Kerana Janji
Bab 161
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
89

Bacaan






Kelmarin, meeting terakhir dengan staff. Segala urusan di Terengganu ni dah selesai dengan jayanya. Cik Erisya pun dah sihat dan dah kembali masuk office. Jadinya, aku dan Encik Boss akan kembalilah ke KL setelah berkampung hampir dua bulan di sini. Pejam celik pejam celik kejab je masa berlalu. Dan, kembalilah aku bekerja di KL. Jumpa dengan Naim, Kak Intan, Mira dan semua. Alkisahnya, mereka tak tahu pun aku kerja sementara di Terengganu tu. Yang mereka tahu, aku dah berhenti kerja dan lokasi dirahsiakan. Kira outstation lah tu sebenarnya. Berjaya juga plan aku dengan Encik Boss. Bagus juga Encik Boss ni, pandai berlakon. Ikut je plan aku. Hahaha!! Terbaiklah Encik Boss. Abang pun tak tahu aku nak balik hari ni. Sengaja taknak info. Surprise!! Dan, kalau ikutkan seminggu lagi kena stay Terengganu ni, tapi Cik Erisya cakap. Dia dah sihat dan dah boleh handle. Projek yang Encik Boss jalankan pun dah berjaya. Semuanya dipermudahkan. Jadi, awallah juga kami balik KL. Sebenarnya, aku dah rindu dengan staff office KL. Rindu gelak tawa, gurau senda mereka. Dan, rasa sedih juga nak tinggalkan staff sini yang baik-baik belaka. Tak apa, ada rezeki aku akan datang melawat mereka.

Aku dah siap kemas semua barang. Barang aku tak banyak pun. Cuma bagasi besar je satu. Macam mana aku bawa datang sini, macam tu jugalah aku bawa balik. Aku angkat bagasi letak depan pintu luar. Duduk termenung tunggu Encik Boss sampai. Pintu rumah dah siap-siap ku kunci. Aku senyum sendiri. Insha Allah, aku balik ni dengan satu harapan. Harapan apa?  Nanti tahu juga. Jam sudah menunjukkan ke angka 10.15 pagi. Awal pula aku siap. Encik Boss janji nak ambil jam 10.30pagi. Ada 15minit lagi. Tak apalah, tunggu jelah. Aku keluarkan handphone. Aplikasi whatsapp ku buka. Cari nama Naim. Dah lama tak whatsapp dengan dia. Nak kacau dia.

" Hiii Naim.. Busy ke?!"  Sent. Amboii.. tengah online dia ni. Mesti tak busy lah ni. Teka aku. Tak lama, dia balas.

" Iya beb.. Tak busy pun. Tengah melayan perasaanlah ni. Kau apa khabar, lama tak whatsapp aku kan. Aku whatsapp kau pun kau tak layan. Ingat dah lupa sahabat dah. Huhu.."

Hahaha.. Aku gelak baca. Panjang betul whatsapp dia ni.

"Sorry!! Busy lah. Macam mana kerja, ok?!" Saja ku tanya.

" Sedih!!"

"Kenapa sedih?!"

"Kerja tak best dah sejak kau tak ada. Masing-masing buat hal masing-masing je. Kalau lepak pun, cerita biasa-biasa je beb. Tak meriah macam kau ada.."

" Laa.. Kenapa macam tu pula.!"

" Entahlah beb. Masing-masing macam tak ada semangat je nak buat kerja. Kau kan penyeri office ni. Beb... mehlah kerja sini lagi ye!!" Alahai.. kasihannya. Aku gelak kecil. Dan-dan je mereka ni.

" Okeylah beb!! Aku busy ni. Nanti free aku whatsapp lagi ya. Kirim salam semua. Byeee!!!"

"Kau ni kan. Kalau aku cakap pasal kerja sini mesti lari. Huhu..! Okeylah beb!! Byee juga. Take care okey!!" Hahahaa.. Aku gelak besar. Mesti Naim bengang. Saja nak mengenakan Naim.

Kereta Encik Boss muncul depan rumah. Dia turun melangkah masuk ke perkarangan rumah. Aku senyum.

" Mana beg? Ni je ke?!" Aku angguk. Dia angkat bagasi aku dan aku mengekorinya. Pintu pagar ku kunci. Aku terus masuk ke dalam kereta, diikuti Encik Boss.

" Best tak nak balik KL?!" Tanyanya.

"Biasa je" jawabku ringkas.

" Mesti mereka terkejutkan tengok awak kerja semula dekat office.." Aku senyum je.

" Oh ye!! Lupa nak bagitahu awak. Semalam, saya call abang awak.." Aku terkejut beruk dengar.

"Ha?? Encik Boss call abang?! Untuk apa?!" Tanyaku. Aku menoleh padanya.

"Bincang untuk masuk meminang awak..!!"

" Encik Boss!!!! Jangan nak mengada ek!!" Menjerit aku. Berkerut sejuta dahi.

" Hahahaa...!!! Kenapa? Takut?!" Encik Boss gelak besar. Nafas aku turun naik, bengang. Serius kut.

"Taklah. Abang awak yang call saya. Dia minta saya pujuk awak supaya balik KL. Ash nak jumpa awak. Selagi dia tak jumpa awak, selagi tu dia menangis je tau. Elly pun cakap perkara yang sama. Tak sampai hati tengok.." Aku terdiam.

"Ish!!"Takkan sampai macam tu kut. Salah dia bukan besar sangat pun... " jawabku. Aku memandang ke hadapan.


" Tak besar awak cakap? Sampai nak membunuh  tu Aliaa.."

"Alaaa.. Asnida pun dah terima balasannya kan. Kira dah habislah tu.." jawabku lagi.

" Saya malaslah nak besar-besarkan cerita. Kasihan parents dia. Family dia. Bagi sayalah, kemalangan yang menimpa dia tu adalah balasan dari Allah. Dah cukup.." sambungku lagi.

" Hmm.. Baik betul awak ni. Kalau dah itu yang awak cakap. Tak boleh buat apalah..."

" Encik Boss baru tahu ke saya baik?!" Saja aku mengusik.

"Sebab tulah saya nak hantar meminang. Okey kan?!" Dia menoleh padaku. Senyum. Aku pula yang terkena. Hampeh!!

"Jangan  nak merepeklah Encik Boss. Nak tidurlah. Malas layan Encik Boss ni. Sakit jiwa saya.."Aku menjeling. Encik Boss gelak besar. Aku menyandarkan kepala di seat. Layan lagu lagi baik.

Sepanjang perjalanan aku langsung tak tidur. Dan, sepanjang perjalanan juga aku fikir pasal Asnida. Simpati sebenarnya aku dengan dia. Bila dengar Encik Boss cakap tadi, aku sendiri pula rasa bersalah. Mungkin memang dia betul-betul dah berubah. Bukan tak percaya tapi sebab sebelum ni dia pernah menipu kut. Sebab tu aku, hmm oklah. Aku ni payah sikit nak percaya kalau orang dah menipu. Percaya macam tu jelah. Tapi jujur aku cakap, aku dah tak fikir pun. Nak marah nak dendam tak ada dah. Kasihan pula dia. Tak salah kut aku jumpa dia. Tapi nantilah aku fikirkan.

Lebih kurang jam 7.00malam kami sampai di KL. Encik Boss hantar aku sampai depan rumah. Lega rasa selamat sampai. Rumah terang. Kereta abang pun ada, tak sabar nak jumpa abang. Aku memberi salam berkali-kali. Mana pula abang ni. Mandi kut, teka aku.

" Encik Boss.. Terima kasih ya hantar sampai rumah.."

"Sama-sama. Esok tak payah masuk office. Lusa je. Nanti saya atur plan tu ye. Nak buat surprise untuk mereka kan..!"

" Okey!! Apa-apa whatsapp jelah ek!" Aku senyum. Tidak lama kemudian, abang keluar. Berbaju melayu, berkain pelikat dan bersongkok. Nak ke masjid lah kut.

"Abang..!! " Aku jerit sebaik abang menghampiri.

" Laa.. Kenapa balik tiba-tiba ni. Tak info abang pun.."kata abang, sambil buka kunci pagar. Abang bersalaman dengan Encik Boss. Kemudian, aku terus salam abang. Rindu kat abang.

"Surprise!!"

" Hmm.. Sihat tak ni. Apasal panas ni. Adik demam ke ni ha!!" Abang sentuh dahi aku. Aduhai abang ni..

"Sihatlah abang.." jawabku. Encik Boss tengok je dan senyum.

" Terima kasihlah bro hantar adik aku. Menyusahkan je.." kata abang. Wah!! Dah tukar panggilan bro.. bro.. pulak dah. Hehe..!!

"Tak ada apalah. Sekali jalan pun. Jangan risau, lepas ni Aliaa tak kemana-mana dah. Dia tetap duduk KL ni dan tetap kerja dengan aku. Terengganu tu cuma dua bulan je.." kata Encik Boss.

" Oo maknanya taklah kerja sana?!" Tanya abang. Aku senyum je.

"Eh! Taklah. Kebetulan adik aku tak sihat hari tu. Aku kena handle sana, bawa P.A aku ni sekali. Sekarang ni adik aku dah sihat. So, kami baliklah sini.." sambung Encik Boss.

"Adikkk!!! Bertuah punya budak. Mula-mula dia cakap, sementara dekat sana. Kemudian, dia cakap dah pindah sana, kerja sana terus.. !!" Abang berkerut pandang aku. Aku gelak besar.

"Ni semua plan dia. Aku follow je. Tak follow kang dia nak berhenti kerja. Terpaksalah layankan.." Aku sambung gelak.

"Sorry abang!!" Kataku. Encik Boss pun gelak kecil. Abang jeling padaku.

"Sorrylah. Dia ni memang  macam ni. Nak kena ikut cakap dia je.." Abang peluk bahu aku.

"Tak apa. Dah faham dah. Tak ada dia pun, susah juga aku. Okeylah.. Aku gerak dulu.."

" Baiklah. Hati-hati memandu..!!" Encik Boss salam abang lagi.

" Encik Boss terima kasih.."kataku.

"Okey!! Jumpa lusa ya. Bye..!!" Encik Boss senyum. Terus masuk ke dalam kereta dan memandu laju. Abang mengangkat bagasi aku masuk ke dalam rumah. Masuk je dalam , aku terus duduk di sofa. Hilangkan penat sekejab.

"Apasal pucat sangat ni dik. Ada makan ubat tak ni? Risaulah abang..!"

" Iya.. Ada makan. Janganlah risau. Dah biasa macam ni kan. Abang ni..." jawabku berkerut.

" Abang nak pergi masjid ke?!" Tanya aku. 

" Iya kenapa?!"

" Tak payah pergi boleh?! Adik mandi kejab, solat. Lepas tu kita keluar kejab.." pintaku. 


" Nak pergi mana?!"

"Adalah. Tunggu ye.. " Aku bangun dan menarik bagasi ke bilik. Abang masih terpinga-pinga. Pintu bilik ku buka. Rindunya dekat bilik. Aku kembali. Tanpa berlengah aku terus ambil tuala mandi dan masuk ke bilik air.

Selesai solat. Aku terus bersiap. Aku melihat wajah dicermin. Memandang setiap inci wajahku. Kau boleh Aliaa..!! Kau boleh!!. Kata hati kecil ku. Aku memejam mata. Menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan-lahan. Aku ambil handbag dan terus melangkah. Penuh keyakinan. Abang sedang menunggu aku. Aku senyum pandang abang.

"Jom!!!" Ajakku. Abang bangun dan kami melangkah keluar. Aku terus masuk dalam kereta. Abang menghidupkan enjin kereta.

" Nak kemana ni?!" Tanya abang. Aku senyum tak jawab.

"Ooo dik. Nak kemana ni?!" Tanya abang lagi.

"Rumah Asnida.." jawabku ringkas. Senyum.

"Ha?! Rumah Asnida?! Adik tak main-main ke ni?!" Abang agak terkejut dengan permintaan aku. Pandang aku tak berkedip.

"Abang nak adik tukar fikiran ke?!" Aku menoleh pada abang dan  senyum sinis pada abang.

"Oh! Okey!!. Kita gerak sekarang okey..!!" Aku mengangguk. Abang senyum. Aku berdiam je. Aku punyai kekuatan untuk berhadapan dengan Asnida kini. Kerana simpati dan kasihan padanya. Aku harap aku akan terus kuat seperti ini juga bila berhadapan dengan Faliq nanti. Aku tak boleh lemah. Aku kena buat seperti biasa. Niat aku, aku hanya nak jumpa Asnida. Bukan Faliq. Walaupun sebenarnya aku masih belum bersedia nak berhadapan dengan Faliq tapi kerana Asnida, aku abaikan perasaan itu. Aku yakin, aku kuat. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku