Saya taknak kenal awak atau Faliq pun. Korang dua sahabat sama, sanggup permainkan hati saya.. Assalammualaikum..!!"

Aku tekan butang lift, terbuka je pintu aku terus masuk laju-laju.

" Jangan ikut saya..!!" Zahwan nak masuk dalam lift tapi aku tak bagi. Cepat-cepat aku tekan butang close. Padan muka!! Geram...!!
Aku tak pandang kanan kiri pun, aku terus meluru terus ke kereta. Hilang segala mood aku nak masuk office. Elok-elok tadi aku happy, sekarang aku nangis pula. Ini semua angkara Zahwan. Tak habis-habis buat aku nangis. Sama je dengan Faliq. Selamat aku tak ada kuasa dekat Malaysia ni,  kalau aku ada kuasa jadi Perdana Menteri ke lama dah aku campak kau keluar negara. Jangan kau duduk di Malaysia ni.

Aku masuk dalam kereta. Terus aku lock dan..
Argghhhhh!!! Aku jerit sekuat-kuat hati. Melepaskan segala kesakitan hati. Aku nangis semahu-mahunya. Korang memang lelaki kejam. Kejam.. kejam.. kejam..!!! Ops!! Aku pandang kanan kiri kut-kut ada orang ke. Okey tak ada. Aku sambung lagi nangis. Huwaaaa!!!! Aku benci kau Zahwan..!! Aku benci kau Faliq..!! Abang..!! Kenapa sahabat-sahabat abang buat adik macam ni?! Kenapa abang..?!! Kenapa?!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku