Kerana Janji
Bab 147
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
80

Bacaan






Penat rasa badannya. Baru ni dapat berehat. Dia melabuhkan badan dikatil. Melepaskan segala keletihan. Nak berehat sekejab, lepas Zohor nanti dia mahu pergi ke office Aliaa. Mahu berjumpa dengan Aliaa. Rindu sangat. Masih belum sempat jumpa Aliaa lagi. Last dia ke rumah Aliaa malam Zahwan ke rumahnya. Keesokkan paginya terus kena outstation ke Kedah. Atas urusan kerja. Seminggu di sana. Jadinya, terpaksalah dia menahan rindu. Menangguh niatnya. Hari ni, dia akan pastikan dapat berjumpa Aliaa. Dia mahu memohon maaf, dia mahu jelaskan segala-galanya. Dia mahu menyambungkan semula ikatan yang telah terputus. Iya.! Dia mahu kembali pada Aliaa. Semoga hati Aliaa lembut dan mahu terimanya semula. Dengan penuh keyakinan.

Faliq terlelap. Di dalam tidurnya. Muncul Aliaa berpakaian serba putih indah sekali. Bercahaya wajahnya. Berjalan perlahan di persisir pantai,  hingga meninggalkan kesan tapak kaki dipasir putih itu. Dia berhenti menghadap lautan biru. Tersenyum bahagia. Angin bertiup lembut menerpa ke tubuh kecilnya. Pakaian yang membaluti tubuhnya melambai-lambai ditiup angin. Terasa nyaman sekali. Senyuman dibibir Aliaa terus terukir. Senyuman yang dirindui Faliq. Faliq menghampiri dengan membawa setangkai mawar merah untuk Aliaa. Aliaa menoleh padanya dengan senyuman paling manis. Faliq melangkah perlahan meghampiri Aliaa. Berdiri di depan Aliaa. Bunga mawar merah diberikan pada Aliaa. Aliaa memandang tepat ke anak mata Faliq. Mereka bertentangan mata. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan. Aliaa mengambil mawar merah itu dari Faliq. Lalu menghidunya. Dan kembali memandang Faliq. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Aliaa yang ada hanyalah senyuman. Aliaa berundur perlahan ke belakang. Faliq berkerut dan memanggil nama Aliaa. Aliaa tetap dengan senyuman. Lalu,  mawar merah itu dicampak ke pasir oleh Aliaa. Aliaa terus berlari-lari anak meninggalkan Faliq. Faliq tetap memanggil Aliaa. Tapi Aliaa tidak hiraukan. Aliaa terus berlari-lari anak, senyum dan bermain-main air ombak. Aliaa melambaikan tangan padanya. Faliq cuba mengejar. Tapi semakin Faliq kejar semakin jauh Aliaa berlari. Dia hanya mampu melihat dan tidak mampu melakukan apa-apa. Aliaa terus tersenyum, terus melambaikan tangan hingga Aliaa hilang dari pandangannya. Faliq terus mengejar. Terus mencari dimana Aliaa menghilang, terus mencari dan mencari. Faliq memanggil-manggil nama Aliaa. Tapi Aliaa tiada. Mawar merah terbiar di pasir. Kemana Aliaa hilang? Kenapa Aliaa campak mawar merah itu? Faliq terus memanggil. Berkali-kali.

"Aliaa.. Aliaaa..!!" Terus dia terjaga dari tidur. Berpeluh-peluh mukanya.

"Astaghfirullah Al Azim.. Astaghfirullah Al Azim.. Astaghfirullah Al Azim..!!  Mimpi rupanya.." Menyapu tangan ke mukanya.  Termenung sebentar. Boleh pula mimpi. Mainan tidur disiang hari.  Fikiran masih pada Aliaa. Hmm.. Mengeluh kecil.  Jam dilihatnya. Sudah menujukkan tepat 1.30petang. Sudah masuk zohor. Faliq bangun dari katil. Dan terus mengambil tuala mandi. Membersihkan diri dan solat.

Siap!! Faliq tersenyum didepan cermin. Merapikan rambutnya. Tak sabar nak jumpa Aliaa. Rasa rindu semakin menebal. Lampu dipadamkan pintu ditutup. Dia bernyanyi-nyanyi kecil. Happy..!! Kunci kereta diambil dan terus keluar rumah. Dia nak singgah beli bunga mawar untuk Aliaa. Sudah lama tak bagi. Mesti Aliaa suka. Ceria hatinya. Dia memandu terus ke office Aliaa.

Tingg...!!!
Pintu lift terbuka. Faliq melangkah laju masuk ke office Aliaa dengan senyuman. Mira menyambut kedatangan Faliq dengan senyuman.

" Assalammualaikum.. Hai Mira..!! Apa khabar, sihat?!"

"Waalaikumsalam.. Eh!! Encik Faliq.. Alhamdulilah, sihat walafiat.. "jawab Mira. Senyum.

"Aliaa ada..!!" Ceria wajah Faliq. Airmuka Mira terus berubah. Serba-salah pula dia nak cakap.

"Hmm.. Cik Aliaa.. Dia.. Dia..!!" Mira tergagap-gagap.

" Dah kenapa pula tergagap ni.." Faliq gelak kecil.

"Tak.. tak..!! Encik Faliq.. Sebenarnya...!!"
Berat betul Mira nak cakap. Tiba-tiba muncul Naim dimuka pintu. Baru balik lunch.

"Ha tu Encik Naim...!! Encik Faliq tanya Encik Naim lah ye.." Mira terus masuk.


Faliq terpinga-pinga. Dah kenapa mereka ni, cetus hatinya.

" Bro.. Apa khabar, lama tak jumpa?!" Tanya Naim memenangkan keadaan.

"Aku macam nilah... Aku nak jumpa Aliaa. Aliaa ada tak?!" Faliq tak sabar nak jumpa Aliaa. Naim terdiam. Dia pun serba-salah nak cakap.

" Kau tunggu kejab ek!! Duduk dulu ya.." Naim senyum. Faliq mengangguk. Dan duduk di sofa ruang menunggu. Bunga mawar dihidunya. Wangi. Sedap baunya. Patutlah Aliaa suka, Faliq gelak kecil. Tidak lama Naim keluar. Naim duduk.

"Mana Aliaa bro? Busy ke..!!" Tanya Faliq.

" Sorry Faliq..!! Sebenarnya Aliaa dah tak ada dekat sini, dia dah berhenti kerja dan dah pindah tempat lain..!!" Terang Naim.

"Apa?! Dah pindah? Pindah mana? Bila? " Faliq sangat terkejut.

"Lebih kurang seminggu. Pindah mana tu aku tak tahu, tak ada siapa tahu.." jawab Naim lagi.
Faliq terdiam.

" Dan sebelum dia berhenti, dia ada pesan dekat aku. Bagi ni dekat kau dan dia kirim salam.." Naim menghulurkan kotak kecil baldu pada Faliq. Faliq terpaku. Bagai mahu gugur jantungnya. Cincin pemberiannya dipulangkan kembali pada Faliq. Dengan lemah, Faliq mengambilnya.

" Mana aku nak cari Aliaa.?!" Tanya Faliq pada Naim.

" Sorry Faliq. Aku memang tak tahu. Dia berhenti ni pun diam-diam. Tak siapa tahu. Aku pun dapat tahu semalam. Encik Zack info.." terang Naim.

"Tak apalah  Naim. Aku gerak dulu. Apapun terima kasih.." Faliq bersalaman dengan Naim dan terus melangkah keluar.

"Eh!! Faliq.. Bunga ni..!!" Jerit Naim.

" Kau bagilah sesiapa.!!" Terus Faliq masuk ke dalam lift. Dia balik dengan perasaan hampa. Langkah longlai masuk ke kereta. Cincin masih digenggamannya. Sedih!!

" Ke mana kau pergi Aliaa..!!" Katanya perlahan. Fikirannya kosong. Tak tahu mana dia mahu cari Aliaa. Dan, tak tahu sama ada Aliaa masih berada di Kl atau pun tidak. Buntu. Kecewa. Hampa. Semua ada. Faliq tak puashati, dia memandu ke rumah Aliaa. Iya.. Memang tiada siapa. Hanya kereta Adil saja, rumah pun suram saja. Suasana sunyi sepi. Faliq mengeluh. Ditutup cermin kereta, Rayban hitam dipakai semula. Lalu, terus memandu laju. Dia memasang radio sekuat hati. Lagu Mewangi nyanyian Akim & The Majistret berkumandang. Jadi sayu hatinya. Lagu kenangan bersama Aliaa. Serta-merta terbayang wajah Aliaa bermain dikelopak mata. Senyuman, gelak tawa Aliaa dan semuanya. Tamat sahaja lagu tersebut. Berkumandang pula lagu Potret, pun nyanyian Akim & The Majistret. Lagu yang dia  akan nyanyi bila outstation dan merenung potret lukisan Aliaa hasil tangannya. Potret yang dibawa kemana sahaja dia outstation yang sentiasa ada didalam beg kerjanya. Potret sebagai pemberi semangat padanya. Aliaa... !!! Mana kau pergi. Jeritnya.

Sampai dihalaman rumah Puan Asmah. Kelihatan kereta Asnida ada dirumah. Dengan pantas dia terus jalan laju masuk ke dalam rumah. Mata meliar mencari kelibat Asnida.

"Angah..!! Angah..!! Kau turun sekarang.. Angah..!!!" Faliq menjerit-jerit memanggil Asnida. Terkejut Puan Asmah dan cepat-cepat dia ke ruang tamu dari dapur.

"Kenapa Alang?!" Tanya Puan Asmah.

" Mana Angah ma.."lembut dia tanya.

"Hmm.. Kenapa?! Menjerit macam orang gila..!!" Muncul Asnida dari dapur dengan penampilan seperti asal.

" Memang aku dah gila. Aku gila sebab perbuatan kau. Kau dah hancurkan kebahagiaan aku, kau menipu aku, menipu papa dan mama. Apa yang kau nak sebenarnya ha?!" Turun naik nafas Faliq menahan marah.

" Kepuasan. Orang cari pasal dengan Angah. Angah balaslah balik. Padan muka..!!" Selamba Asnida. Sinis.

"Siapa yang cari pasal dengan kau? Kau yang busuk hati, pendengki, kau memang manusia kejam. Perangai kau lebih teruk dari iblis.."

" Hahahaa.. Baru Alang tahu ke!! Angah benci Adil, Angah benci Aliaa. Kerana Adil hidup Angah jadi macam ni. Dia buat Angah menderita selama ni. Dia langsung tak pernah minta maaf pada Angah. Angah balas semua penderitaan tu pada Aliaa pula. Macam mana Angah pernah menderita macam itu jugalah Aliaa turut merasai juga. Sekarang, Angah dah berjaya buat Aliaa menderita. Angah dah buat dia pergi dari hidup Alang. Dia takkan muncul lagi pun.. Angah puas Alang.. Puas!!"


Asnida gelak kuat seperti orang gila.

"Kau bukan buat Aliaa menderita je tapi kau buat adik kandung kau sendiri menderita. Sampai hati kau, aku adik kau, aku sayang kau. Ini balasan kau pada aku. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Ngah?!" Tepat mata Faliq pandang ke muka Asnida. Asnida membalas.

"Sebab kau tak dengar cakap aku. Aku suruh kau bertunang dengan Elly tapi kau taknak. Kau tetap nak Aliaa. Sedangkan kau tahu aku benci Aliaa. Kau kejar Aliaa. Alang.. aku dah pernah cakap pada kau. Aku takkan terima Aliaa sampai mati. Aku benci betina tu, betina tu lebih hina dari anjing, lebih hina dari pelacuurrr....!!" Jerit Asnida macam orang gila.

"Kurang ajarrr!!! Panggggg!!!" Satu tamparan kuat hinggap di pipi Asnida. Asnida tersungkur ke lantai. Terus dia terdiam. Pening kepalanya. Hingga luka bibirnya. Mata merah memandang Faliq. Puan Asmah tersentak melihat.

"Jangan kau berani nak hina Aliaa. Apa yang kau cakap ni, sebenarnya itu adalah engkau Angah. Kau hina diri kau sendiri. Betina tak tahu malu, lebih hina dari anjing, lebih hina dari pelacur, lebih teruk dari syaitan dan iblis adalah kau Angah. Engkau!!! Itu engkau! "
Asnida tidak membalas. Terasa pusing kepalanya. Apa kau rasa Asnida, best kena penampar!!

Faliq menarik tangan Asnida kuat, Asnida memberontak minta dilepaskan. Tapi semakin kuat Faliq memegang. Dia bawa Asnida ke satu sudut ruang. Terdapat satu cermin besar. Ditolak Asnida menghadap cermin tersebut.

" Kau pandang cermin tu. Kau tengok diri kau sendiri. Kau pandang tepat ke anak mata kau. Siapa kau sebenar? Kau bukan siapa-siapa. Kau hanya hamba Allah yang terlalu banyak dosa. Kau hanya hamba Allah yang lemah, yang hina disisi Allah. Kau dapat semua ni, kecantikan, kesihatan, kepintaran, kemewahan hidup, keluarga, kereta, kerjaya semua. Itu semua dari Allah. Itu semua milik Allah. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je Angah. Tapi segala kejahatan yang kau buat, itu semua dari kau sendiri. Kau tak takut dosa ke, tak takut api neraka, tak takut azab Allah ke?!" Asnida merenung dirinya didalam cermin. Diam seribu bahasa. Tangannya memegang pipi yang masih sakit ditampar tadi. Bengkak bibirnya.

"Dosa manusia pada Allah, Allah boleh maafkan sebab Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih tapi dosa manusia dengan manusia tak Angah. Merangkaklah kau, terimalah kau azab yang berat diakhirat nanti cari mereka untuk minta maaf.. Bertaubatlah selagi diberi kesempatan. Kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa kau tanpa sempat kau mohon keampunan dari mama, papa,dari semua yang kau buat dosa. Kau tak takut ke Angah?! Bertaubatlah Angah.. Bertaubatlah..!!"

Faliq terus meninggalkan Asnida yang masih menghadap cermin. Puan Asmah hanya mendiamkan diri. Faliq naik ke biliknya.

" Mama kesal.. Mama kecewa dengan sikap Angah. Mama Papa bagi segala kasih sayang pada Angah tapi ini balasan Angah pada kami. Mama sedih sangat. Sedih!!" Menitis airmata Puan Asmah. Lalu, terus naik ke atas.

Puan Asmah mengesat airmata. Dia mengetuk pintu bilik Faliq dan menguak pintu. Faliq duduk dikatil menekup wajah dengan tapak tangan. Puan Asmah duduk di sebelah Faliq. Menyapu lembut belakang Faliq menenangkan hati anak bujangnya itu.

" Ma.. Aliaa dah pindah. Aliaa dah tak duduk sini lagi. Alang tak dapat jumpa dia. Tak dapat nak minta maaf, tak dapat ma.. " Mengalir airmata penyesalannya lagi.

" Dia pulangkan cincin ni ma.. Alang dah kehilangan Aliaa, Alang menyesal ma..  " Puan Asmah turut menangis. Sebak hatinya.

"Sabar Alang..!! Sabar..!! Kuatkan semangat..!! Alang masih ada mama, papa, keluarga yang sentiasa bersama Alang. Alang jangan lupa, Alang ada Allah. Allah sentiasa ada bersama Alang. Doalah pada Allah, andai Aliaa jodoh Alang, walau macam mana jauh terpisah, berapa lama terpisah pun pasti akan bersatu juga. Tapi andai dah takdir Aliaa bukan jodoh Alang. Alang kena redha.. Perancangan Allah itu terbaik Alang.. Sabar sayang!! Sabar..!!" Puan Asmah memeluk Faliq. Memahami hati dan perasaan Faliq. Dia kuat luaran tapi dalaman dia sangat lemah. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku