Kerana Janji
Bab 158
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
93

Bacaan






Hari ni Faliq agak lewat datang ke hospital. Boleh pula dia terlelap tadi. Keletihan badannya. Sekali tersedar tengok sudah jam 12.15tengahari. Kelam-kabut jugalah dia. Dengan jalan sesak lagi, sampai hospital beberapa kali dia pusing mencari parking. Penuh pula parking hari ni, keluhnya. Mujur ada orang mahu keluar. Dia menunggu penuh kesabaran. Keluar sahaja kereta itu dari parking, terus Faliq mengambil alih. Faliq angkat tangan pada orang itu. Dia mematikan enjin kereta dan keluar. Sebelum menaiki lift, dia singgah di kantin. Beli air. Tadi sempat juga dia makan di rumah. Nanti selepas zohor, mama dan papanya datang. Amiza pun dalam perjalanan. Bawa Ika dan Adam nak melawat Mak Ngah katanya.

Sampai sahaja di lorong memasuki bilik Asnida. Beberapa orang nurse kelam-kabut keluar dan masuk dari bilik itu. Cemas!!!. Faliq terus berdebar-debar. Terus berlari. Baru mahu buka pintu, seorang nurse keluar.

" Kenapa dengan kakak saya?! " tanya Faliq. Belum sempat nurse menjawab, Doktor pula keluar. Nurse terus berlalu.

" Doktor.. Kakak saya?!" Faliq dah cemas. Semakin laju jantungnya.

" Sabar Encik.. Sabar..!! Jangan risau, kakak awak dah sedar.. " Doktor senyum.

" Dah sedar?!"

"Iya dia dah sedar. Cuma badannya masih lemah.." sambung Doktor lagi.

"Alhamdulilah.. Terima kasih Ya Allah!! Terima kasih Doktor..!!" Senyum lebar Faliq. Bersyukur sangat.

"Sama-sama. Masuklah. Dia tunggu.." Faliq mengangguk-angguk.

"Terima kasih Doktor.. Terima kasih sangat..!!" Bertubi-tubi ucapan terima kasihnya. Dan terus menolak pintu. Dilihat Asnida sedang duduk bersandar. Tersenyum Faliq. Dan menghampiri Asnida. Untuk pertama kalinya Asnida senyum. Mukanya masih pucat.

"Alhamdulilah.. Angah dah sedar..!! Angah okey?!" Tanya Faliq. Duduk dikerusi.

" Okey!!.." jawab Asnida masih lemah.

"Syukur Alhamdulilah. Mesti mama, papa dan Along happy ni. Kejab lagi mereka sampai.." Kata Faliq.

" Alang..!! Angah minta maaf..!! Angah banyak sangat dosa dengan Alang. Angah minta maaf..!!" Dan untuk pertama kali juga airmata Asnida jatuh ke pipi. Sudah lama Faliq tidak nampak itu. Faliq duduk ditepi Asnida. Senyum.

"Angah..! Alang dah lupakan semua. Alang dah maafkan Angah.." jawab Faliq lembut. Tangan Asnida digenggamnya.

" Angah banyak sangat dosa dengan Papa, mama. Dosa dengan Adil, Aliaa. Angah nak jumpa Adil dan Aliaa. Angah nak minta maaf dengan mereka. Alang bawa Angah jumpa Aliaa ya, boleh kan..?!" Semakin deras airmata itu jatuh. Tak pernah Faliq nampak Asnida nangis begitu.

"Iya Angah.. Insha Allah, bila Angah dah sembuh nanti Alang bawa Angah jumpa Aliaa.."

"Doktor cakap Angah koma. Tapi Angah tak tahu berapa lama Angah koma. Yang Angah tahu, Aliaa ada datang. Angah tak ingat bila. Angah dengar suara dia.. Dia minta maaf dekat Angah. Aliaa tak salah Alang, Aliaa baik. Angah yang salah, Angah yang banyak dosa pada dia.." tersedu-sedu Asnida. Tersekat-sekat suaranya.

"Aliaa datang?!" Asnida mengangguk. Faliq terkejut. Lalu, terpandang bungkusan kotak berwarna merah. Faliq bangun dan mengambil kotak merah itu.

"Siapa yang bagi?!"

"Aliaa.. Angah yakin ni dari Aliaa.." Cepat-cepat Asnida mengesat airmatanya. Faliq menghulurkan kotak itu pada Asnida. Asnida buka dengan berhati-hati. Sehelai selendang berwarna biru lembut didalamnya. Cantik dan lembut sekali. Asnida semakin deras menangis. Terharu!!

"Aliaa nak Angah bertudung Alang. Alang!! Angah nak jumpa Aliaa. Tolong Alang..!!"
Selendang itu dipeluk dan diciumnya.

" Iya.. Nanti Alang bawa Aliaa jumpa Angah ya. Sekarang ni Aliaa tengah kerja. Dia outstation. Nanti dia dah balik sini, Alang bawa dia jumpa Angah. Angah relax dulu. Angah kena sembuh betul-betul. Kena makan ubat, kena banyak rehat.. " kata Faliq menenangkan hati Asnida.

" Alang janji bawa Aliaa ya?!"

"Iya.. Alang janji. Angah baring ye, Angah rehat, Angah tidurlah. Badan Angah masih lemah ni.." pujuk Faliq.

"Alang.. Angah menyesal dengan perbuatan Angah, Angah taknak masuk api neraka. Angah takut.."Asnida nangis lagi. Dipegang kuat lengan Faliq. Faliq memandang tepat ke mata Asnida.


Entah apa yang Asnida alami selama dalam koma. Dia betul-betul menyesal, airmata deras mengalir. Muka sangat bersalah.

"Iya Angah. Angah kena rehat ni. Tidur dulu. Nanti Angah bangun kita cerita lagi ya..!! " Asnida mengangguk. Airmata dikesat dengan tangan. Ikut saja apa yang diarahkan oleh Faliq. Faliq membantunya baring, senyum. Asnida memejamkan mata. Tersedu-sedu dia seperti kanak-kanak kecil. Lega hatinya melihat Asnida. Sangat lega!! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan disebalik kemalangan yang menimpa Asnida, ada perubahan pada dirinya iaitu keinsafan dan hidayah dari Allah. Terima kasih Ya Allah atas setiap ujianMu. Faliq duduk semula di kerusi. Kotak merah diambil, dibelek-beleknya. Dipusingkan depan belakang. Kut-kut ada petunjuk. Tapi hampa, tiada apapun.

"Bila Aliaa datang ek?! Orang yang aku nampak  tu kut Aliaa. Tapi kotak ni baru je. Atau Aliaa ada dekat sini lagi. Pagi tadi Adil call tanya aku dekat mana. Iya, mungkin dia datang waktu aku balik. Aku kena tanya Adil.." katanya sendiri. Kotak merah masih dipegang. Faliq terus mengeluarkan handphone, mahu menghubungi Adil.

"Alang..!!" Puan Asmah dan Encik Kamaruddin muncul dimuka pintu. Faliq terus memasukkan handphone dalam poket semula. Tidak jadi menghubungi Adil.

" Mama, Papa.. Angah dah sedar...!!" Terus Faliq beritahu berita gembira itu.

" Iye ke?! Syukur, Alhamdulilah.." Puan Asmah  mengalirkan airmata kegembiraan. Terus mereka menghampiri Asnida yang sedang lena tidur.

" Dia baru tidur.."

" Kain apa yang dekat Angah ni?!" Tanya Puan Asmah.

"Angah cakap Aliaa bagi.."

" Aliaa? Aliaa datang sini? Jumpa Angah?" Tanya Encik Kamaruddin.

" Alang tak pasti pa. Alang sampai tadi Angah dah sedar. Lepas tu dia cakap, Aliaa datang waktu dia koma. Dia cakap Aliaa minta maaf dekat dia. Dia nangis-nangis nak jumpa Aliaa dan Adil, nak minta maaf katanya. Selendang tu Angah cakap Aliaa yang bagi.." Terang Faliq.

" Alang tak jumpa Aliaa?!" Tanya Puan Asmah pula.

"Tak ma. Alang tak tahu bila dia datang. Mungkin dia datang waktu Alang balik tadi.." kata Faliq perlahan.

"Tak apalah. Mungkin dia belum bersedia nak jumpa Alang. Bagilah dia masa. Alang sabar je dulu dan jangan putus doa ye.." nasihat Puan Asmah.

"Baiklah ma..!! "

"Orang kata.. Berani buat berani tanggung. Sebab tu kalau buat keputusan kena fikir dulu. Jangan ikut perasaan ego. Kalau lah Aliaa tu nak semula dengan Alang, itu rezeki. Kalau dah taknak jawabnya kecewa sendirilah Alang.."  Tersentak Faliq dengan kata-kata Encik Kamaruddin. Cukup-cukup Faliq kena. Selama ni Encik Kamaruddin senyap saja. Sekali dia bercakap, tertusuk ke hati. Faliq sengeh.

" Ish!! Awak ni.. Janganlah cakap macam tu. Putus semangat Alang ni kang.." Puan Asmah menyapu lembut belakang Faliq.

" Jangan risau. Mama tahu Aliaa tu sayang Alang lagi. Merajuk je dia tu. Kejab lagi sejuklah tu hatinya.. Sabar ye..!!" Pujuk Puan Asmah.

"Kalau Aliaa terima Alang semula, terus je hantar meminang. Tak payah nak nanti-nanti. Perempuan ni memang cakap nantilah, belum sedialah tapi sebenarnya dia nak tengok kesungguhan lelaki. Kalau lelaki tu betul nak memperisterikannya, dia akan usahakan. Jumpa keluarganya, hantar cincin tanda. Bila dah nampak kesungguhan tu perempuan pun confident. Memang akan setuju je. Ini tak, orang tu cakap nanti. Alang pun nanti juga. Macam mana orang tu nak confident.." sambung Encik Kamaruddin lagi. Kena lagi Faliq. Menyapu muka sendiri. Senyap membisu. Betul juga apa yang dikatakan papanya itu.

Faliq memandang Puan Asmah. Minta simpati. Puan Asmah senyum. Nasiblah Faliq. Tidak lama kemudian, Amiza sekeluarga datang. Senyum lebar Faliq. Selamat dari terus diperli oleh Encik Kamaruddin. Semua sudah ada. Happy mereka.
Fikiran Faliq masih lagi pada Aliaa. Dia ambil keputusan mahu terus pergi ke rumah Adil. Nak terjah saja. Mungkin Aliaa ada dirumah. Dan, jika Faliq beritahu Adil nak datang. Mesti Aliaa akan lari. Mana tahu rezeki dapat jumpa Aliaa. Dia terus meminta izin Puan Asmah untuk keluar. Berlari anak ke kereta. Memandu laju menuju ke rumah Adil. 


Sampai saja di rumah Adil, dia memberi salam. Tapi tiada jawapan. Dia membuka pintu pagar yang tidak berkunci. Kereta Adil ada. Mungkin tidur kut. Tekanya. Dia mengetuk pintu pula dan memberi salam lagi.

"Waalaikumsalam..""Suara Adil menjawab salam dari dalam. Senyum Faliq. Pintu dibuka.

"Eh! Liq.. Kenapa tiba-tiba datang ni. Tak call?! Masuklah.." pelawa Adil. Faliq melangkah masuk dan duduk di sofa.

" Kau buat apa ni?!" Tanya Faliq tanpa menjawab soalan Adil.

"Aku tengah kemas dekat belakang. Bosan bro, duduk sorang-sorang,  tak ada buat apa. Kau pula dari mana ni?! Tak ke hospital ke..!" Jawab Adil.

"Aku dari hospital lah ni. Angah dah sedar.."

"Iyeke?! Alhamdulilah. Dia okey?!" Senyum lebar Adil.

" Okey!! Dia nak jumpa kau dan Aliaa.."

"Nak jumpa?!" Adil terdiam.

"Dil.. Aku ada benda nak tanya..."

"Nak tanya apa?!"

" Orang yang aku nampak semalam tu, sebenarnya memang Aliaa kan?! Pagi tadi Aliaa ada datang tengok Ash kan?! Aliaa ada dekat sini kan?! Betul tak Dil.. Cakaplah Dil.. Please!! Aliaa ada dekat sini kan.. ?!" Faliq pandang tepat mata Adil.

Adil menetap bibir. Menarik nafas panjang. Pandang ke lantai. Aduhai macam mana ni, kata hati Adil. Faliq masih pandang Adil menunggu jawapan. Adil membalas pandangan Faliq.

"Iya.. Memang orang yang kau nampak tu Aliaa. Dan, memang dia ada tengok Ash pagi tadi. Aku yang hantar. Tapi lepas balik dari hospital dia dah balik sana dah. Baru je. Sorry!! Aku tak boleh info kau, ini permintaan dia. Ni kau dah tahu, terpaksalah.. Tapi macam mana kau tahu.." jelas Adil.

"Angah yang cakap Aliaa datang. Dia ada bagi selendang dekat Angah. Tapi Angah cuma dengar je kut.. Angah nak jumpa dia sangat, nak minta maaf dan kau sekali.." jelas Faliq lagi. Adil diam.

" Aku terjah je beb datang sini, aku ingat aku dapat jumpa dia. Tapi.. hmmm... Sampai bila dia nak lari dari aku.." kata Faliq perlahan. Sedih!!

"Sorry bro.. !! "

"Eh!! Sekejab..!! Jadi, orang yang derma darah dekat Angah tu adalah Aliaa?! Aliaa kan Dil.. Aliaa lah orang yang derma darah tu.." Faliq meneka lagi.

"Eh..!! Tak.. Bukan Aliaa.. Tak.. Tak..!!" Alamak! Tak boleh nak rahsialah, tahu pula dia,kata hati Adil lagi.

"Adil..!! Kau sahabat aku kan. Takkan dengan aku pun kau nak rahsiakan semua ni. Betul kan, Aliaa orangnya?!" Tanya Faliq lagi. Adil tetap menafikan.

"Betul Liq. Tu memang aku tak tahu. Sebab kalau dia derma pun mesti dia akan info aku. Kau tahu kan, Aliaa sendiri bukan sihat sangat pun.." Menipu lagi aku, maafkan aku Liq. Aku kena hormat permintaan Aliaa, bisik lagi Adil didalam hati. Faliq mengangguk lemah. Tapi hatinya kuat menyatakan orang yang derma itu adalah Aliaa. Mungkin Adil ada alasan sendiri untuk rahsiakan.

" Baiklah.. Tapi tolonglah pujuk Aliaa. Angah  nak sangat jumpa korang. Selendang yang Aliaa bagi dia peluk je. Dia menyesal bro. Dia betul-betul dah sedar. Dan, aku dah janji pada Angah nak bawa Aliaa jimpa dia.." terang Faliq lagi. Sangat mengharap Aliaa mahu bertemu Asnida dan bertemu dengannya juga. Dah teramat rindu.

" Aku tak janji tapi aku akan usahakan pujuk dia. Aku pun tengah pujuk dia juga ni, minta dia balik sini semula. Bosan gila aku duduk sorang-sorang macam ni.." kata Adil. Faliq senyum. Memahami. Tapi dia masih tak dapat lokasi Aliaa. Puas juga dia pujuk Adil. Mati-mati Adil taknak info. Dah janji katanya. Takut Adil mahu pecah rahsia, tak pasal-pasal Aliaa  lari tempat lain pula tanpa pengetahuannya. Nak taknak Faliq terpaksa akur.

Tak apalah. Sabar itu indah. Insha Allah..!! Hati Aliaa akan sejuk juga nanti. Dia takkan putus berdoa, takkan putus harapan. Dia akan terus minta pada Allah, supaya digerakkan hati Aliaa untuk muncul dihadapannya dan menerimanya semula. Dia takkan putus asa. Dia tahu Allah mendengar setiap luahannya. Mungkin belum masanya lagi. Dia yakin perancangan Allah adalah tepat pada waktunya. Insha Allah..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku