Kerana Janji
Bab 164
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
83

Bacaan






Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Wah!! Semangatnya aku. Tak sabar nak masuk office, nak jumpa si Naim, Kak Intan, Mira dan semua. Rindu serindu-rindunya kut. Dan, yang paling tak sabar nak tengok muka terkejut mereka bila nampak aku muncul nanti. Mesti seronok..!! Over excited pula aku. Hahaha!!

Awal lagi aku dah siap dah. Aku ambil handbag dan ke ruang tamu. Handphone ku pegang. Abang tak keluar bilik lagi. Belum siap kut. Aku ke dapur bancuh nescafe. Duduk termenung menikmati kenikmatan aroma kopi ni. Nyaman. Perlahan-lahan aku menghirup air nescafe ni, panas yang amat. Melecur bibir. Biasa aku buat suam-suam je tapi terlebih tuang pula. Khayal sangat kut.

Aku kembali kerja di sini, kembali masuk office, kembali jumpa mereka yang akan bergosip. Entah apalah cerita panas dekat office tu nanti. Masihkah ada lagi cerita hot aku dan Faliq? Dah tak ada dah kut. Aman...!! Tak adalah nak menghadap mereka dengan setiap pertanyaan mengenai aku dan Faliq. Si minah kecoh dari office Faliq juga tu. Yang bikin panas selalu. Tapi yang pelik tu tak pula dia tanya sendiri pada Faliq. Sedangkan satu office kut. Aku juga yang jadi mangsa dari awal perkenalan sampai kami dah putus tempoh hari. Mengalahkan wartawan pula mereka ni. Kadang, lawak juga. Faliq oh Faliq!! Rasa rindu pula dengan kau. Tak ada kawan aku borak yang merepek, tak ada kawan gaduh, tak ada kawan senyum dengan aku. Nak dibandingkan kau dan Encik Boss memang sangat berbeza. Aku lebih selesa dengan kau, Faliq. Alahai.. teman dah tak sehati sejiwa aku. Rindu padamu...!! Huhu.. !!

"Tulah.. Padan muka..!! Ego sangat, Jual mahal sangat,ambil kau. Tak payah nak tipu diri sendirilah Aliaa. Dalam hati tu sebenarnya masih sayang. Sanggup menahan rindu, berlagak taknak layan konon. Layankanlah ego kau tu. Esok kalau Faliq dah bosan menunggu, baru kau cari dia. Waktu tu, pandang kau pun dia taknak. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Menangis tak berlagulah kau Aliaa. Cuba lembutkan hati tu sikit, dengar penjelasan dari dia dulu. Ini tak, ikut keras hati je. Ego. Jual mahal. Berlagak...!!" kata hati kecilku. Mengejek aku bertubi-tubi.

"Argghhhhh!!! " Aku menjerit menutup muka.

"Oii.. Dah kenapa ni? Meroyan pagi-pagi.." Abang berkerut.  Alamak!! Malunya. Terlepas sudah. Hahaahaa..!! Aku sengeh dan menghirup air nescafe. Cover malu!!

" Mana air abang?"

" Alaaa lupa. Abang buat sendirilah ye.." kataku. Sengeh lagi. Mood ting tong aku hari ni. Abang duduk di hadapan aku, membuka bungkusan roti gardinier, lalu menyapu kaya keatas roti dan makan.

" Tak makan ke?!" Aku geleng.

" Abang..!!" Aku diam.

"Hmm..  Kenapa?!"

" Faliq ada cakap apa-apa ke?!" Tanyaku.

" Cakap apa?! Tak ada pun. Kenapa?!" Tanya abang padaku semula.

"Tak ada apa. Tanya je..!!" Balasku.

" Elehh.. padahal rindu Faliq lah tu. Kan.. kan.. kan..!!"

"Mana ada!! Orang tanya je, salah ke.." aku menafikan. Buat muka selamba. Malu juga, macam tahu je abang ni apa aku fikirkan.

" Ini abanglah dik. Dari riak wajah adik tu pun abang tahulah. Tapi sombong je taknak mengaku. Kalau sayang cakap je sayang.. Kalau rindu cakap je rindu. Kan senang cerita. Tak payah pening-peningkan kepala nak merajuk lama-lama. Mengalahkan budak kecil je. Kalau umur makin muda tak apa, umur tu dah makin tua. Lagi nak buat perangai. Kalau dah tak laku, padan muka..!!" Geram aku dengan abang ni. Boleh pula dia membebel. Sakit jiwa betul.

"Abang ni.. Orang tanya sikit je. Dia punya membebel mengalahkan mak nenek..!!" Merungut aku.

" Betul lah abang cakap. Orang cakap bukan dia nak terima.."sambung abang lagi. Aku meneguk air nescafe hingga habis.

"Abang bebellah sorang-sorang. Adik nak pergi kerja lagi best.." Aku salam abang dan melangkah terus. Malas nak dengar abang membebel.

" Tulah kalau abang cakap, sikit-sikit nak lari. Bukan dia nak ambil port pun.."

" Okey abang.. Bye.. !!" Aku terus keluar dan masuk dalam kereta. Aku gelak kecil dan terus memandu laju terus ke office. Aduhai.. jam pula jalan ni. Ini yang paling buat aku stress. Apakes ni, accident kali. Aku kuatkan volume radio. Layan lagu.


Eh.. Eh..!! Lagu ni pula. Huwaaa!!!!

" Selamanya..
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu.."

Kenapa hari ni aku dibayangi oleh Faliq je ni. Dari bangun tidur sampai sekarang. Kenapa? Sebab aku rindu Faliq. Makin aku nak lupakan Faliq makin kuat dia muncul di depan mataku. Sedih..!!

Pintu lift terbuka je. Aku terus melangkah keluar. Perlahan-lahan masuk ke office. Buat muka selamba je. Entah dah sampai entah belum mereka ni. Sunyi sepi je. Tak ada orang langsung. Aku terus masuk ke bilikku. Rindunya dekat bilik ni, tiada perubahan pun. Sama je. Aku letak handbag dan terus ke dapur. Terdengar suara orang gelak dan berbual. Mereka lepak dekat dapur rupanya. Aku sengeh sorang.

" Assalammualaikum.." Aku memberi salam dan berdiri di tengah-tengah pintu.

"Waalaikumsalam.." Naim, Kak Intan dan Nina jawab serentak. Menoleh padaku, aku senyum.

"Bebbbb!! Beb.. Bila kau sampai? Kau datang dengan siapa? Kau cuti ke? Ya Ampun beb... Rindunya dekat kau.. Kami baru je cerita pasal kau ni.." Menjerit Naim nampak aku. Tertubi-tubi soalan. Kak Intan pun tanya macam-macam. Aku bersalaman dengan mereka.

" Hahahaa.. Mana satu aku nak jawab ni beb.." Garu kepala aku.

" Aliaa.. Lama tak dengar khabar kau ni. Tiba-tiba je muncul ni. Mesti ada sesuatu ni.." teka Kak Intan. Aku gelak je.

"Hahaha.. Tak ada apalah kak. Saya macam biasalah masuk office, kerja macam biasa.."

" Cop.. Cop.. cop..!! Kerja macam biasa?! Maksud kau, kau kerja sini semula ke beb.. " tanya Naim semangat.

"Laa.. Memanglah aku kerja company ni lagi. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni aku kerja  dekat cawangan Terengganu lah. Ikut Encik Boss ganti Cik Erisya sekejab. Cik Erisya kan alami keguguran, kena berpantang. Encik Boss kena cover sana. Dah aku P.A Encik Boss, jadi kenalah follow Boss. Sekarang ni, Cik Erisya dah sihat,dah masuk office. So, baliklah kerja sini.  Ada faham?!" Terang aku dengan jelas.

"Laaa iyeke?! Kira kau outstation jelah.." kata Kak Intan. Aku angguk.

" Kau ni kan Aliaa. Memang bertuah. Kau cakap dekat aku kau dah berhenti kerja dan pindah kan. Kau kenakan aku ek?!" Aku gelak kuat. Naim menjeling aku tajam.

" Hahahaa.. Janganlah marah. Sesekali nak bikin gempak. Baru surprise namanya.. !" Gelak lagi.

" Aliaa ni memang. Asyik surprise memanjang. Dengan aku-aku sekali terkena. Hampeh punya budak..!!" Kak Intan pula sambung. Kami gelak kuat. Memang lawak.

" Meriahnya..!!! "Muncul Encik Boss pula. Senyum.

" Mestilah meriah. Lama tak jumpa ni.." jawab Kak Intan.

"Kejab.. Kejab..!! Disebabkan hari ni saya masuk office ni semula, apakata Encik Boss belanja kami breakfast. Saya lapar ni Encik Boss. Setuju tak semua?!" Cadang aku.

" Setujuuu!! Cadangan yang baik.."Kata mereka serentak.

"Pandai awak ye Aliaa. Pagi-pagi lagi pau saya ek.. Okey lah, disebabkan Aliaa punya pasal. Okey!! Jom..!!" Ajak Encik Boss. Aku senyum lebar.

"Amboi.. Encik Zack. Aliaa punya pasal, dia on je.."Perli Kak Intan. Semua gelak. Kami pun terus melangkah. Jalan bersama, berbual, bergurau senda. Seronok sangat. Memang gamatlah kami. Ceria semua.

Cuaca mendung, gerimis mula turun. Sejuk je. Dah lama tak hujan rasanya. Kami masuk ke cafe, dah kurang orang. Rindunya nak makan nasi goreng cafe ni. Aku terus ambil makanan. Selamat ada sikit lagi nasi goreng. Aku senduk nasi goreng ke dalam pinggan, kuih kesukaan aku pun ada. Bingka tepung, serimuka dan keria keledek. Macam biasa air nescafe tarik. Aku duduk sebelah Kak Intan. Encik Boss dihadapanku. Makan pun kami borak. Aku banyak gelak je. Boleh tahan Encik Boss ni. Mesra dah dengan mereka semua. Happy aku dengan mereka. Aku layan kuih serimuka. Tiba-tiba teringat kuih serimuka yang pernah diberi oleh Faliq dulu. Hasil air tangan Makcik Asmah. Tulah kuih serimuka yang paling sedap aku pernah makan. Sedapnya!! Petang ni balik kerja nak ziarah Asnida lah. Nak ajar dia pakai tudung. Mesti cantik. Aku senyum. Boleh pula aku berkhayal. Encik Boss perhatikan aku je. Tepat matanya pandang aku. Segan pula jadinya. Dahlah depan diaorang semua ni. Memang kena perlilah.

"Happy tak?!" Tanya Encik Boss lembut je. Aku senyum.

"Mestilah happy.."jawabku ringkas. Encik Boss membalas senyuman.

"Ehem.. ehemm!! Fefeeling gitu.."perli Naim dengan gayanya. Malunya aku. Aku berkerut.

"Encik Zack... Meeting petang ni jadi tak?!" Tanya Kak Intan.

"Jadi.. Nanti bagi saya semua laporan untuk dua bulan. Yang waktu saya tak ada ye.." Pandai Encik Boss cover. Hahahaa.. Naim sengeh-sengeh je pandang aku. Aku tahu maksud Naim ni. Nanti confirm macam-macam cerita dia nak tahu ni. Bersedialah aku ditemuramah oleh Naim nanti.

Selesai makan, kami beredar. Mereka dah jalan ke depan dah. Aku dan Encik Boss dibelakang. Kena tinggal dengan mereka. Sengaja mereka tu. Hmm.. Sabar jelah. Dari jauh, aku nampak seseorang keluar dari lift. Perhatikan aku je. Aku buat tak tahu dan terus borak mesra dengan Encik Boss. Aku mendaki satu persatu anak tangga. Aku memberhentikan langkah. Memandang Faliq ditepi tiang batu besar, tempat biasa dia tunggu aku suatu ketika dahulu. Wajahnya sayu memerhatikan aku. Aku pandang dan senyum padanya. Wajah itu yang aku rindu. Sangat rindu.

" Aliaa.. Kenapa?! Jom..!!" Encik Boss menegur aku. Aku pandang Encik Boss dan terus melangkah. Aku sempat melirik pada Faliq. Faliq mengalihkan pandangan kearah lain. Ya Allah!! Maafkan aku Faliq. Aku tahu perasaanmu. Bila sampai masanya nanti. Aku akan berhadapan denganmu. Tapi bukan sekarang. Aku masih perlukan masa dan ruang.
Aku masih perlu mencari kekuatan. Berikan aku masa. Berikan aku ruang. Ada sebab kenapa aku buat macam ni. Semuanya keranamu Faliq. Keranamu..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku