Kerana Janji
Bab 162
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Sepanjang perjalanan ke rumah Faliq, abang asyik tanya aku je. Dia macam tak percaya je dengan keputusan aku yang tiba-tiba mahu jumpa Asnida. Sampai penat aku jawab. Aku nampak ada keceriaan pada wajah abang. Mana taknya, punyalah jenuh dia pujuk aku supaya aku jumpa Asnida tapi aku tetap berdegil taknak, dan tiba-tiba aku nak pula. Mestilah dia pelik kut. Sebenarnya aku yang pelik dengan abang. Aku taknak jumpa Asnida dia bising, marah bagai tapi bila aku dah lembut hati dan setuju nak jumpa Asnida, dia bising juga. Aduhh.. Tak faham betul dengan abang aku sorang ni.

"Abang tak percayalah dik. Betul ke adik nak jumpa Asnida ni? Adik tak bermimpi ke ni?!" Tanya abang lagi.

" Abang ni.. Tak penat ke tanya je. Adik penatlah jawab.." Geram pula aku. Aku menjeling pada abang. Abang boleh gelak. Hmmm..

" Maknanya.. Adik dah sedia nak jumpa Faliq jugalah kan. Alhamdulilah.. Aaminn..!!" Aku menoleh dan jeling lagi. Abang senyum.

" Tak payah nak aaminn sangat ye abang. Adik tak cakap pun nak jumpa Faliq. Adik cuma cakap nak jumpa Asnida je. Asnida sahaja. Harap maklum dan harap faham. Okey?!" Kataku tegas. Tak senyum langsung.

"Pula dah. Kalau adik jumpa Asnida, dah tentu Faliq ada dekat rumah tu juga. Mesti jumpa juga kan.." jelas abang.

" Iya..!! Macam yang adik cakap. Niat adik cuma nak jumpa Asnida je bukan Faliq. Adik kasihan dekat Asnida.." ulangku lagi.

" Habis kalau jumpa nanti macam mana?!" Aduhai abang ni. Masih tak faham maksud aku.

" Abang...!! Niat adik nak jumpa Asnida je tau. Maknanya kalau ada Faliq, adik buat tak tahu jelah. Ish!! Tak faham lagi ke?!" Marah aku. Berkerut.

" Buat tak tahu?! Janganlah macam tu.."

"Sekarang ni abang nak adik jumpa Asnida atau taknak?!" Kataku lagi.

"Okey lah.. !! Abang tak tanya lagi..!" Abang mengalah.

"Tahu tak apa...!!" Aku menjeling pada abang. Aku senyap je. Elok-elok hatiku lembut nak jumpa Asnida ni, jadi hilang mood pula nanti. Baru tahu.

Kereta memasuki perkarangan rumah. Tiba-tiba hatiku berdebar pula. Lebih berdebar bila lihat kereta Faliq. Aku kuatkan semangat sendiri. Senyum dan senyum. Aku kena buat biasa je. Kau boleh Aliaa. Yakin!! Aku turun dari kereta dan berjalan bersama abang menuju ke pintu. Abang memberi salam beberapa kali. Terdengar suara Makcik Asmah menjawab salam. Aku jauh sikit dari abang, disebalik pintu. Pintu dibuka. Aku membiarkan abang masuk ke dalam dulu.

"Oh Adil..!! Ingat siapa tadi. Masuklah.." Suara Makcik Asmah memecah kesunyian.

"Faliq ada makcik?!" Tanya abang. Alahai abang ni. Buat apa pula dia panggil Faliq. Aku ketuk kepala sendiri. Makcik Asmah tak perasan aku yang berdiri diluar ni.

"Ada, dekat dapur. Alang.. !! Ni Adil nak jumpa.."jerit Makcik Asmah. Tidak lama kemudian, Faliq muncul.

" Ha bro.. Masuklah.." Abang sengeh.

"Hmm.. Ash dah tidur ke?!" Tanya abang yang masih lagi berdiri.

"Belum. Tu tengah tengok tv. Kenapa?! Jom lah masuk.." pelawa Faliq.

"Sekejab. Ada orang nak jumpa Ash..!!"

"Nak jumpa Ash?! Siapa?! Mana orangnya?!" Tanya Faliq. Makcik Asmah pun masih menunggu.

"Assalammualaikum.." Aku memberi salam terus melangkah masuk ke dalam rumah dan memberhentikan langkah betul-betul di hadapan pintu.

"Aliaa!" Faliq menyebut namaku perlahan. Mata Faliq dan Makcik Asmah tertumpu pada aku. Aku melemparkan senyuman pada Makcik Asmah. Faliq terpaku kaku tanpa sebarang kata melihat kehadiran aku. Tak berkelip mata tepat memandang wajahku. Aku pandang wajahnya sekilas saja. Tidak mahu melawan mata dengannya. Lalu, ku terus salam dan mencium tangan Makcik Asmah. Makcik Asmah mencium dan memeluk aku dengan erat sekali. Airmatanya jatuh ke pipi. Terharunya aku. Aku hampir saja tewas dengan airmata sendiri tapi ku kawal agar tidak jatuh.  Faliq masih lagi terpaku.

"Aliaa sihat?!" Tanya Makcik Asmah dengan esak tangisnya.

"Alhamdulilah sihat makcik.." jawabku. Aku dipeluk lagi. Ya Allah!! Sungguh aku sangat terharu.

"Makcik.. Saya nak jumpa Kak Ash sekejab..!!" Pintaku. Terus sahaja Makcik Asmah memaut lenganku dan bawa ke ruang tamu. Abang dan Faliq mengekori. 


 Sayu saja wajahnya ku lihat. Nampak seperti ada cahaya diwajahnya. Bersih wajahnya. Dia tak perasaan kehadiran aku. Aku senyum melihatnya. 


"Angah..!! Tengok ni siapa datang.." panggil Makcik Asmah. Asnida terus menoleh. Dia juga terpaku melihat aku. Dia berdiri. Tiada sebarang kata pun keluar dari mulutnya yang hanya airmata berjujuran jatuh. Lantas, aku menghampiri Asnida yang berdiri kaku. Aku tetap senyum. Aku bersalaman dengannya.

"Assalammualaikum.. Apa khabar, dah sihat?!" Tanyaku lembut saja. Tangannya ku pegang, ku genggam erat. Mata kami bertentang. Serta merta airmatanya jatuh tatkala nampak aku.

"Aliaa...!! Maafkan akak Aliaa. Maafkan akak. Akak terlalu banyak dosa pada Aliaa. Maafkan akak Aliaa. Ampunkan segala dosa-dosa akak Aliaa.." Dia memeluk tubuhku. Erat. Dia melutut padaku mohon kemaafan. Aku mintanya bangun. Pertama kali dia gelarkan dirinya dengan panggilan kakak. Terharunya aku.

" Iya kak. Saya maafkan. Bangun ya..!! Bangun kak. Meh duduk sini.." Aku pegang bahunya bawa dia duduk disebelahku. Makcik Asmah masih lagi dengan esak tangis.

"Aliaa.. Ampunkan akak!!" Dia sambung lagi dengan suara tersekat-sekat menahan nangis. Tersedu-sedu menangis. Aku mengesat airmata dipipinya. Aku pandang tepat pada setiap inci wajahnya. Aku senyum. Wajah keinsafan.

"Iya.. Saya dah maafkan akak lama dah. Tak ada simpan sikit pun dalam hati ni. Apa yang berlaku pun saya dah lupakan. Akak jangan risau ya.."Kataku jujur. Seikhlas hati.

" Terima kasih Aliaa. Terima kasih.!!" Sambung lagi menangis. Peluk aku lagi. Kemudian melepaskan pelukan. Dia pegang tanganku. Bagai taknak dilepaskan. Aku senyum happy. Dia membalas senyuman. Mesti lega hatinya kini.

" Kak Ash kena jaga kesihatan baik-baik. Kena makan ubat biar cepat sembuh, kena kuatkan semangat. Taknak nangis lagi ya!" Dia mengangguk saja. Aku senyum. Aku mengesat lagi airmatanya.

"Saya nak tengok akak ceria, happy macam sebelum ni. Saya tahu akak kuat. Nanti dah sihat, saya ajarkan akak pakai tudung. Akak nampak lebih cantik, lebih ayu bila bertudung. Akak suka tak selendang yang saya bagi tu?!" Kataku memberi semangat. Aku taknak ganggu fikiran dia. Aku kena bagi dia kata-kata semangat untuk dia terus yakin pada diri sendiri. Orang dalam trauma ni cepat sangat terusik hatinya. Kalau salah cakap mahu memberontak.

"Suka tapi akak tak tahu pakai macam mana.." Asnida senyum.

"Tak apa. Nanti saya ajar.." jawabku ringkas.

"Terima kasih Aliaa..!!"

"Sama-sama.." Dia memeluk aku lagi. Mencium aku. Makcik Asmah duduk di sebelahku. Memegang tanganku. Kemudian dia memeluk aku pula. Ya Allah..!! Aku sangat terharu. Rasa pelukan seorang ibu. Aku rindu ibu. Abang dan Faliq hanya memerhati. Senyum abang melihat layanan mereka terhadap aku. Aku melirik pada Faliq pula. Senyum juga tapi senyuman hambar. Apa kesedihan disebalik senyuman itu. Aku abaikan dia. Niat aku ke sini hanya kerana Asnida bukan dia.

"Aliaa.. Makcik minta maaf ya sayang..!" Aku berkerut.

" Kenapa makcik minta maaf. Makcik tak salah apa-apa dengan saya.." kataku.

" Makcik rasa bersalah sangat pada..." aku terus potong cakap Makcik Asmah.

"Makcik.. Jangan rasa macam tu ye. Lupakan jelah. Demi Allah, saya tak simpan sikit pun dalam hati. Makcik jangan risau ya..!!" Jelasku beri keyakinan pada dia. Aku faham apa yang dirasainya.

" Terima kasih sayang..!!" Lagi sekali aku diciumnya. Tangan aku dipegang erat oleh Asnida. Aku rasa sangat disayangi oleh mereka. Terima kasih Ya Allah!! Datangkan insan yang amat menyayangiku.

" Makcik.. Kak Ash..! Saya minta diri dulu.." Aku meminta izin untuk pulang. Rasa letih sangat badan ni. Lemah pula rasa badan. Aku pandang abang, abang mengangguk tanda faham.

" Kak.. Jaga diri baik-baik ya. Makan ubat tau. Saya balik dulu ya.." pesanku pada Asnida. Asnida angguk dan senyum. Dia peluk aku lagi. Kemudian aku salam Makcik Asmah pula.

"Liq.. Aku balik dulu. Makcik.. saya minta diri dulu.." Abang pula bercakap. Mereka hantar kami hingga ke halaman rumah. Aku terus menyarungkan kasut dan memulakan langkah.

"Aliaa..!!" Faliq memanggil aku.

Aku memberhentikan langkah. Menarik nafas dalam, senyum. Dan menoleh ke belakang. Aku pandang wajahnya. Sedih..!!

"Iya.. Panggil saya ke?!" Tanyaku sengaja.

"Saya minta maaf!!!" Lembut suaranya. Aku hanya senyum.

"Saya minta diri dulu. Assalammualaikum.." Aku terus meninggalkannya menuju ke kereta. Aku masuk ke dalam kereta, menunggu abang.

Faliq masih lagi berdiri memandangku. Aku menundukkan kepala konon bermain dengan handphone. Maafkan aku Faliq. Aku hanya nak jumpa Asnida bukan kau. Aku menarik nafas dalam lagi.

"Sabar Liq. Sabar ya.!! Aku gerak dulu. Apa-apa nati aku info.."  Abang bersalaman dengan Faliq dan masuk ke kereta. Faliq angguk.

Masuk je ke dalam kereta. Abang terus hidupkan enjin. Kami melambaikan tangan pada mereka dan abang memulakan pemanduan. Aku hanya membisu. Badan aku tak sedap pula. Jangan demam sudah. Perubahan cuaca kut. Aduhai..

"Abang happy tengok layanan makcik dan Asnida pada adik tadi.."kata abang. Aku hanya senyum.

" Kenapa adik buat Faliq macam tu tadi. Kasihan dia dik..!" Abang sambung lagi bercakap. Aku masih tak layan pun. Kepala aku jadi pening pula ni. Sahlah ni aku dilanda demam. Terus jadi panas sejuk badanku. Rasa menggigil tiba-tiba.

"Adik.. Senyap je ni.. Kenapa?!" Tanya abang lagi. Menoleh pada ku. Berkerut. Aku sandarkan kepala di seat dan menurunkan sikit  seat aku.

" Adik..!! Panasnya.. Demam ni.. Abang bawa pergi hospital.." Abang sentuh dahi aku.

"Tak payahlah bang. Adik letih je ni. Langsung tak rehat dari semalam. Kita balik jelah ye. Adik penat sangat.. " pintaku. Abang mengangguk. Aku pejamkan mata. Kepala pusing. Aku tak fikir apa lagi dah. Yang aku fikir sekarang, nak baring atas katil nak rehat. Memang rasa tak bermaya badan ni. Aku lelapkan mata. Dan mimpi ke angkasa. 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku