Kerana Janji
Bab 156
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Selepas menunaikan solat Jumaat, Faliq dan Adil kembali semula ke hospital. Lega hati Faliq, keadaan Asnida dah kembali okey, denyutan jantungnya pun dah stabil cuma masih belum sedar lagi. Adil pula, masih lagi tak tahu khabar berita Aliaa. Entah sudah selesai atau pun tidak menderma darah. Hati dia pula tak keruan. Berdebar-debar saja selagi tak tahu berita. Cuba menghubungi Doktor Dina tapi tiada jawapan pula. Seorang risau akan kakaknya dan seorang lagi risau akan adiknya. Dua perasaan yang sama.

"Bro.. Lupa nak cerita. Tadi, masa aku nak ke wad Ash, aku nampak ada sorang perempuan tau. Macam Aliaa lah bro. Gaya dia, cara jalan dia, sebiji Aliaa. Dia ada dekat sini ke?!" Tiba-tiba Faliq bertanya. Tertelan liur Adil.

" Merepek je kau ni. Aliaa tengah busy kerja sekarang. Aku call pun dia tak layan." Adil menafikan. Terpaksa lagi menipu.

"Iyeke?! Tapi betul beb macam Aliaa. Cuma muka aku tak perasan. Aku nak kejar tapi terlekat pula kaki ni. Aku cuma perhatikan je.."  sambung Faliq lagi.

"Hahaha.. !! Kau ni mesti rindu adik aku kan. Sampai macam tu sekali.." perli Adil.

" Gila tak rindu.. Asyik mimpi dia je bro. Kalau dapat depan mata, mahu aku peluk dia tak lepas.."

" Oiii... Oiii... Dah halal ke nak peluk adik aku tu.." Adil menjeling. Gurau.

"Hahahaa... Alamak!! Terlepas cakap pula. Sorry Abang Adil.. Sorry..!! Hahaha.." Mereka berdua gelak bersama. Kereta terus meluncur laju.

"Bila agaknya hati Aliaa tu nak okey bro?! Selagi aku tak minta maaf dekat dia, selagi tu aku akan rasa bersalah.." luah Faliq.

" Aku pun tak tahu nak cakap apalah Liq. Puas aku pujuk dia. Makin aku yang kena marah adalah. Kata membebel macam mak nenek.."

" Hahaha.. "Faliq gelak.

"Ni aku nak tanya, tanya je tau. Kau jangan fikir lain pula.. "kata Adil.

"Okey.. Tanyalah.."

"Kalau Aliaa tak boleh terima kau semula macam mana Liq?!" Tersentak Faliq.

"Dia tak boleh terima aku lagi ke bro. Dia memang tak maafkan aku ke. Atau dia.."

"Bro... broo.. Relax.!! Kan aku cakap kalau. Dia tak cakap apa-apapun. Aku tanya je kan.." Faliq menarik nafas lega.

"Entahlah beb. Mahu putus jantung aku ni. Ish!! Tak tahulah nak cakap macam mana.."

" Sorry tau. Aku bukan nak patahkan semangat kau. Tak..!! Tapi aku tak jamin. Itu semua keputusan dia. Tunggu jelah ye.. "jawab Adil. Faliq mengangguk tanda faham. Dia pun tahu Aliaa macam mana. Pendirian dia kuat. Kalau dia cakap tak memang tak. Pasrah jelah Faliq.

Sampai di hospital, mereka jalan bersama ke kantin pula. Membeli air. Dahaga tekak. Dan membawa beberapa botol air dan roti. Puan Asmah menjaga Asnida sebentar, sementara Faliq solat Jumaat tadi. Sebelum keluar dari wad tadi, Encik Kamaruddin dan Puan Asmah berjumpa dengan Adil. Mengucap terima kasih pada Adil kerana sudi menderma darah pada Asnida. Terharu sangat mereka akan pertolongan yang tak seberapa dari Adil hingga menitis airmata Puan Asmah. Iyalah, dengan apa yang Asnida dah buat pada Adil selama ni. Tak sangka Adil sebaik itu dan sanggup membantu. Itu belum tahu lagi Aliaa juga turut menderma. Tapi awal-awal Aliaa dah beritahu Adil. Jangan sampai sesiapa tahu perkara ni. Dia taknak mereka rasa bersalah sebab niat Aliaa ikhlas mahu membantu.

Adil mengekori Faliq. Puan Asmah sedang duduk di sofa. Asnida masih kaku terlantar lagi. Senyum Puan Asmah melihat mereka. Mereka duduk di sofa juga.

" Alang.. Ada berita gembira..!!" kata Puan Asmah memulakan perbualan. Senyum.

"Berita gembira apa ma?!" Faliq berpandangan dengan Adil. Adil dapat mengagak berita tersebut. Adil mendengar sahaja.

" Tadi doktor datang. Alhamdulilah Alang. Ada orang yang baik hati budinya menderma darah pada Angah. Doktor cakap, dalam sehari dua kalau tak ada apa-apa Angah boleh sedar.." Gembiranya hati Puan Asmah terpancar sinar kegembiraan diwajahnya.

"Iya ke ma!! Ya Allah..!! Alhamdulilah.. Syukur kehadrat ilahi. Terima kasih Ya Allah..!! Siapa orang yang derma tu ma?" Faliq panjat kesyukuran pada Allah. Sebak hati Adil melihat anak beranak ini. Dia turut rasai keseronokan itu.

" Doktor tak cakap pula.." Adil hanya berdiam dan tersenyum.


" Hanya Allah je yang dapat balas jasa baik orang tu dan jasa baik Adil dan Zahwan juga. Terima kasih Adil.. Terima kasih sangat..!!" Adil tak mampu cakap apa-apa. Hanya senyum dan senyum.

"Iya Adil. Makcik pun terharu dengan Adil dan Wan. Terima kasih sangat-sangat.." Sedih pula Adil dengar.

"Sama-sama makcik. Saya tolong mana yang saya mampu, dan semua ni pun atas kehendak Allah.."Adil senyum. Mereka berbual kosong. Adil sempat menjeling pada Asnida di katil. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosamu Asnida,kata hati Adil.

Sedang asyik berbual. Handphone Adil berbunyi. Cepat-cepat Adil jawab.

"Apa?! Allahuakhbar.. Okey saya datang sekarang...!!" Faliq dan Puan Asmah berpandangan.

" Liq.. Aku balik dulu. Ada emergency. Makcik saya minta diri dulu.." Adil terus salam dengan Puan Asmah dan Faliq.

"Emergency apa Adil.."

"Aku gerak dulu, nanti call.."terus Adil berlari keluar. Tak jawab pertanyaan Faliq. Hatinya semakin berdebar. Butang lift ditekan. Lama lagi pula. Terus dia berlari ke laluan tangga, menuruni anak-anak tangga. Mujurlah hanya dua tingkat saja. Dan terus lari mahu berjumpa Doktor Dina. Masuk ke bilik Doktor Dina, tapi tiada pula orangnya. Keluar kembali kebetulan ada seorang nurse lalu di lorong itu. Terus dia bertanya. Dan, nurse itu pun menunjukkan bilik rawatan tempat Aliaa. Terus Adil masuk ke bilik tersebut. Aliaa terbaring di katil. Doktor Dina dan beberapa jururawat sedang memberi rawatan. Muka memang pucat sangat.

"Cik Aliaa.. bangun Cik Aliaa.. Cik Aliaa..!! Seorang jururawat menampar-nampar pipi Aliaa. Adil terpaku kaku melihat. Risau. Doktor Dina menghampiri Adil.

"Macam mana Aliaa? Macam mana boleh pengsan?" Tanya Adil risau. Belum sempat Doktor Dina jawab.

" Doktor.. Cik Aliaa dah sedar..!!" Terus Adil menghampiri Aliaa yang masih terbaring di katil. Mengurut kepalanya sendiri.

"Adik.. Abang ni..!! Adik okey ke tak ni.." tanya Adil.

"Hmm.. Okey.. Okey.. Okey..!! Aduh..!! Gila sekejab. " Jawab Aliaa spontan. Aliaa buka mata dan sengeh. Fuh!! Lega Adil. Doktor Dina senyum.

" Adik.. Adikk! Risau abang dibuatnya.. " Adil menggeleng kepala. Bikin cuak saja. Doktor Dina dan nurse gelak kecil. Aliaa terus duduk.

Aliaa senyum. Tepat Adil pandang wajah pucat Aliaa. Punyalah berdebar-debar hati Adil. Hanya Allah saja yang tahu. Lalu, senyum.

" Abang bangga dengan adik..!!"

"Bangga kenapa?!" Berkerut Aliaa.

"Walaupun macam-macam dah Asnida buat dekat adik tapi adik masih nak tolong dia, sampai pengsan macam ni.." kata Adil lembut. Senyum.

" Hahaha.. Apa kurangnya abang. Abang pun tolong dia juga kan.." Adil angguk.

"Semua ni kan, abang yang ajar adik. Abang selalu ingatkan adik.  Biar orang buat kita, jangan kita buat orang..." Sambung Aliaa.

" Ini semua pesanan dari arwah ibu dan ayah dik. Kena selalu ingatkan adik dan peringatan untuk diri abang sendiri.." Aliaa merenung wajah Adil. Mata mula berkaca. Patutlah Adil selalu ingatkan Aliaa, salah satu amanah dari arwah ibu bapanya. Terharunya Aliaa. Adil memang seorang yang bertanggungjawab.

Doktor Dina hanya memandang dengan penuh kebanggaan. Bangga dengan adik-beradik ini. Hanya senyuman yang dapat diukirkan. Setelah semua selesai, Adil dan Aliaa pulang ke rumah dengan hati yang happy. Selesai tanggungjawab mereka hari ini. Sepanjang perjalanan, mereka tak berhenti bercerita. Aliaa paling seronok bercerita itu dan ini.

Handphone Adil berbunyi. Panggilan dari Faliq. Terus terdiam membisu Aliaa. Tutup mulut. Adil gelak kecil.

"Bro.. Emergency apa? Risau aku ni.." tanya Faliq sebaik Adil menjawab panggilannya.

"Emergency?!"Oh!! Tak ada apa. Pasal kerja sikit. Tapi dah settle dah.." Adil senyum.

"Betul ke?!"

" Yup..!! Jangan risaulah.."

"Okeylah kalau macam tu.." Talian dimatikan. Menjeling Aliaa disebelahnya.

"Sampai bila adik nak buat Faliq tertunggu macam tu dik.." kata Adil perlahan. Aliaa hanya mendengar.

" Bagilah dia peluang, tak ada manusia tak melakukan kesilapan. Maafkanlah dia.." Adil masih memujuk. Aliaa buat muka selamba saja.

" Dah lama adik maafkan dia pun.." jawab Aliaa.

"Dah tu kenapa taknak jumpa? Setiap hari dia tanya adik kut.." Aliaa senyap lagi.

" Tak bermakna memaafkan tu kena jumpa dan kena bagi peluang.."

" Habis?! Tak ada peluanglah untuk dia? Macam tu?!" Aliaa mengangkat bahu.

"Janganlah macam tu. Mungkin peluang kedua yang adik bagi ni adalah kebahagiaan adik dan dia.." Aliaa senyap lagi. Angkat bahu lagi.

"Adik pun masih sayang dia kan? Cuba cakap jujur dengan abang.." Adil menoleh pada Aliaa, Aliaa hanya angkat bahu saja.

"Ishh!! Abang tanya, tak jawab. Hmm.. Atau adik ada apa-apa dengan Encik Zack ye..!!"
Teka Adil. Terbeliak mata Aliaa. Berkerut dahi.

" Ishh!! Abang ni kan, merepek je cakap...!!"

"Ha? Habis tu.. Abang tengok rapat semacam je dengan dia tu. Happy je adik dengan dia sampai sanggup dia hantar ke KL semata-mata nak tengok Asnida ni.."

"Abang..!! Dah sah adik ni P.A dia kut. Kemana-mana memanglah kena follow atas urusan kerja. Lain mana ada. Lagipun tiap minggu memang dia balik KL.." jelas Aliaa.

"Hmm.. Iyalah tu.."

"Eh Abang..!! Tapi kan.. Okey apa Encik Boss tu. Hensem, baik hati, banyak duit,rumah besar, kereta besar, family dia pun baik-baik dengan adik. Anak Dato' pula tu. Cuci kaki je adik kang.. Kan abang kan..!!"Aliaa mengusik. Senyum bergurau.

" Amboiii..!! Sejak bila ni jadi materialistik ni. Abang tak pernah ajar macam tu ye.." Hahahaa... Aliaa gelak kuat. Adil menjeling.

"Tak payah nak anak Dato' bagai. Tu Faliq tu pun dah cukup baik dah. Lagi abang kenal seluruh family dia. Hati budi semua abang dah tahu. Nak kejar yang berpangkat buat apa.. !!" Teremosi pula Adil.

"Hahahaa..!! Yang abang ni emosi lebih kenapa ni. Hahahaa...!!" Gelak besar Aliaa. Adil pun join gelak. Nampak sangat Adil tak setuju. Sebenarnya, Adil sendiri pun mahu Aliaa terus bersama Faliq. Tak payah dia nak fikir calon suami untuk Aliaa lagi. Dah kenal hati budi Faliq dah cukup bagus dah tu. Kalau calon lain, nak kena interview latar belakang, nak kena berkenalan lagi. Pening juga dia. Apapun sebagai seorang abang, dia mahu calon suami adiknya adalah calon yang terbaik. Yang boleh jaga adiknya, yang boleh didik dan bimbing  adiknya ke syurga. Adil yakin Faliq adalah orangnya. Faliq seorang lelaki yang mencintai Allah akan terjamin cintanya pada Aliaa.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku