Kerana Janji
Bab 155
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Tiga hari berlalu, Asnida masih lagi belum sedar dari koma. Tiada perubahan. Faliq lah yang setia menunggu, pagi petang malam. Kadang-kadang Adil dan Zahwan turut menemaninya. Faliq paling risau, sebelum pergi dan balik kerja singgah hospital, waktu lunch ke hospital. Setiap masa. Terkejar-kejar dia. Siapa lagi yang mahu menjaga Asnida kalau tidak dia sendiri. Puan Asmah waktu siang saja sekejab, sewaktu Faliq kerja. Tidak sampai hati membiarkan mamanya menunggu dan tak sampai hati juga mahu meninggalkan Asnida terlantar sendiri. Biarlah dia korbankan masa, penatnya untuk menjaga Asnida. Biar dia sendiri berada disisi kakaknya. Lokman datang melawat setiap petang sebaik habis kerja. Nampak kesungguhan Lokman mahu menebus silapnya.

Selepas appointment pagi tadi dia menuju ke hospital. Hatinya berdebar-debar sejak tadi. Risau akan keadaan Asnida. Tak tenang. Faliq memandu laju. Sepanjang perjalanan, tak putus berdoa untuk Asnida. Semoga tiada apa-apa yang berlaku. Sampai sahaja di hospital, dia terus berjalan menuju ke wad. Sewaktu melewati satu lorong, Faliq memberhentikan langkah. Seorang wanita melintas dihadapannya tapi wajah tidak jelas. Melihatkan gaya wanita itu seperti dia mengenali.

"Eh! Tu macam Aliaa.."Faliq hanya memerhatikan lenggang lengguk wanita itu dari jauh. Berkerut dahinya. Terpaku.

"Tak mungkinlah. Tapi gaya dia sebiji Aliaa. Ish!!" Sambungnya lagi. Faliq memerhati sampai hilang kelibat wanita itu dan berjalan semula. Pintu dikuak perlahan. Elly bersama Encik Zack berada didalam wad itu. Teresak-esak Elly menangis. Faliq bersalaman dengan Encik Zack.

"Baru sampai ke?!" Tanya Faliq pada Encik Zack.

"Adalah 20minit. So, macam mana Ash?!"

"Macam tulah. Masih tiada perubahan.." jawab Faliq.

" Sabarlah. Doa banyak-banyak.." Faliq senyum. Elly masih lagi menangis, duduk dihadapan Asnida. Tangan Asnida digenggamnya. Sedih teramat sedih. Tak sangka kawan gaduhnya kini terlantar kaku diatas katil. Suasana sayu seketika.

" Ash!! You kena kuat tau, kena lawan sakit you. You kena sembuh sebab i rindu nak gaduh dengan you. I doakan you cepat sembuh.. I sayang you Ash, you kawan i dunia akhirat.." Elly berbisik di telinga Asnida. Semakin deras airmatanya. Lalu, terus menghampiri Encik Zack. Tisu dikeluarkan dan menyapu airmata.

" Faliq.. Kalau ada apa-apa news pasal Ash, info i ye.." Faliq mengangguk. Senyum.

" Sorry Elly..!! Buat masa ni saya tak dapat nak urus butik. Minta tolong awak uruskan dulu ya. Busy kerja, dengan Ash lagi.."

"Tak apa Faliq, i faham. Insha Allah i akan uruskan. Jangan risau..!! "

"Thanks Elly.. Hmm.. Nak tanya, selama awak dekat sini tadi, ada tak sesiapa datang?!" Tanya Faliq ingin tahu. Elly dan Encik Zack berpandangan sesama.

"Tak ada. Kami sampai tadi pun tak ada sesiapa dekat sini. Kenapa Faliq?!" Kata Encik Zack.

" Erm.. Tadi saya nampak macam Aliaa. Tapi tak perasan pula mukanya, tak jelas. Tapi gayanya, Aliaa.. " terang Faliq.

"Oh ya ke?! Tapi memang tak ada sesiapa datang sampai you datang ni lah.." balas Elly pula.

" You rindu Aliaa yaa!" Teka Elly. Elly sengaja.

"Eh! Taklah. Tanya je.." Faliq menafikan. Sengeh macam kerang busuk. Encik Zack pun senyum. Ego lelaki.

" Kami minta diri dulu.. Assalammualaikum..!" Elly dan Encik Zack terus keluar. Faliq menghampiri Asnida, diurut-urut tangan kakaknya.

" Angah.! Kami semua rindu Angah. Angah kena cepat sembuh ya. Alang tahu, Angah kuat. Tak ada kawan gaduh Alang. Kami semua sayang Angah.." bisik Faliq ditelinga Asnida. Menitis airmatanya. Tak sanggup dia melihat si kakak terus kaku macam itu. Faliq bangun dan mengesat airmata. Sedih yang teramat. Faliq masuk ke bilik dan kemudian keluar semula. Duduk di hadapan Asnida, mengambil surah Yassin.

Diluar, cuaca panas terik. Keadaan lobi hospital agak kelam-kabut sikit. Lebih kelam-kabut bila ambulans datang membawa pesakit. Terkejar-kejar jujurawat bersama doktor mendapatkan pesakit yang baru dibawa turun dari ambulans. Penuh dengan darah di pakaian, koyak rabak seluar. Mungkin kemalangan. Cepat-cepat mereka menolak troli pesakit ke bilik kecemasan.

Berat tugas seorang doktor dan jururawat  mahu menyelamatkan nyawa seseorang. Adil memandang sekeliling. Sungguh menginsafkan dirinya. Dia berjalan perlahan menuju ke lift. Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Membuka aplikasi whatsapp. Seseorang menghantar whatsapp padanya.

" Kalau dah sampai hospital. Datang bilik saya dulu ya. Ada hal penting. Jangan lambat. Byee..!!" Whatsapp dari Doktor Dina.

"Ada hal penting?! Hal apa pula ni.. " Adil bercakap sendiri. Berkerut. Ting!!! Pintu lift terbuka saja terus dia berjalan laju ke bilik Doktor Dina. Pintu diketuk. Lalu,terus menolak pintu itu. Kelihatan Doktor Dina sedang leka menyemak fail berwarna kuning dihadapannya. Tersenyum menyambut kedatangan Adil.

"Aik!! Cepatnya sampai." tegur Doktor Dina.

"Kebetulan awak whatsapp, saya baru sampai. Apa yang penting ni.." Adil duduk dihadapan Doktor Dina. Tepat memandang wajah manis Doktor Dina. Tidak sabar mahu tahu. Doktor Dina buat selamba saja. Tiba-tiba mata Adil ditutup oleh seseorang. Terkejut Adil.

" Ni lah yang penting ni.. Hahaha!!" Gelak Aliaa happy. Terus salam dan cium tangan Adil dan duduk di sebelah Adil.

" La illaha ilallah.. Adik!! Bila sampai? Balik sini dengan apa? Kenapa tak info abang nak balik?!" Bertubi-tubi Adil tanya. Aliaa gelakkan saja.

" Surprise!!!" Doktor Dina gelak kecil.

"Banyaklah surprise. Abang tanya, tolong jawab.." kata Adil, tegas.

"Hmm.. Okey!! Balik dengan Encik Boss lah, dengan siapa lagi. Baru sampai pun.."jawab Aliaa.

"Habis ke sini?!"

"Tadi sampai, Encik Boss ambil Elly dan terus ke hospital ni. Diaorang melawat Asnida.."

"Adik dah tengok dia?!"

"Dah abang. Tak sampai hati nak tengok. Sedih sangat.. Tapi abang jangan info Faliq atau sesiapa pun adik datang. Tadi pun tengok kejab je. Selamat tak kantoi dengan Faliq. Fuh!!" Terang Aliaa. Menarik nafas lega.

"Pula. Munculkan jelah diri tu. Janganlah ego sangat adik oii. Kasihan Faliq tu dik. Berapa lama nak buat dia macam tu. Awak tu pun sayang dia lagi kan. Saja nak mendera hati orang kan..!!" Cuba memujuk hati Aliaa yang keras macam batu.

"Abang...!!Adik datang sini bukan sebab nak cerita pasal ni tau. Adik datang sini nak bagi darah dekat Asnida.."kata Aliaa.

" Ha?? Nak bagi darah? Nak derma?" Terkejut Adil dengar.

"Iyalah.. Elly ada info Asnida perlukan darah. So, adik ajaklah Encik Boss balik sini nak sedekahkan darah dekat Asnida.." kata Aliaa lagi.

" Dina.. Boleh ke?" Adil tanya Doktor Dina. Belum sempat Doktor Dina jawab,Aliaa terus menjawab.

"Bolehlah abang..!! Adik sihat walafiat.."

"Tapi Doktor Dina cakap, tekanan darah adik rendah. Adik tak boleh..."Aliaa potong cakap Adil.

"Abang.. Itu hari tu punya keslah. Waktu tu kan adik baru lepas kena bedah, memanglah tak stabil. Sekarang ni adik sihat. Tak ada apa-apa problem. Tak caya tanya Doktor Dina.. Ooo.!! Abang diam-diam ek, rupanya dia ada scandal dengan Doktor Dina ek.. Ada hikmah juga adik masuk hospital kan.. kan.. Hahahaa..!"

"Mana ada. Memandai aje..!!" Adil menafikan. Doktor Dina tersipu malu. Sempat lagi Aliaa kenakan abangnya.

" Elehhh.. Malulah tu. Kan Doktor kan..!!"

" Dia ni kan!!" Adil mengetuk kepala Aliaa. Tengah serius boleh lagi dia bergurau.

" Aduh!! Sakitlah.." Aliaa menyapu-nyapu kepalanya. Menjeling manja.

"Padan muka!! Abang tak benarkan adik nak sedekah darah.."

"Ish!! Abang ni.. Niat adik baik tau. Nak dapat pahala, abang tak bagi pula.." Berkerut

" Bukan macam tu, tapi masalahnya kesihatan adik bukan okey sangat pun. Risiko tau tak?!" Adil bantah sebantah-bantahnya.

" Tapi masalahnya adik okey lah!! Sihat je ni. Dah buat blood test pun tadi. Semua okey lah.. Doktor Dina tolong info abang.. Orang nak jadi baik pun tak boleh, jadi jahat kang baru tahu.." Aliaa merungut.

" Dina?!" Adil bertanya pada Doktor Dina pula.

"Lain semua okey. Tapi tekanan darah cukup-cukup makan je.."

" Ha!! Abang dengar tu. Okey kan?! Tak ada problem. So, boleh adik sedekah darah ni.." Cepat-cepat Aliaa jawab. Siap buat isyarat peace lagi.

" Cukup-cukup makan je dik. Aduhaiii budak ni..!!" Adil menyapu muka dengan  tangan.


" Okeylah tu cukup-cukup makan. Dari tak makan langsung.." Doktor Dina gelak lagi.

"Ish!! Menjawab je kan. Hmm..!" Pening kepala Adil melayan karenah degil Aliaa.

"Abang jangan risau, bila adik derma darah. Adik akan dapat darah baru. Takkan habis darah ni abang. Jangan risau ya..!! Eh!! Bukan abang pun ada bagi darah dekat Asnida juga ke.. kan..kan.. kan..!!" Adil senyum.

"Iya.. Tapi abang sihat, semua okey!! Adik tuu...!!"

" Adik pun okeylah.. Abang..!! Adik faham apa abang fikir. Asnida perlukan darah segera. Tak salahkan adik nak tolong. Mungkin dengan darah yang tak seberapa ni boleh bantu dia untuk meneruskan kehidupan dia. Untuk dia bertaubat pada Allah. Family dia perlukan dia. Abang selalu cakap dekat adik kan. Niat yang baik, Allah akan permudahkan. Abang lupa?!" Terang Aliaa dengan suara yang lembut sekali. Senyum memandang wajah risau abangnya. Ambil hati Adil.

" Iya Dik..!! Abang tak pernah lupa. Tapi abang risau adik.."

" Abang kena yakin dengan adik. Doktor Dina ada, dia akan pantau adik nanti. Abang percaya pada adik kan.. ?!" Aliaa senyum lagi. Menggenggam erat tangan abangnya. Memberi keyakinan pada Adil. Adil memandang Doktor Dina dan Doktor Dina mengangguk. Dia pun tak boleh cakap apa, Aliaa tetap dengan keputusannya. Degil tetap degil.

" Abang.. Boleh kan?!" Aliaa buat muka kasihan. Adil memejamkan mata dan menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan. Memandang tepat ke wajah Aliaa. Mengangguk perlahan.

" Terima kasih abang. Terima kasih banyak-banyak. Adik sayang abang..!!" Seronok Aliaa. Terus bangun nak memeluk bahu abangnya. Sempat Adil menjeling pada Doktor Dina. Muka pasrah sajalah Adil. Doktor Dina dan Aliaa terus berjumpa dengan doktor yang merawat Asnida. Adil pula ke wad Asnida mahu melawat. Faliq kelihatan sedang duduk menunduk di depan pintu bilik wad Asnida. Muka risau. Sedih.  Adil terus menghampiri.

" Bro.. Kenapa ni?!" Tanya Adil.

" Ash..!!" Cemas.

" Kenapa dengan dia?!" Tanya Adil lagi. Berdebar hatinya.

"Jantung dia semakin lemah beb. Kritikal.. Darah pun masih tak cukup, aku tak tahu nak buat apa lagi Dil.. " Airmata Faliq mengalir.

" Allahuakhbar..!! Sabar Liq. Sabar..!! Kita hanya mampu berdoa sekarang ni. Insha Allah, semuanya akan okey!! Sabar okey..!!" Pujuk Adil. Dia pun turut merasai apa yang Faliq rasa.
Tiba-tiba teringat akan niat Aliaa. Aliaa akan menderma darah sebentar lagi. Harap dengan itu boleh bantu Asnida.

"Ya Allah!! Permudahkanlah segala urusan adik." Doanya didalam hati. Dalam masa yang sama dia juga risau akan Aliaa. Adiknya yang tetap degil itu. Ada saja jawapannya. Insha Allah.. Semuanya berjalan lancar.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku