Kerana Janji
Bab 144
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
88

Bacaan






Selepas lunch tadi, terus Asnida mengajak Elly pergi ke suatu tempat. Ada hal yang sangat penting katanya. Sudah sampai masanya. Elly hanya mengikut. Sepanjang perjalanan dia hanya layan handphone saja. Dan kemudian, senyum sorang-sorang. Happy hatinya. Malam tadi, Elly mengikut kedua orang tuanya dinner bersama Dato' Hamid, isteri dan juga  Encik Zack. Sungguh tak sangka, Encik Zack ikut sekali. Walaupun pertunangan antara Elly dan Encik Zack terputus tapi persahabatan antara papanya dan Dato' Hamid tetap kukuh. Tidak bermusuhan. Bermula malam itu juga, Elly dan Encik Zack bertukar-tukar nombor telefon. Boleh tahan juga Encik Zack melayan whatsapp bersama Elly.

"You ni... Dari tadi i tengok, senyum sorang-sorang. You chat dengan siapa?!" Tanya Asnida ingin tahu.

"Adalah.." ringkas jawapan Elly. Dia tak mahu info Asnida yang dia sedang berwhatsapp bersama Encik Zack. Dia taknak Asnida negatifkan fikirannya.

"Dengan adik i ke?!" Tak puas hati dengan jawapan Elly . Asnida meneka pula.

" Ishh!! Taklah. You..!! I tak sampai hati tengok keadaan Faliq macam tu. Dah macam orang meroyan you tau tak? Kasihan dia...!! " Kata Elly jujur.

" Orang tengah putus cinta. Memanglah macam tu. You tu pun, kenalah main peranan. Pujuk dia, ambil hati dia. Nanti lama-lama dia akan terpikat juga dekat you. Senanglah you nak kahwin.." Asnida senyum.

" Ash..!! I dah fikir masak-masak. I taknak. Faliq jadi macam tu sebab dia masih sayang Aliaa. Cinta mereka kuat you tau tak. You tak rasa bersalah ke pisahkan mereka. Tak kasihan ke tengok keadaan adik you macam tu..!!" Kata Elly. Ada kesedaran sudah dia.

"Sikit pun i tak hairanlah. I buat ni semua untuk you tau. You yang suka Faliq, nak kahwin dengan Faliq kan. Sekarang you taknak pula.." Asnida menjeling tajam pada Elly.

"Iya Ash..!! Bila i tahu, cinta Faliq tu hanya untuk Aliaa. Bukan untuk i.."

"Nanti dah kahwin cinta dia dekat you lah pula.." jawab Asnida.

" Sorry Ash..!! I tak boleh. I tak sanggup. I dah pernah rasa macam mana sakitnya berpisah dengan Zack kerana you. Selama ni i ikut je cakap you, i tak fikir pun. Tapi baru sekarang i sedar. You nak i kahwin dengan Faliq sebab i ada kepentingan untuk you kan. I rasa bersalah sangat dengar cakap you semata-mata nak merosakkan hubungan Faliq dan Aliaa. Aliaa tu baik..!!" Pengakuan Elly, sikit pun tak terkesan dihati Asnida. Malah dia semakin bangga.

" Sukahati you lah, Elly..!! Jangan cakap i tak tolong. Lagipun apa yang i nak, semua i dah dapat. You nak cakap apapun, sukahatilah  Elly..!!" Senyum bangga.

" Sudahlah Ash..!! Bertaubatlah Ash..!! Buangkanlah segala kejahatan you ni.."

" You tak payahlah nak nasihatkan i. You tu pun sama juga.."

" Ash.. Ash..!! Hmm.. Terpulanglah Ash.. i dah bagitahu you apa yang patut. Dah lepas tanggungjawab i..  Susah cakap dengan you ni, you je betul..Hmm.."keluh Elly. Sambung main handphone. Malas dah mahu bergaduh dengan Asnida. Memang akan kalah punya. Elok dia berdiam, itu lebih baik.

Asnida memberhentikan kereta. Dengan wajah yang ceria.

" Eh!! You nak jumpa siapa pula ni?! Faliq kan tak kerja.." Tanya Elly. Rasa tak sedap hati. Apalagi lah yang Asnida nak buat sebenarnya ni. Risau pula dia.

" Adalah.. Jom!! I nak buat surprise ni.. !!" Asnida senyum. Lalu, terus berjalan. Diikuti Elly. Elly menggelengkan kepala. Terpaksalah ikut. Pintu lift terbuka terus mereka masuk. Asnida menekan butang 11, Elly berkerut. Mana dia nak pergi ni, tanya Elly didalam hati. Apabila sampai je tingkat 11, terus Asnida keluar. Elly dengan berat hati terpaksa ikut.

" Selamat pagi..!! Boleh saya bantu..?!" Tanya Nina pada Asnida.

" I nak jumpa Aliaa..!"

"Kenapa you nak jumpa Aliaa beb.. You jangan buat kecoh dekat sini Ash..!! Ini company Zack kut.." Elly ketakutan. Muka cuak.

" Hahaha.. !! You ni huru-hara sangat kenapa? Relax lah.." Asnida gelak melihat reaksi Elly. Tak lama, Nina keluar semula dan menyuruh Asnida masuk ke bilik Aliaa. Tanpa mengetuk pintu terus saja Asnida terjah masuk ke bilik Aliaa. Sungguh tak ada hormat. Aliaa sambut mereka dengan senyuman.


" You apa khabar, Aliaa? Lama tak jumpa you. Rasa rindu pula.." tanya Asnida. Perli.

" Alhamdulilah, sihat walafiat. Ceria dan bahagia seperti biasa.." jawab Aliaa ikhlas. Menyandarkan badan dikerusi. Senyum.

" Baguslah. I ingat you dah macam orang gila sebab putus cinta.." Selamba saja Asnida perli tapi sikit pun tak terkesan dihati Aliaa. Elly beliak mata dengar Asnida cakap.

" Saya okey je. Eh!! Tapi bukan adik awak ke yang macam orang gila disebabkan perangai syaitan kakak dia ni..." Aliaa membalas tajam. Elly sengeh.

" Sedapnya mulut tu kan. Dah lama hidup ke?!" Terbakar hati Asnida.

"Oh!! Saya salah ke?! Hmm.. Sebab kan,  tak ada adik beradik sanggup hancurkan kebahagiaan adik beradik lain kecuali syaitan dan iblis macam awak kan Asnida.. " Aliaa terus membalas dan membalas. Senyum sinis.

" Hmm.. I datang sini bukan nak dengar you membebel. I cuma nak bagitahu you. Yang i dah menang!! Dan you, kalah Aliaa. Kalah..!! Hahahaa..!! " Asnida gelak besar. Seronoknya dia.

" Ash!! Jangan buat kecoh boleh tak?!" Tegur Elly tapi tak diendahkan oleh Asnida.

" Faliq dah tinggalkan you. Tinggalkan you buat selama-lamanya. You tahu tak, Faliq dah benci  you. Dengar nama you pun dah menyampah. You curang dengan dia dan bercinta dengan Zahwan. Hahaahaa.. !!" Sambung Asnida.

" Saya tak curang dengan Faliq dan saya tak bercinta dengan Zahwan. Saya tahu ini semua rancangan awak.. Awak bersubahat dengan Zahwan untuk pisahkan kami. Awak memang kejam Asnida.."

"Iya.. Memang i pergunakan Zahwan. Supaya Faliq salahkan you all dan bukan i.. I yang rancang semua ni. Macam-macam i buat untuk pisahkan you dan Faliq selama ni tapi i gagal. Dan, sekarang.. hahaha.. i dah berjaya!! I dah berjaya Aliaa... " sambung gelak lagi. Dah macam orang gila. Elly jadi serba salah dengan perlakuan Asnida.

" Sampai hati awak buat saya macam ni. Dulu abang saya, sekarang saya. Awak aniaya adik awak sendiri demi kepentingan sendiri. Awak kaburi mata adik awak dengan perubahan penipuan awak. Kejam, kau memang manusia kejam..!!"

" Hahaha..!! Yang penting aku dah menang. Dan Faliq dah benci kau.. Lain kali jangan bermain dengan api kalau taknak terbakar.." Happy nya Asnida.

"Saya tak takut terbakar kerana awak. Sikit pun tak takut. Terima kasih Asnida. Dan, Tahniah!! Allah itu Maha Adil, Maha Besar. Setiap perbuatan akan dibalas. Saya tak ada hak untuk menghukum tapi saya serahkan semuanya pada Allah. Hanya Dia yang berhak menghukum awak. Tunggu jelah balasan dari Allah.." kata Aliaa.

" Wow!! Takutnya... Hahaahaaa..!!"  Asnida gelak kuat lagi. Elly terus whatsapp Encik Zack beritahu kekecohan dalam office nya. Elly pula yang risau, takut lebih teruk lagi pertengkaran ini.

" Sudahlah Ash!! Aliaa sorry..!!" Elly menenangkan hati Aliaa. Dia risau Aliaa kecil hati. Aliaa senyum pada Elly. Dia pula yang cuak.

" I harap you takkan muncul lagi dalam keluarga i buat selamanya..." sinis Asnida. Entah apa lagilah yang dia tak puas hati.

" Kenapa ni..?? Aliaa.. !!" Muncul Encik Zack masuk ke dalam bilik Aliaa. Terus menghampiri Aliaa.

" Awak dah dapat apa yang awak nak. Awak dah berjaya buat  Faliq benci saya. Merosakkan kebahagiaan saya. So, awak nak apa lagi. Apa lagi yang tak puashati?! Kalau awak nak bunuh saya, bunuh jelah Asnida. Bunuhlah. Itu yang awak nak selama ni.." tepat mata Aliaa pandang muka Asnida.

" Iya.. Kalau ikut i, memang i nak je bunuh you. Tapi lebih baik i seksa you dulu kan.. Hahahaa!!"

" Lebi baik awak berambus sekarang. Saya taknak tengok muka awak lagi sampai mati. Pergi berambus sekarang!!" Kata Aliaa. Marah!

" Ash!! Tolong jangan buat kacau dekat office i. Tolong keluar sekarang atau i panggil security..!! Lembut saja Encik Zack bersuara. Wajah tegas.

"Ada back up lah. Ni scandal you yang ke berapa ya Aliaa?! Hebat..!!"

" Jangan sampai tapak tangan i ni hinggap dekat muka you Ash!!" Encik Zack mula bersuara. Wajah tegas .

" Okey Aliaa..!! I pergi dulu. Apapun terima masih banyak-banyak bagi i menang. Selamat berbahagia.. Hahahahaa...!!" Asnida terus keluar dengan gelak tawanya. Seperti orang gila.

"Aliaa..!! I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. I banyak sangat dosa dengan you. I bodoh sangat selama ni ikut kata Ash.. I minta maaf Aliaa.. Lagi satu, Zahwan tak salah Aliaa. Dia sengaja subahat dengan Asnida sebab nak tahu plan Asnida untuk hancurkan you. Pada mulanya, Asnida memang nak bunuh you, dia suruh Zahwan yang uruskan tapi dia tukar plan. Dia tak bunuh you tapi dia pergunakan Zahwan biar nampak you curang dengan Zahwan. Dan dia selamat. Zahwan ada jumpa you nak terus-terang pada you tapi you taknak dengar. Ini semua plan Asnida. Aliaa..!! Faliq masih sayang you. Cinta dia kuat untuk you. Dia tertipu dengan perubahan Ash yang tak berubah pun. Ash tak pernah berubah. Dia berubah untuk pisahkan you dan Faliq. Itu je.. Percayalah cakap i. I faham perasaan you Aliaa. I pun pernah dia lakukan begitu. Sampai terpaksa putus tunang dengan Zack kerana fitnah dia. I menyesal Aliaa. I minta maaf.." Elly menceritakan segalanya. Airmatanya menitis. Dia betul-betul menyesal. Dia genggam tangan Aliaa sekuat-kuatnya.

"Tak apa.. Awak tak salah apa-apa dengan saya. Saya faham. Terima Kasih Elly. Walau apapun hati saya dah sangat kecewa. Bukan mudah nak terima Faliq semula.." balas Aliaa.
Senyum. Masih mampu senyum.

" Bagilah dia peluang, Aliaa. Saya tak sampai hati tengok keadaan dia macam tu.."

" Hati dan perasaan tak boleh dipaksa kan.."
Aliaa senyum. Tenang saja mukanya.

" Iya.. I faham. I minta maaf Aliaa. I minta diri dulu. Cuma i nak ingatkan. You kena sentiasa berhati-hati. Sebab Ash takkan diam lepas ni. Jaga diri baik-baik.. Bye!!" Pesanan terakhir dari Elly. Elly senyum pada Aliaa dan Encik Zack. Lalu dengan kelam-kabut terus berlari keluar. Dia kena cepat. Kalau tak nanti Asnida pasti akan marah dia. Elly sudah cerita semuanya pada Aliaa. Lega hatinya. Terpulang pada Aliaa untuk percaya atau pun tidak. Dia sudah jalankan tanggungjawabnya. Selepas ini dia tidak mahu lagi dengar dan ikut kata Asnida. Dia serik dan takut. Dia rasa berdosa sangat. Dia mahu berubah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku