Kerana Janji
Bab 152
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
78

Bacaan






Dia tutup pintu kereta dengan sekuat hati. Geram.. Sakit hati.. Menyampah.!! Memaki-maki sendiri. Menyumpah-nyumpah client nya tadi. Kalau ikutkan hati dia yang panas baran itu, mahu saja di simbah air panas pada mukanya. Turun naik nafas menahan marah.

"Lambat sikit pun tak boleh. Bukan aku sengaja kut. Tahulah kau banyak duit, tapi tak payahlah nak poyo sangat. Lambat lima minit je kut. Apa aku nak jawab nak Alang ni. Dua tempahan pula tu cancel. Kurang ajar betul lah.. !!" Marah sendiri. Dia mencampak handphone diseat sebelah. Enjin kereta dihidupkan dan memulakan pemanduan. Sepanjang perjalanan ke butik, hanya maki hamun saja yang keluar dari mulutnya. Lampu isyarat merah dia marah, kenderaan perlahan dia marah, orang melintas dia marah. Ish!! Asyik nak marah saja. Beberapa hari ini, ada saja yang tak kena. Apa yang dia buat semua salah. Tempahan perkahwinan cancel, kawan-kawannya cari pasal, kereta problem, duit pula asyik tak mencukupi saja. Sudahlah Faliq lagsung tak bagi duit. Minta Elly pun, tak dapat. Elly sendiri pun dah malas layan dia. Lagilah bertambah sakit jiwa. Sakit fikirannya. Hatinya jadi tak keruan.

Sampai di butik. Terus dia mencampakkan handbagnya pula diatas meja. Terkejut Elly yang sedang baca majalah Pengantin. Muka bengis, merah padam. Elly menggeleng kepala terus fokus baca majalah.

" You ni.. Kalau datang sini, tak marah, tak ngamuk,tak buat muka pontianak macam tu, memang tak boleh ek!!" Elly menjeling.

"You jangan nak cari pasal. I tengah stress ni.."

"You memang tak pernah tak stress pun.." perli Elly.

"Dua tempahan minggu depan cancel.." katanya perlahan.

"Apa? Cancel? Ya Allah!! Macam mana boleh cancel." Terkejut beruk Elly. Majalah terus ditutupnya. Pandang tepat pada wajah Asnida.

"Macam mana you handle.."sambung Elly.

"Alaaaa... Alasan dia, i lambat datang appointment ni tadi. I datang lambat lima minit je kut.."Asnida buat tak bersalah saja.

"Patutlah..!! You yang patut tunggu client bukan client yang tunggu you. Habis yang sorang lagi sebab apa pula?!" Tanya Elly. Geramnya Elly.

" Yang tu kata tak cukup budget.." terkedu Elly dengar.

" Pula.. You tak handle ke?! Benda simple kut. Kita kan ada banyak pakej. You ni buat kerja main-mainlah." sambung marah.

"Dah diaorang nak cancel nak buat macam mana?"Memang Asnida tak ada perasaan.

" Hmm.. Iyalah Ash! Pandai-pandailah you jawab dengan Faliq. Deposit mereka tu you dah  guna kan Ash?!" Teka Elly. Asnida diam. Elly menggeleng. Tak boleh nak cakap apa dah.

" Ash..!! Ash..!! Kalau macam nilah sikap you. Memang bankraplah butik. Jawablah sendiri dengan adik you. I tak campur.. " Elly mengeluh. Terus dia bangun dan menuju ke belakang. Sakit hatinya menghadap Asnida. Elok ke belakang dengan pekerja lain. Lagi bagus layan mereka dari layan Asnida. Menyakitkan hati je. Asnida berkerut. Fikirannya serabut. Deposit client nak kena pulangkan. Mana dia nak cari duit. Client nak esok pula tu. Gaji lama lagi. Kalau tak bagi esok, client akan saman. Makin serabut kepalanya. Nak taknak memang kena menghadap Faliq. Stress! Stress!! Stress!! Terus keluar meninggalkan butik. Tiada pilihan. Dia terus balik kerumah. Nak rehat kononnya, malam ni ada janji dengan kawan nak lepak port baru. Seronoknya dia.

Faliq diruang tamu. Bersepah meja dengan kertas kerja. Tak sempat siapkan di office, dia bawa balik ke rumah. Agak serabut sikit. Lagi serabut bila Elly beritahu padanya mengenai Asnida petang tadi. Sakit jiwa betul dia. Asnida dengan happy nya bernyanyi-nyanyi menuruni tangga. Faliq memang menantinya. Muka berkerut. Asnida dengan rasa tidak bersalah menghampiri Faliq.

" Angah nak guna duit..!" Selamba saja minta duit.

" Angah ni tak habis-habis duit. Ni apa cerita ni.. Siapa nak ganti duit client ni?!" Tak berkelip mata Faliq pandang Asnida. Mahu dicekik saja kakaknya ni.

" Potong gaji Angah jelah. Bukan susah pun.."

" Hmm.. Okey!! Gaji Angah bulan ni tak ada. Alang potong gaji untuk dua-dua client yang cancel dan hutang bulan lepas sekali. So, hujung bulan jangan minta satu sen pun duit. Angah masih ada hutang lagi.."

" Habis Angah nak makan apa kalau semua Alang nak potong. Duit minyak semua macam mana?!" Keluh Asnida.

" Pandai-pandai Angahlah.."Faliq meneruskan kerjanya.

" Melampaulah Alang ni. Takkan tak ada sikit pun untuk Angah..?!"

" Sorry..!! Tak ada!!" Kata Faliq tegas.

" Mana boleh macam ni. Angah perlukan duitlah.."

" Angah..!! Bulan ni je berapa ribu dah Angah guna duit. Duit butik Angah pinjam, duit client Angah kebas, minta duit Alang lagi. Duit mama pun Angah minta. Bayar pun tak..! Sekarang kerja pun dah malas. Senang betul lah hidup kau ni Angah.. Pelik betul aku...!!" Sakitnya hati Faliq.

" Ishh !! Sudahlah.. Bisinglah..!! Membebel je. Keluar lagi baiklah. Duduk dekat rumah pun makin stress!! " Terus saja Asnida melangkah. Bernanah telinganya.

" Apa nak jadi dengan kau ni Angah. Hmm...!!" Keluhnya sendiri. Faliq menyambung kerjanya lagi.

Puan Asmah muncul dari dapur dengan membawa secawan air nescafe panas untuk Faliq. Lalu, diletakkan di tepi tepi laptop.

" Terima kasih ma..!" Ucap Faliq dan senyum. Puan Asmah mengangguk perlahan.

" Sabarlah Alang.. Tak tahu nak buat apa dah dengan Angah tu. Dibagi nasihat dah tak masuk dah, dimarah pun sudah, makin kita balik yang dimarahnya.. Hmm.. entahlah.."keluh Puan Asmah.

"Berserah jelah ma.." Faliq senyum.

" Iyalah.. Mama naik atas dulu. Jangan lewat tidur.."

"Okey ma..!!" Puan Asmah terus naik ke atas. Faliq menyandarkan badan di kerusi, mengambil air nescafe yang masih berasap itu dan dihirup perlahan. Nyaman sekali bau nescafe ni. Tiba-tiba teringat pada Aliaa. Peminat tegar nescafe. Kalau tak minum nescafe tak lengkap hidupnya, kata Aliaa suatu ketika dulu. Tersenyum dia sendiri.

Entah bilalah dapat jumpa Aliaa lagi. Bila rindu, dia hanya mampu berdoa. Itu sajalah yang dia mampu lakukan. Baru petang tadi dia menghubungi Adil, bertanya mengenai Aliaa. Aliaa masih lagi tidak mahu diganggu. Masih mahu berahsia lokasinya. Terpaksalah dia akur. Betul-betul Aliaa marah. Betul-betul kecewa hatinya. Tak apalah, biarlah dulu. Sejuk juga hatinya nanti. Sabar Faliq..!! Faliq memyambung semula kerjanya.

Jam terus berdetik. Sunyi sepi saja. Selesai saja kertas kerjanya. Dia terus mengemas semua fail dan disusun saja diatas meja. Dia melangkah keluar rumah. Jalan perlahan ke taman. Angin bertiup lembut, terasa agak sejuk menusuk ke tulang. Memeluk tubuh. Bunga mawar yang mekar berkembang itu dihidunya. Satu persatu kuntuman mawar dibelainya. Hidup segar. Banyak bunganya. Cantik sungguh. Pelbagai warna pelbagai saiz. Nyaman terasa. Bila melihat bunga-bunga itu, terubat sikit rasa rindunya pada Aliaa.

"Hai lah bunga.. Bilalah aku dapat jumpa Aliaa. Kalau bunga ni adalah engkau Aliaa, pasti akan kubelai setiap saat.." katanya sendiri.

Faliq meninggalkan taman itu. Dia masuk pula ke dalam rumah. Pintu dikunci, lampu dipadamkan. Sebelum naik ke atas, dia mengambil semua kertas kerjanya bersama laptop. Mata melirik pada jam didinding. Jarum sudah menunjukkan jam 12.35tengah malam. Tak perasan pula dia. Lalu, dia mendaki satu persatu anak tangga. Masuk ke bilik, meletakkan semua kertas kerja diatas meja. Dia masuk kebilik air, mengambil wuduk sebelum tidur. Tidak lama, keluar semula. Handphone diambilnya. Sunyi sepi saja handphone. Lalu,diletakan semula. Melabuhkan badan ditilam empuk. Lampu dipadamkan. Dan, mimpi ke bulan.

Tepat jam 3.00pagi, dia terjaga dari tidur. Lampu dipasang. Dia terus bangkit, menggosok-gosok mata. Tuala mandi diambil dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia menunaikan solat sunat taubat dan solat sunat tahajjud. Selepas tahajjud, dia berzikir. Hatinya lebih dekat pada Allah. Hatinya lebih tenang.  Apa yang berlaku, menjadikan dia lebih dekat pada Allah. Setiap sesuatu yang berlaku ada nikmah tersembunyi. Mungkin sebelum ini dia lalai, dia leka. Dengan ujian ini, mendekatkan dirinya pada Allah dan menyerahkan segalanya pada Allah.

Selesai solat dan berzikir. Dia melipat kain sejadah dan diletakan dikerusi. Songkok digantung ditepi dinding. Baru sahaja baru duduk, handphone berbunyi. Berkerut!

Siapa pula yang call waktu ni.
Dia mengambil handphone. Private number. Hatinya tiba-tiba berdebar. Tidak sedap rasanya.

" Hello.. Boleh saya brcakap dengan Encik Faliq Alfie?!" Satu suara garau lelaki ditalian.

" Iya... Saya Faliq Alfie. Siapa ya?!"

" Saya Inspektor Hanif dari IPD Dang Wangi. Asnida Kamaruddin ni kakak Encik ke?!"

" Iya.. Dia kakak kandung saya. Kenapa ya?!" Apa pula Angah dah buat ni sampai polis call, bisik hatinya.

" Harap Encik dan keluarga banyak-banyak bersabar ya. Kakak Encik terlibat dalam kemalangan maut. Dan, mangsa sudah dibawa ke hospital. Keadaannya parah.."

Allahuakhbar..!! Bagai nak gugur jantung Faliq. Menggigil seluruh badan. Ya Allah  Angah!!!  Tanpa berlengah dia terus menukar pakaian dan terus memberitahu kedua orang tuanya. Serta-merta airmata Puan Asmah mengalir apabila dikhabarkan dengan berita mengejut itu. Anak-beranak itu segera ke hospital. Tiada siapa menduga, tiada siapa menyangka. Kejadian berlaku sekelip mata. Sepanjang perjalanan ke hospital, hanya doa yang mengiringi. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku