Kerana Janji
Bab 154
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Mereka bertiga makan di kantin hospital. Agak ramai orang. Faliq hanya makan roti bakar dan teh tarik sahaja. Mereka duduk di hujung kantin. Memandangkan hanya meja itu saja yang kosong. Teh tarik itu dihirup perlahan. Tidak lama kemudian, Amiza datang bersama suaminya. Masing-masing membawa pinggan berisi nasi goreng dan mee goreng. Amiza duduk di hadapan Faliq.

" Makan ni je ke Alang?" Tanya Amiza.

"Tak ada seleralah Long..."

"Alang.. Alang dengan Aliaa macam mana?! Alang masih tak jumpa Aliaa lagi ke.." tiba-tiba Amiza bertanya. Tertelan liur Faliq.

"Entahlah Long. Puas Alang cari tapi tak jumpa.." jawab Faliq perlahan.

" Alang tak tanya Adil, dan takkan dia tak bagitahu apa-apa kut?!"

" Ada Alang tanya. Adil tak cakap apa-apa sebab dia dah janji dengan Aliaa takkan bagitahu sesiapa mana lokasi dia sekarang. Belum sedia katanya.." terang Faliq lagi.

" Hmm.. Tak apalah. Nanti sejuk juga tu hatinya. Biasalah Alang, nama pun perempuan. Kalau dah merajuk memang susah nak dipujuk. Kita ni lelaki yang kena pandai-pandailah. Sabar je ye.." Rashid bersuara memerli. Menjeling pada isterinya. Bergurau. Faliq senyum.

" Jadi, lelaki kenalah faham. Jangan pandai nak menyakiti hati perempuan je. Dah sah-sah hati perempuan ni sensitif. Bila dah merajuk baru kelam-kabut.." Hampir tersedak Faliq minum. Memang betul-betul terasa hatinya dengan kata-kata Amiza. Pucat terus mukanya. Tapi dia buat selamba saja kerana dia tahu salah dia.

Setelah habis makan, Amiza dan Rashid kembali ke wad manakala Faliq minta diri mahu pulang ke rumah dan mahu masuk kerja. Ada meeting penting petang ni. Hatinya masih tidak tenang selagi keadaan Asnida belum stabil. Sangat risau. Mujurlah ada Amiza, boleh gantikan dia menunggu Asnida di wad. Tidak sampai hati dia mahu mama dan papanya yang tunggu. Selepas balik kerja nanti dia akan segera ke hospital semula. Apapun, tanggungjawabnya pada kerjaya perlu didulukan juga. Kerana itu adalah punca rezeki dia. Faliq juga sudah beritahu pada Elly, memang terkejut besarlah Elly. Memang huru-hara dia jadinya. Katanya petang balik dari butik baru dapat melawat Asnida, dia pun tengah busy buat persediaan tempahan pelamin dan baju pengantin minggu ini. Nak kena siapkan baju pengantin dahulu katanya. Faliq banyak berterima kasih pada Elly, kerana Elly yang banyak membantu dalam urusan butik. Dia pula sesekali saja dapat menjenguk kerana komitmen dengan kerjayanya sendiri.

Sampai di office, Faliq terus masuk ke dalam biliknya. Agak kelam-kabut sikit. Kemudian, muncul Nizam.

"Nizam.. Tolong check kan jadual saya untuk minggu ni. Padat tak?!" Tanya Faliq. Tangan terus ligat menyusun beberapa buah fail untuk dibawa ke bilik mesyuarat sebentar lagi.

" Esok ada appointment jam11.00pagi di Hulu Kelang. Khamis Encik Faliq free. Jumaat jam9.00pagi Damansara dan petang jam4 meeting dengan Big Boss. Setakat ni itu je.." terang Nizam.

" Esok minta Nora tolong ganti tempat saya. Kakak saya accident, sekarang ni koma. Jadi saya nak kena jaga dia.. " kata Faliq.

"Masya Allah..!!  Bila accident?" Tanya Nizam.

"Subuh pagi tadi. Tu yang serabut saya ni, lepas meeting nanti saya terus ke hospital lagi. Tak sampai hati pula nak biarkan mama saya yang jaga. Koma kan, macam-macam boleh terjadi.." sambung Faliq lagi.

" Baiklah Encik Faliq. Takziah dari saya. Sabar banyak-banyak Encik. Moga Allah permudahkan segalanya.." ucap Nizam.

"Aaminn.. Terima kasih Nizam.. Semua dah sampai ke?!"

" Yang lain dah dalam bilik mesyuarat. Tunggu Encik Faliq dan Mr. Chew je. Tapi rasanya Mr. Chew dah sampai kut.."

"Okey!! Jom.." Faliq mengambil fail dan kertas kerja diatas mejanya. Sebelum keluar bilik, sempat matanya memandang potret Aliaa dan senyum lalu terus meninggalkan bilik dan menuju ke bilik mesyuarat pula. Potret itu yang menjadi semangatnya setiap kali memulakan kerja. Potret Aliaa Sofea sebagai sumber inspirasinya.

Mesyuarat yang memakan masa hampir sejam setengah itu pun tamat. Perbentangan yang jelas dan padat amat dikagumi oleh beberapa syarikat pemaju untuk projek barunya. Berpuashati.


Betul-betul memberi keyakinan pada mereka. Patutlah Encik Zack pun turut memuji kehebatan Faliq. Cadangan yang bernas dan mampu memberi lumayan pada syarikat mereka. Idea anak muda. Tak sia-sia bekerjasama. Setelah selesai semuanya,tanpa berlengah Faliq terus keluar dari office dan memandu pula ke hospital. Rasa bersalah pula pada Amiza, baru sampai dari Melaka terus kena jaga Asnida pula. Kasihan dia. Mesti penatnya pun tak habis lagi. Cetus hati Faliq.

Sampai sahaja di hospital, Faliq berjalan perlahan menuju ke lift pula. Belum sempat tekan butang lift, dia ditegur oleh seseorang dari belakang. Faliq terus menoleh. Terpaku seketika. Lokman dengan penampilan yang sangat berbeza berdiri tegak di belakangnya. Tersenyum. Faliq membalas senyuman. Hampir-hampir tidak kenal.

"Alang apa khabar, Alang sihat?!" Tanya Lokman. Faliq bersalaman dengannya.

" Alhamdulilah sihat Abang Ngah.."

"Boleh kita jumpa kejab. Ada hal Abang Ngah nak cerita. Kita ke kantin?!" Pinta Lokman.

" Boleh.. Boleh.. !! Jom...!!" Mereka terus berjalan bersama. Sampai di kantin, mereka hanya memesan air sahaja.

" Abang Ngah dah tengok Angah?!" Tanya Faliq lembut.

"Dah.. Baru je. Abang Ngah nak minta maaf dekat Alang dan family semua.." Lokman memulakan cerita.

"Minta maaf kenapa?!" Faliq berkerut.

" Sebenarnya Angah jadi macam tu sebab Abang.." Lokman terdiam. Berat rasa hatinya mahu berterus-terang.

"Sebab Abang Ngah? Alang tak faham?!"

" Sebenarnya Angah tu seorang yang baik. Isteri yang baik, dia tak pernah buat hal pun dekat family abang. Cuma.. iyalah, perkahwinan kami pun bukan atas suka sama suka. Jadi, kedegilan dan ego dia tu memang kita pun faham kan.." Faliq mengangguk. Lokman senyum.

"Selama kami kahwin, abang selalu je tinggalkan dia. Jarang duduk rumah. Kadang Angah masak, abang langsung tak makan. Abang biarkan je dia. Abang sibuk dengan kerja, abaikan dia sedangkan dia perlukan perhatian abang. Dalam seminggu sehari dua je abang balik rumah, itupun sekejab je.." sambung Lokman lagi. Ada nada sedih disitu.

" Abang kaburi Angah dengan duit. Setiap kali abang outstation, abang akan bagi dia duit. Berapa je dia nak, abang akan bagi. Sebab abang taknak dia asyik tanya je, abang nak kemana? Berapa lama? Dengan siapa? Abang bosan dengar. So, bila abang bagi duit dia akan senyap. Tapi sebenarnya, abang bukan pergi outstation. Tapi abang pergi rumah scandal abang. Budak muda satu office abang, merangkap P.A abang.." Lokman menundukkan kepala memandang cawan didepan mata. Bersalah.

"Ha?? Astagfirullah Al Azim. Betul ke apa yang Abang Ngah cakap ni?!" Faliq sangat terkejut. Orang yang disangka baik, rupanya.

"Iya Alang. Abang tak tipu.." Jujur.

" Angah tahu tak perkara ni?!"

"Mula-mula dia tak tahu. Tapi ada satu hari tu, kami terserempak di salah satu kelab malam. Memang perang besar dan itu yang kami cerai tiba-tiba. Tak ada sesiapa pun tahu, family abang pun tak tahu abang ada scandal. Hidup kami dah macam suami isteri. Dah tak ingat dosa pahala, halal haram semua dah tak ingat. Abang minta maaf Alang.. " airmata lelakinya menitis dihadapan Faliq.

"Tapi kami tengok. Abang Ngah okey je. Abang solat tak tinggal, ikut papa ke masjid, abang mengaji.."

"Itu semua lakonan abang je. Memang depan family Alang, abanglah yang terbaik, tapi sebenarnya tak. Depan family abang sendiri pun abang buat macam tu. Abang fikir dengan duit abang boleh buat apa yang abang nak. Semua abang dapat tapi abang silap. Sekarang, abang dah hilang semua. Hilang harta, hilang bisness,hilang kemewahan, family abang pun dah buang abang bila dapat tahu abang ada scandal dulu. Mereka malu dengan family Alang. Mereka sayang Angah.. "Luahnya.

"Habis abang dengan budak tu macam mana?!"

"Lepas je family abang buang abang. Kami putus. Dan, lepas dari itu, abang pindah ke Kelantan. Abang nekad abang nak berubah, abang pelajari ilmu agama. Abang belajar bersama budak-budak pondok. Banyak abang belajar dari kehidupan mereka. Abang insaf, abang bertaubat, abang menyesal dengan kehidupan abang sebelum ni. Abang nak tebus salah abang pada Angah.

Abang tahu setiap gerak geri Angah di sini. Kasihan Angah. Jadi macam ni sebab Abang. Abang yang tak bimbing dia selama kami kahwin sedangkan dia isteri yang baik. Abang gagal jadi suami. Abang menyesal sangat.  Angah tak macam ni sebenarnya Alang. Lepas dia tahu abang ada scandal tu sikap dia semakin berubah. Dia kecewa sangat dan kecewa sebab abang tak tunaikan janji abang. Abang tipu dia, abang janji nak beri kebahagiaan padanya, tak curang padanya. Dia percaya dengan janji tu tapi akhirnya abang mungkiri. Kerana janji tu juga dia marah dan dendam dekat abang sebenarnya tapi dilepaskan pada Adil. Maafkan abang Alang..!! Maafkan abang!!.." Faliq menarik nafas dalam. Simpati dengan nasib Asnida, selama ini Asnida langsung tak pernah cerita sikit pun keburukkan Lokman dan langsung tak pernah mengadu apapun tentang rumahtangganya pada mama. Dia pendam sendiri.

"Tapi, bila abang nekad berubah. Alhamdulilah, Abang rasa tenang sekarang, Allah bagi peluang dekat abang untuk berubah. Allah bagi petunjuk dan hidayah pada abang. Dan, rakan kongsi perniagaan abang dulu pun minta abang kembali kerja dengannya. Abang bersyukur sangat. Dan, sekarang ni abang mulakan hidup baru dari bawah semula..." panjang lebar Lokman meluahkan.

" Alhamdulilah, syukurlah Abang Ngah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Insha Allah, niat yang baik Allah akan permudahkan" Faliq senyum.

" Terima kasih Alang. Terima kasih sangat-sangat. Abang malu sebenarnya dengan family Alang. Walaupun abang dah buat anak mama dan papa, tapi mereka layan dan terima abang dengan baik. Abang tak tahu nak cakap apa. Abang malu sangat Alang, malu.. Maafkan Abang..!!"airmata penyesalan menitis lagi.

"Abang Ngah.. Kita ni hanya manusia biasa, tak lari dari buat kesilapan. Kami tak ada hak untuk menghukum. Memaafkan itu lebih baik dari berdendam.. "

" Terima kasih Alang..!! Abang masih sayang Angah.." kata-kata akhirnya.

"Alhamdulilah.. Baguslah kalau macam tu.."
Faliq senyum. Termenung seketika. Allah tunjukkan segala-galanya yang dia sendiri dan family nya tak pernah tahu selama ini apa yang dialami oleh Asnida.

Benarlah orang kata. Isteri itu adalah acuan bagi suami. Baik suaminya maka baiklah isterinya, jika buruk suaminya maka buruklah isterinya. Suami yang baik adalah suami yang mampu bimbing isteri ke jalan ilahi bukan yang beri segala kemewahan. Apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.

Bahaya kuasa janji. Hanya pada mereka yang tahu menghargai saja yang tahu betapa pentingnya sebuah janji dan bertangungjawab untuk tunaikan. Kerana janji seseorang itu boleh berubah kepada kebaikan dan kerana janji juga boleh mengubah seseorang itu kepada keburukkan. Jangan berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai bisa melukai hati seseorang dan boleh menjadi dendam. 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku