Kerana Janji
Bab 153
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Faliq menghampiri ibubapanya yang sedang menunggu di hadapan bilik kecemasan. Risau dan sedih muka mereka. Tak putus berdoa untuk Asnida. Sudah empat jam Asnida diberi rawatan tapi masih belum tahu lagi beritanya.

" Papa.. Mama...!!"tegur Faliq dengan tawar.

" Dah selesai ke Alang? Apa polis cakap?" Tanya Encik Kamaruddin.

"Dah.. Angah terlibat dalam kemalangan ni akibat pengaruh alkohol, mabuk pa.. Kemungkinan dia bawa kereta laju, tak dapat kawal dan terbabas langgar penghadang jalan. Mujurlah tak melibatkan kenderaan lain.. " terang Faliq.

" Mabuk?! Astagfirullah Al Azim. Sampai macam tu sekali Angah buat.."keluh Encik Kamaruddin.

"Sabar pa..!!" Puan Asmah tak mampu nak cakap apa dah. Hanya airmata saja yang mengalir. Faliq memeluk mamanya, memberi kekuatan. Ibubapa manalah yang tak sedih dengan perbuatan si anak. Dan kini, bertarung nyawa antara hidup dan mati.

" Papa mama baliklah dulu. Biar Alang yang tunggu. Lagipun Along on the way dah ni. Nanti apa-apa Alang call papa.."

" Baiklah..!"

" Mama sabar ya.. Kita doakan untuk Angah.." kata Faliq. Puan Asmah hanya mengangguk. Tiada sepatah katapun. Puan Asmah dan Encik Kamaruddin meninggalkan Faliq sendirian. Faliq menyandarkan badan dikerusi. Jam sudah menunjukkan angka 9 pagi.

 Faliq termenung lagi. Memikirkan nasib Asnida. Dengan apa yang dia pernah lakukan selama ini pada kehidupannya sendiri dan pada orang lain. Sungguh menginsafkan dirinya. Mungkin ini salah satu balasan Allah padanya, andai dia diberi peluang untuk bernafas lagi dibumi Allah. Moga dia bertaubat dan insaf atas segala perbuatannya dan andai Allah mengambil nyawanya, semoga perbuatannya diampunkan oleh Allah. Semua ini atas kehendak Allah, Allah yang tentukan segalanya. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Faliq mengeluarkan handphone dan menghubungi Adil.

" Busy ke?!" Tanya Faliq. Perlahan suaranya.

" Taklah. Baru nak turun breakfast ni dengan Wan.." jawab Adil.

" Aku nak info something ni bro.."

" Info? Okey!! Info apa?"

" Aku dekat hospital ni . Ash accident.."

" Accident? Subhanallah.. Bila?" Terkejut Adil.

" Dalam jam empat pagi tadi.."

" So, keadaan dia macam mana?!"

" Tak pasti, masih dalam bilik kecemasan. Cuma nurse cakap keadaannya parah.."

" Allahuakhbar..!! Sabar bro, sabar banyak-banyak. Kejab lagi aku dan Wan gerak ke hospital . Sabar okey!!" Kata Adil. Berdebar.

" Oraite..!!" Faliq terus mematikan talian. Setiap seorang kenalannya dihubungi memberitahu akan keadaan Asnida. Meminta mereka mendoakan untuk Asnida. Kejadian berlaku sekelip mata. Kehendak Allah, tiada siapa tahu. Cuma, Faliq kesal. Asnida terlibat dalam kemalangan dengan keadaan dia mabuk. Tak tahu macam mana azabnya dia tanggung. Allahuakhbar.. !! Sedih sangat.!

Sedang asyik melayan perasaan sedihnya. Doktor wanita bertudung keluar dari bilik kecemasan itu. Terus sahaja Faliq berdiri.

" Awak adik mangsa ?!" Tanya Doktor itu.

"Iya saya.. Macam mana kakak saya?!"

"Dia koma. Kecederaan parah dikepala. Dia banyak kehilangan darah. Buat masa ni bekalan darah kami tidak mencukupi. Jadi, kakak awak perlukan penderma darah segera untuk selamatkan nyawanya. Apapun, banyak-banyak berdoa. Sabar ya.." Doktor senyum.

Allahuakhbar!! Tiada apa yang mampu dicakapkan lagi. Hanya mengangguk. Faliq melangkah masuk ke bilik tersebut. Mahu melihat sendiri keadaan Asnida. Pintu dikuak perlahan-lahan kakinya melangkah. Ditatap setiap inci wajah Asnida, pucat lesi. Terlantar kaku dikatil, hanya hidup bergantung pada mesin alat bantuan pernafasan. Darah diperlukan segera untuk terus menjalani kehidupan. Kemudian, Faliq keluar semula. Tidak sampai hati melihat keadaan Asnida begitu. Sebentar lagi Asnida akan ditolak ke bilik rawatan rapi(ICU). Dia kembali duduk di ruangan menunggu tadi. Menundukkan kepala memandang ke lantai. Termenung.

"Aliq..!!" Tegur Adil. Faliq menoleh. Senyum tawar.

"Macam mana keadaan Ash?!" Tanya Zahwan.

" Dia koma. Sekejab lagi nak di tukar ke ICU.." tenang Faliq beritahu.

" Allahuakhbar..!! Macam mana dia boleh..."

" Polis cakap dia mabuk. Bawa kereta pula laju. Tu yang tak dapat kawal dan langgar penghadang jalan. Mujurlah tak melibatkan kenderaan lain.." terang Faliq lagi.

" Sabar bro.. Sabar banyak-banyak.. Dugaan untuk family kau.." Adil menepuk lembut bahu Faliq menenangkan kerisauan sahabatnya. Faliq mengangguk.

"Ash banyak kehilangan darah. Perlukan bekalan darah segera beb, kalau tak dia..." terputus kata-kata Faliq. Tak sanggup meneruskan kata.

" Iye ke?! Tak apa Liq, kita usahakan sama-sama. Sekarang ni apa yang penting, nyawa Ash. Jom kita jumpa doktor sekarang. Aku boleh derma, insha Allah.." Pantas Adil berkata.

" Yupp betul cakap Adil. Jomlah..Aku pun boleh.." Zahwan pun setuju.

"Eh!! Korang ni, betul ke ni?!" Faliq sangat terharu dengan tindakkan dua sahabatnya ini.

" Kenapa?! Kau ingat kami tak betul k
Ek?!" Adil bergurau. Senyum, dia faham perasaan Faliq ketika itu.

" Hahaha.. Bukan macam tu bro, cuma aku rasa macam..."

" Dah.. Dah.. Kau tak payah fikir apa-apa. Insha Allah,kami akan tolong yang termampu kami.." kata Adil.

" Iya Liq.. Kita sahabat dunia akhirat kan.." Zahwan pula mencela. Senyum.

" Terima kasih sahabat..!!" Faliq senyum lebar. Tanpa berlengah mereka bertiga terus berjumpa Doktor yang merawat Asnida tadi. Nilai persahabatan sangat penting. Susah senang sama-sama rasa. Faliq jadi serba salah sebenarnya pada Adil dan Zahwan. Masing-masing pernah dianiayai oleh Asnida sendiri. Lebih teruk lagi Adil tapi mereka berdua masih mahu membantu. Tiada sikit pun simpan perasaan marah dan dendam pada Asnida.  Tidak fikir panjang pun mahu meringankan kesengsaraan Asnida ketika itu. Faliq sangat terharu dan sangat bersyukur diberikan dua sahabat yang amat baik dan memahami.

Bila niat yang baik dan doa yang baik, Allah permudahkan segalanya. Darah mereka bertiga sesuai dengan darah Asnida. Proses menderma juga berjalan lancar. Tiada halangan. Ya Allah!! Faliq sangat bersyukur. Terima kasih Ya Allah..!! Sangat happy.

" Adil.. Wan.. Terima kasih banyak-banyak. Aku tak tahu macam mana nak balas budi korang ni. Walaupun Ash dah buat macam-macam dekat korang tapi korang masih nak tolong dia bro.. Aku sangat terharu..!!" Faliq meluah isi hatinya.

" Liq.. Aku tak minta dibalas apa-apa pun. Selagi aku boleh tolong, aku akan tolong sehabis mugkin. Insha Allah, segalanya akan dipermudahkan. Kita doa sama-sama.." kata Adil.

" Apa yang ada pada kita semua ni pinjaman je bro. jadi tak salah kita berkongsi pada yang memerlukan.. Kan..!!" Kata Zahwan pula. Faliq senyum dan mengangguk.

" Okeylah!! Kami gerak dulu. Apa-apa news info ye.. " Mereka bersalaman dan terus meninggalkan Faliq. Faliq senyum. Dikala dia sedang dilanda kesedihan dan kerisauan, sahabat-sahabatnya datang memberi semangat padanya. Sahabat dunia akhirat. Susah senang bersama.

Faliq menuju ke wad, Asnida sudah ditukar ke bilik khas untuknya. Permintaan Faliq sendiri. Lalu duduk di kerusi menghadap tubuh kaku Asnida. Mengambil surah yassin diatas meja dan baca dengan tenang sekali. Sedap suaranya. Tanpa sedar airmata Faliq mengalir. Dia berhenti membaca, melihat wajah Asnida. Mengesat airmata dan sambung baca lagi. Sayu sungguh keadaan dalam bilik itu. Apabila habis bacaannya, Faliq meletakkan semula surah Yassin diatas meja tadi.

Tiba-tiba pintu dikuak. Amiza muncul bersama suaminya. Terus Faliq bersalaman dengan Amiza.

"Ya Allah Angah..!!! " Airmata Amiza terus menitis. Faliq memeluk erat kakak sulungnya itu. Keduanya menangis kesedihan.

"Sabar Along..!! Sabar..!!" Faliq menenangkan Amiza. Amiza tak dapat menahan kesedihan melihat keadaan Asnida. Satu-satunya adik perempuan yang tinggal. Teringat dia akan arwah adik bongsunya. Tak sanggup dia kehilangan adik perempuannya lagi. Tidak lama kemudian, Puan Asmah dan Encik Kamaruddin pula masuk. Bagai nak gugur jantung Puan Asmah melihat keadaan Asnida yang terlantar kaku. Faliq memeluk mamanya pula. Dua beradik itu menenangkan hati Puan Asmah. Suasana sangat sedih dan sayu. Hanya esakkan tangis dari mereka dan bunyi mesin perubatan. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan lagi.


Masing-masing didalam kesedihan. Macam mana pun jahatnya sikap Asnida tapi dia tetap disayangi oleh ahli keluarganya.

" Alang.. Doktor cakap apa?!" Tanya Encik Kamaruddin.

"Kepala Angah cedera parah Pa, Ma..!! Banyak darah hilang, doktor cakap perlukan penderma segera untuk keselamatan Angah. Tapi tadi Alang, Adil dan Zahwan dah derma. Syukur Alhamdulilah pa, semua berjalan lancar tadi..." terang Faliq pada semua.

"Adil dan Zahwan?!" Tanya Encik Kamaruddin lagi. Terkejut dengar.

"Ya pa.. Tadi Alang ada bagitahu mereka. Mereka terus datang. Sampai je sini terus mereka jumpa doktor.." sambung Faliq lagi.

" Baiknya hati mereka. Walaupun macam-macam Angah dah buat pada mereka. Terharu papa. Hanya Allah saja yang balas budi baik mereka.." mereka semua mengangguk.

"Alang dah makan?!" Tanya Puan Asmah pula. Faliq menggeleng perlahan.

"Alang pergilah makan dulu. Nanti Alang pula yang jatuh sakit. Kami tunggu Angah.."

" Iya Alang.. Jom Abang Long dan Along temankan. Kami pun tak makan lagi ni.. "

" Baiklah.." Faliq dan Amiza dan suaminya terus keluar. Puan Asmah duduk menghadap Asnida. Menitis lagi airmatanya. Puan Asmah pula mengambil Surah Yassin dan membacanya.
Melihatkan Asnida, teringat akan anak bongsunya yang juga pernah alami situasi yang sama. Tapi Allah lebih menyayanginya. Doa dan doa semoga Asnida diberi peluang untuk meneruskan kehidupan agar dapat menebus segala perbuatannya selama ini. Agar diberi kesempatan untuk bertaubat pada Allah taala. Itu harapan seorang ibu pada anaknya yang sedang bertarung nyawa itu.

Merdu suara Puan Asmah. Wajah Asnida yang berselirat dengan wayar itu ditenung sesekali,  menitis airmatanya lagi. Dikesat dengan tangan dan kemudian sambung membaca lagi. Hati ibu mana yang tidak pilu dan sedih melihat anak yang disayanginya terlantar kaku dihadapannya. Sayunya hati. Tanpa sedar, airmata Asnida mengalir. Walaupun dia koma, tidak mampu menggerakan badan, tidak mampu bersuara, tidak mampu melakukan apa-apa tapi dia hanya mampu untuk mendengar. Suara seorang ibu memberi semangat padanya. Ahli keluarga, rakan-rakan adalah semangat baginya untuk melawan segala kesakitan. Mereka adalah kekuatan untuk Asnida. Keluarga adalah segala-galanya. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku