Kerana Janji
Bab 159
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Aku melangkah malas turun ke bawah. Kelihatan Balqis dan Wani sedang asyik menonton drama melayu. Rakan serumah dan  sepejabatku dan rakan yang paling kecoh. Aku jarang berbual dengan mereka ni, biasa balik kerja aku terus masuk bilik. Tak dan nak lepak atau tengok tv. Ikut mood aku. Kalau rajin baru join mereka. Mereka ni baik. Hormat aku yang dah tua ni. Sampaikan dekat rumah pun panggil aku Cik Aliaa, padahal dah banyak kali aku cakap. Dekat rumah panggil je aku Kak Aliaa, lebih mesra tapi mereka taknak. Segan katanya. Alasan mereka sebab aku baik dengan Encik Boss. Pula dah. Aduhai.. Aku pula jadi segan. Mereka ni kuat bercerita, macam-macam dia cerita sejak kerja dengan syarikat Dato' ni. Melambung pujian mereka pada Dato'  dan Cik Erisya, sampai rumah yang mereka duduk ni pun Dato' tak minta bayaran. Mereka cuma bayar api dan air saja. Baik sungguh hati Dato'. Memang patut pun dipuji. Ada juga aku terdengar perbualan mereka mengenai Encik Boss, peminat Encik Boss rupanya mereka ni. Hahaha.. Mula-mula mereka ingat aku ni girlfriend Encik Boss. Mati-mati aku nafikan.

" Amboii... Comel Cik Aliaa. Nak dating ye!!" Pandai Balqis mengusik aku. Senyum manis mereka berdua ni.

"Taklah. Nak keluar makan. Korang dah makan?  Nak saya bungkuskan apa-apa tak?!" Tanyaku.

"Tak apa..!! Tak apa Cik Aliaa. Kami dah makan dah petang tadi. Malam-malam kami tak makan dah, diet. Hehe!!" Jawab Wani pula.

"Laa iyeke?! Badan dah cantik macam ni nak diet lagi..!"

" Cantik apa macam ni. Tengok lemak dekat perut ni dah macam orang mengandung je.." sambung Wani lagi. Mencebik. Aku gelak jelah.

Handphone berbunyi. Abang call. Aku terus keluar ke halaman rumah untuk jawab call dan tunggu Encik Boss datang.

"Assalammualaikum.. Adik buat apa?!"

"Waalaikumsalam. Adik nak keluar makan ni dengan Encik Boss kejab lagi.."jawabku.

"Berdua je?!"

"Iyalah. Kenapa?!" Dah agak dah.

" Selalu ke keluar berdua malam-malam macam ni?!"

"Taklah. Sejak adik duduk sini. Inilah first time adik keluar makan malam dengan dia. Adik ada info abang tau. Whatsapp tadi. Ada baca tak?!" Jawabku.

" Iyeke? Kejab abang check whatsapp. Tunggu!!" Iyalah abang!! Risau betul abang ni. Kalau aku keluar dengan Faliq tak pula dia nak marah. Hmm..

"Okey!! Tapi jangan balik lewat. Ingat!! Adik tu perempuan. Pastikan jam 10.30malam dah ada dekat rumah. Info abang nanti balik. Faham?!"

" Iya abang. Adik faham.. "

"Ni abang nak info. Asnida dah sedar tengahari tadi.."

" Iyeke?! Alhamdulilah. Dia macam mana okey tak?!" Betul-betul aku terkejut. Memang berita gembira. Senyum lebar aku.

"Okey semua. Petang tadi abang tengok dia. Dia minta maaf, nangis- nangis sampai dik. Sedih pula abang. Dia nak jumpa adik sangat. Adik balik ye.." kata abang. Alamak!!

" Nak jumpa?! Tapi adik dah maafkan dia kan. Tak payahlah kut abang.." balasku.

" Janganlah macam tu. Dia merayu dekat abang minta abang bawa adik jumpa dia. Selendang yang adik bagi dia, dia peluk, dia pegang je tau. Dia betul-betul nak jumpa adik. Kasihan dia. Menangis je tanya adik..!!"

"Tapi abang.. Adik belum sedia nak jumpa sesiapa pun.."

" Janganlah macam tu. Abang faham apa adik fikir. Adik taknak jumpa Faliq kan. Dahlah tu dik. Asnida pun dah sedar, Asnida dah cerita semua dekat abang. Bagilah peluang dekat mereka. Lupakanlah semua tu.." abang masih memujuk.

" Hmm.."

"Dik.. Kita ni manusia je tau. Ada buat silap ada buat salah. Dan, sebagai manusia juga kita tak ada hak menghukum. Memaafkan itu kan lebih baik.."

"Iya adik tahu. Tapi kan adik dah maafkan Asnida. Adik dah tak fikir dah semua tu. Adik doakan dia berubah untuk family dia, untuk hidup dia. Adik tak ada dendam pun dengan dia. Abang jangan risau ya..!!" Jawabku jujur.

" Habis Faliq?!" Aku terdiam sekejab. Tarik nafas.

" Adik boleh maafkan dia tapi entahlah.." aku mengeluh.

"Adik dah tak sayang dia ke?"

"Entahlah abang. Adik takut, dulu Zahwan sekarang dia pula. Hati adik ni suka-suka diaorang buat macam ni. Apa salah adik?!" Abag pula terdiam. Airmata ni macam nak jatuh je. Sedih dengan nasib sendiri.


" Macam nilah. Minggu ni adik balik ya. Abang tunggu. Kalau adik tak balik, abang ambil. Kalau abang dah ambil, faham-faham jelah ye.." Aku berkerut.

" Abang.. Janganlah macam ni. Janganlah paksa adik.."kataku perlahan.

" Jangan macam ni apa dik. Sampai bila nak keras hati, nak ego macam tu. Nak lari dari masalah. Adik kena balik, kena dengar penjelasan dari Faliq, Zahwan dan Asnida. Jangan ikut hati sendiri je. Keputusan abang muktamad. Tak ada alasan. Faham?!" Keras suara abang. Aku diam je. Mengeluh lagi.

"Dengar ke tak?!"

" Iya..." jawabku malas.

"Ni keluar makan jangan nak pergi tempat lain pula. Jam 10.30 malam kang abang call. Kalau balik lambat, malam ni juga abang ambil bawa balik KL. Jangan nak tipu abang. Okey bye!!" Terus abang matikan talian. Abang betul-betul marah ni. Aduhai.. Aku termenung kejab. Ego sangat ke aku ni. Entahlah. Mungkin aku tak sedar kut. Salah ke aku nak bawa diri kejab. Bukan lama pun. Tension pula rasanya. Aku masukkan handphone dalam poket. Hari ni aku berlenggang je. Cuma bawa handphone, kad pengenalan dan sikit duit. Simple. Hilang jadinya mood nak makan. Muncul kereta Encik Boss. Aku jalan lemah ke kereta dan terus masuk.

" Lama tunggu?! " tanya Encik Boss. Aku hanya menggeleng. Diam.

"Makan area sini je ye. Jam 10.30malam kang, saya kena ada dekat rumah tau.."kataku.

"Aik!! Kenapa?!" Tanya Encik Boss.

"Balik lewat kang abang saya marah.." kataku jujur.

" Laa pula. Awak bagitahu dia ke awak keluar ni?!"

" Mestilah bagitahu. Tu yang dia warning tu.."

" Garang juga abang awak ek!! Okeylah Cik Aliaa. Sebelum jam 10.30malam, saya hantar awak okey!" Katanya. Aku angguk je. Tak senyum tak menoleh pun pada Encik Boss. Hilang mood. Sampai di satu restoran. Aku pun tak tahu apa nama tempat ni dan tak perasan pun apa nama restoran ni. Tak kisahlah janji makan. Lapar dah ni. Lagipun, fikiran aku ni serabut sikit. Aku cuma order nasi kerabu dan air limau suam je. Pelanggan tak ramai. Jadi makanan kami pun sampai cepat je. Aku banyak diam je. Sepatah Encik Boss tanya sepatah aku jawab. Kami layan makanan depan mata. Aku makan setengah je. Tak larat nak habiskan. Aku meneguk air limau suam. Lega tekak.

"Kenapa ni, senyap je dari tadi. Tak macam biasa. Hari ni awak luar biasalah. Ada masalah ke?!" Aku menggeleng.

" Habis tu?!" Aku senyap lagi. Dia pandang aku tunggu jawapan.

"Encik Boss tahu tak Asnida dah sedar dari koma.."kataku memulakan perbualan.

"Tahu. Elly bagitahu petang tadi.." jawabnya.

"Asnida nak jumpa saya.." kataku.

" Baguslah tu. Mungkin dia nak minta maaf kut. Jadi, awak nak balik KL bila?!"

" Tapi saya belum sedialah nak jumpa dia" Encik Boss gelak. Tiba-tiba dia ni gelak, dah kenapa.

"Awak sebenarnya taknak jumpa Faliq kan.. Macam saya tak tahu.." Encik Boss perli aku. Macam tahu pula dia ni.

" Taklah. Saya memang belum sedia nak jumpa Asnida. Lagipun saya dah maafkan dia kut. Tapi abang tu paksa suruh balik minggu ni juga. Kalau saya tak balik kang abang ambil saya dan tak bagi saya kerja. Abang suruh kerja dekat KL, tak bagi kerja sini. Tu yang tension ni.."luahku. Pandang gelas didepan mata.

" Tak apalah. Awak baliklah, mungkin ada hal penting tu. Elly pun ada cakap. Asnida memang nak sangat jumpa awak. Dia pun suruh saya pujuk awak.. Balik je, esok saya booking tiket ya.." kata Encik Boss.

" Jangan dulu. Nantilah saya fikirkan.."

" Nak balik pun nak kena fikir ke!! Abang awak tak tahu ke awak dekat sini sementara je?! " tanya Encik. Aku geleng kepala.

" Pula. Kenapa tak bagitahu?!"

" Surprise!!" Aku sengeh.

" Patutlah.!! Dia dah tukar ke KL awak pula nak kerja jauh. Mana dia tak marah. Kalau saya pun marah. Tak payah nak merajuk lama-lama. Kasihan orang dekat sana tu.." Pandai pula Encik Boss ni. Hmm..

" Tak payahlah nak perli-perli." Aku menjeling.

" Bukan perli tapi cuba fikir. Selama mana nak merajuk macam ni. Bawa diri nak lari dari Faliq. Saya pun tahu semua cerita ni. Dah sah Faliq tu pun teraniaya. Bukan dia sengaja. Maafkan dan terima jelah.." Aku diam.


"Encik Boss cakap senanglah. Saya dah jadi takut nak bercinta lagi tau. Saya je yang setia, diaorang suka-suka je lepas macam ni. Kalau ikutkan saya. Saya nak balik kampung tanam pisang duduk kampung lagi best. Tunggu jelah orang kampung datang meminang. Malas dah nak dengan orang bandar ni. Tak reti menghargai cuma pandai menyakiti je. Bosan.!! Siapa yang datang meminang dulu, yang abang okey. Terima jelah pilihan keluarga. Redha jelah. Malas nak fikir dah.." Kataku selamba.

" Sampai macam tu sekali. Hahaha.. Ni kira siapa cepat dia dapatlah ye..!! Bagus juga idea tu. Mana tahu, saya orang pertama tu kan. Bertuahlah badan.. Hahaha..!!" Gelak besar Encik Boss.

" Amboii.!! Kan saya cakap, orang kampung bukan orang bandar macam Encik Boss.."

" Hahaha... Ni saya nak tanya. Awak cakap tadi siapa datang meminang dulu awak terima kan. Andaikata dalam masa yang sama, hari yang sama, waktu yang sama. Kira serentaklah kan. Saya dan Faliq datang meminang. Macam mana? Siapa yang awak pilih? Jawab cepat.. jawab cepat..!!" Encik Boss sengeh. Aku tercengang. Boleh pula dia bagi soalan pelik tu. Aku tiba-tiba gelak. Lawak pula soalan dia ni.

" Hahahahahahaa..!!"

" Apasal gelak. Serius tanya ni?!" Aku sambung gelak lagi.

" Tak payah nak serius sangatlah. Hahaahaaa..!!" Aku gelak, gelak dan gelak. Sampai sakit perut. Encik Boss tengokkan aku gelak je. Senyum menanti jawapan. Aku minum hilangkan dahaga kemudian sambung gelak lagi. Hahahaa..!!

Merepek dan mengarut. Okey!! Malas nak fikir soalan pelik macam tu. Jam pun dah hampir 10.00malam. So, aku ajak Encik Boss balik. Encik Boss bayar dan kami terus gerak balik. Aku tak jawab pun soalan merepek tu. Aku tukar tajuk perbualan kami. Sampailah depan rumah. Aku keluar dari kereta, Encik Boss buka tingkap. Senyum tak berkelip. Segan pula aku jadinya.

" Cakap dekat abang awak. Saya dah hantar adik dia tepat pada waktunya. Jangan risau saya jaga adik dia dengan baik. Insha Allah!! Selamat malam..!! Jumpa esok..!! Assalammualaikum.." Dia pandang tepat ke mata aku. Alamak!! Aku angguk dan senyum je.

"Waalaikumsalam.." Aku terus tutup pintu pagar dan melangkah keluar. Dia terus memandu laju. Aku masuk dan terus naik ke atas. Sunyi sepi je. Dah tidur kut Wani dan Balqis. Aku buka pintu bilik dan lampu, lalu duduk di katil dengan tangan buka tudung. Termenung sekejab.

Tiba-tiba rasa rindu pula pada Faliq. Hmm.. Patutkah aku maafkan dia? Eh!! Aku dah maafkan dia lama dah. Tapi patutkah aku terima dia semula?! Terima? Ishh!! Pening kepala. Takut dan trauma jadinya nak bercinta lagi. Takut disakiti lagi. Berapa lama aku kecewa dengan Zahwan. Lepas tu, Faliq pula. Sedihlah.. Arhhh!!! Tension pula rasanya. Tak payah bercinta lagi baik. Tak payah kahwin lagi baik. Biar jelah hidup macam ni. Dah biasa pun hidup sorang. Lagi aman. Tak payah nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri yang sakit. Lelaki semua sama je, tahu menyakiti je, geramnya aku!!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku