Kerana Janji
Bab 168
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Selepas balik kerja tadi, Faliq terus bersiap untuk jogging bersama Adil. Sudah lama tak bersukan, sesekali bersukan rasa ringan sikit badan, ringan sikit kepala. Bersukan pun boleh hilangkan stress. Asyik menghadap kertas kerja dan laptop saja,mana tak stress. Adil call dia tengahari tadi ajak jogging dan katanya ada hal nak bincang. Hal apa dia sendiri pun tak pasti tapi mesti hal mengenai Aliaa. Tekanya. Lagilah bertambah excited dia mahu jumpa Adil. Tak sabar mahu tahu hal yang akan dibincangkan itu. Suasana petang sungguh nyaman sekali, redup dengan rimbunan pokok-pokok besar. Ramai orang beriadah di situ. Ada yang jogging, ada yang hanya berjalan-jalan, ada yang sekadar bawa anak-anak bermain di taman permainan. Seronok sungguh kanak-kanak bermain, dengan hilai tawa mereka mencuit hati Faliq. Turut gelak kecil melihat gelagat si kanak-kanak. Teringat akan dua orang anak buahnya. Ika dan Adam. Rindu pula pada mereka. Rindu akan keletahnya bercakap dan riangnya bermain. Penyeri keluarga Encik Kamaruddin. Faliq senyum sendiri.

Dia meneguk air mineral yang dibelinya sebentar tadi. Termengah-mengah kepenatan berjogging. Dapatlah dua pusingan. Sudah lama tak jogging, naik semput pula dia. Dia duduk di kerusi kayu taman itu. Sementara menunggu Adil sampai. Jauh Adil ketinggalan. Tidak lama kemudian Adil dengan termengah-mengah menghampirinya. Menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Membuat beberapa senaman ringan. Faliq menghulurkan air mineral pada Adil dan Adil mengambilnya dan meneguk setengah botol. Betul-betul kehausan.

"Fuh!! Lama tak jogging, semput aku bro." kata Adil.

" Tahu tak apa.." Adil duduk di sebelah Faliq. Menyandarkan badan di kerusi. Meneguk air lagi. Mata Faliq masih tertumpu pada kanak-kanak yang asyik bermain. Senyum lagi.

"Malam tadi aku bertekak dengan Aliaa.." Adil memulakan perbualan.

"Ha?? Bertekak?! Bertekak kenapa pula..!!" Terkejut Faliq dengar.

"Pasal kaulah.." jawab Adil.

" Aku?? Dah kenapa?!"

" Aku paksa dia suruh terima kau semula.."

" Ya Allah!! Kenapa sampai paksa ni Dil. Aku tak minta cara paksa memaksa ni. Nanti bukan dia sayang aku tapi makin benci aku adalah. Kau jangan buat hal Dil.." Faliq jadi risau. Tak senang duduk dia jadinya.

"Aku saja je nak tengok respon dia macam mana. Memang dia marahlah, tension je dikatanya. Ajak pergi makan, ajak ke Putrajaya nak release tension konon tapi tak jadi. Balik rumah je.. Hehehe..!!"

" Kau dah tahu dia tak suka dipaksa, lagi kau paksa.."

" Aku dah tak tahu nak tolong kau macam mana lagi bro. Dah pujuk, dah marah, perli jangan cakaplah, jadi aku paksalah. Tapi tulah aku pun tak boleh nak buat apa sebab hati dia kan. Adik aku ni lain sikit bro, dia punya merajuk ni betul-betul mendalam tau, kecewa.  Sebab tulah aku cuba nak jaga hati dia, jangan sampai dia merajuk macam ni. Kalau merajuk biasa-biasa tu senang je pujuk.." jelas Adil.

" Maaf Dil. Dia jadi macam tu sebab aku. Sekarang ni memang aku kena terima jelah apapun. Menyesal memang menyesal tapi berani buat beranilah tanggung.."kata Faliq. Sedih!!

"Sabarlah. Jangan mengalah dulu. Ada lagi jalannya tu. Dia cuma minta masa, dia cakap akan buat keputusan sendiri. So, tunggu.. Tapi tak bolehlah kau tunggu je, pasrah macam tu je. Jangan beb. Kau kena buat something..!"

" Buat something apa?!" Tanya Faliq. Sememangnya Faliq rasa dah tak ada peluang dah. Dia taknak paksa. Takut paksa jadi benci. Itu yang dia risau sangat.

" Kau kena pikat dia semula macam kau pikat dia mula-mula dulu. Back to basic lah bro. Kau anggap kau baru kenal dia. Cara tu okey kut.." Cadang Adil. Faliq mengangguk.

" Betul juga kan!!"

" Yup!! Memang betul.. Bila kau buat macam tu, nampak kau betul-betul nak dia. Kalau kau tunggu je macam ni dengan minta maaf je, memang tak menjaminkan apa-apalah. Sebab dia dah maafkan kau pun tapi nak terima kau semula tu payah. Jadi, kau kenalah ambil hati dia semula, buat apa yang happykan dia waktu korang mula berkawan dulu sampai bercinta. Kadang-kadang, kenangan manis tulah yang buat dia rindu. Bila dia dah rindu, dah happy. Peluanglah tu.."


Cadangan demi cadangan Adil beri. Dia pula yang bersemangat mahu satukan Aliaa dan Faliq. Memang dia nak Aliaa dan Faliq kekal ke pelamin. Macam mana sekalipun dia akan tolong kembalikan hubungan yang sudah terputus ini.

"Iyalah kan. Apasal aku tak fikir semua ni. Kalau aku buat dari awal lagikan senang. Terima kasih bro..!! Terima kasih atas idea kau ni" Faliq menepuk-nepuk bahu Adil. Idea Adil memang best.

" Kau pun buntu. Macam mana nak fikir. Dengan masalah kakak kau lagi, boleh jam otak beb.." kata Adil. Memahami situasi Faliq.

" Itulah pasal... "

" Tak apa jangan risau. Aku akan tolong kau sehabis daya aku. Lagipun untuk adik aku. Aku percaya kau je beb. Sebab tu kalau boleh aku nak kau dengan adik aku. Tapi ni aku nak warning kau ni. Kalau korang dah okey nanti, tolonglah kau jaga hati dia baik-baik. Janganlah ulangi lagi, kau tahukan dia macam mana. Kau nak dekat dengan dia punyalah susah kan tapi bila dah dapat ini kau buat. Kalau ikut hati aku dan kalau aku tak fikir kau tu sahabat aku. Dah berkecai badan kau tau...!!" Kata Adil tegas .

"Iya aku tahu semua salah aku. Aku minta maaf sangat. Aku betul-betul sayang Aliaa beb. Aku nak janji aku tak berani aku takut mungkiri, nanti Aliaa cakap aku munafik. Jadi, aku boleh cakap, aku akan bahagiakan dia. Insha Allah, atas restu kau dan restu mama papa aku.." kata Faliq jujur. Adil senyum.

" Hahaha.. Tak apa bro, aku faham. Lagipun Ash dah okey dengan dia. Aku rasa mereka akan rapat kut. So, kau pun bincanglah dengan Ash, kut-kutlah Ash boleh pujuk dia ke."

" Kan..!! Nanti aku balik aku bincang dengan Ash..!" Semangat Faliq. Terkobar-kobar pula hatinya.

"Ini plan kita tau. Kau kena start dari sekarang. Aku takut Zack yang tackle dia dulu. Menangis tak berlagu kau nanti.."

" Zack?! Zack nak tackle Aliaa?! Kau biar betul bro.." Terkejut Faliq dengar. Tak berkelip mata pandang Adil.

"Manalah tahu kan..  Aku tengok Zack tu pun boleh tahan baik juga tu. Kut-kut dia dulu yang ambil hati Aliaa, terus masuk meminang. Tak sesak nafas kau.."

" Hohohoo..!! Bukan sesak nafas lagi ni. Mahu mati mengejut aku ni.. Hahaaha..!!" Mereka gelak.

" Tahu tak apa..!!"

"Thanks Adil.. Kau memang sahabat aku yang paling sporting, bakal abang ipar aku yang terbaiklah.. Kan abang kan..!! Hahaha..!!"

" Tak payah nak abang sangat ye. Ini baru permulaan. Apapun, selamat berjaya Faliq Alfie.."

"Terima kasih Adil Hafiz..!!" Mereka bersalaman. Plan baru bermula. Adil memberikan nombor telefon baru Aliaa kepada Faliq. Pandai-pandailah si Faliq macam mana nak pikat Aliaa semula. Mula dengan perkenalan baru. Senyum lebar Faliq. Terus teringat waktu mula-mula kenal Aliaa dulu. Memang penuh dengan kebahagiaan dan tak mustahil kali ini akan lebih membahagiakan. Yakin pada diri sendiri. Nombor telefon baru Aliaa pun sudah dia dapat. Semoga segalanya dipermudahkan. Berdoa dia didalam hati.

Dia memandu dengan tenang sekali. Seperti biasa bernyanyi melayan perasaan. Seronok hatinya. Sampai saja di rumah, dia terus cari Asnida. Dicarinya sampai ke belakang rumah. Asnida sedang sibuk menyapu daun-daun kering.

" Laaa.. dekat sini ke, puas Alang cari.."

" Kenapa?!" Tanya Asnida yang masih menyapu. Faliq senyum. Menghampiri Asnida.

"Alang nak minta tolong Angah. Boleh tak?!"

" Minta tolong apa?!" Asnida memandang Faliq.

" Pujuk Aliaa.."

" Pujuk? Pujuk kenapa pula?! Kejab, Angah nak siapkan sikit ni." Asnida sambung menyapu. Memasukkan daun-daun kering ke dalam tong sampah. Selesai semua, penyapu diletak dalam stor. Dan, masuk ke dapur diekori Faliq. Asnida mencuci tangan, dan mengeringkannya menggunakan tuala kecil. Duduk di kerusi menghadap Faliq.

" Nak Angah pujuk Aliaa kenapa?!" Soalan sama diajukan pada Faliq lagi.

" Supaya terima Alang semula lah Angah.  Boleh kan?!" Faliq buat muka sedih. Asnida senyum.

" Oh!! Ingat kenapa tadi. Angah tak janji tapi Angah akan cuba ye.." Asnida senyum.

" Thank you..!!" Faliq menuang air teh ke dalam cawan dan meneguknya.

"Sayang betul Alang dekat Aliaa. Angah minta maaf, sebab Angah korang berpisah macam ni. Kasihan Alang..!!"


Asnida memandang redup wajah Faliq. Seribu penyesalan. Tapi apa boleh buat benda dah berlaku.

"Dahlah Angah. Inikan ketentuan Allah. Alang redha.. Yang penting sekarang ni Angah dah pun dah berubah, dah kembali pada Allah. Itu dah cukup bagi Alang dan sekarang ni Alang nak tackle Aliaa semula. Angah tolong pujuk dia dan doakan ya..!" Jelas Faliq. Penuh semangat. Bolehlah Faliq fokus pada Aliaa.

" Insha Allah. Angah akan tolong mana yang mampu.."jawab Asnida.

"Okeylah. Alang naik atas dulu. Nak mandi, dah busuk dah ni. Oh ya! Angah nak ikut tak ke masjid, ada ceramah malam ni. Jom join.." pelawa Faliq.

"Okey boleh juga...!!" Asnida mengangguk kepala. Senyum.

"Good!! Alang naik dulu.." Asnida angguk lagi. Faliq terus naik ke biliknya. Pintu dibuka dan duduk dikatil. Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Senyum. Mencari nama Aliaa di aplikasi whatsapp.

"Assalammualaikum..
 Cik Aliaa Sofea binti Abdul Hadi.
Nak kacau sikit boleh?!"

Dan, sent. Tak sabar nak tunggu balasan dari empunya badan. Kalau Aliaa balas whatsapp ini bermakna ada peluang dia untuk dekati Aliaa semula tapi jika Aliaa buat tak tahu je, maknanya hmm.. Entah Aliaa masih simpan nombornya atau tidak, dia sendiri pun tak tahu. Tak apa banyak lagi jalan, kali ini dia takkan sesekali berputus asa. Semangat yang Adil beri dah cukup buat dia mahu lebih bersungguh-sungguh dapatkan Aliaa semula. Bila boss besar dah bagi green light dan bagi restu, itu dah cukup baik. Tapi tak boleh terburu-buru, kena ikut step by step. Hati si Aliaa ni lain sikit. Kalau dah kata hitam, hitamlah jawabnya. Itulah hatinya, keras macam batu tapi jika disirami air tanpa henti akan terhakis juga akhirnya. Hati batu dia pun bersebab, bukan suka-suka. Keras hati wanita akan lembut juga kalau kena dengan caranya.

 Handphone diletakkan diatas meja. Lalu, terus mengambil tuala dan masuk ke bilik air membersihkan diri. Selesai mandi, dia mengenakan baju melayu lengkap berwarna biru gelap dan bersongkok. Melihat diri didepan cermin. Senyum sendiri. Sudah bersedia mahu pergi ke rumah Allah. Malam Jumaat biasa ada bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas isyak ada ceramah. Diberi peluang untuk menyertai sama.

"Boleh tahan hensem juga aku ni ek! Patutlah ramai peminat. Ni kalau Aliaa dengar ni, confirm dikatanya aku perasan. Hahaha!! Walau sejuta yang datang, hanya Aliaa sorang je dalam hati. Tunggu ye Aliaa, aku akan pinang kau dengan Bismillah dan Alhamdulilah.." katanya pada diri sendiri. Yakin pada diri sendiri. Yakin pada Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku