Kerana Janji
Bab 151
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Hari berganti hari, minggu berganti minggu.  Sekejab sahaja masa berlalu, berlalu terus meninggalkan kenangan. Walau ditelan waktu kenangan itu masih dalam fikirannya. Tak akan mampu dibuang begitu sahaja. Masih segar dalam ingatan. Mana mungkin dengan mudah melupakan insan yang teristimewa, yang mampu memberinya senyuman setiap detik. Yang menyinari hidupnya sepanjang masa. Walau terpisah jasad tapi tak mampu berpisah hati. Hati tetap kuat menyintainya, amat kuat perasaan rindunya. Tak akan ada yang mampu menggantikannya didalam hati. Hanya Aliaa yang pertama dan terakhir. Itu janjinya pada diri sendiri. Dia tidak pernah putus berdoa, tidak pernah lupa untuk berdoa agar ditemukan semula dengan Aliaa Sofea.

Faliq duduk termenung menghadap potret Aliaa. Menyandarkan badan di kerusi dan bermain-main dengan pen. Senyum sendiri. Betapa rindunya pada Aliaa. Pada si singa garang itu. Segala kenangan manis diawal perkenalannya bersama Aliaa terbayang dimata. Saat paling menggembirakan. Gelagatnya yang mencuit hati, menghiburkan hati.

"Tok..tokk..!!" Pintu bilik diketuk. Mematikan lamunannya. Muncul Nizam dan terus duduk dihadapannya.

" Senyum sorang-sorang. Ada good news ke Encik Faliq?!" Teka Nizam. Faliq menggeleng perlahan.

"Entahlah Nizam. Saya tak tahu nak cari dekat mana lagi.." nada seakan putus asa.

"Sabar Encik Faliq. Insha Allah, jumpa juga tu nanti. Saya tanya isteri saya pun, mereka tak tahu.."

"Tak apalah Zam. Saya percaya, saya akan jumpa dia juga suatu hari nanti. Tapi harap waktu jumpa dia nanti, jangan dia dah kahwin sudah. Mahu terjun bangunan saya..!!" Nizam gelak.

" Habislah..!!" Mereka gelak bersama.

"Oh ya!! Encik Faliq tak try tanya Encik Zack?  Kut-kut dia tahu. Encik Zack ada dekat office rasanya, saya baru terserempak dengan dia dekat bawah tadi.." cadang Nizam.

"Bagus juga cadangan awak tu kan.. Okey! Saya pergi sekarang.. Thanks Nizam..!!" Terus sahaja Faliq berlari anak keluar. Ada juga niat dia nak  jumpa Encik Zack bertanyakan mengenai Aliaa tapi kekangan masa tak mengizinkan. Encik Zack pun selalu busy. Cepat-cepat dia menekan butang lift. Kelam-kabut dia. Pintu lift terbuka saja terus dia melangkah ke office Aliaa. Baru saja mahu memberitahu hajatnya untuk berjumpa dengan Encik Zack pada Nina. Muncul Encik Zack dari dalam.

" Assalammualaikum Encik Zack.. Encik nak pergi mana ni? Busy ke?!"

"Waalaikumsalam.. Saya nak keluar ada hal. Apa khabar, sihat?!" Mereka bersalaman.

"Ya.. Ya sihat. Alhamdulilah.. Hmm.. Boleh tak saya nak jumpa sekejab. Sekejab je.. Ada hal nak bincang.." Pinta Faliq. Segan juga sebenarnya nak cakap tapi pedulilah.

" Bincang ek?! Okey lah. Jom masuk..!!" Encik Zack mengajak Faliq masuk ke biliknya. Berbual kosong mereka berdua. Naim nampak Faliq, dia senyum. Dia dapat tahu niat Faliq berjumpa dengan Encik Zack. Mesti sebab Aliaa. Sama seperti dahulu sewaktu Aliaa bercuti lama. Dia terus jumpa Dato' bertanya mengenai Aliaa. Naim menggeleng kepala dan menyambung semula kerjanya.

" Okey!! Apa yang boleh saya bantu?!" Faliq memandang meja.

" Sorry Encik Zack. Saya terpaksa jumpa Encik. Saya dah buntu sebenarnya. Saya.. saya kena juga tanya.." Tergagap.. gagap Faliq mahu bercakap.

" Okey.. So, awak nak tanya apa?!" Encik Zack pandamg tepat ke wajah Faliq. Serius. Sebenarnya dia dapat mengagak apa yang mahu Faliq cakapkan.

"Encik Zack tahu tak Aliaa kerja dekat mana? Pindah dekat mana dan dia dekat mana sebenarnya. Kalau Encik tahu, tolonglah info saya.. Saya tak tahu nak cari dia dekat mana dah.." kata Faliq sangat berharap. Encik Zack senyum. Alamak!! Dia sendiri pun jadi serba salah pula mahu cakap atau pun tidak. Tapi dia dah janji dengan Aliaa takkan beritahu sesiapa. Rasa simpati Encik Zack pada Faliq. Nampak wajahnya sangat mengharapkan sesuatu jawapan darinya.

" Maaf Faliq. Saya tak tahu. Lepas dia berhenti kerja saya dah tak contact dia lagi.." jawab Encik Zack. Minta maaf Faliq, aku terpaksa tipu kau. Terus berubah airmuka Faliq. Sedih dan sayu. Kecewa lagi. Hampa lagi.

" Oh iya ke!!" Encik Zack mengangguk.


" Hmm.. Kalau macam tu tak apalah. Tapi kalau Encik ada terjumpa dia ke, atau dapat apa-apa info. Boleh tak Encik tolong info saya. Saya harap sangat. Tolong Encik Zack..."

" Insha Allah..!!"

"Terima kasih Encik Zack. Saya minta diri dulu.. Assalammualaikum.."

" Sama-sama. Waalaikumsalam.. " Faliq bersalaman dengan Encik Zack dan melangkah keluar dengan perasaan kecewa lagi.

" Hai lah Aliaa.. Terpaksa aku menipu kerana kau. Bertuah punya budak...." Encik Zack gelak kecil.

Faliq kembali ke office dengan lemah sekali. Harapan tinggal harapan lagi. Duduk semula. Senyum sendiri.

" Sabar Faliq sabar..! Jangan putus asa..! Nak bahagia kena kecapi pelbagai dugaan. Sekarang ni kau kena redah hujan, mendung, panas terik ,ribut taufan, puting beliung segala. Kau kena yakin yang pelangi tu ada di depan tunggu kau. Percayalah bro.. !!" Katanya sendiri. Mencari kekuatan dalam diri. Senyum.. hanya itu yang mampu menyembunyikan perasaannya kini.

Tut..tutt....!! Tut..tutt...!!  Handphone berbunyi. Zahwan call.

"Ya broo..!! "

"Busy ke?!" Suara Zahwan ditalian.

"Taklah. Tengah tak busy ni. Apa cerita?!"

" Bro.. Adil dah balik. Kau tahu kan.. !" Kata Zahwan.

" Yeke?! Tak tahulah. Bila dia balik? Dia tak call aku pun.." Senyum lebar Faliq.

" Dah seminggu dah. Tu aku tak pasti pula. Apa kata balik kerja kita jumpa! Boleh juga kau tanya pasal Aliaa.." Cadang Zahwan. Faliq mengangguk kepala. Setuju sangat dengan cadangan Zahwan.

" Boleh.. Boleh.. Dekat mana?!" Excited Faliq. Happy. Tapi dalam happy nak jumpa Adil terselit perasaan risau. Apa dia nak jawab jika Adil tanya nanti mengenai hubungan dia dan adiknya. Pastinya Adil akan marah dan tak mustahil dia akan kena macam mana Zahwan pernah kena penumbuk dulu disebabkan menyakiti hati Aliaa. Aduhai... risau Faliq risau.
Berani buat berani tanggung. Itu saja dia fikir.

Waktu yang dijanjikan tiba. Kelam-kabut dia memandu tadi, cadang nak keluar awal tapi last minute ada pula halnya. Terpaksa sampai lambat sikit tapi sudah dia info Zahwan. Sampai ke destinasi, terus dia mencari kelibat dua sahabatnya. Ternampak mereka berdua sedang asyik berbual di meja hujung restoran. Faliq menghampiri mereka. Senyum.

" Assalammualaikum..!!" Tercegat Faliq.

"Waalaikumsalam.. "Jawab mereka serentak. Adil langsung tak senyum. Adil bangun dari kerusi dan menghampiri Faliq yang masih berdiri. Dia pandang Faliq dengan perasaan marah. Faliq jadi serba tak kena. Berpandangan dengan Zahwan. Zahwan pun turut berdiri.

" Sampai hati kau Liq, aku bagi kepercayaan dekat kau selama ni. Kau janji dengan aku kau nak jaga dia, kau sayang dia. Tapi ini balasan kau dekat aku. Kau ambil ni..."

Dushh!!! Memang sudah dijangka. Penumbuk padu Adil hinggap dimukanya. Semua orang pandang pada mereka. Faliq memegang mukanya. Naik kebas mukanya.  Redha..!

"Adil.. Sudah..!! Relax Dil..!! Aku ajak korang datang sini untuk selesaikan masalah bukan tambahkan masalah.. okey?! Sekarang ni duduk..!!" Arah Zahwan. Faliq hanya mendiamkan diri saja. Mengikut arahan Zahwan.

" Perkara ni melibatkan aku juga. Aku dan Faliq tak tahu sama ada Aliaa ada cerita dekat kau atau tak. Tapi untuk pengetahuan kau, apa yang berlaku ni, Aliaa tak tahu perkara sebenar. Dan, kami tak sempat nak terus-terang dengan dia. Kami cari dia, tapi tak jumpa. Faliq pergi kampung kau, tapi tetap tak jumpa.." Terang Zahwan.

" Maafkan aku Dil. Aku akui memang aku yang salah. Aku terlalu cemburu, terlalu ikut hati perasaan tu hingga putus macam ni. Aku tak ada niat pun Dil. Tapi sebab iyalah.. cemburu kan. Cakap lepas je. Kau tahu kan aku sayang Aliaa.. " sampuk Faliq.

"Apa makna sayang bro kalau kau sakiti adik aku. Aku sendiri pun tak sakiti dia bro. Tak..!! Kau sakiti hati dia bermakna kau sakiti aku juga bro.. Faham tak?!" Kesal Adil.

" Iya Adil.. aku tahu semua tu. Aku minta maaf sangat-sangat. Ini semua adalah rancangan Ash.. Asnida, kakak aku beb.. Kami ni teraniaya. Aku, Zahwan dan Aliaa.." sambung Faliq lagi. Adil diam. Mata memandang Faliq dan kemudian pandang Zahwan pula. Tanpa senyuman.

" Apa maksud korang ni?!" Faliq dan Zahwan bercerita semuanya. Tiada sikit pun yang tersembunyi. Faliq tidak putus memohon maaf atas apa yang dia sudah lakukan pada Aliaa. Meluahkan segala kekesalannya.

" Astagfirullah Al Azim..!! Macam -macam terjadi selama aku tak ada. Ya Allah adik aku...!!" Adil menyapu muka dengan tangan. Sedih.

" Aku minta maaf Dil. Aku memang menyesal. Aku minta maaf. Dan, aku minta maaf juga bagi pihak Ash.. Aku minta maaf..!!" Berkali-kali ucapan maaf diutarakan.

" Tak apalah. Perkara dah berlaku pun.." kata Adil perlahan.

" Aku nak jumpa Aliaa. Aku nak minta maaf dekat dia. Aku nak sambung semula hubungan yang terputus ni bro. Tolong lah Dil. Hanya kau yang tahu mana Aliaa pergi. Aku sayang Aliaa, aku perlukan dia. Puas aku cari tapi aku jumpa. Tolonglah Dil. Tolong bagitahu aku. Dia dekat mana? Aku merayu pada kau..!!" Faliq terus merayu dan merayu.

" Iya Dil.. Aku pun nak minta maaf dekat dia. Dia kena tahu perkara sebenar.. "Sampuk Zahwan pula.

Adil menarik nafas dalam. Memandang wajah kedua-dua sahabatnya itu. Lemah betul dia dengan rayuan. Kasihan Faliq dan juga kasihan Aliaa. Sedih dia sendiri. Hebat betul permainan Asnida,hingga mereka yang bijak pandai ni pun boleh terjerat dengan Asnida.

" Maaf.. Aku tak boleh info apa-apa pasal Aliaa buat masa ni. Aku dah janji dengan dia dan ini adalah permintaan dia. Aku kena hormat permintaan dia ni. Aku taknak adik aku pergi lagi jauh.."  jelas Adil.

" Tapi Dil.. Aku nak jumpa dia. Aku sayang dia beb. Tolonglah Dil.." Faliq merayu lagi.

" Iya aku tahu Liq. Bagi aku masa untuk pujuk dia. Okey?!" Pinta Adil. Faliq mengangguk perlahan. Nak taknak dia memang kena tunggu jawapan dari Adil. Tunggu lagi dan lagi.

"Baiklah. Adil, aku minta, boleh tak kau jumpa Ash sendiri dan minta maaf dekat dia apa yang dah terjadi dulu. Sebab dia ada cakap, kau langsung tak minta maaf dekat dia. Sorry bro..! Aku tahu kau memang tak salah apa-apa tapi dimata dia, kau bersalah. Mungkin salah satu sebab itu dia masih berdendam dengan kau. Kau tahulah perempuan kan, perkataan maaf itu amat penting bagi mereka. Walaupun salah mereka sendiri dan mereka takkan mengaku.." pinta Faliq pula.

" Betul tu Dil. Ini demi kebaikan Aliaa dan kebaikan kau. Selagi ada dendam dalam hati Ash, selagi tu dia akan terus berdendam. Cukuplah Faliq dan Aliaa jadi mangsa. Adakala, kita lelaki kena rendahkan ego.." tambah Zahwan. Adil diam. Memikirkan sesuatu. Memang dia tak nafikan, dia memang tak pernah pun minta maaf pada Asnida. Ada pun sekadar cakap je. Mungkin Asnida nak Adil ucap maaf dihadapan familynya.

"Okeylah!! Nanti aku info kau bila aku free aku pergi rumah kau dan mohon maaf pada semua dan pada Ash. Kau aturkan ya Liq.." Faliq mengangguk. Mereka masih lagi berbual. Sakit muka Faliq masih terasa berdenyut-denyut. Agak lebam jugalah.

Adil masih berfikir. Macam mana mahu memujuk hati Aliaa. Pening jadinya dia. Tak apa, dia akan tolong mana yang dia mampu. Selebihnya dia serah pada ilahi. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku