Kerana Janji
Bab 145
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
80

Bacaan






Aku terduduk. Terdiam. Tak tahu nak sedih ke, nak marah ke, nak sakit hati ke. Entahlah. Aku tak rasa apa-apa sebenarnya. Kosong.!! Mungkin belum terasa lagi kut. Tapi nanti bila aku duduk sorang-sorang. Pasti airmataku mengalir lagi. Hmm.. aku tarik nafas dan hembuskannya perlahan. Aku menyandarkan badan. Encik Boss duduk di depan aku. Memerhatikan aku. Senyum. Aku membalas senyuman dia. Senyap!

" Saya tak tahu pun awak dah putus dengan Faliq. Pandai awak simpan perasaan kecewa awak..." Encik Boss memulakan perbualan. Aku senyum.

"Hahaha.. Luaran tapi dalam ni. Hanya Allah yang tahu.."jawabku.

"Saya faham. Tapi kalau seseorang tu boleh kawal perasaan kecewa, boleh tenang, tu dah kira seorang yang kuat tau. Saya pun tak mampu Aliaa.. Saya kagum dengan awak..!!" Puji Encik Boss. Apalah yang nak dikagumkan dengan aku ni.

" Sebab tulah Encik Boss bawa diri ke oversea kan. Kecewa punya pasal, putus tunang.. kan..kan..kan.. Hehe!!" Aku gelak kecil. Perli Encik Boss.

" Amboii sukanya..!! Iyalah, dah nama pun kecewa.. Bawa dirilah, cari ketenangan.." jawabnya. Senyum malu. Hahaha...

" Kalau macam tu pun saya nak bawa diri jugalah. Nak pergi mana ekk?! Bagi idea.." Aku memikirkan sesuatu, sengaja mengusik Encik Boss.

"Seeloknya pergilah. Untuk tenangkan fikiran. Untuk bagi ruang dekat diri sendiri. Untuk cari kekuatan diri. Tapi kalau awak nak pergi, jangan pergi sendiri. Ajak saya sekali ye.." Encik Boss gelak kecil. Aku berkerut.

" Kalau saya ajak Encik Boss. Bukan tenangkan fikiran saya tapi makin serabutkan otak saya adalah. Taknak saya ajak pun. Saya pergi diam-diam je.."

"Amboiio kasar gurauan..." Hahaha... aku gelak.

" Jadi sekarang ni, awak dah single. Saya pun single.. Ha..!! Cunlah tu.. Boleh saya try..!!" Terbeliak mata aku dengar.

" Apa try? Sorry..!! Ingat saya ni apa? Lepas sorang, terima sorang, lepas tu dikecewakan. Lama-lama sampai ke tua lah saya tak kahwin.. Hmm.."

" Dengar ni.. Kalau awak terima saya. Minggu depan nikah. Tak payah bercinta pun. Cinta lepas nikah. Kan indah tu.." boleh pula dia bagi cadangan macam tu. Suka-suka dia je.

"Encik Boss ni kan..  Merepek je.. Hmm.. Saya dah malas nak fikir pasal lelaki. Penat, letih, serik, takut, trauma semua ada. Ayat lelaki semua sama, janji sana sini tapi mungkiri. Cukup-cukuplah..!! Kesimpulannya.. Lelaki semua sama.. Sebelum dapat ayat punyalah power, dah dapat hmm.. Tak dihargai.. Akhirnya, ni perempuan juga jadi mangsa.. Sudahlah..!!" Dia senyum je. Terasa tak terasa, terpulang. Itu yang aku rasa selama ni.

" Tak semua lelaki macam tu. Jangan kerana seorang dan yang lain semua disalahkan.." katanya.

" Lelaki semua sama.. !!" Aku tetap pertahankan. Tegas.

"Tak semua..!!" Dia menafikan.

" Semua sama..!!"

"Takkk..!!"

" Sama.."

"Tapi saya tak.."

"Sama je pun...!!"

" Hahaha.. Iyalah.. Iyalah.. Semua sama..!!"

"Tahu tak apa..!!" Aku menjeling. Mengalah pun dia. Encik Boss senyum. Sekarang ni Encik Boss asyik senyum je. Kadang-kadang pelik juga aku. Dulu, nak senyum pun payah. Sekarang, tiba-tiba je senyum. Sakit kut. Hehe..

" Bila awak balik kampung?!"

" Balik kerja kang terus ambil barang dan terus balik kampunglah.."

" Kenapa tak balik esok je.."

" Taknak lah. Saya duduk rumah sorang-sorang nanti saya sedih. Lebih baik saya balik petang ni. Sampai kampung malam terus tidur.." Encik Boss angguk. Tanda faham.

"Tapi jangan lupa pula, lusa tau..!!"

"Okey Boss !! Tak lupa. Insha Allah..!!" Aku sengeh.

" Okey lah..!! Saya keluar dulu. Jangan sedih-sedih ya..!!" Pesan Encik Boss sebelum keluar. Aku senyum.

Aku duduk termenung. Mengenang nasib diri. Terfikir dengan apa yang Elly cakapkan tadi. Yang Zahwan jumpa aku tempoh hari tu mungkin nak cerita perkara sebenar kut. Tapi aku tak layan pun. Entahlah. Untuk apa aku dengar, untuk apa dia jelaskan. Untuk terima Faliq semula? Hati aku dah kecewa, dengan mudah Faliq kecewakan aku dan aku pun dah jelaskan semua pun dia tak percaya. Jadi nak apa lagi. Hmm.. Benda dah berlaku. Takkan boleh ulang kembali. Hati dah kecewa. Takkan sama seperti asal lagi dah. Kecewa..!!


Tak apalah. Ini takdir aku. Aku relakan. Aku redha..!!

" Beb.. !!" Muncul Naim mematikan lamunan aku. Terus dia duduk. Ni mesti nak tahu ceritalah ni. Aku senyum.

" Apasal kecoh-kecoh tadi beb. Kakak Faliq buat hal lagi ke? Sampai Big Boss pun join. Apa cerita.. Apa cerita..!!" Hahaha.. Aku gelak kecil.  Aduhai mamat ni. Lawak! Mesti dekat luar ni cerita pasal akulah ni.

" Hmm... Biasalah.." jawabku ringkas.

" Betul ke kau dah putus dengan Faliq?!" Tanyanya lagi.

" Kau tahu dari mana?!" Tanya aku semula.

" Sebenarnya Mira ada info aku hari tu. Aku tengok kau relax je. Aku pun tak tanyalah. Aku ingat just gosip je. Tapi semalam aku terserempak dengan dia. Beb.. !! Serabai dia beb.. Terkejut aku tengok dia beb..!!" Cerita Naim semangat. Dengan gaya-gaya sekali.

" Entahlah beb. Kasihan dia. Tapi aku pun tak boleh buat apa. Dengan mudah dia putuskan, sedangkan aku dah jelaskan semuanya tau. Dia tak percaya langsung dekat aku. Cemburu sangat.. Sedih beb..!!" Aku meluah pada Naim. Dia je tempat aku meluah. Bff aku.

"Kau sayang dia kan Aliaa.. Kalau dia nak kembali pada kau, kau terima tak?!" Aku pandang ke meja. Naim pandang aku. Menunggu jawapan aku.

"Memaafkan boleh Naim tapi terima semula.." Aku menggeleng kepala perlahan.

" Tapi tak salah kau bagi dia peluang Aliaa. Kau pun tahu kan, dia sendiri pun teraniaya oleh kakak sendiri.." tambah Naim lagi.

" Beb.. Memang aku sayang dia lagi. Tapi aku tak boleh terima dia beb. Tak boleh..!!" Kataku lagi.

" Bagilah dia peluang Aliaa. Aku yakin, perpisahan korang ni adalah kebahagiaan korang kelak.."

" Tak boleh Naim. Sampai bila-bila pun aku tak boleh terima dia. Kau tahu kakak dia kan. Cuba kau fikir, kalau aku terima Faliq semula. Kau rasa kakak dia akan diam? Tak Naim.. Kakak dia akan terus buat aku, akan terus sakiti aku dan akan terus buat aku pisah dengan Faliq. Beb.. kalau aku dah kahwin dengan Faliq dan ada anak, terpaksa berpisah macam ni kerana kakak dia. Kau rasa?? " jelas aku.

" Betul juga kan.. Kasihan kau Aliaa, aku simpati sangat. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Cuma aku doakan kau akan dapat bahagia kau nanti.. " Aku senyum jelah. Itu je yang mampu aku lakukan. Takkan nak nangis pula kan. Sabarlah aku..!!

" Terima kasih Naim..!!"

"Sama-sama. Dulu kau tunggu Wan, punyalah lama dari muda remaja sampai jadi anak dara tua.. Akhirnya, tak lekat juga.." Selamba je Naim ni.

" Amboii ayat kau..." Naim gelak. Gurau.

"Lepas tu Faliq, bahagia dah. Tapi kakak dia pula punca. Terpaksa berpisah pula. Tak lekat juga.. Aduhai Aliaa.. Besar betul dugaan kau ni.. Senang cerita, tu ha..!!  Encik Boss kau tu. Single kut.. kau pun single.. Ngam lah tu.." Aku menjeling pada Naim yang tersengeh macam kerang busuk.

" Ish!! Kau agak-agaklah beb. Taknak aku kawan dengan orang yang high level ni. Takut beb!!. Lagi besar dugaannya kang.. Tak apalah.. Biarlah aku macam ni. Redha jelah.. Hidup sendiri lagi aman.." Kataku.

" Hahahahaa..!" Naim gelak besar.

" Beb..!! Ni aku nak info, aku nak berhenti kerja..!!"

" Apa? Nak berhenti kerja? Beb kenapa beb.. "
Terkejut beruk Naim. Terus buat muka sedih. Aku gelak.

" Aku nak cari life lain. Aku nak pindah tempat lain. Terlalu banyak kenangan dekat sini. Aku nak buang semua. Aku nak bina life baru nak tutup buku lama.." jelasku.

" Kau dah fikir masak-masak?!"  Aku mengangguk. Yakin.

" Kalau dah itu keputusan kau. Okeylah!! Aku doakan kau akan lebih bahagia. Tapi dah pindah kang jangan lupa aku beb. Kaulah kawan aku dunia akhirat.." Aku angguk.

"Tolong pesan dekat semua kalau sesiapa cari aku, cakap je aku dah berhenti kerja. Cakap jelah korang tak tahu apa-apa.." sambungku lagi. Naim mengangguk pula. Menghormati keputusan aku.

Dah sampai masa aku kena tinggalkan segala kenangan. Keputusan ini mungkin buat semua  terkejut, tapi ini jalan yang terbaik. Aku kena bawa diri jauh dari segala kenangan. Aku tak mampu nak menghadap lagi. Cukuplah semuanya. Aku nak tutup buku lama dan buka buku baru. Aku nak lupakan segalanya. Aku taknak ingat apa-apa lagi. Cukuplah..!!


Okey siap!! Aku melipat surat ini dan masukkan ke dalam sampul surat. Dan, aku terus masuk ke bilik Encik Boss. Aku senyum.

" Senyum... Senyum.. Kenapa ni?!" Tegur Encik Boss. Aku menghulurkan surat tadi padanya. Encik Boss berkerut dan mengambil surat dari tangan ku. Dia membuka surat itu dengan tenang sekali. Dan membaca. Aku duduk. Menanti jawapan dia.

" Awak dah fikir masak-masak? " tanyanya. Sama pula soalannya dengan Naim tadi.

"Iya.." jawabku ringkas.

Dengan selamba. Surat perletakkan jawatan aku dikoyak oleh Encik Boss depan mata aku. Tercengang aku.

" Kenapa Encik Boss koyakkan..?!" Tanyaku.

"Syarikat ni masih perlukan awak Aliaa.." katanya tegas.

"Encik Boss.. Saya ada sebab sendiri.." kataku perlahan.

" Nanti kita bincang . Ni awak dah tak buat apa- apa kan.." Aku mengangguk.

"Awak pergilah balik. Rehat. Petang kang nak memandu jauh.  Hati-hati memandu. Jumpa  lusa ya.." Aku pandang tepat ke muka Encik Boss. Dia membalas pandangan aku. Dan aku mengangguk. Serius.

" Terima kasih Encik Boss..!!" Aku melemparkan senyuman. Aku ikut je apa yang diarahkan. Lalu, ku terus keluar. Aku masuk bilik, ambil handbag dan handphone. Matikan semua suis dan keluar. Aku mencari Naim didalam biliknya. Dia sedang leka menghadap laptop.

"Eh! Nak balik dah ke?!" Tanya Naim.

"Yup..!! Ada hal. Beb.. Aku nak minta tolong boleh?!"

"Tolong apa?!" Aku keluarkan kotak cincin baldu dan beri pada Naim.

" Tolong berikan ni pada Faliq ya.." Naim mengambil dan angguk.

"Sampaikan salam aku padanya..!!" Aku senyum dan terus keluar.

Aku tinggalkan mereka. Aku tetap nak berhenti kerja. Aku taknak dah kerja sini. Taknak dah duduk di KL ni lagi. Aku nak pergi tempat lain. Aku nekad. Tapi aku tak tahu kenapa Encik Boss tak beri. Kenapa dia perlu tolak perletakkan jawatan aku. Aku buat ni bukan suka-suka. Aku ada alasan sendiri. Aku nak pergi jauh dari Faliq. Iya.. Selagi aku dekat sini, aku akan terus ingat dia, akan terus hidup dalam kenangan. Sudah pasti akan terserempak. Sesekali boleh lah kut aku buat relax je bila terserempak dengan dia tapi kalau dah selalu. Aku takut aku tewas depan dia. Aku tak boleh tipu diri aku. Aku masih sayang dia. Memang aku sayang dia. Tapi apa aku boleh buat. Kami tiada jodoh.
 Segalanya sudah berakhir. Ikatan teman sehati sejiwa hanya tinggal kenangan. Terputus di pertengahan.. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku