Kerana Janji
Bab 149
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
216

Bacaan






Meriah rumah Mak Long malam ni. Dah lama tak berkumpul, tak borak-borak sama. Seronok rasa. Bergurau senda, gelak tawa memang cukup meriah. Abang pun excited cerita pasal orang -orang Sudan dan kehidupan mereka. Semangat Mak Long dan Pak Long. Bertambah seronok Mak Long bila abang belikan ole-ole untuk dia. Aku dan Pak Long pun dapat juga. Abang belikan Mak Long baju labuh, kain tudung, pasu bunga kayu yang terukir halus. Memang cantik. Suka sangat Mak Long. Pak Long pula, dapat tshirt dan beg kecil. Untuk simpan rokok tembakau Pak Long. Aku pula, abang belikan beg silang, abang tahu aku minat beg-beg unik ni. Baju labuh dan sepasang patung kayu.

" Abang...!! Kenapa abang bagi adik patung tengkorak ni. Main gitar pula tu... Hahahaa.." aku gelak.

" Tu letak dekat meja office. Kalau bosan buat kerja tengok tu je. Sentuh kepala tengkorak tu, kan goyang kan.. "kata abang. Sabar jelah.

" Hahahahaa... Tapi comel.. Thank you abang.. !!" Aku bangun dengan membawa semua ole-ole dari abang tadi dan bawa masuk ke dalam bilik. Ku letak diatas meja. Lalu, ku turun ke dapur. Minum air dan keluar ke beranda dapur. Aku menyarungkan selipar dan berjalan perlahan ke pondok. Aku duduk sendiri. Entahlah, tiba-tiba hati rasa sayu pula. Macam mana nak mulakan cerita pada abang. Aku pula yang risau.

Fikiran ni tiba-tiba je teringat dekat Faliq. Orang kata kalau tiba-tiba kita rindu seseorang tu bermakna orang tu pun rindu kita. Hmm.. mungkinlah. Mesti dia ada call dan whatsapp aku tapi aku dah tukar nombor lain pun. Yang tahu nombor baru aku ni cuma Naim dan Encik Boss je. Abang pun tak tahu. Aku dah warning Naim, jangan sampai orang lain tahu nombor ni, lagi-lagi Faliq. Kalau Faliq sampai tahu, aku taknak kawan Naim lagi. Hehe..!! Dengan Encik Boss pun aku bagi warning, kalau Encik Boss bagi nombor dekat orang lain, aku berhenti kerja diam-diam. Hahaa..!! Bengang je dia. Aku nak berhenti kerja dia tak bagi, macam-macam dia pujuk aku. Siap suruh Dato' pujuk aku supaya aku tak berhenti. Pula dah. Sebelum aku buat keputusan sama ada nak terus berkerja dengannya atau berhenti kerja. Aku bagi beberapa syarat pada Encik Boss. Okey!! Encik Boss pun setuju dengan syarat-syarat aku. Tapi aku masih belum bagi jawapan lagi pun. Dua hati pula.

" Dik..!!" Terkejut aku. Abang tiba-tiba tegur. Jauh aku mengelamun.

"Kenapa duduk sorang-sorang ni. Cuba cerita dekat abang. Apa masalahnya ni..!" Abang duduk disebelah aku. Aku senyum tawar.

" Ada something adik abang ni kan. Ceritalah.. Jangan pendam je. Ada problem dengan Faliq kan.. ?!" Teka abang. Aku senyum lagi.

" Orang tanya.. senyum pula dia.." Aku senyum lagi.

" Adik dengan Faliq dah putus..!!" Tenang ku cakap.

" Ha?? Ya  Allah..!! Macam mana boleh jadi macam ni? Apa yang Faliq dah buat dekat adik?" Airmuka abang terus berubah. Abang marah. Aku terdiam.

" Cuba adik cerita semua.." Aku menarik nafas dalam. Aku pandang ke tanah. Aku memulakan cerita. Aku cerita semua dari awal hingga akhir. Satu persatu. Tiada satu pun yang aku sembunyikan dari abang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Daun-daun kering berguguran ke tanah.

" Jadi ni semua, sebab Asnida?!"

"Entahlah bang..!! Lepas Asnida jumpa adik tu. Adik terus buat keputusan berhenti kerja, tukar nombor telefon dan balik kampung sampai hari ni. Tak ada siapa tahu pun kecuali Encik Boss. Naim pun tak tahu.."

" Tapi abang rasa. Faliq tu pun teraniaya oleh kakaknya. Adik tak cuba ke nak dengar penjelasan dari Faliq ke?!"

"Untuk apa abang? Tak perlu. Dia pun dah tak percaya dekat adik. Cemburu sangat. Padahal adik info semua dah. Terus dia minta putus. Jadi, tak apalah. Biarlah.."

" Dik.. adik kena faham juga. Siapa yang tak cemburu bila nampak kekasih dengan lelaki lain. Lelaki tu pula pernah jadi orang yang adik sayang, kawan baik dia pula tu. Kalau abang pun.."

"Tapi abang.. adik dah jelaskan semua. Tak ada tipu sikit pun. Bukan adik nak jumpa Wan pun, dah terserempak.. Faham tak? Terserempak..!! Kalau adik tahu nak terserempak dengan Wan, adik tak pergi mall tu. Adik pun tak inginlah nak terserempak dengan Wan tu.."

Sambungku lagi. Abang ni menyebelahi Faliq ke menyebelahi aku ni.

" Betul juga kan..!! So, apa adik nak buat lepas ni? Adik nak kerja dekat mana? " tanya abang. Aku bangun dan berdiri menghadap jalan. Aku senyum. Tarik nafas. Lalu, menoleh pada abang.

" Adik nak pergi oversea nak sambung belajar...!" Saja aku cakap.

"Ha?? Ishh !! Kenapa nak sampai oversea, tak payahlah. Kat Malaysia ni pun boleh sambung belajar. Kalau nak juga, kahwin dulu.." Dah agak dah. Abang mesti tak bagi punya.

" Kenapa nak kena kahwin pula? Orang nak belajar bukan nak kahwin.."

" Iya.. memang nak belajar. Kalau dah kahwin orang sini dah sah-sah akan balik sini juga. Kalau tak kahwin, sampai sana, dapat pakwe Mat Salleh  kang nak kahwin. Dah abang kena uruskan pula ke sana. Itu kalau info abang. Kut-kut kahwin senyap-senyap. Dah dapat laki Mat Salleh, lupa abang dekat sini. Tak balik Malaysia. So, tak payah..!!" Membebel lagi abang ni.

" Hahaha.. ke situ pula abang ni.."

" Iyalah. Ramai dah macam tu. Adik kawan abang pun macam tu. Tak payah jauh ke sana, duduk je Malaysia ni. Biar ke tua depan mata abang.. !!" Sambung abang lagi.

" Iyalah abang..!! Adik masih kerja dengan Encik Boss lagi tapi buat sementara ni kerja dekat Terengganu. Sebab Cik Erisya keguguran jadi, Encik Boss ganti tempat dia kejab. So, disebabkan adik P.A Encik Boss. Terpaksalah ikut. Lagipun, okeylah.. Jauh dari Faliq. Boleh lupakan dia..!!" Terang aku. Senyum.

" Aik!! Kata P.A sementara je..?!"

" Dipaksalah abang.. So, terpaksalah.."

" Macam tu pula. Hmm.. Tapi boleh ke adik lupakan Faliq?!" Alamak abang ni. Tanya soalan yang aku sendiri tak yakin boleh jawab. Huhu..!!

" Usahakan tangga kejayaan.."jawabku.

"Abang minta maaf dik. Adik kecewa semua sebab kawan-kawan abang.."

" Ish!! Abang ni.. Inikan semua dah takdir. Siapalah kita nak tolak takdir. Adik redha!! "

" Cuma adik minta satu je dari abang.."

" Kenapa?!"

" Adik tahu Faliq cari adik. Naim pun ada info. Bila dia tahu abang dah balik. Confirm dia akan tanya abang. Adik minta tolong sangat-sangat. Jangan info apa-apa pun dekat dia pasal adik. Sikit pun jangan. Adik kerja kat mana ke, pindah mana ke. Tolong jangan info ya.. Kalau dia tanya, cakap je tak tahu.. Ingat?!"

"Kalau macam tu abang tak boleh jumpa dia lah kan.."

" Jumpa jelah. Tapi kalau dia tanya. Pandai-pandailah abang elak dari jawab. Kalau dia start tanya adik je, abang tukar jelah tajuk lain. Senang kan..!!"

" Tapi kalau abang terrrrcakap macam mana?!"

" Kalau abang terrrcakap maknanya, adik pun terrrrrpergi oversea lah. Takkan balik Malaysia lagi sampai tua. Macam mana?!" Aku mengenyitkan mata pada abang. Senyum sinis.

" Mengugut pula dah.."

" Itu mesti.. Hidup kena bijak, tak bijak orang pijak kepala.. " sambung ku lagi.

" Iyalah tu.. So, berapa lama adik kerja Terengganu tu.."

" Hmm.. Mungkin sebulan dua atau mungkin sampai tua.."jawabku.

" Laa.. Abang dah dapat pindah KL, adik pula pindah ke Terengganu. Hmm... "

"Hahahaa.. Perancangan Allah tiada siapa tahu.. Redha jelah..!!" Aku gelak kecil. Kasihan abang, lama dah aku minta abang pindah KL sampai merajuk aku. Bila dah dapat pindah KL aku pula pindah Terengganu. Aduhai....

" Dah jom masuk.. Dah lewat dah ni..!!" Aku jalan bersama abang masuk ke dapur. Lega rasanya dah luah semua pada abang. Rasa kosong je kepala ni. Ringan je. Hilang semua beban di kepala.

Bila aku dah mula kerja dekat Terengganu nanti. Aku akan mulakan hidup baru, tutup buku lama dan buka buku baru. Aku nak lupakan semuanya. Nak buang segala kenangan. Dah tak mampu nak tanggung kenangan dan hidup dalam kenangan. Aku kena kuat, aku kena terus berjalan. Aku taknak lemah. Ya!! Aku yakin aku boleh.!!

Luaran aku, aku kuat tapi dalaman aku. Tak sekuat yang orang tengok. Lagi-lagi bila aku duduk sorang-sorang. Aku tewas!!  Wajah Faliq seringkali bermain di hadapanku. Gurau sendanya, gelak tawanya sentiasa kedengaran. Ya Allah..!! Tolonglah aku . Aku taknak ingat dia lagi. Kenapa setiap kali aku cuba lupakan dia tapi semakin kuat dia difikiranku. Kenapa??


" Aliaa... Bukan mudah nak melupakan Faliq sesingkat ini. Kau lupa? Berapa lama kau mahu lupakan Zahwan ketika itu. Walaupun kau sekadar bertepuk sebelah tangan. Tak mungkin dengan Faliq kau boleh lupakan dia macam tu saja. Dia yang buat kau happy, dia yang buat kau bahagia, dia yang buat kau ceria. Tak semudah itu Aliaa. Tak semudah itu.!! Kau tak boleh tipu diri kau Aliaa.  Sebenarnya kau masih sayang dia. Kau masih cinta dia. Kau perlukan dia Aliaa. Kerana pengalaman lama dan kenangan lama, kau jadi takut, kau jadi serik dengan semua ini. Lupakan pengalaman lama, lupakanlah kenangan lama itu. Binalah pengalaman baru, binalah kenangan baru Aliaa. Faliq menyayangimu, Faliq menyintaimu, Faliq memerlukanmu Aliaa. Buanglah segala perasaan itu, berilah peluang kepadanya. Manusia tiada yang sempurna. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Maafkanlah dia. Berilah peluang kepadanya untuk menebus kesilapannya. Berilah peluang kepadanya untuk menyintaimu lagi. Dan berikanlah peluang pada hatimu untuk dicintai dan menyintai. Untuk dapatkan cinta yang besar kena hadapi risiko yang besar. Bahagia pasti milikmu Aliaa.. "kata hati kecilku.

Biarlah takdir dan waktu yang menentukan. Tiada apa yang kuharapkan lagi. Hanya berserah!!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 | Bab 203 | Bab 204 | Bab 205 | Bab 206 | Bab 207 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku