Kerana Janji
Bab 148
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
88

Bacaan






Pintu ku buka, berjalan ke tangga dan duduk ditangga batu itu. Menghirup udara segar. Tenangnya. Masih gelap gelita. Baru jam 6.18pagi, angin sepoi menghembus ke badanku. Sejuk menusuk ke tulang rasanya. Fuh!! Aku memeluk tubuh. Nikmatnya duduk kampung memang nyaman sekali. Seronok, tak ada nak menghadap kesesakkan lalulintas, kesesakkan orang ramai, bunyi bising sana sini. Di kampung, tenang, aman, damai, nyaman semualah yang tidak memberi tekanan. Sesekali je bunyi motor, lalu dijalan depan rumah Mak Long ni. Tak tahu nak cakap macam mana keseronokkan aku dekat kampung ni. Sukar digambarkan.

Mak Long tengah sibuk dekat dapur. Entah sarapan apalah dia nak buat. Aku nak tolong dia tak bagi, suruh aku tidur pula. Pelik juga. Kalau aku tak tolong nanti kata aku malaslah, macam mana nak kahwinlah, orang pun tak berani nak masuk meminanglah. Tapi bila aku tengah rajin nak tolong, pula dah tak bagi tolong. Hmm.. Sabar jelah Mak Long aku ni. Aku apa lagi, dah ngantuk disorong bantal. Memang happy lah... Hahaha..!!

Aku turun tangga dan sarungkan selipar jepun. Jalan perlahan ke pondok bawah pokok. Duduk kejab, apa nak buat pagi-pagi ni ek! Bosanlah pula. Aku ke tepi parit besar pula. Air penuh, semalam seharian hujan lebat. Hari ni harap taklah hujan lagi. Cadang hari ni nak ikut Pak Long ke kebun. Nak menyibukkan diri. Nak kacau pekerja Pak Long, hehe..!!  Pekerja Pak Long orang-orang kampung ni juga. Seronok kawan dengan mereka, sporting habis. Lagi-lagi abang Salleh, lawak sentiasa. Ada juga aku ikut Pak Long ke pasar jual pisang. Ni yang paling best. Naik lori duduk belakang bersama pisang.

" Dik.. oh dik..!! Jom makan..!!" Jerit Mak Long dari beranda dapur.

" Iya Mak Long.. okey!!" Aku terus jalan ke dapur. Bau nasi lemak dah menusuk ke hidung aku dah ni. Sedapnya..!! Perut terus jadi lapar.

" Banyaknya sarapan ni Mak Long. Ada tetamu nak datang ke..!!" Aku terus duduk. Menyenduk nasi lemak ke pinggan.

" Mana pula tetamu datang pepagi buta ni dik.. Ni Pak Long nak bawa bekal. Bagi sekali diorang nanti.." terang Mak Long.

" Oooo..!! Ingat ada tetamu. Pak Long, adik nak ikut ke kebun ek!"

" Iyalah.." Kami menikmati hidangan. Sedap betul Mak Long masak. Bertambah-tambah nasi lemak aku makan.

Selesai makan, aku ikut Pak Long naik motor pergi kebun. Seronok !! Sampai kebun, kelihatan dua orang pekerja Pak Long dah standby tepi lori nak gerak ke pasar. Berbakul-bakul buah pisang atas lori. Aku terus menuju ke pondok dengan membawa bekalan tadi. Kemudian aku terus ikut Pak Long, nak tebang pokok pisang. Kereta sorong untuk isi buah pisang aku tolak. Aku angkat setandan pisang tanduk letak dalam kereta sorong. Berat juga. Kemudian ku tolak lagi ke pokok seterusnya. Tiga kali ku angkat pisang, tiga kali ku tolak kereta sorong ni. Aku mengalah. Taknak buat dah. Berat tu. Tak larat. Aku suruh Abang Salleh sambung.

" Laa.. baru angkat ni dah tak larat. Kata nak jadi usahawan pisang berjaya. Ni bukan berjaya tapi kelaut..!!" Perli Abang Salleh.

" Beratlah bang. Adik tolong tengok bolehlah. Angkat-angkat semua ni abang lah buat kan.. Abang kan sado.. hahahaa!!"

" Sado apa bende nye dik, yang sado perut ni ha. Ke depan..!!" Aku gelak sekuat-kuatnya. Tengok gelagat dia memang boleh pecah perut. Tengok muka je pun dah lawak. Kalau masuk Maharaja Lawak confirm boleh menang. Pak Long senyum je.

" Pak Long..!! Adik nak pergi sungai ye.." kataku minta izin.

" Nak buat apa pula? Sorang-sorang bahayalah dik!!"

" Tak ada apalah. Boleh ye Pak Long. Boleh lah!!"

" Hmm.. iyalah. Hati-hati.."

"Okey Pak Long. Bye.. Abang Salleh..!!" Aku terus jalan kaki ke sungai. Tenang aku duduk kampung ni. Tak fikir apapun. Tak serabut kepala. Tapi Faliq masih ada dalam fikiran aku. Aku rindu dia sebenarnya tapi apa boleh buat. Terpaksa abaikan perasaan ini. Kelmarin Naim ada whatsapp, beritahu yang Faliq datang office nak jumpa aku. Dan Naim pun dah pulangkan cincin pada Faliq. Sedih mukanya.
Maafkan aku Faliq..

Sampai di sungai, aku duduk di batu. Duduk menghadap air sungai yang mengalir deras. Aku termenung lagi.

Malam tadi aku berwhatsapp dengan Naim lagi. Dia asyik pujuk aku je supaya terima Faliq semula. Naik rimas pula aku. Ingat hati aku ni senang-senang je ke nak terima setelah disakiti. Ingat suka-suka untuk dipermainkan. Maaflah. Biarlah orang yang cakap aku jual mahal ke, sombong ke, apa ke, aku tak kisah pun. Ini hati aku, aku yang tanggung segala kesakitan, aku yang kecewa, aku yang rawat sendiri luka hati. Aku setia, aku jujur tapi kesetiaan dan kejujuran aku disalahertikan. Arhh!! Sakitnya hati. Bukan mudah aku nak terima Faliq dulu, bila hatiku dah terbuka untuknya dengan mudah dia melepaskan. Sungguh tidak menghargai!! Memang betul setiap orang perlu diberi peluang kedua untuk perbetulkan segala kesilapan yang pernah mereka lakukan, tapi itu tak bermakna dengan mudah aku boleh beri peluang kedua padanya. Tidak mudah!! Jika sekali diberi peluang dengan mudah tak mustahil dengan mudah juga akan melepaskan semula. Dan, pastinya minta diberi peluang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya kesepuluh. Hohohoo..!! Tidak.. Tidak.. Tidak!!

Sedang melayan perasaan sendiri, aku terasa tudung aku ditarik-tarik dari belakang. Aku menoleh ke belakang tak ada siapa. Aku buat tak tahu je. Bila aku pandang ke depan, ditarik lagi. Aku berkerut. Siapa punya kerja ni. Takkan hantu pepagi ni kut. Hantu tak hantu memang nak kena belasah ni, kata hatiku. Mengganggu aku layan emosi je. Aku tunduk ambik batu kecil, kalau tarik tudung aku lagi aku baling. Aku tunggu je. Tangan aku dah standby nak baling batu kebelakang ni. Sekali dia tarik aku diam, dua kali dia tarik. Aku terus baling baru ke belakang tanpa menoleh pun.

" Aduhhh!!!" Aku terus bangun dan menoleh kebelakang. Aku sangat terkejut. Senyum lebar aku, macam tak percaya je.

" Abaaannggggg...!!!!" Terus aku menerpa kearah abang dan peluk abang. Rindunya dekat abang. Abang cium dahi aku. Alhamdulilah abang dah balik. Serta-merta airmata kegembiraan mengalir.

" Bila abang balik sini? Kenapa abang tak info adik?" Tanyaku melepaskan pelukan. Terubat rindu dekat abang. Happy nya.

" Kalau abang info adik, taklah surprise namanya. Abang sampai malam tadi. Lepas subuh abang bertolak ke kampung. Apasal kurus sangat ni.." Berkerut abang pandang aku.

"Mana ada kurus, sama je kut.." Aku mencebik. Hari tu aku balik kampung, Mak Long pun kata aku kurus padahal aku timbang, berat aku naik dua kilo kut.

" Kenapa duduk sorang-sorang dekat sini ni? Bahaya tau..!!"

"Bahaya apa pula!! Bukan ada hantu pun siang-siang ni. Abang lah hantu..!!" Aku sengeh.

" Bukan masalah hantu adik oii, kalau hantu dah sah-sah hantu. Kalau manusia macam mana. Dicekup lepas tu di bawa masuk hutan, dirogol. Macam mana?!"

" Ishh!! Abang ni janganlah cakap macam tu. Takut adik..!" jadi gerun pula aku.

"Ha..!! Tahu takut.. Jangan nak jalan sorang-sorang lagi macam ni. Kanan kiri jalan tu pun semak-samun kan. Kenderaan lalu lalang pun tak banyak, kalau diintip dengan orang jahat, ditangkap. Tak ada siapa tahu pun. Tengok-tengok adik tak balik-balik. Hilang..!! Lain kali tu jangan fikir seronok je. Fikir bahaya ke tak. Awak tu perempuan, dahlah jarang balik kampung. Senang-senang je orang nak tangkap.." Hahahaaaa... Aku gelak kuat.

" Abang cakap ni dik. Gelak pula.." Hahaha.. Aku terus je gelak dan gelak.

" Dah lama tak dengar abang membebel. Rindu dengan bebelan abang. Mengalahkan Mak Long.. Hahahaaa!!" Sampai sakit perut aku gelak.

" Bertuah punya budak. Abang punyalah nasihatkan dia, dia kata membebel pula.." Abang senyum. Lalu, kami pun melangkah meninggalkan sungai. Patutlah aku tak nampak kereta abang, abang parking kereta dekat jalan belakang rupanya. Kami memasuki dalam kereta. Aku senyum je dari tadi. Lega sangat abang dah balik. Ada juga kawan aku.

" Mak Long cakap adik dah seminggu  dekat kampung. Kenapa tiba-tiba balik kampung ni?"
Alamak!! Abang dah mula tanya dah ni.

" Saja. Asyik kerja je. Kan abang cakap, kalau rindu abang, balik kampung. So, adik balik kampunglah.."

" Abang call adik tak dapat. Voice mail manjang.." Aku senyum.

" Apa yang berlaku sebenarnya ni?!"

"Berlaku apa?! Tak ada apa-apapun. Biasa je..!!" Aku menafikan. Buat muka selamba. Senyum.

" Orang kata, naluri seorang ibu tu boleh tahu jika sesuatu terjadi pada anaknya. Macam tu juga abang. Hati abang tak tenang, fikir adik je. Mujur abang dapat balik awal dari tarikh sepatutnya. Kalau tak minggu depan baru balik.."

" Betul lah abang. Semuanya okey je..." Aku tetap menafikan.

" Jangan nak tipu abang tau.. !"  Aduhai abang ni.. Relax lah. Abang baru sampai, aku malas nak ganggu fikiran abang sebab aku nak habiskan masa dengan abang. Lusa aku dah mula kerja. Dah duduk jauh.

" Hmm.. Abang ada bawa ole-ole untuk adik tak?!" Aku tukar tajuk perbualan.

" Tak adalah. Tengah laut mana nak cari ole-ole.." jawab abang.

" Alaaaa... tangkap jelah ikan ke udang ke, pastu keringkan. Bawa balik sini. Ada juga kenangan.."

" Adik ingat abang nelayan ke duk tengah laut tu.."

" Hahaahaaa... iyalah. Abang ada dapat awek tak dekat sana. Awek-awek sana mesti cantik-cantik kan.. Kut-kut dapat kakak ipar orang sana ke kan.. Hahaha"

" Aha.. iya..!! Cantiklah sangat. Hmm.. ni abang dah balik dah ni, dah boleh dah suruh Faliq hantar meminang. Tak payah tunang, nikah je terus.." kata abang serius. Terkedu kejab.

" Ish!! Merepek jelah abang ni. Kenapa adik pula nak kena nikah. Abanglah dulu. Abangkan sulung, dah tua pula tu.."

"Habis adik tu muda lagi?! Selagi adik tak kahwin abang tak kahwin tau!!"

"Aik!! Kenapa macam tu pula. Abang nak kahwin, kahwin jelah. Buat apa tunggu adik..!"

" Kalau abang kahwin dulu, abang dah tak dapat nak jaga adik, nak fokus dekat adik. Sebab abang dah ada tanggungjawab pada isteri dan anak. Abang taknak abaikan adik. Bila adik dah kahwin, dah ada orang jaga, dah ada orang yang sayang adik. Baru tenang hati abang.."

"Ooo kalau adik dah kahwin, abang lepas tanganlah ye.."

"Bukan macam tu lah..."

"Hehe.. Iya adik faham maksud abang. Kalau contoh adik tak kahwin sampai tua, maknanya abang pun tak kahwinlah. Macam tu..?!"

" Ha!! Iyalah..."

" Hahahahaaaa... Jadinya, adik anak dara tua dan abang bujang tua lah.. Hahahaa..! Aduh..
 Lawaklah..!!!" Abang pun join gelak.

Nak taknak aku memang kena terus-terang pada abang sebelum aku pergi lusa. Abang kena tahu perkara sebenarnya. Masanya untuk aku meluah segala yang aku pendam selama ketiadaan abang. Aku kena kuatkan semangat untuk cerita, aku kena pastikan aku tak menangis depan abang. Aku kena kuat. Aku taknak abang sedih. Aku taknak abang susah hati dan yang penting aku taknak abang marah Faliq dan taknak persahabatan mereka terputus sebab aku. Biarlah hubungan aku dan Faliq putus tapi persahabatan abang dan Faliq mahupun Zahwan jangan sampai terputus. Tak apa, walaupun berat, walaupun payah aku akan hadapi juga. Aku redha..!! Macam mana aku boleh lupakan segala kenangan aku bersama Zahwan dulu dan boleh terima dia sebagai kawan dan sebagai sahabat abang. Macam tu jugalah aku boleh lupakan kenangan aku bersama Faliq. Iya.. aku boleh!! Aku yakin aku boleh..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku