Kerana Janji
Bab 160
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Faliq menundukkan kepala, memandang kosong ke lantai. Adil pula menyandarkan badan di sofa. Hanya memerhatikan sahabatnya itu. Dia memahami hati dan perasaan sahabatnya itu. Dari riak wajah Faliq, memang nampak dia betul-betul menyesal. Kasihan dia, tapi apa boleh buat. Terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak kata, sendirilah tanggung. Adil pun tidak boleh salahkan Aliaa. Aliaa berhak buat keputusan sendiri. Hati dan perasaannya perlu dijaga dan perlu dihargai oleh insan bernama lelaki. Betapa dia amat kecewa sebelum ini kerana sebuah janji, dan tak sangka kecewa lagi kerana cemburu. Dua-dua sahabatnya pula tu. Hingga dia jadi serba salah sendiri antara adik dan sahabat.

" Kau dah dengar sendiri kan apa yang Aliaa cakap?! Aku dah pujuk dia Liq. Setiap hari aku call, aku akan pujuk dia tapi jawapan dia, tetap sama. Aku tak boleh buat apa bro. Hati dia kan. Sorry!!!" Kata Adil. Faliq menekup muka dengan tangan. Rasa kecewa sendiri dan menyesal tak sudah.

" Aku minta maaf Dil. Aku minta maaf. Tolonglah bro, pujuklah dia lagi. Aku tak boleh tanpa dia. 24jam aku fikir dia je, aku menyesal sangat. Kenapalah aku.. Ya Allah..!! Kenapa aku bodoh sangat..."Faliq menyapu-nyapu kepalanya sendiri. Serabut!!

"Liq.. Sabar Liq. Macam mana kau sayang dia pun. Kau ingat, Allah tu sentiasa ada bersama kau. Kau jangan terlalu mengharapkan Aliaa. Ini semua perancangan Allah. Kita ni hanya merancang Liq, Allah yang tentukan segalanya. Ingat Allah Liq. Apapun.. doalah banyak-banyak. Doakan semoga Allah bukakan pintu hati dia untuk kau semula. Kalau kau rindu dia, sayang dia. Doakanlah yang baik untuk dia. Okey?!" Nasihat Adil pada Faliq.

" Kalau ikutkan. Aku boleh je suruh dia terima kau semula. Memang dia akan ikut punyalah. Tapi secara paksa. Kau nak dia terima kau bukan ikhlas dari hati tapi terima kerana dipaksa?" Tanya Adil. Serius.

"Jangan Dil jangan. Aku taknak macam tu. Hati  dan perasaan dia terseksa nanti. Jangan Dil.." Faliq mengangkat kepala memandang wajah Adil. Menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju dengan apa yag Adil katakan. Adil senyum.

"Tak apa. Aku tahu dia masih sayang aku. Tapi iyalah macam kau cakap kan. Dia perlukan masa. Tak apa Dil. Aku akan cuba untuk relax.. Relax Faliq relax..!!" Faliq memejam mata dan menarik nafas dalam dan menghembuskan nafas perlahan. Adil gelak kecil.

" Macam tu lah sahabat aku. Apapun, kau kena sabar ya..!" Kata Adil senyum. Faliq membalas senyuman.

" Tak ada pilihan. Maaf Adil. Aku teremosi tadi. Sorry..!!"

"Dah lah. Tak ada hal. Aku faham perasaan kau.."

" Okeylah!! Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa news pasal Aliaa, jangan lupa info aku tau!!"

" Insha Allah. Hati-hati memandu. Kirim salam Ash dan mama kau ya..!!" Kata Adil menemani Faliq hingga ke pagar.

" InshaAllah..!! Assalammualaikum..!!" Faliq masuk ke dalam kereta dan terus memandu laju. Adil senyum. Dan mengunci pagar. Melangkah kembali ke dalam rumah. Duduk di sofa. Termenung sekejab. Sunyi sepi saja rumah. Bosan sungguh. Dia baring di sofa. Menonton tv. Melayan mata.

Rumah  dua tingkat itu masih terang benderang. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Puan Asmah dan Asnida sedang menonton tv. Tersenyum dia melihat orang tersayang. Terus menghampiri mereka. Senyumannya dibalas mereka. Duduk di sebelah Asnida.

"Alang dari mana?!" Tanya Puan Asmah.

" Rumah Adil.." jawabnya ringkas.

" Aliaa ada? Bila Alang nak bawa Aliaa datang sini.." sampuk Asnida pula.

" Aliaa tak balik lagi. Nanti dia balik Alang bawa dia ya.. Kaki Angah macam mana? Dah okey tak?!" Faliq menukar tajuk perbualan.

" Okey sikit..!! Rasanya urut dua kali lagi dah baiklah kut." Jawab Asnida sambil memegang kakinya yang berbalut kerana retak sikit.

" Baguslah. Ubat dah makan tak?!" Tanya Faliq lagi.

"Dah.. Alang, sebenarnya Aliaa masih marah Angah kan. Betul tak?!" Asnida masih bertanya.

"Taklah Angah. Aliaa tak marah. Dia dah maafkan Angah pun. Cuma dia sekarang tengah busy. " jawab Faliq. Terpaksa menipu. Senyum. Puan Asmah mendengar saja. Selagi Asnida tak jumpa Aliaa selagi tu Asnida akan tanya.


" Kita pergi office Aliaa ya.." Pula dah. Faliq memandang Puan Asmah.

" Nak pergi buat apa? Kan Alang dah cakap, Aliaa outstation. Tak ada dekat KL ni. Dah.. Dah..!! Angah tak payah tanya apa-apa lagi. Angah sabar je. Nanti dia akan jumpa Agah juga.." jelas Adil.

"Tapi..!!"

"Angah..!! Sabar okey!! Dah jom.. Alang hantar naik atas. Angah dah isyak belum ni?!" Tanya Faliq. Asnida angguk.

"Bagus!! Jom naik atas, jangan tidur lewat.."
Ajak Faliq.

"Tapi Angah tak ngantuk lagi?!"

" Kalau tak ngantuk. Naik atas ambik wuduk, mengaji. Biar tenang hati. Jom!!" Faliq membantu kakaknya berdiri. Dan memimpin Asnida naik ke biliknya. Puan Asmah hanya terdiam saja sejak tadi. Tak tahu nak jelaskan macam mana lagi pada Asnida. Buka saja mata, dia akan tanya Aliaa, sepanjang hari. Hanya tanya, tanya dan tanya. Sampai dia sendiri tak tahu nak jawab apa. Kadang-kadang, bila duduk sendiri. Asnida akan menangis, menangis kerana menyesali perbuatannya sendiri. Dia mengalami sedikit trauma, hingga terpaksa menelan ubat penenang. Tapi menurut doktor akan beransur hilang traumanya. Sokongan ahli keluarga dan sekeliling sangat penting.  Dan sebenarnya, dia menangis kerana mahu berjumpa Aliaa. Dia rasa sangat berdosa. Dia cakap, selagi tak jumpa Aliaa, tak minta maaf depan Aliaa, selagi tu hatinya tak tenang walaupun Aliaa kata sudah memaafkan tapi selagi dia tak melihat wajah Aliaa, bermakna Aliaa belum memaafkan. Itu yang dia rasai.

Faliq turun semula, menuju ke dapur. Mengambil mug putih dan mengisi air suam. Jalan kembali ke ruang tamu. Duduk bersebelahan Puan Asmah. Air diteguknya. Leganya tekak. Lalu, meletakkan mug di atas meja dan menyandarkan badan di sofa yang empuk itu.

" Kenapa ni?! Suram je muka tu. Ada masalah ke?!" Tanya Puan Asmah.

"Biasalah ma.." keluh Faliq.

" Ni mesti pasal Aliaa ye?!" Teka Puan Asmah. Faliq menoleh pada mamanya dan senyum tawar.

" Tadi Alang jumpa Adil. Dia pun tak tahu macam mana nak pujuk Aliaa lagi. Aliaa cuma cakap dia maafkan Angah. Tapi belum sedia nak jumpa Angah. Alang dah janji dengan Angah pula tu.. " jelas Faliq.

"Dia belum sedia nak jumpa Alang sebenarnya tu.." kata Puan Asmah.

"Iya ma.. Itulah sebabnya. Tapi tak apalah, kalau dia taknak jumpa Alang pun, Alang boleh pergi masa dia datang. Yang penting dia jumpa Angah.. " kata Faliq. Sedih!!

" Alaaaa kasihannya anak mama ni. Sabarlah ye.. Aliaa tu kuat pendirian, mama tak salahkan dia. Dia ada hak pertahankan hati dia.."

" Iya ma. Alang faham. Tulah silap Alang. Cemburu tak tentu pasal.."keluhnya lagi.

" Ha tahu tak apa!! Bak kata papa. Andai Aliaa terima Alang semula, itu rezeki. Andai tak terima, tanggunglah sendiri. Berani buat beranilah tanggung. Tak gitu!!!" Perli Puan Asmah. Senyum. Faliq garu kepala. Aduhai.. Kena lagi!!  Sengaja Puan Asmah ulang semula kata-kata Encik Kamaruddin tempoh hari. Biar Faliq ingat dan fikir. Jangan terlalu nak cemburu bagai. Sendiri juga yang kecewa. Ambil kau Faliq.!!

"Prangggg!!" Mereka terkejut. Ada sesuatu bunyi dari atas. Mereka berpandangan. Berdebar hati.

"Arrgghhh!! Aku benci!!!" Suara Asnida menjerit kuat.

"Angah ma.!!!" Faliq terus berlari naik ke atas nak masuk ke bilik Asnida. Gelas kaca bertaburan dilantai. Bantal, selimut berselerak di atas katil. Botol-botol ubat juga bertaburan. Asnida menangis tersedu-sedu.

" Ya Allah Angah kenapa ni?!" Faliq terus menghampiri Asnida.

" Pergi!! Aku taknak jumpa sesiapa. Kenapa aku jadi macam ni. Kenapa??!!" Asnida menjerit-jerit. Menangis lagi.

" Angah.. Jangan macam ni. Ingat Allah Angah!! Istighfar Angah.. !!" Faliq menenangkan Asnida yang seperti dirasuk itu. Tangan Asnida dipegang kuat.

" Aku benci hidup aku. Aku benci..!! Kenapa tak biarkan aku mati je,  aku taknak hidup lagi. Aku taknak..!!" Asnida meronta- ronta.

"Astagfirullah Al Azim.. Angah!! Mengucap Angah..!! Mengucap..!!"

"Kenapa aku diduga macam ni?"

"Allah duga Angah sebab Allah sayang Angah..!" Lembut Faliq. Airmata Asnida teras mengalir.

" Aku taknak menyusahkan orang lagi, biar aku mati. Biar aku matiiiii..!!" Makin kuat Asnida meronta.

" Astagfirullah Al Azim. Angah!! Kau dengar ni. Kau nak ke mati dalam keadaan kau banyak dosa? Kau nak masuk api neraka?  Kau nak diazab Allah? Ha!! Kau nak..?!" Keras suara Faliq. Mata tepat pandang wajah Asnida.

"Angah takut Alang. Angah taknak..!!" Mendatar suara Asnida.

"Tahu pun! Angah ni antara orang yang terpilih. Kau ditimpa kemalangan dan Allah beri peluang kau untuk bernafas lagi, untuk kau bertaubat. Taubat seorang pendosa itu lebih mulia Angah. Ingat Allah!! Dia takkan duga hambanya diluar kemampuan hambanya sendiri. Allah tu Maha Pengasih Angah...!!"
Puan Asmah turut menangis melihat keadaan Asnida. Asnida diam dengan tersedu-sedu. Seperti kanak-kanak menangis.

"Angah.. Kami semua sayang Angah. Kami nak Angah bertaubat, kami nak Angah kami yang berubah, yang ceria, yang kuat macam dulu. Angah tak seorang tau. Allah sentiasa ada bersama Angah. Kami sentiasa bersama Angah.." Lembut suara Faliq. Senyum memberi kekuatan pada Asnida.

" Angah minta maaf. Angah dah banyak memyusahkan orang. Menyusahkan mama, papa menyusahkan Alang. Angah banyak dosa, Angah takut Alang. Angah takut..!!"

"Iya Angah, Alang faham..!! Allah tu Maha Pengampun. Dekatkan diri pada Allah. Angah..!! Tak ada manusia yang tak melakukan kesilapan, dari kesilapan tu mengajar kita erti kehidupan. Jadikan pengajaran untuk masa depan.." Faliq memeluk erat Asnida. Teresak-esak Asnida. Puan Asmah memberikan ubat penenang dan segelas air suam pada Faliq.

" Angah!! Makan ubat dulu ni.." Faliq memberi ubat dan air pada Asnida. Asnida menelan ubat tersebut. Faliq senyum. Gelas diberi pada Puan Asmah semula.

"Sekarang ni Angah tidur ya. Sebelum tidur baca doa dulu.."arah Faliq. Asnida mengangguk perlahan. Faliq menyelimuti badan Asnida. Diusap kepala Asnida. Asnida memejamkan mata. Dan tidur. Faliq bangun.

" Tak apa ma. Biar Alang nak kemas ni. Mama rehatlah. Dah lewat dah ni.." Puan Asmah mengangguk dan terus keluar.

Faliq mengutip botol-botol ubat dilantai dan disusun di atas meja. Dan,mengambil penyapu dan penyodok sampah. Membersihkan kaca-kaca yang berterabur dilantai. Di letak ditepi. Sebelum keluar dari bilik Asnida, Faliq menoleh merenung wajah Asnida. Sayu sekali. Dan senyum. Alhamdulilah, Asnida sudah sedar dari kesilapannya. Sekarang tanggungjawab dia dan keluarganya terus memberi semangat dan bantu Asnida lebih dekat pada Allah. Ada Faliq berjumpa dengan seorang ustazah di masjid yang selalu mengadakan kelas mengaji untuk dewasa. Faliq meminta ustazah tersebut datang kerumah dan mengajar Asnida mengaji. Alahmdulilah, dengan senang hati ustazah itupun setuju. Insha Allah minggu hadapan bermula kelas mengaji untuk Asnida.

Faliq memadamkan lampu, yang tinggal cahaya samar dari lampu tidur, dan menutup pintu. Penyapu dan penyodok dibawa turun ke dapur. Membuang segala kaca yang pecah kedalam tong sampah. Meletakkan penyodok dan penyapu ke dalam stor. Mencuci tangan dan mengelap kering. Lalu, naik semula ke biliknya.

Dia duduk di kerusi, mengadap potret Aliaa. Senyum. Sangat merindui wajah ceria itu. Sangat merindui suara,gelak tawanya. Sangat merindui insan bernama Aliaa Sofea.

"Aliaa.. Lembutkanlah hatimu untukku semula Aliaa. Aku tak berani berjanji, aku takut aku mungkiri tapi aku akan buktikan akan lakukan yang terbaik untukmu. Aku akan tebus segala salah silapku padamu Aliaa. Aku akan perbaiki setiap kelemahanku. Aku sayang kau Aliaa. Aku merinduimu Aliaa. Sampai hujung nyawa aku akan tetap menunggumu.. " katanya sendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku