Kerana Janji
Bab 165
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Aku keluarkan potretku yang diberi Faliq dulu dari dalam laci. Ku letak potret itu disebelah laptop. Aku senyum. Dan, patung tengkorak yang abang belikan dari Sudan, ku letak di sebelah potret pula. Comel. Aku sambung mengemas. Hari ni tak ada kerja untuk aku. Cuma ni je. Kemas bilik yang dah berbulan aku tinggalkan. Berhabuk bagai. Segala fail yang dah lama aku simpan dalam kotak. Sekejab lagi nak suruh Naim simpan dalam stor. Satu sudut kecil bersebelahan pasu bunga kosong, ku sediakan beberapa botol air mineral dan sebiji gelas. Standby untuk makan ubat. Tak payah ke dapur. Kesihatan aku pun bukan okey sangat pun. Sampai masa sakit, boleh terus telan ubat. Tak payah ke dapur ambil air. Pasu kosong tu, kubiarkan saja. Dah tak ada bunga didalamnya. Mawar merah dah lama aku tak dapat. Kalau tak dulu, setiap 3hari pasti mawar merah akan berganti tapi sekarang satu pun dah tak ada. Sedih!!!  Rindunya saat itu. Aku merenung kosong pasu itu. Senyum tawar.

Aku duduk bersandar. Teringat kata-kata abang pagi tadi.

" Ini abanglah dik. Dari riak wajah adik tu pun abang tahulah. Tapi sombong je taknak mengaku. Kalau sayang cakap je sayang.. Kalau rindu cakap je rindu. Kan senang cerita. Tak payah pening-peningkan kepala nak merajuk lama-lama. Mengalahkan budak kecil je. Kalau umur makin muda tak apa, umur tu dah makin tua. Lagi nak buat perangai. Kalau dah tak laku, padan muka..!!"

Hahahahaa... Aku gelak sorang-sorang. Lawak.. Lawak!! Bebel- bebel abang pun, ada betul juga. Aku juga yang angau jadinya. Hmm.. Entahlah.

"Cik Aliaa.. Ada panggilan?!"

" Okey!! Thanks..!!" Aku senyum pada Nina dan terus bangun menuju ke luar. Siapa pula yang call ni. Tak pernah ada orang call aku melalui telefon office ni.

"Helloo..!!"

" Assalammualaikum Aliaa.. Kak Ash ni..!!" Aku senyum lebar. Suara ceria Asnida di hujung talian.

"Waalaikumsalam.. Ye kak, ingat siapa tadi.."

"Aliaa busy ke ni? Sorry akak ganggu. Akak try call handphone Aliaa tapi voice mail je. Tu yang call office.. Sorry ek!!" Katanya lagi.

"Tak apa.. Tak apa!! Kenapa akak call?!" Tanyaku.

"Oh!! Hmm.. Lepas balik kerja nanti Aliaa free tak? Aliaa datang rumah boleh? Akak ada beli tudung tadi dengan mama tapi tak tahu nak gayakan macam mana? Aliaa ajar akak. Please..!!" Aku senyum.

" Oh yeke!! Boleh je. Memang saya ada plan nak ziarah akak.."

" Alhamdulilah.. Terima kasih Aliaa.!! Jumpa petang ni ye. Bye dear!!"

"Sama-sama. Bye..!!" Aku meletakkan ganggang telefon. Senyum sendiri. Dan terus berlalu ke bilik semula. Happy suara Asnida. Syukurlah, semangat dia nak pakai tudung. Seronok aku dengar, satu perubahan yang sangat besar pada dirinya. Aku tumpang gembira.

"Aliaaaaa!!! Kejab.. kejab..!!" Naim menjerit panggil aku. Aku menoleh padanya.

"Oii..  Kau apahal ni. Menjerit macam pontianak..!!" Aku berkerut.

"Hahaha.. Saja je..!!" Bertuah punya kawan. Aku jalan masuk ke bilik, Naim ikut aku. Duduk di kerusi.

" Oii beb.. Kau ni penuh dengan rahsialah. Apa cerita sebenarnya ni.." tanya Naim.

" Cerita apa pula. Rahsia apanya.."

" Kau bercinta dengan Encik Zack yeeee!!" Naim senyum sinis. Terbeliak aku dengar.

"Oii mana ada. Siapa buat cerita ni. Gila..!!" Marah aku. Bahaya gosip ni. Dengar Faliq bertambah jelous. Puncalah.

" Tak adalah. Aku teka je. Habis tengok korang ni, rapat semacam je. Feeling semacam je. Manalah tahu kut-kut betul ke.." Suara Naim perlahan. Mencebik.

"Kau jangan macam-macam Naim. Dah aku P.A dia kut, memanglah kena follow tapi follow atas urusan kerja je.." jelasku.

"Alaaa janganlah marah. Aku tahu, kau tu masih sayangkan Faliq lagi. Beb.. ni nak cerita ni. Ada sekali tu aku terserempak dengan Faliq. Dia beli bunga.." Aku fokus mendengar.

"Beli bunga?" Tanya aku excited nak tahu.

"Iya.. Bunga yang biasa dia bagi kau tu. Aku saja tanya, beli bunga untuk siapa? Nak kata bagi kau, korang dah putus kan. Manalah tahu dia nak bagi kekasih baru ke kan.." Naim sinis dekat aku. Perli lah tu. Hmm..

"Dia cakap.. Beli bunga untuk diri sendiri. Kasihan aku dengar beb.."

"Untuk diri sendiri? Tak faham.. Tak faham..!!"

"Iya beb..!! Sebelum ni kan dia selalu beli bunga untuk kau, tapi hari tu dia beli sebab rindu kau. Dia nak letak bunga dekat sebelah potret kau. Dia anggap kau masih bersama dia lagi. Dia sayang kau beb. Kasihan dia beb.. Sedih aku dengar..!!!" Aku terkedu. Ya Allah!! Takkan sampai macam tu sekali. Bukan Naim je sedih, aku pun macam nak nangis je dengar ni.

"Takkan sampai macam tu beb..." tanyaku.

"Iya.. Kau ingat aku menipu ke. Tak percaya kau tanya Mira sendiri. Mira pun cerita benda sama juga.." Kalau Mira cakap aku percayalah sebab Nizam kan P.A  Faliq. Aku tarik nafas dalam. Pandang kosong atas meja.

" Aliaa.. Kau sayang dia lagi kan. Aku tahu.. Kalau kau dah sayang, sayang ke mati. Kasih sayang cinta kau tu sangat berharga buat dia. Kau maafkanlah dia, terimalah dia semula. Dia sayang kau beb, kalau tak. Tak adanya dia buat macam tu.." Aku diam je. Tak tahu nak cakap apa. Airmata ni macam nak jatuh je. Tapi kawal.

" Kau kena terima hakikat, tak ada manusia yang tak buat salah. Kadang, peluang kedua itu lebih baik tau. Mungkin peluang kedua yang kau bagi dekat dia tu adalah kebahagiaan untuk korang, Kan..!! Dahlah beb.. Terimalah dia.." Naim masih pujuk dan pujuk. Aku pendengar setia. Langsung tak komen apa-apa. Aku tengok jam. Tepat jarum jam di angka 2.30petang.

"Oh!! Beb... Dah 2.30petang. Ada meeting kan. Jom cepat!! Kang Encik Boss membebel, bernanah telinga dengar.." Aku terus tukar tajuk cerita. Terus ambil buku notaku dan melangkah keluar.

" Kau ni kan. Nak larilah tu. Meeting jam 3.00 petanglah makcik oii. Hmm... tak fahamlah aku dengan kau ni.."  Naim bengang. Aku sengeh.

" Oh yeke!! " Aku garu kepala. Aku kembali masuk ke bilik. Malu sendiri. Hahaa.. Duduk termenung. Rasa bersalah pula pada Faliq. Kasihannya. Jahat sangat ke apa yang aku buat ni. Tapi aku buat ni untuk diri aku sendiri. Siapa lagi nak jaga hati aku, nak pertahankan hati aku kalau bukan aku sendiri. Aku jadi macam ni pun sebab pengalaman lama. Aku taknak kali kedua kecewa tapi dah kecewa pun. Macam mana? Aku kena berhati-hati. Diri aku, hak aku. Nak jaga hati orang kena jaga hati sendiri dulu. Salah ke?! Aduhai Faliq!! Janganlah buat aku rasa bersalah. Pusing kepalaku, pusing- pusing.. Huhu!!

Aku masuk bilik meeting awal. Sementara tunggu mereka sampai, aku conteng-conteng buku, tak ada kerja. Tidak lama, Naim masuk, Kak Intan dan yang lain-lain. Meeting hari ni aku tak fokus, fikiran dekat Faliq je. Selamat meeting bulanan je. Perkara yang sama dibentangkan. Bolehlah aku menularkan kepala ke tempat lain. Hehe.. Sejam kemudian, selesai. Yeah!! Baru aku senyum lebar. Sepanjang meeting aku buat muka bosan je. Aku jumpa Encik Boss, minta balik awal. Lagipun tak ada kerja. Bosan. Tapi Encik Boss cakap, esok banyak appointment, ok Boss. Arahan diterima. Aku pun teruslah balik. Eh!! Mana ada balik, nak pergi rumah Faliq nak jumpa Asnida. Sebelum memandu, aku call abang. Info abang mengenai niat aku tu. Okey!! Semestinya abang izinkan. Cuma dia pesan jangan balik lewat. Okey abang!! Pesanan abang diterima. Senang hati aku memandu dengan happy nya.

Sampai saja di rumah Faliq. Asnida menyambut aku dengan happy sekali. Nampak ceria wajahnya. Cantik tanpa sebarang makeup. Memang cunlah. Wajah sebenar-benarnya. Sebelum ni wajah tipu, makeup je tebal. Kelebihannya punyai wajah yang cantik. Dia peluk aku, Makcik Asmah pun ceria je. Seronok aku tengok mereka. Bahagia je. Asnida bawa aku ke biliknya. Bilik kemas dan simple. Aku duduk di katil.

"Aliaa.. Terima kasih tau. Sudi luangkan masa untuk akak.."

"Sama-sama. Lagipun saya memang nak ziarah akak hari ni dan kebetulan akak call tadi. Sekalilah ni.." kataku jujur.

"Oyeke..!! Tadi akak shopping sikit. Ni ada beli tudung. Petang ni akak nak jumpa someone, tu yang nak pakai tudung ni tapi tak tahu nak pakai. Minta tolong Aliaa ye.." Berseri mukanya.

"Someone? Boyfriend ek!!" Aku mengusik. Merah mukanya, malulah tu..

"Hmm.. Sebenarnya ex husband akak. Manalah tahu kami bersatu semula ke. Hahaha..!!" Gelak besar dia. Tengok gayanya hati tengah berbunga-bunga tu.


" Oh yeke!! Alhamdulilah. Saya doakan semoga jodoh bersatu semula dan semoga kekal ke jannah. Aaminn.." Aku pun tumpang gembira.

" Aliaa.. Aliaa dengan Faliq?!" Aku terus terdiam. Terus berubah airmuka aku. Asnida tepat pandang aku. Aku jadi serba salah.

" Hmm... Mana tudung akak. Boleh saya tengok?!" Aku senyum tawar. Cuba menukar tajuk. Macam biasa, nak lari dari soalan. Asnida duduk disebelah aku. Pegang tanganku. Dia buka cerita pula. Aku tak boleh nak elak.

"Aliaa.. Faliq tak salah. Wan pun tak salah. Yang salah adalah akak. Akak yang hasut dan perangkap mereka..." Aku pandang ke lantai. Asnida cerita semua perkara, dia mengaku kesalahannya dan jelaskan segala-galanya. Aku hanya mendengar. Airmata penyesalan jatuh ke pipinya. Aku hanya mampu senyum. Ya Allah.. aku memang tak tahu perkara sebenarnya. Aku yang taknak dengar penjelasan dari Faliq mahupun dari Zahwan. Aku pun rasa bersalah, sangat bersalah. Aku menghukum orang yang tak bersalah. Maafkan aku Faliq. Tanpa sedar airmataku juga gugur akhirnya.

" Maafkan akak Aliaa. Sebab akak Aliaa dan Faliq berpisah. Faliq sayangkan Aliaa, kasih sayang dia sangat kuat untuk Aliaa. Kasih sayang dia suci. Betul Aliaa cakap, tak siapa boleh pisahkan korang. Dan, walaupun korang berpisah jasad tapi hati korang tetap bersatu. Itulah yang Faliq tunjuk. Itu yang Faliq buktikan. Dia sayang Aliaa, tak ada siapa boleh ganti tempat Aliaa dihati Faliq. Maafkanlah Faliq. Terimalah Faliq semula. Dia seorang yang baik. Dia adik yang baik dan anak yang baik.." Airmata aku terus mengalir. Aku masih membisu.

" Setiap malam dia bangun, dia solat. Dia berdoa pada Allah. Dia menangis, minta Allah bukakan pintu hati Aliaa untuknya semula. Minta dijodohkan dengan Aliaa. Dia menyesal atas perpisahan yang dia lafazkan. Dia mengadu pada Allah. Dia juga yang ajar akak bangun solat malam, tahajjud, solat taubat. Dia banyak ubah akak.." sambung Asnida lagi. Ya Allah..!! Ampunkanlah dosa-dosa aku. Aku memejamkan mata, terharu amat. Mulianya hatimu Faliq.

Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan. Hanya airmata yang mengalir. Apa aku dah buat ni. Kenapa aku tak dengar penjelasanmu. Berdosanya aku pada Faliq. Maafkan aku.. Maafkan aku Faliq..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku