Kerana Janji
Bab 166
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
95

Bacaan






Termenung..!! Benarkah apa yang dilihatnya pagi tadi? Bukankah Alia dah pindah kerja dan pindah tempat lain? Kenapa Adil langsung tak info dia apa-apa? Dan kenapa Aliaa dengan Encik Zack tadi? Mesranya mereka..!! Adakah mereka menjalinkan hubungan? Aduh Aliaa..!! Janganlah buat aku macam ni. Katanya perlahan. Pedih hati dan perasaannya. Sedihnya...!!

Dia cuba hubungi Adil, mahu bertanya mengenai Aliaa tapi Adil tak jawab. Busy mungkin. Tak apalah. Nanti balik kerja dia akan call lagi. Fikirannya hanya pada Aliaa saja sejak pagi tadi. Bayangan kemesraan Aliaa dan Encik Zack sentiasa didepan mata. Dia bangun, mengambil kunci kereta dalam laci meja dan melangkah keluar. Nak balik rumah tapi sebelum tu mahu singgah ke butik. Dah lama tak masuk butik, dah lama tak tengok akaun. Kasihan Elly, uruskan butik sendiri. Ini ada masa terluang bolehlah dia masuk sekejab. Terlanjur jumpa Elly nanti, bolehlah bertanya tentang Encik Zack. Tak silap Elly rapat dengan Encik Zack. Okeylah!!

Sampai di butik dia terus meluru ke kaunter. Elly tiada dikaunter, mungkin busy dengan staff. Faliq terus buka laptop dan menyemak setiap satu akaun. Dan mengangguk-anggukkan kepala tanda puashati. Puashati dengan hasil kerja Elly. Menarik nafas lega.

"Eh! Bila you sampai. Sorrylah i busy dekat belakang dengan budak-budak tu.." Muncul Elly dengan membawa beberapa gubahan hantaran dan disusun diatas meja. Cantik dan menarik. Padanan warna putih mutiara dan pink lembut. Dihiasi dengan bunga tulip segar bersama kain organza. Ditaburi dengan mutiara  yang berkilat. Kemas!!

"Baru juga. Ni tempahan untuk esok ke?!" Tanya Faliq.

"Yup..!! Lepas kerja nanti nak hantar. Esok majlis pernikahan. Yang lain semua diaorang tengah uruskan.."jelas Elly. Senyum. Faliq mengangguk perlahan.

"Tadi Ash ada call i, dia nak masuk kerja next week. Bosan katanya duduk rumah.." kata Elly.

" Ha iya..!! Bagus jugalah dia kerja, bolehlah dia tolong awak apa yang patut. Dia pun alhamdulilah dah sihat nampaknya" balas Faliq.

"Syukurlah..!! I pun dah lama tak jumpa dia. Rindu dekat dia. Nak ziarah dia tapi tak berkesempatan lagi.."

"Tak apa. Dia pun faham. Elly, saya nak tanya something lah.." Faliq teragak-agak mahu bertanya mengenai Encik Zack.

"Nak tanya apa?!" Tanya Elly, duduk di kerusi.

"Awak rapat dengan Zack kan?!"

"Zack? Zack yang mana? I banyak kawan nama Zack.." Elly berkerut, kurang pasti.

"Zakry.. Majikan Aliaa.."

"Oooo.. Zack anak Dato' Hamid tu. Dia kan bekas tunang i. Tapi sekarang kira rapat jugalah. Kenapa?!" Kata Elly.

"Hmm.. Zack tu sekarang dengan Aliaa ke?!" Tanyanya nada perlahan.

" Maksud you, mereka bercinta?!" Tanya Elly balik."Faliq angguk. Mata tepat pandang Elly. Tak sabar tunggu jawapan dari Elly.

" Hmm.. Tu i tak tahu. Kalau i keluar dengan Zack atau call ke. Tak pernah pula dia cerita pasal Aliaa. Kenapa? You nampak mereka macam bercinta ke?! You jelous ekk!!" Elly mengusik. Senyum. Merah padam muka Faliq menahan malu.

"Taklah cuma pagi tadi saya nampak mereka. Mesra semacam je. Yang saya pelik tu, abang dia cakap, dia dah pindah kerja dan duduk  tempat lain tapi pagi tadi tu. Hmm.. Saya call Adil nak tahu tapi tak dapat pula. Tu yang tanya awak, kut-kut awak tahu ke.." jelas Faliq.

"Tapi kalau mereka bercinta pun. Okey juga tu. Zack tu single, Aliaa pun single. Memang cunlah .." Elly sengaja mengusik lagi. Terbeliak mata Faliq dengar.

"Ish!! Janganlah macam tu. Saya masih sayang Aliaa. Cuma belum berhasil lagi nak memujuk Aliaa tu. Doakanlah saya bersama Aliaa semula ya..!!" Sambung Faliq. Alahai sedihnya. Elly senyum.

"Insha Allah.. Jangan putus asa. Teruskan memujuk, akan berhasil juga tu nanti.." kata Elly. Senyum mesra. Dia tahu apa yang Faliq tengah fikirkan.

"Aaminn.. Terima kasih..! Okeylah, saya gerak dulu. Apa-apa call je.."

"Okey!! Kirim salam dekat Ash dan Auntie ya..!!" Pesan Elly.

"Insha Allah.." Faliq terus keluar. Elly masih tersenyum.

" Sorry Faliq.. !! I tak boleh info you apa-apa, i dah janji dengan Zack.." kata Elly sendiri. Elly meneruskan kerjanya bersama staff. 


Faliq bernyanyi melayan perasaan sendiri. Buntu fikirannya memikirkan nasib diri. Apa lagi dia harus lakukan untuk menawan hati Aliaa. Andai benarlah Aliaa mempunyai hubungan dengan Encik Zack, maknanya terpaksalah dia membawa diri ke negara asing. Melupakan segala kenangan bersama Aliaa. Hampa dan kecewa. Mungkin tiada jodoh antara dia dan Aliaa. Pasrah dengan keadaan.

" Terimalah hakikat Faliq, Aliaa bukan untuk kau. Padan muka kau Faliq. Padan muka!! Argghhh!!! Bodohnya aku..!!" Faliq menjerit didalam kereta. Melepaskan kekecewaan hati. Mengejek diri sendiri. Melepaskan keluhan hati. Menyesal pun dah tak guna, nak menangis pun dah tak guna. Semua dah berlaku. Hati Aliaa milik Encik Zack dan bukan miliknya lagi. Faliq terus menyangka sendiri tanpa tahu kebenarannya.

"Ish!! Tak mungkin.. Tak mungkin.!! Aku tak boleh fikir negatif. Aku tak boleh sangka buruk. Positif Faliq.. Positif..!! Aku tak percayalah Aliaa bercinta dengan Zack. Hubungan pekerja dan majikan je kut. Tapi kalau betul macamana?! Gilalah... !! Adil. Aku kena tanya Adil.." dia masih lagi berteka-teki sendiri. Terus menghubungi Adil untuk sahkan hubungan Aliaa dan Encik Zack. Mesti Adil tahu.

" Bro.. Aku ada hal nak tanya kau ni. Kau tolonglah jawab jujur, terus- teranglah dengan aku.." terus saja Faliq bersuara apabila dengar suara Adil ditalian.Serius.

"Kenapa ni?! Macam penting je. Cakaplah..!!"

"Memang penting bro. Sangat penting..!!"

"Kau jangan buat aku cuak beb. Apa kes?!" Tanya Adil.

" Betul ke Aliaa bercinta dengan Zack?!"

" Apa? Bercinta dengan Zack? Hahahahaa..!!"
Gelak besar Adil. Faliq tercengang. Berkerut pelik.

"Apasal kau gelak ni. Aku serius kut.."

"Hahahaa... Kejab, kejab..!! Hahaha..!! Mana kau dapat cerita ni beb.." Adil masih lagi gelak.

"Taklah. Pagi tadi aku nampak diaorang kat lobi office. Mesra je boleh tahan aku tengok. Aku syaklah diaorang bercinta. Mana ada majikan dan pekerja macam tu punya mesra.." Faliq mengadu. Mata terus fokus memandang kehadapan. Pemandu berhemah.

" Alahai sahabat aku ni. Kau ni dah terlalu rindu kut kan dengan Aliaa. Untuk pengetahuan kau. Adik aku tu tak bercinta pun dengan Zack. Fikiran kau je ni yang negatif ni bro..!!" Jawab Adil jujur. Masih lagi gelak.

" Tapi.. Kau cakap Aliaa dah tukar kerja dan pindah tempat lain. Tapi kenapa dengan Zack. Tu yang aku syak tu. Dia kerja sini sebab Zack ke..?!" Tanya Faliq lagi masih tak puas hati lagi.

" Eh!! Aku tak info kau lagi ke?! Rasa macam dah infolah bro.. "

"Info apa pula ni? Kau tak ada cakap apa-apa pun.."

" Laaa iyeke! Sorrylah. Lupalah. Aliaa hari tu dia kerja dekat Terengganu sekejab, dua bulan je, sekarang ni dia kerja KL baliklah. Masih dengan Zack. Hari ni baru start kerja.." terang Adil. Dia memang lupa sangat nak info Faliq.

"Yang kau cakap dia tukar kerja dan pindah tu?!"

" Kau tahulah adik aku tu kuat bergurau, kuat berahsia. Tak pasal-pasal dengan aku sekali terkena beb. Mati-mati aku ingat betul dia dah pindah sana. Rupanya.. hmm..!!" Sambung Adil lagi. Kembali tersenyum lebarlah Faliq.

" Hahaha.. !! Okey aku faham.."

" Okey good!! Jadi, kau tak payahlah nak fikir negatif. Aku tahu adik aku macam mana. Kau terus je cuba ambil hati dia. Dia tu ego tu, macam kau juga. Ni dia ke rumah kau ni katanya Ash minta ajar bertudung. Tapi tak tahulah dah balik ke belum. Aku cakap dia tadi jangan balik lewat.."

" Oyeke?! Aku on the way balik ni.."

"Okey bye!!" Talian dimatikan. Lega Faliq dengar. Terus memandu laju ke rumah. Senyum lagi. Dengan harapan dapat bertemu dengan Aliaa dirumah nanti. Manalah tahu kan, kut-kut Asnida atau Puan Asmah dapat pujuk Aliaa. Kadang, perbincangan perempuan dengan perempuan ni lagi berkesan. Lagi kalau nasihat dari orang tua. Memang mudah cair hati yang keras.

Kereta memasuki lorong rumahnya. Dari jauh kelihatan kereta Proton Persona putih keluar dari salah satu rumah tapi tak jelas dari rumah mana. Faliq pun pandang sekilas saja dan terus masuk ke perkarangan rumah. Alamak!! Terlambat pula kereta Aliaa dah tak ada. Dah balik mungkin. Oh! Mungkin kereta tadi tu kereta Aliaa.


Tekanya didalam hati. Melepas. Tak apalah, tak ada rezeki nak jumpa. Dia terus masuk ke dalam dengan langkah yang lemah. Dari pintu utama, terdengar perbualan Puan Asmah dan Asnida. Meriahnya. Ceria Asnida. Dia berkerut melihat Asnida. Senyum.

" Angah ke ni?! "Kata Faliq.

"Iyalah. Siapa lagi. Kenapa?!" Jawab Asnida senyum simpul.

"Allahuakhbar!! Cantiknya kakak Alang ni. Macam nilah, sejuk mata memandang.."Puji Faliq pada Asnida. Gembira hatinya melihat perubahan Asnida.

"Terima kasih.. Alang lambat sikit je, Aliaa baru je balik. Ni selendang ni Aliaa lah yang ajar Angah. Okey tak?!" Kata Asnida.

"Tak apalah. Tak ada rezeki nak jumpa dia. Okey sangat. Ni Angah cantik-cantik nak pergi ke mana ni?!" Tanya Faliq hairan.

"Angah ni nak pergi dating kejab lagi." Sampuk Puan Asmah. Gelak kecil. Saja mengusik Asnida.

"Dating?! Dengan siapa?!" Berkerut Faliq. Kepelikkan. Asnida senyum malu.

" Assalammualaikum .." Satu suara memberi salam.

" Ha!! Tu dah sampai..  Waalaikumsalam.." Puan Asmah menyambut kedatangan tetamu.  Faliq menunggu tetamu masuk. Asnida tersipu malu. Muncul Lokman berpakaian kemeja hitam dan berseluar slack hitam. Kemas pakaiannya.

" Oooo... Okey.. Okey!! Baru Alang tahu.." Faliq senyum pada Asnida lalu terus jalan ke arah Lokman. Salam dan menjemputnya duduk. Terpaku Lokman seketika apabila melihat Asnida. Terpegun. Macam tak percaya je. Seperti mimpi. Faliq, Puan Asmah dan Asnida sendiri gelak melihat gelagat Lokman. Gelak serentak. Meriah rumah itu.

" Hmm.. Mama.. Alang.. Saya nak minta izin nak bawa Angah keluar kejab. Boleh?!" Kata Lokman.

" Mama tak tahu, tanya Alang.. " Sengaja Puan Asmah. Pandai bergurau. Senyum lebar.

"Boleh tapi ada syarat?!"

" Wow!! Syarat ye..!! Okey Encik Faliq. Apa syarat-syaratnya.." Asnida dan Puan Asmah gelak kecil.

" Hantar kakak Alang sebelum jam 10.00malam tau. Jangan lewat. Kalau lewat seminit kena bawa Alang mancing. Macam mana? Setuju tak?!"

" Hahahaa.. Okey set!!" Mereka gelak bersama. Puan Asmah dan Faliq menemani Asnida dan Lokman hingga ke halaman rumah. Seronok Faliq melihat perubahan bekas abang iparnya dan juga perubahan kakak kesayangannya. Dua-dua diberi hidayah oleh Allah. Alhamdulilah, jika tiada halangan hujung bulan ni mereka akan bersatu semula. Gembiranya hati. Jodoh itu rahsia Allah. Bersatu dengan ikatan perkahwinan dan kemudian berpisah. Ditemukan semula dengan satu perubahan dan bersatu kembali. Allahuakhbar!! Perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

"Seronok mama tengok Angah dan Lokman. Insha Allah kebahagiaan milik mereka nanti. Moga Allah permudahkan segalanya.."kata Puan Asmah. Lembut.

"Aaminn.. Insha Allah ma, berkat doa mama dan papa. Alang pun happy sangat ma..!!" Senyum Faliq memeluk bahu mamanya.

" Hmm..!! Alang ni je yang tak tahu macam mana ma. Bunga yang ada kumbang ni tak jaga dengan baik hinggalah terbang jauh. Nak dikejar makin jauh dan meninggi pula dia terbang. Entahkan dapat entahkan tidak. Kalaulah bunga tu dihinggap oleh kumbang lain. Mati mengeraslah kumbang yang ini maa.!! Sedih!!" Keluh Faliq siap bermadah lagi. Puan Asmah gelakkan.

" Nasiblah wahai si kumbang. Kejarlah dan jangan putus asa. Selagi ada sayap, terbanglah dan kejarlah walau sampai hujung dunia sekalipun. Jangan putus asa ya.. Mama tahu anak mama ni kuat. Semoga Allah permudahkan segalanya.." Puan Asmah memberi nasihat dan semangat pada anak kesayangannya. Faliq mencium dahi Puan Asmah. Mamanya lah semangat untuknya. Kata-kata ini akan dipegang. Kerana Aliaa..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku