Kerana Janji
Bab 167
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
89

Bacaan






Aik!! Abang dah balik. Cepat pula dia balik. Kataku sendiri. Aku lihat jam ditangan, patutlah. Dekat 6.45petang dah. Aku yang lambat balik sebenarnya, ini semua kerana jalan jam tadilah. Ada kereta rosak tengah jalanraya. Boleh pula dia rosak waktu kemuncak orang balik kerja. Sabar jelah. Aku matikan enjin kereta dan terus masuk ke dalam rumah. Pintu ku tutup rapat, abang tak ada pun. Dekat bilik dialah kut. Aku duduk di sofa sekejab. Penatnya..!! Aku buka tv, layan drama sekejab.

"Apasal balik lambat, kan abang cakap jangan balik lambat?" Terkejut aku tiba-tiba muncul dari biliknya kut.

"Jalan jam lah.." jawabku. Mata terus fokus pada tv.

" Macam mana Ash. Okey?!" Tanya abang.

"Okey je! Cantik dia bertudung. Patutlah abang terpikat dengan dia dulu ek!" Saja aku mengusik abang.

"Memang dia cantik pun. Dulu masa study dialah student paling cun, paling bergaya, paling hot. Segala paling memang dia yang bolot.." cerita abang semangat.

" Dulu dia study ambil apa?!"

"Fesyen designer. Sebab tu buka butik. Sesuailah tu dengan dia..." Aku mengangguk.

"Adik dia pun hensem juga kan. Kalau tak, takkan lah adik terpikat kan.. kan.. kan..!!" Abang kenakan aku balik nampaknya ni. Senyum-senyum perli lagi.

"Helloo.. Dia yang terpikat dengan kecomelan adik tau bukan adik yang terpikat dekat dia ye. Jangan salah faham..!!" Kataku tegas. Betul kut.

" Taknak mengaku konon. Dik..!! Ni nak cerita ni. Pagi tadi Faliq ada nampak adik dengan Zack. Dia ingat adik bercinta dengan Zack.." Aku terkejut dengar.

"Bercinta dengan Zack?!! Eee.. Gila apa!! Apa lagi dia mengadu.." tanyaku.

"Dia bukan mengadu. Dia cuma tanya. Dah adik rapat dengan Zack, orang tengok mesra korang tu mestilah orang fikir korang bercinta. Suara kecewa jugalah tadi.." jelas abang.

" Rapat antara pekerja dan majikan jelah abang. Waktu kerja je. Luar waktu kerja mana ada. Tapi, kalau adik bercinta dengan Zack pun apa salahnya. Adik single dia single. Kalau contoh adik on je, memang confirm dia hantar meminang lah.." Aku sengaja cakap macam tu. Sengeh.

" Amboiiiii.. Tak payah nak on bagai ye. Abang tak setuju tau. Abang nak adik kahwin dengan Faliq je. Faliq sahaja. Faham?!" Terkejut aku dengar. Lain macam je ni.

"Aik!! Ini kira kes paksa ke apa ni?!" Aku berkerut.

" Taklah paksa tapiii... Iya.. Iya.. !! Abang paksa..!" Jawab abang.

" Abang ingat adik ni apa, nak paksa-paksa. Tak ada hati dan perasaaan.?! Entah apa-apa entah.." Aku menjeling tajam pada abang. Geram betul.

" Faliq tu sayang betul dekat adik tau tak. Abang tahu adik pun sayang dia tapi ego tu tinggi sangat. Keras hati sangat. Bukan besar pun salah dia, maafkan dan terima jelah semula. Bina hidup baru, kahwin kan mudah." Sedapnya abang cakap. Itulah lelaki. Hmm..

" Tak besar abang cakap. Cemburu tak tentu pasal. Nak dapat susah tapi dah dapat suka-suka lepaskan. Macam tulah lelaki kan. Depan mata taknak hargai dah hilang baru mencari.. Hati dan perasaan wanita siapa nak tanggung kalau tak sendiri tanggung.." aku meluah.

"Itu kesilapan besar dia. Maafkanlah. Terima dia.." lembut je suara abang.

"Dah lah abang. Malaslah nak cerita perkara ni. Tak habis-habis. Pening lah. Stress tau tak. Kalau abang nak, abang jelah kahwin dengan dia. Tak payah nak paksa adik. Kalau adik tension kang, aku pergi oversea lagi best. Aman, tenang..!!"

" Ha baguslah tu. Sikit-sikit nak lari. Bila masalah nak selesai. Abang nak selesaikan masalah. Cuba lembutkan hati tu sikit. Sampai bila nak berkeras macam ni. Bulan depan abang suruh family Faliq hantar meminang..." Terkejut aku dengar. Aku menjeling tajam pada abang.

" Eee Abang ni kan. Adik tak naklah. Tolonglah jangan paksa.. Tension lah macam ni.." Kataku suara keras.

" Tension tak tension. Keputusan abang muktamad!!"

" Adik taknak.. Taknak.. Taknak..!! Keputusan adik pun muktamad. Tak payah kahwin lagi baguslah. Dah lah adik nak masuk bilik, mandi solat tidur lagi baik. Duduk dengan abang asyik-asyik Faliq je..."

" Ha.. Baguslah tu. Pergi solat sana minta Allah lembutkan hati yang keras macam batu tu sikit.."

" Taknak..!!" Aku jerit.


Tak pasal-pasal aku dan abang bertekak. Tensionnya..!! Abang ni dah kenapa nak paksa-paksa aku bagai. Aku dah pernah cakap kut bagi aku masa dan ruang. Ni paksa-paksa yang aku tak suka ni. Semakin aku tension adalah.

Selesai mandi dan solat. Aku melabuhkan badan di katil. Pusing kanan, pusing kiri. Pejam mata buka mata. Tak dapat nak tidur. Perut pun berbunyi minta diisi. Nak keluar ke dapur tapi malas. Nak merajuk dengan abang. Geram punya pasal. Aku sembamkan muka pada bantal. Arghhhhh!! Jerit sekuat-kuat hati. Abang cakap serius kut tadi. Tengok muka memang betul-betul serius. Kalau abang dah cakap muktamad tu maknanya nak taknak, terpaksa ikut ke. Aduh abang..!! Pening aku pening. Aku tak suka dipaksa. Aku taknak dipaksa. Aku taknak perkahwinan aku kerana dipaksa macam ni. Biarlah seikhlas hati aku. Tapi nantilah belum masanya kut. Tension.. Tension.. Tensiooonnn!!!

Aku bangun dari katil. Tukar baju dan pakai tudung. Aku nak release tension. Aku ambil handphone dan terus keluar menuju ke ruang tamu. Abang tengah baring menonton tv di sofa.  Aku duduk di sofa dengan muka mencuka. Protes!!

"Aik!! Kata nak tidur. Kenapa tak tidur?!" Perli abang. Aku menjeling padanya.

" Adik nak keluar.. !" Kataku.

"Nak pergi mana? Dengan siapa? Jangan cakap nak keluar dengan Zack ye..!!" Abang berkerut marah.

"Ishhh!! Abang ni kan.. Nak relase tension lagi baik! Duduk dekat rumah tension dengar abang membebel asyik cakap kahwin-kahwin je. Dia yang nak kahwin, orang yang dipaksa.."Aku merungut lagi dan lagi.

"Abang buat semua ni demi kebaikan adik tau tak.."

"Kebaikan apalah abang. Paksa-paksa macam ni. Adik tak sukalah..!!" Sambung aku.

"Habis degil sangat. Abang tak tahu nak buat apa dah. Setiap hari abang pujuk, makan pujuk pun tak.."

"Abang ingat kahwin ni mudah sangat ke. Memanglah mudah kut, merisik, bertunang, nikah dan majlis. Lepas kahwin macam mana kalau terrrrrpaksa kahwin.." keluh aku lagi.

" Lepas kahwin bahagialah. Dah Faliq sayang adik, adik pun sayang Faliq. Cuma ego tu. Ego tu terrrrrrlalu tinggi. Hati tu terrrrrrlalu keras.."

"Isshhh!! Dah lah jom..!!" Aku terus bangun dan buka pintu keluar.

"Aik!! Kata nak release tension. Apasal ajak abang pula?!"

"Kalau adik pergi sorang. Abang bagi ke? Tak bagi kan.. Cepatlah.. !!"

"Hahaha.. Tahu tak apa.." Abang gelak besar.

"Tapi tolong jangan sentuh pasal perkara ni ye. Jangan nak membebel, jangan nak cakap pasal kahwin bagai. Tolong ye!! Jangan!!" Aku bagi amaran dekat abang. Serius. Tak senyum pun. Memang aku betul-betul tension.

" Hmm.. Iyelah.." Abang masuk ke bilik ambil kunci kereta dan kembali keluar. Aku senyap je sepanjang jalan. Langsung tak bersuara. Abang tanya pun aku jawab sepatah je. Memang betul-betul tension. Aku ajak abang pergi makan dulu. Perut lapar nak makan sate. Banyak aku makan malam ni. Sate, nasi ayam, buah lagi. Biasalah perempuan. Kalau tension je tak ada lainlah, mesti makan punyalah. Tapi tengok mood juga kut. Kadang-kadang tension langsung taknak makan. Aku ajak abang pergi Putrajaya, nak jalan-jalan dan pusing-pusing. Abang ikut je. Tapi pertengahan jalan aku minta dia patah balik pula. Fikiran serabut. Abang terpaksalah patah balik. Senyum je abang. Tulah siapa suruh buat aku tension. Aku ambil keputusan balik rumah je. Sepanjang jalan tu pun, aku langsung tak bercakap. Abang je macam-macam dia buat. Ajak berbual lah, berguraulah, cerita pasal dulu kecil-kecillah. Tapi tu semua tak boleh ambil hati aku pun. Aku diam je. Senyum tak, cakap tak. Memang betul-betul tension ni. Abang jadi serba salah.

Sampai dirumah, abang terus masuk. Aku duduk di kerusi luar. Nak ambil udara malam. Dalam kesamaran lampu neon, aku termenung. Entahlah. Tak tahu apa yang aku fikirkan. Serabut. Tidak lama kemudian abang keluar. Duduk dihadapanku. Merenung wajahku dan senyum. Aku buat tak tahu je. Tetap berdiam.

"Dahlah ye. Janganlah macam ni. Abang minta maaf. Abang buat semua ni untuk kebaikan adik. Abang dah fikir lama dah dik.." lembut suara abang memujuk aku. Aku tetap berdiam.

"Hmm... Entahlah abang. Adik tahu niat abang baik. Abang nak adik happy, nak adik bahagia. Abang nak adik terima Faliq sebab abang tahu dan yakin Faliq boleh jaga adik. Memang adik tak nafikan pun, Faliq tu baik.." Kataku. Mula meluah. Abang senyum. Aku tetap biasa.

"Tapi.. adik jadi takut abang. Takut, serik nak bercinta trauma semua ada. Takut nak mengharap kelak sendiri yang kecewa.." Aku menekup muka dengan tangan. Abang hanya mendengar.

"Berapa lama Zahwan buat adik mengharap,  lama sangat. Adik setia jujur dengan dia je. Adik sanggup tunggu bertahun-tahun tapi akhirnya adik kecewa sendiri. Kerana janji adik kecewa. Kemudian Faliq, adik tahu dia sayang adik. Adik harapkan dialah lelaki akhir yang akan jadi suami adik. Yang tak kecewakan adik tapi kerana cemburu terus dia lepaskan adik. Adik setia, jujur dengan dia kut. Tapi kesudahannya..!! Hmm.. Adik jadi.. Tak apalah, terima kasihlah, dahlah, pasrah jelah, redha jelah.  Sampai adik fikir, tak apalah. Tak payah kahwin laa.." sambung aku dengan panjang lebar.

" Iya dik. Abang faham hati dan perasaan adik. Memang sakit pun kan. Tapi adik tak boleh terus hidup dalam kenangan pahit tu. Adik kena buang semua, tutup buku lama segala tu dan buka buku baru bersama Faliq. Faliq sayang adik, adik bagilah peluang dekat dia dan bagilah peluang dekat hati adik tu juga. Abang tahu adik sayangkan dia.." abang masih memujuk.

"Memang adik masih sayang dia. Tapi tak bermakna adik sayang tu adik akan terima dia. Adik perlukan masa.." Akhirnya aku mengaku juga depan abang. Senyum lebar abang. Aku tetap serius.

"Tapi tolonglah jangan paksa adik. Adik tak suka dipaksa macam ni. Adik cuma minta masa sikit je lagi. Sampai masa nanti adik akan buat keputusan. Terima atau tak, tunggu jelah nanti. Jangan mengharap apa-apa dengan keputusan tu nanti. Itu je yang boleh adik info. Abang faham kan!!" Aku pandang muka abang. Abang senyum.

" Okeylah kalau dah adik cakap macam tu. Abang tak boleh buat apa dah. Abang dah cakap semua dah pujuk dah paksa pun. Abang akan tunggu keputusan tu. Dahlah!! Jom masuk.. Dah lewat dah ni. Tak payah tension lagi ya, senyum sikit muka tu.." Aku senyum kelat pada abang. Dan, kami terus masuk dalam rumah.

Apa yang aku perlu buat sekarang. Aku kena fikir masak-masak, aku kena buat satu keputusan yang terbaik untuk hidup aku. Sama ada terima Faliq semula atau tidak. Dan aku harap keputusan ini tidak akan mengecewakan hatiku sendiri. Aku perlu mengadu pada Allah. Aku kena luah segalanya pada Allah. Aku kena minta petunjuk dari Allah. Solat Istikharah..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku