Kerana Janji
Bab 150
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
116

Bacaan






Busy betul Elly beberapa minggu ini. Semua dia kena uruskan. Dah tak boleh harapkan Asnida lagi. Asnida dah kembali pada asal. Sudah sibuk dengan dunianya sendiri. Elly pun sudah jarang keluar dengan Asnida. Jumpa Asnida hanya di butik atas urusan butik sahaja. Dah tak ada dah nak enjoy bagai. Elly sudah nekad mahu berubah. Ada seseorang yang buat dia berubah. Yang selalu menasihati dia. Lagi aman dia uruskan butik sendiri. Faliq pun bukan selalu datang butik. Jika ada hal penting baru jumpa Elly. Faliq amanahkan dia untuk uruskan butik ketika dia tiada dan busy. Sebab Elly lebih berpengalaman. Elly diberi kepercayaan oleh Faliq. Hubungan mereka pun sekadar rakan kongsi. Dah tak tergedik-gedik lagi dah.

" Kalau Ash datang, tanya apa-apa pasal akaun, cakap je tak tahu. Kalau nak tahu, suruh dia jumpa saya sendiri.. Okey?!" kata Faliq.

" Okey!! Faliq.. esok i masuk butik lewat sikit ye. Mama i minta tolong temankan dia meeting persatuan. Dalam jam 11. 00pagi dah masuk kut.."

" Oraite!! Uruskan family dulu baru masuk butik.." Faliq senyum. Faliq kalau bab-bab family ni dia memang tak kisah. Bagi dia family patut diutamakan.

" Thank you...!! Faliq.. You dah dapat jumpa Aliaa?!"tanya Elly. Faliq terdiam.

"Belum lagi. Entahlah.. Tak tahu nak cari dekat mana dah.." jawabnya perlahan.

"Tak tanya abang dia?!" Cadang Elly.

" Abang dia tak balik lagi rasanya.. "

" You tak cari dia dekat kampung?!" Faliq memandang Elly. Lalu, mengangguk.

"Iyalah kan. Saya tak terfikir pula.."Faliq senyum.

"Pergilah cari. Mesti family dia akan info you kan. Nanti i try tanya Zack, kut-kut dia tahu.."

" Awak masih dengan Encik Zack lagi?!" Tanya Faliq pula.

" Kami baru je berbaik tapi just kawan jelah." Faliq mengangguk-angguk kepala.

"I doakan you jumpa Aliaa balik dan kembali bersama. I tahu Aliaa tu sayang you. Tapi sebab Ash kan, jadi.. iyalah you pun fahamkan.." kata Elly.

"Ya!! Apapun, terima kasih..!! Okeylah!! Saya gerak dulu. Kalau ada apa-apa just info jelah ek. Dua tiga hari ni saya busy tau!. So, awak uruskan butik lah ye.."

"Ya..!! Sure!!" Elly senyum. Faliq terus keluar. Elly sambung buat kerja. Minggu ini ada dua tempahan. Nak kena prepair awal-awal. Alhamdulilah, sejak Faliq ambil alih butik ni, butik ni semakin maju. Setiap minggu tak putus tempahan. Bijak Faliq uruskan kewangan dan bahagian marketing tugas Asnida dan dia sendiri. Tapi Asnida tak boleh harap. Asyik nak duit je, buat kerja malas. Mentang-mentang pendapatan dah stabil.

" Elly..!! Elly..!!" Jerit Asnida panggil Elly. Elly meluru ke depan. Berkerut dahi melihat Asnida.

" Dah kenapa ni terjerit-jerit macam orang gila?!" Elly terus duduk.

" Sedapnya mulut cakap i gila? I nak guna duitlah. Urgent!!" Pinta Asnida. Selamba  minta duit.

" Duit? You ingat ni bank ke? Nak duit je datang. Macam tu ek!!" Elly menjeling tajam pada Asnida. Geram betul dia pada Asnida.

" Butik ni butik i juga. So, i ada hak untuk minta duit.."

" Tapi bukan bermakna suka-suka you nak duit!. Faliq dah tetapkan gaji kita semua hujung bulan. So, tunggu jelah hujung bulan. Seminggu lagi kut.."

" Seminggu tu bagi i 10tahun you tau tak!"

" Tu i tak tahu. Faliq baru je ambil semua duit. Dia pesan, kalau you nak duit atau nak tengok akaun. Minta dekat dia sendiri.."

" Apasal you bagi dia semua?!"

" Dari i bagi you, menghabiskan. Lebih baik i bagi dia. Dia boss kut.. "

"Ish!! You dengan dia sama je.. Menyusahkan aku je.. Sudahlah..!!"

" Memang kami menyusahkan. So, tak payah nak tanya duit dekat sini kalau buat kerja pun taknak.." Elly saja.

" Sudahlah.."

" Dah tak dapat duit nak meroyan lah tu.." Elly gelak. Menggeleng kepala.

" Bilalah you nak sedar Ash..!! Dah tua dah kut. Hmm...!!" Elly terus bangun dan kembali semula ke belakang.

Dalam perjalanan ke office, Faliq memikirkan apa yang dicadangkan oleh Elly tadi.  Jam ditangan dilihatnya, sudah jam 2.25petang. Petang ini dia cuma ada satu appointment saja. Dia ambil keputusan untuk membatalkan appointmentnya dan mahu ke kampung Aliaa. Dia terus menghubungi Nizam, memberitahu niatnya.


Kemudian, Faliq terus memandu laju menghala ke kampung Aliaa. Mengharapkan sesuatu yang menggembirakan hatinya. Sejauh mana pun Aliaa pergi, Faliq tetap akan mengejarnya Aliaa. Selama mana pun Aliaa menghilang, Falia akan tetap mencarinya. Dia yakin dan pasti suatu hari nanti dia akan ketemu Aliaa. Dia sangat yakin. Takkan pernah putus asa. Dia akan tebus segala kesalahannya. Macam mana dia usaha untuk dapatkan hati Aliaa dulu macam ni jugalah dia akan usaha untuk mencari Aliaa pula. Hatinya, dirinya dan hidupnya hanya untuk Aliaa sahaja. Apapun terjadi, hanya Aliaa.

Sedang layan perasaan, handphone berbunyi.

"Assalammualaikum... "

"Angah nak guna duit. Urgent!!" Suara Asnida dihujung talian.

"Jawab salam tak terus nak duit.. Sorry duit tak ada.." jawab Faliq malas.

"Angah perlukan duit. Butik tu pun butik Angah juga.."

"Duit tak ada. Alang tengah memandu. Bye!!" Terus talian dimatikan. Sejak Asnida kena tampar tempoh hari, langsung dia tak tegur Faliq. Faliq pun buat tak tahu saja. Tapi petang ni dia call semata-mata nak minta duit. Hmm.. Angah.. Angah.. keluh Faliq.

Perjalanan hampir memakan masa tiga jam, jalan agak jem juga tadi. Masuk ke kampung itu, Faliq ingat-ingat lupa pula jalan menuju ke rumah Mak Long. Dia nekadkan hati, terjah saja. Satu persatu lorong  dimasuknya. Pusing pusing masih tak jumpa. Yang dia ingat di halaman rumahnya ada pondok dibawah pokok rambutan. Tawakal sajalah. Masuk satu lorong, Faliq memperlahankan kereta dan berhenti dan tersenyum.

"Alhamdulilah.. Jumpa juga..!!"Dia yakin itu rumah Mak Long. Dia terus masuk ke halaman rumah Mak Long. Enjin kereta dimatikan. Terus keluar dan menuju ke dapur. Pintu dapur terbuka. Mesti Mak Long ada di dalam, tekanya.

" Assalammualaikum..!!" Faliq memberi salam. Tiada jawapan. Lalu, memberi salam lagi.

"Waalaikumsalam.."Salam dijawab. Muncul Mak Long dari dapur. Faliq senyum.

"Mak Long.. Apa khabar? Mak Long sihat?!" Tanya Faliq. Terus salam dan cium tangan Mak Long.

"Alhamdulilah sihat. Faliq kan?!"

"Iya.. Mak Long..!! "Faliq angguk.

"Kau dengan siapa? Eh!! Masuklah.."pelawa Mak Long. Faliq ikut sahaja.

" Sorang je. Tak apa Mak Long dekat sini je.." Faliq terus duduk di kerusi.

"Tunggu sekejab ya. Mak Long buat air..!!"

"Mak Long.. Mak Long..!! Tak apa Mak Long. Saya kejab je ni.. Mak Long meh duduk sini.." Faliq menolak dengan cara baik. Mak Long duduk dihadapan Faliq. Mak Long dapat mengagak niat Faliq ni.

" Mak Long.. Saya nak tanya. Aliaa dekat mana?! Dia ada balik sini tak? Puas saya cari dia. Saya pergi office dia, kawan dia cakap dia dah berhenti kerja dan dah pindah tempat lain. Mak Long mesti tahu kan..!" Sayu wajah Faliq.

" Dia ada balik kampung ni, cuti tapi dah balik semalam petang. Balik mana tu Mak Long tak tahu. Dia cuma cakap dah pindah je.." terang Mak Long.

" Dia tak cakap Mak Long pindah mana?!"

" Tak. Dia cuma cakap dah pindah. Itu je. Tahu-tahu jelah Adik tu, mana dia nak cerita. Kalau dia rasa nak cerita, baru dia cerita. Kalau tak, memang taklah.." Faliq menundukkan kepala ke lantai.

" Saya tak tahu nak cari dia dekat mana lagi Mak Long. Saya cuba telefon dia tapi mungkin dia dah tukar nombor kut.." keluh Faliq perlahan.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni? Cuba cerita pada Mak Long.. "

" Saya salah Mak Long. Saya putuskan hubungan kami. Ada salah faham sikit.."

"Pula..!! Hmm.. Mak Long pun tak boleh nak cakap apa. Hati dia kan. Tak boleh nak dipaksa. Kalau Faliq masih sayang dia, pergilah cari dia, pujuk hatinya.." Faliq mengangguk. Senyum..!!

" Tak apalah Mak Long. Hmm.. Saya minta diri dulu.."

" Tak minum dulu..!!"

"Tak apalah Mak Long. Saya nak cepat sebenarnya. Insha Allah..!! Lain kali saya datang lagi.." Faliq menyarungkan kasutnya.

" Baiklah. Nanti kalau adik ada telefon, Mak Long cuba pujuk dia juga. Jangan risaulah, merajuk adik tu tak lama. Dia nak bermanja-manja je tu.." kata Mak Long menenangkan hati Faliq.

" Terima kasih Mak Long. Saya sayang dia. Kalau dia maafkan saya dan terima saya semula. Saya terus hantar meminang. Tak sanggup berpisah macam ni Mak Long.."sedih!!.


Mak Long senyum.

" Kirim salam dekat Pak Long ya! Saya pergi dulu. Mak Long jaga diri baik-baik.. Assalammualaikum.."

" Insha Allah. Hati-hati memandu. Waalaikumsalam.." Faliq terus masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Faliq melambai tangan pada Mak Long. Mak Long menggeleng kepala.

"Hmm... Adik.. Adik..!! Tak pasal-pasal Mak Long pun terlibat menipu. Bertuah punya budak.   Disuruh kahwin banyak benor alasan, tunggu putera kayangan konon. Dah putera kayangan depan mata, baik pula tu, nak merajuk lagi. Hmm.. tak tahulah ikut perangai siapa adik ni. Degil..!!" Mak Long merungut sendiri dan masuk semula ke dapur.

Faliq kecewa lagi. Sedih hatinya. Mana dia mahu jejak Aliaa lagi. Buntu jadinya. Siapa lagi kawan Aliaa yang dia kenal. Tak ada. Cuma Naim je yang rapat dengan Aliaa. Tapi Naim sendiri pun tak tahu mana Aliaa pergi. Terpaksa dia tunggu Adil balik Malaysia. Tak lama, lagi seminggu saja lagi. Dia kena banyak bersabar. Dan dia kena bersedia untuk berhadapan dengan Adil. Apapun, dia kena sedia. Mesti Adil tahu. Dan, bersedialah dia untuk kena sesuatu dari Adil. Dia ingat, Adil pernah bagi warning padanya sebelum Adil pergi dahulu. Kalau Adil tahu, dia sakiti hati adiknya. Mahu kena penumbuk padu dari Adil. Nasiblah. Dia kena terima, dia tahu salah dia. Setiap perbuatan akan dibalas. Jadi, dia berani buat dia juga kena berani tanggung.

" Oh Aliaa..!!Mana kau pergi Aliaa. Janganlah buat aku macam ni, aku dah macam orang gila dah ni. Aduhaii..!!  Bagilah aku peluang, kali ni je. Aku takkan ulangi lagi. Maafkanlah aku.. Aku sayang kau, aku perlukan kau Aliaa.!! Janganlah merajuk lama-lama, merajuk sikit-sikit udahlah.." Faliq bercakap sendiri.

" Aku akan cari kau juga walau sampai hujung dunia. Aku takkan putus asa. Kerana kau Aliaa.. Ya Allah!! Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat.." sambung Faliq lagi. Selagi tak jumpa Aliaa selagi tu jiwanya tak tenang. Seksa jiwanya menanggung rindu, dan dia tahu, Aliaa juga merinduinya..  Aliaa masih memerlukanya, Aliaa masih menyayanginya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku