Kerana Janji
Bab 157
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
95

Bacaan






Seawal pagi aku dan abang dah keluar rumah. Hari ni aku nak balik Terengganu dah dengan Encik Boss. Tapi aku nak singgah hospital dulu nak tengok Asnida. Lagi pula waktu pagi macam ni, Faliq tak ada. Balik ke rumah setelah bermalam di hospital menemani Asnida. Tengahari baru dia datang semula. So, aku pun ambillah peluang melawat Asnida. Harap-harap tidak terserempak dengan ahli keluarga Faliq. Tak apa, abang boleh cover. Hehe..

Sampai di hospital, aku dan abang tak terus keluar kereta. Kami lepak-lepak dulu dalam kereta. Sementara tu, abang call Faliq. Okey set!! Abang cakap, Faliq baru je sampai ke rumah. Alhamdulilah.. Lega aku dengar. Tanpa berlengah aku dan abang terus je jalan masuk ke lobi hospital. Menuju ke wad Asnida. Tiada siapa pun. Pintu ku kuak perlahan, abang tunggu diluar sahaja. Dah macam pengawal je. Hehe.. Aku menghampiri Asnida yang masih kaku terlantar itu. Wajahnya pucat, sedih tengok. Serta- merta airmata aku menitis jatuh ke pipi. Kasihan sangat. Aku sentuh tangannya. Aku genggam erat tangannya. Aku renung wajahnya. Aku ambil surah Yaasin didalam laci meja dan aku ambil peluang yang ada ni bacakan surah Yassin untuknya. Selesai baca, ku letak semula surah Yassin diatas meja. Aku renung lagi wajah Asnida. Aku genggam lagi tangannya. Aku bercakap dengan dia. Aku tahu dia dengar tapi dia tak boleh bergerak je.

"Kak Ash..!! Ini Aliaa.. Awak kena kuat ya, awak kena lawan segalanya, awak kena sembuh sebab family awak sayang awak dan perlukan awak. Mereka semua menunggu awak. Saya doakan awak cepat sedar dan cepat sembuh. Saya minta maaf selama ni saya ada kasar dengan awak, kurang ajar dengan awak. Maafkan saya ya. Saya dah maafkan segala perbuatan awak pada saya. Awak kena sihat tau. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Allah Maha Pengampun. Saya nak tengok awak pakai tudung, mesti awak cantik pakai tudung. Ini untuk awak! Bila awak dah sihat nanti, saya nak tengok awak pakai tudung ni ya. Saya nak pergi dah. Saya akan sentiasa tunggu berita gembira dari awak. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Assalammualaikum..!!"

Aku mengeluarkan kotak tudung empat segi sama berwarna merah yang aku belikan dari Teregganu untuk Asnida. Lalu, ku letak kotak itu diatas meja. Aku mencium dahinya. Aku nampak airmatanya mengalir, aku senyum. Aku letak tangannya semula di atas perutnya. Dan, aku melangkah perlahan meninggalkannya. Sebelum membuka pintu, aku menoleh lagi padanya. Ya Allah..!! Sedihnya. Sebak hati aku. Aku mengesat airmataku. Dan, terus keluar. Abang sedang duduk dikerusi. Terus bangun sebaik aku keluar. Abang senyum.

" Dah?!" Tanya abang. Aku mengangguk perlahan. Abang meletakan tangan kirinya dibahu aku dan kami terus berjalan bersama.

" Sedih ye..!! Kita doakan yang terbaik untuk dia. Kasihan dia..!! Abang pun tak sampai hati nak tengok keadaan dia sebenarnya dik.." Aku angguk. Tiada kata-kata pun. Apabila pintu lift terbuka kami pun masuk. Abang membiarkan je aku melayan perasaan sendiri. Perasaan sedih. Pintu lift terbuka terus kami keluar jalan ke kereta pula. Cepat-cepat aku jalan, takut kut-kut terserempak dengan ahli keluarga Faliq, habis kantoi. Dah macam orang bersalah pula. Masuk ke dalam kereta, fuh!! Lega!!

"Kita pergi makan dulu ya. Laparlah.. Adik nak makan apa?!"  Tanya abang.

" Nak nasi ayam.." jawabku.

" Ha? Laa.. mana nak cari nasi ayam pagi-pagi ni dik. Breakfast kut. Nasi lemak banyaklah.." Abang menghidupkan enjin kereta.

"Hmm.. Okeylah nasi lemak pun nasi lemak lah.." redha jelah.

" Dekat Terengganu tak ada nasi ayam ke?!" Tanya abang memulakan pemanduan.

" Ada tapi tak berapa nak sedap.." kataku. Sengeh.

"Hmm... Tulah, elok-elok kerja dekat KL ni, menggedik nak pindah sana, nak kerja sanalah bagai. Merajuk sampai ke Terengganu, merajuk dekat area KL je cukuplah. Ikutkan keras hati tu sangat..!!" Abang menjeling. Perli aku pula.

"Mana ada adik merajuk. Adik kerja kut. Dah Encik Boss kena ke Terengganu, terpaksalah ikut. P.A kan..!! Suka-suka je abang ni kan..!!" Aku pula menjeling pada abang.

"Elehhh!! Merajuk taknak mengaku.." Geram pula aku.


"Dik.. baliklah kerja dekat sini. Abang bosanlah dekat rumah. Abang kerja dah office hour sekarang. Kadang-kadang je outstation. Tak ada kawan gaduh abang dekat rumah. Balik kerja mandi, masak, tidur. Hujung minggu macam ni pun abang duduk rumah je. Malam je abang pergi gym. Bosanlah dik, tak ada kawan. Adik balik sini ye. Kerja sini okey!!" Pujuk abang.

"Haaa...!! Baru abang tahu kan. Betapa bosannya hidup sendiri. Macam tulah adik selama ni, bertahun-tahun duduk sendiri, tak ada kawan, sorang-sorang dekat rumah. Dengan abang yang tak balik, sebab tu adik minta abang pindah sini.." giliran aku pula membebel dekat abang. Abang gelak kecil.

"Hehe..!! Iyalah abang minta maaf tapi ni abang dah pindah sini pun, adik pula pindah sana. Adik pindah sini balik ek.!! Please..!! Please..!!." Abang merayu pula. Ada-ada je abang aku ni.

"Abang ingat company tu adik yang punya. Itu company Encik Boss yang punya. Tahu tak?!" Abang gelak.

"Hujung minggu pergilah dating dengan Doktor abang tu. Kan dah ada buah hati.."Aku perli abang.

"Takkan lah tiap minggu nak keluar. Taknaklah abang. Dia pun busy.."

"Pandai abang kan. Diam-diam je. Sejak bila tu. Adik tak tahu pun.. Patutlah sibuk suruh adik kahwin, rupanya dia yang nak kahwin.. Hahaha..!!" Aku gelak kuat. Malu abang.

" Hahaha.. Surprise lah..!! Lagipun baru je. Awal lagi.. !!" Kata abang. Berseri muka orang bercinta.

" Alhamdulilah syukurlah.. Akhirnya, laku juga abang aku ni. Terbuka juga hati abang untuk wanita. Ingat untuk ehem.. ehem je..!!" Aku gelak kuat.

"Oii.. Oiii.. Amboiiii mulut...!! Abang awak ni lelaki sejati tau tak. Ada ke situ pula dia fikir. Bertuah punya adik.." aku sambung gelak.

Kami berbual, bergurau senda sampailah di hadapan Restoran Bistro Al Haj. Tiba-tiba aku teringin pula nak makan roti canai. So, terpaksalah abang ikut makan kedai mamak. Boleh tahan ramai. Kami ambil tempat di tepi restoran. Bau roti canai menusuk ke dalam rongga hidung. Fuhh!! Terus lapar perut. Aku pesan roti kosong dan air nescafe tarik. Abang makan roti telor dan air teh o panas. Kami sambung lagi bercerita. Memang takkan habis cerita. Hampir dua minggu tak jumpa abang jadi cerita kami pun cerita untuk dua minggu juga. Hahahaa..!! Tidak lama kemudian, makanan kami sampai. Kami layan roti canai. Kenyang. Abang bayar bil makanan dan kami terus balik ke rumah.

Sampai je rumah, abang terus ambil hos paip. Apalagi, basuh keretalah dia. Aku masuk bilik kejab dan keluarkan beg pakaian. Beg sandang je. Sikit je baju. Sementara tunggu Encik Boss datang, aku duduk di kerusi sambil perhatikan abang.

"Abang..!! Kejab.." Aku panggil abang. Aku keluarkan sesuatu dari dalam wallet.

"Kenapa?!" Abang duduk di hadapan aku. Aku menghulurkan sekeping kad berwarna putih padanya. Abang berkerut dan ambil. Dan baca.

" Saya sudah berikrar. Kad pendermaan organ Malaysia?! Adik daftar derma organ ni?!" Tepat abang pandang aku. Aku angguk kepala dan senyum.

"Abang tak marah kan?!" Tanyaku lembut.

"Mana yang baik untuk adik. Baiklah untuk abang.." Abang senyum.

" Terima kasih abang. Ni adik dah info tau. Jangan pula kang adik dah mati abang gaduh dengan diaorang tu tak bagi. Jangan tau abang..!!" Kataku. Aku sengeh.

"Bagus niat adik ni. Sayang adik..!! Abang rasa bangga dik, tak semua orang nak buat macam ni. Kalau ibu ayah masih ada mesti mereka bangga juga, mereka mesti happy.." Abang senyum. Aku pegang tangan abang. Aku pula terharu abang cakap macam tu.

Muncul kereta Mercedes hitam dihadapan rumah. Encik Boss dah sampai. Aku bangun dan mengangkat beg. Aku jalan bersama abang ke kereta itu. Encik Boss keluar dan senyum. Bersalaman dengan abang.

" Abang..!! Adik pergi dulu tau.." Sedih pula aku nak tinggalkan abang.

" Iya.. Jaga diri baik-baik ye. Jaga kesihatan baik-baik. Kerja elok-elok.." Aku angguk.

" Dik.. fikirlah baik-baik ye. Jangan terus buat orang yang dekat sini tertunggu-tunggu. Kasihan dia. Dia sayang dia tau! Kurangkan ego tu sikit tau.." Encik Boss pandang je. Sempat lagi abang ni, ke abang saja kut cakap depan Encik Boss. Aku iyakan jelah.

Aku salam abang, peluk abang. Macam biasalah, abang cium dahi aku. Macam-macam pesanan dia. Dah macam budak tadika pula aku ni. Confirm kena bahan dengan Encik Boss ni nanti.

"Tengokkan adik saya ya. Dia ni degil sikit.." Ish!! Abang ni.

"Hahaha.. Insha Allah..! Kami gerak dulu. Assalammualaikum.." Abang dan Encik Boss bersalaman. Aku terus masuk dalam kereta dan melambaikan tangan pada abang. Sedih pula. Huhu...!!

" Sayang betul abang awak dekat awak kan.." kata Encik Boss.

" Mestilah sayang. Dah saya satu-satunya adik dia.." jawabku.

" Hmm.. Bagus abang awak tu. Kagum saya. Kenapa dia tak kahwin lagi?!" Tanya  Encik Boss lagi.

" Dia cakap.. Selagi saya tak kahwin, selagi tu dia taknak kahwin.." kataku.

"Oh!! Kalau sampai ke tua awak tak kahwin. Jadi, dia pun tak kahwinlah?!"

" Iya.. Abang cakap, kalau dia kahwin dulu, dia dah ada tanggungjawab dekat anak isteri. Dia takut akan abaikan saya. Dia akan pastikan saya kahwin dulu. Dah ada orang jaga saya, bahagiakan saya baru senang hati dia nak berkeluarga.." jelasku.

" Wow!! Hebat.. Bertanggungjawab.!! Abang awak ni memilih tak? Iyalah, awak ni dah sah adik kesayangannya kan. Kalau awak nak cari suami, mesti dia kena ambil peduli kan. So, ciri-ciri macam mana yang dia cari untuk calon suami adiknya?! "

"Mestilah memilih. Untuk adiknya juga. Tapi  abang lebih utamakan yang mencintai Allah dari segalanya. Dan bertanggungjawab.." aku pun layankan jelah soalan Encik Boss. Borak-borak hilangkan bosan.

" Hmm.. Nak kata tak hensem, dah cukup macho dah ni. Kerjaya dah ada, solat alhamdulilah, tak tinggal, mengaji pun alhamdulilah, suara pun sedap. Bertanggungjawab ek.. Insha Allah memang seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Kira papa dah bagi semua cukup dah. So, bolehlah. Ciri-ciri semua dah ada... Okey!! Boleh.. On ye Cik Aliaa Sofea..!!" Aku berkerut dengar Encik Boss cakap sendiri.

" On?? Apa on??!" Tanya aku pelik.

" Iyalah.. Ciri-ciri bakal calon suami awak tu semua ada dekat saya. So, awak on je lah. Next week saya hantar meminang ya..!!" Encik Boss sengeh.

"Eeeee .!!! Gila!! Jangan nak merepeklah ye Encik Boss...!!" Aku buat muka pelik. Suka-suka je dia cakap.

" Aik!! Cakap saya gila pula. Betul lah. Kasihan abang awak tu, dia pun nak kahwin juga. Jadi, cepat awak kahwin cepatlah dia kahwin. Dah awak pun single, saya single.. Kira on lah tu.." Selamba je dia cakap. Sakit jiwa aku layan dia ni tau.

" Banyak cantik muka Encik Boss. Ingat saya ni apa. Senang nak on senang nak off.. Dah.. Dah..!! Encik Boss jangan nak merepek. Tu ha, si Elly tu nak letak mana.."

"Dia yang tua. Awak yang mudalah..!!" Muka tak ada perasaan.

" Ya Ampunn!!! Kejamnya manusia. Ada hati nak pasang dua. Fuh!! Kalau macam nilah, tak kahwin sampai ke tua pun saya sanggup tau.. Lelaki semua sama.. Hampeh!!" Kataku menjeling. Hahaha..

" Hahahahahaha... Alaa gurau je pun. Janganlah tuduh saya macam tu. Saya tak sekejam tu lah..." Gelak besar dia. Aku pun gelaklah juga.

Hai lah Encik Boss. Janganlah macam-macam. Aku tahu dan aku memang perasan. Sejak aku pindah sekejab dekat Terengganu ni dengan dia. Dia layan aku lain macam pula. Selalu whatsapp, call. Ambil berat. Macam-macamlah. Aku pula jadi takut. Takut dia terrrrrsuka dekat aku. Mati beb mati..!! Tapi taklah, itu perasaan aku je kut. Mana taknya, pergi sana sini dengan aku, makan pagi petang malam dengan aku. Dekat sana aku tak ada kawan. Dia je kawan aku. Kawan gelak tawa, kawan gaduh. Dia pun sama. Sebab tulah kut kan. Tapi selebihnya taklah. Tak mungkin!!  Apapun, aku tetap layan dia macam biasa. Dia tetap Encik Boss yang aku hormat sebagai Boss dan kawan. Iya.. Kawan!! Dia pun tak silap mahu kembali dengan Elly. Pernah juga dia terluah hasratnya tapi takut Elly tak terima dia. Dan aku pun tak tahulah dia dah luahkan niat dia tu pada Elly atau tak. Aku pun tak tanya. Tapi memang nak tanya pun dan kena tanya. Tunggu sesuai dengan masanya. Macam-macam. Hati aku.. Entahlah.. Faliq?! Mungkin iya dan mungkin tidak.. Tunggu jelah.. Redha jelah..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku