Kerana Janji
Bab 146
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Faliq duduk termenung di balkoni kondo. Handphone dipusing-pusingkan, kejab diangkat kejab diletak semula dimeja. Handphone dia pun jadi sunyi sepi. Tiada lagi panggilan, tiada lagi whatsapp dari Aliaa. Banyak kali sudah dia cuba menghubungi Aliaa tapi hanya voice mail yang dia terima. Dari petang lagi dia mencuba. Whatsapp pun dihantar tapi hampa. Balik saja dari office Zahwan petang tadi, dia terus pula pergi ke butik mencari Asnida tapi Asnida keluar. Tidak tahu kemana Asnida pergi. Kebetulan dia ke butik, Elly sudah dihantar oleh Asnida. Jadi, selamatlah Elly dan Elly sendiri pun tak tahu mana Asnida pergi. Lalu, Faliq menghubungi pula Puan Asmah bertanyakan mengenai Asnida, kut- kut ada di rumah. Tapi pun tiada. Dan, dia langsung balik ke kondo. Sampai saja di Kondo tadi,  dia menghubungi Zahwan lagi. Tapi tidak berjawab juga. Belum balik mungkin. Cetus hatinya. Dia hanya menghantar whatsapp saja dengan harapan Zahwan akan baca.

Faliq rasa tenang sikit setelah meluahkan segala isi hatinya, segala kekesalannya pada yang Maha Esa. Dia menangis sehabisnya di tikar sejadah maghrib tadi. Memohon keampuan, kemaafan  pada Allah swt. Rasa sangat berdosa dan bersalah sekali. Kemudian, dia membaca Al Quran pula, berzikir dan beristiqomah.

 Dia leka seketika hingga dengan mudah bisikkan syaitan menerjah dalam fikirannya. Dan akhirnya membawa kepada penyesalan pada diri sendiri. Faliq mencari kekuatan diri, bangkit dari kejatuhan emosi dan perasaannya sendiri. Minta kekuatan pada ilahi.

Handphone berbunyi. Nama Zahwan tertera di skrin handphone nya. Dan terus dia jawab.

" Assalammualaikum bro... Kau dekat mana?!"

" Waalaikumsalam.. Ada dekat Kondo aku ni.."

" Okey!! Aku ada dekat depan rumah kau ni.."

"Oh okey..!! Aku buka pintu.." Tanpa berlengah Faliq terus bangun dan membuka pintu. Tercegat Zahwan senyum. Faliq membuka pintu pagar pula. Dan, mempersilakan Zahwan masuk.

" Sorry bro.. Aku busy sikit. Ni pun aku baru balik terus datang sini.. Kau okey?!" Tanya Zahwan.

"Tak apa.. Aku okey!" Jawab Faliq.

"Aku memang nak jumpa kau, dari hari tu lagi tapi kau.. iyalah.. Marah aku kan. Jadi, aku diamkan dulu.. " kata Zahwan.

" Sorry Wan.. Aku.. aku terlalu ikut emosi cemburu sampai aku dan Aliaa pun dah.." Faliq menekup muka. Tak sanggup nak teruskan kata.

" Aku faham beb.. Aku pun minta maaf juga atas apa yang berlaku. Aku buat semua ni bukan suka-suka. Ada sebab..." Zahwan memulakan cerita.

" Sorry lah. Aku bukan nak burukkan kakak kau tapi iyalah. Kau sendiri pun tahu apa yang Ash dah buat pada Aliaa dan akan buat pada Aliaa.." Faliq hanya mendengar.

" Lepas cubaan tikam Aliaa dihospital dulu tu. Aku jadi tak sedap hati. So, aku cari point untuk dekati Ash. Aku saja bro. Aku saja nak baik dengan Ash. Aku nak tengok apa dia akan buat pada Aliaa dan kau lagi. Kebetulan aku ada terserempak dengan dia waktu nak makan.. Dan, dari situlah aku mula join dia.. "
Zahwan menceritakan segala-galanya dari A sampai Z. Faliq mendengar sahaja. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi. Kesal dengan Asnida yang tak pernah berubah. Kecewa dia dengan Asnida yang mempermainkan dirinya sendiri dan sangat kecewa Asnida mempersendakan solat. Allahu..!! Sanggup Asnida. Setiap perbuatan dia pasti akan dibalas oleh Allah. Langsung tak takut dengan dosa, tak takut dengan balasan, tak takut dengan api neraka. Kesal dan kecewa.

" Ya Allah..!! Aku langsung tak sedar pun. Mati-mati aku ingat Ash tu dah berubah beb. Sebab dia cakap, Aliaa yang buat dia berubah. So, aku pun percayalah. Rupanya dia tipu aku. Aku tak terfikir langsung pun. Bodoh betul aku ni..!!" Faliq mengeluh dan mengeluh.

" Aku pun terkena juga bro. Elok-elok niat aku nak tolong kau dan Aliaa. Dengan aku-aku sekali terperangkap. Perhh!! Memang liciklah dia.." Faliq menyandarkan kepala di sofa. Memandang ke syiling. Melihat kipas yang berpusing perlahan.

"Mula-mula dia plan lain tau bro, aku pun carilah idea untuk perangkap dia balik. Dah atur cun dah.  Tiba-tiba dia pusing cerita lain pula tanpa pengetahuan aku. Aduh..!!" 


Zahwan sambung cerita.  Faliq menggeleng kepala.

" Aku tak tahulah kenapa Ash tu boleh jadi macam tu bro. Aku tak tahu nak buat apa lagi dah dekat dia tu. Kalau ikut hati aku ni, nak aku bagi penampar je. Makin lama makin melampau. Ish.. Geram betul.." luah Faliq. Sayu wajahnya.

" Dugaan.. Sabar..!! Kau dan family kau dah buat yang terbaik. Serah je pada Allah. Biarlah Allah je yang balas semua. Doakan je untuk dia" Nasihat Zahwan.

"Wan... Aku minta maaf banyak-banyak tuduh kau macam-macam. Aku minta maaf beb.!"

"Tak apalah. Aku pun salah juga. Patut aku kena info kau awal.." Mereka berpandangan dan senyum.

" Habis, kau dan Aliaa macam mana?!" Faliq mengangkat bahu.

" Tak tahulah. Aku nak jumpa dia tapiiii..."

" Kau sayang dia lagi ke tak?!" Tanya Zahwan. Sengaja.

" Gila kau tak sayang..!!"

" Elok kau pergi jumpa dia cepat, cerita semua dekat dia. Cari dia bro. Buanglah ego tu.. Aku pun nak jumpa dia juga, nak cerita semua. Tempoh hari aku jumpa dia tapi tengah marah kan. Dia langsung taknak dengar dan langsung tak percaya pun aku.."

" Aku memang nak jumpa dia.."

" Aku doakan kau kembali pada dia.."

" Thanks bro...!!"

" Sama-sama. Okeylah.. Aku minta diri dulu. Apa-apa info aku.." Faliq mengangguk dan menemani Zahwan hingga ke depan pintu.

" Good Luck bro..!!

"Thank you beb..!!" Mereka bersalaman dan terus Zahwan pergi. Faliq menutup semula pintu pagar dan pintu rumah. Dia kembali ke sofa. Duduk sebentar. Kemudian bangkit dan terus ke bilik. Menukar pakaian. Tak lama dia kembali ke ruang tamu, mengambil kunci dan terus keluar.

Dia bercadang mahu jumpa Aliaa. Mahu pergi ke rumah Aliaa. Mahu memujuk hati Aliaa. Tak kisahlah sama ada Aliaa mahu berjumpa dengannya atau tidak. Yang penting dia kena usahakan. Dapat tengok wajah Aliaa pun jadilah. Terlalu rindu pada Aliaa sebenarnya.
Sudah lama tidak menatap wajah itu. Dia sangat berharap agar Aliaa mahu berjumpa dengannya. Kereta dipandunya laju. Apa yang difikirkan hanya Aliaa.. Aliaa dan Aliaa.

Sampai di hadapan rumah Aliaa. Dia mematikan enjin kereta dan keluar menghampiri pagar. Rumah Aliaa gelap gelita. Kereta pun tak ada. Hanya ada kereta Adil saja. Pagar dikunci.

" Mana pula dia pergi. Dah jam 9.20 malam dah ni. Takkan tak balik kerja lagi kut. Atau pun keluar kut. Ish!! Tak mungkinlah. Rumah gelap gelita je ni. Tak pun balik kampung kut. Tapi kalau balik kampung mesti weekend je kut. Aduhai...!! Aliaa mana kau pergi ni.. Aku nak jumpa kau Aliaa. Aku rindu kau.. Maafkan aku..." Faliq meneka dan bercakap sendiri. Dia masuk ke dalam kereta. Dan terus memandu dengan perasaan hampa. Mengeluh sendiri lagi. Mana arah tujuannya. Dia sendiri pun tak tahu.

"Tak dapat pula. Takkan dah tukar nombor baru kut. Aliaa..!! Jangan buat aku macam ni Aliaa. Aku perlukan kau.. "Faliq cuba menghubungi Aliaa lagi tapi tetap tak dapat. Seksanya hati, seksanya jiwa menanggung semua ni. Menahan rindu tiada berkesudahan.
Kecewa atas tindakkan sendiri. Akhirnya, Faliq balik ke rumah orang tuanya. Masuk sahaja kereta diperkarangan rumah. Dilihat, kereta Asnida tiada. Cepat-cepat dia matikan enjin kereta dan meluru masuk ke dalam rumah.

" Ma.. Angah mana?!" Tanya Faliq

" Keluar.."

" Pergi mana?!"

"Tak tahulah Alang. Pakaian dia dah macam biasa. Mahunya balik lewat malam nanti. Dah kembali pada asal.." kata Puan Asmah.

" Hmm.. Angah.. Angah!!! Sanggup dia buat Alang macam ni. Betul cakap mama, dia kaburi Alang dengan perubahan penipuan dia. Dia pergunakan Zahwan, untuk menutup kesalahan dia. Dia lakukan semata-mata untuk pisahkan Alang dan Aliaa ma. Sekarang, dia dah dapat apa dia nak. Dia dah berjaya pisahkan Alang dan Aliaa. Sampai hati dia ma.. Kenapa kakak kandung Alang sendiri sanggup buat Alang macam ni ma. Apa salah Alang ma? Kenapa dia buat Alang macam ni? Alang sayang dia ma.  Dia buat Alang menderita ma, dia ragut kebahagiaan Alang dan Aliaa. Ya Allah!! Kenapa ini berlaku pada aku? " Faliq meluahkan segalanya pada Puan Asmah. Airmata gugur lagi. Kesal teramat kesal, terlalu kecewa atas perbuatan Asnida, kakak kandungnya sendiri.


" Sabar Alang..!! Sabar banyak-banyak. Ini ujian untuk Alang. Allah beri ujian ini pada Alang kerana Allah sayang Alang. Allah bagi ujian yang mampu Alang hadapi. Percayalah..!! Alang kena banyak bersabar. Kena kuatkan semangat..." Nasihat Puan Asmah. Dia juga turut mengalirkan airmata. Sedih melihat nasib anak lelaki kesayangannya ini.

" Alang boleh terima ma kalau ini atas perbuatan orang lain. Tapi ini dari Angah, Kakak kandung Alang sendiri ma. Alang sangat kecewa, sangat kecewa...!!" Faliq baring di ribaan mamanya. Tersedu-sedu seperti kanak-kanakmenangis lagaknya. Suasana sayu dan sedih sekali.

" Dia sanggup cederakan Aliaa, macam-macam dia buat pada Aliaa. Tapi Adil dan Aliaa langsung tak ambil tindakkan. Sebab nak bagi peluang pada Angah supaya berubah. Sikit pun Adil dan Aliaa tak marah, tak simpan perasaan dendam. Tapi Angah tetap tak sedar. Tetap buat Aliaa. Kejam Angah ma. Kejam sangat..!!"  Luahan demi luahan dari mulut Faliq. Encik Kamaruddin muncul dan duduk memerhati dan mendengar. Membiarkan Faliq meluahkan segala isi hatinya. Biar Faliq rasa tenang bila sudah meluah. Sedih dia melihat keadaan Faliq. 

" Alang.. Kuatkan semangat. Kita dah buat yang terbaik untuk Angah. Selebihnya kita serah pada Allah. Biarlah Allah yang balas segala-galanya. Setiap perbuatan ada balasan. Apapun, Angah tetap ahli keluarga kita. Buruk baik dia, dia tetap kakak kandung Alang. Papa harap, Alang tak simpan sikit pun dendam pada Angah. Dia perlu dibimbing. Dia dah jauh melencong hingga tak takut dosa, tak takut neraka. Kita doakan yang terbaik untuk dia.." nasihat demi nasihat dari Encik Kamaruddin.

Faliq duduk menekup wajahnya. Sedih sangat. Kecewa sangat. Hubungan percintaannya terputus ditengah jalan atas perbuatan kakak sendiri. Itu yang dia tak boleh terima. Biasanya, perhubungan percintaan terputus akibat orang ketiga, seperti bekas teman lelaki ke bekas teman wanita ke yang menghancurkan. Tapi ini saudara kandung sendiri. Kakak sendiri yang amat dia sayangi. Memang tak disangka. Memang luar biasa. Kerana dendam. Tali persaudaraan pun boleh terputus. Allahuakhbar..!! Dunia oh dunia..!!

Faliq..!! Allah beri ujian dan dugaan diatas kemampuan hambanya. Kau boleh hadapi, kau mampu. Bersabarlah.. Bertabahlah.. !!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku