Kerana Janji
Bab 169
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
92

Bacaan






Aku dikejutkan dengan bunyi alarm handphone, tepat 4.30pagi. Alhamdulilah masih diberi peluang lagi untuk bernafas, untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Dan masih diberi peluang untuk menambah bekalan ke akhirat kelak. Semoga bertambah bekalanku yang tak seberapa. Aku terus bangun dengan semangatnya. Terasa segar mata dan badan seawal pagi ini. Lantas, aku terus mencapai tuala mandi dan terus masuk ke bilik air. Setelah selesai semua hajat, aku terus bentang tikar sejadah dan menyarungkan kain telekung ke tubuh. Menunaikan solat sunat dan sementara menunggu masuk waktu subuh aku ambil peluang membaca alquran dan berzikir. Hanya dengan mengingati Allah, hatiku akan tenang. Iya!! Allah lah segala-galanya. Yang Maha Mengetahui segala-galanya, yang Maha Memahami hati perasaanku. Hanya padaMu...!!

 Airmata menitis keinsafan, sungguh kerdil aku disisi Allah. Terlalu banyak dosaku, terlalu berat dosaku hingga tidak tertanggung rasanya. Betapa takutnya aku jika nyawa dicabut, sedangkan aku belum bersedia untuk hadapi saat-saat kematian. Belum sempat bertaubat.  Ya Allah.. Takutnya aku pada azab Allah dan pada api neraka. Permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat. Lindungilah aku dari azab api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurgaMu Ya Allah.!! Aaminn..

Aku meletakkan Al Quran diatas meja. Membuka kain telekung dan menyidai kemas bersama tikar sejadah. Aku duduk di katil. Sunyi sepi saja.

Bep..!! Whatsapp masuk. Aku berkerut. Siapa pula whatsapp subuh-subuh ni. Takkan Encik Boss kut. Untuk apa dia whatsapp, tak mungkinlah. Aku mengambil handphone di atas bantal. Lalu ku buka aplikasi whatsapp.

"Salam Subuh Cik Aliaa Sofea bt Abdul Hadi..
Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebab. Mungkin kehadiran saya dalam hidup awak dan kehadiran awak dalam hidup saya adalah tanda kebahagiaan kita. Salam kenalan.."

Aku terkesima sebentar membaca kata-kata pengirim whatsapp ini. Siapa ni? Lain macam pula ayat dia ni. Dan, ada whatsapp lagi darinya malam tadi. Baru ku baca. Malam tadi aku tidur awal. Tak perasan pula ada whatsapp masuk.

"Assalammualaikum..
 Cik Aliaa Sofea binti Abdul Hadi.
Nak kacau kejab boleh?!"

Siapa dia ni ek? Masih menjadi tanda tanya. Nombor ni aku tak cam pula. Semua nombor lama aku dah delete. Yang aku save hanya nombor penting je. Nombor handphone Abang, Encik Boss, Naim, Office dan nombor telefon di kampung rumah Mak Long. Aku bab nombor handphone ni memang tak kuasa nak ingat. Yang aku save dekat handphone ni pun aku bukan ingat pun. Secret admire kut. Hahaha.. tak payah nak secret sangatlah.

Bau tumisan bawang menusuk ke rongga hidungku. Ni mesti abang yang masak, awalnya dia ke dapur. Malam tadi aku minta dia masakan nasi goreng kampung, dah lama tak makan. Betul-betul dia masakan. Hehe..!!. Okey!! Aku letak handphone dan terus menuju ke dapur. Bernyanyi-nyanyi ceria. Awali pagi dengan senyuman, insha Allah akan ceria hari ni. Abang fokus mengadap kuali, siap nyanyi lagi. Aku diam-diam jalan menghampiri abang.

" Abanggggg!!!" Aku menjerit dan mencucuk pinggangnya. Terkejut beruk abang. Muka jadi merah padam. Hahahaha...

"Oiii.. Bertuah punya adik. Kalau abang mati mengejut macam mana??heyyy!!" Membebel . Aku gelak besar.

"Dah mati tanam jelah. Kan.. Hahaha..!!" Jawabku selamba. Aku duduk di kerusi.

" Amboiii ayat..!! Awalnya bangun.." Abang mencekak pinggang. Mesti bengang.

" Mana ada awal, waktu biasa adik bangun lah ni cuma biasa bangun tak keluar. Duduk bilik je.."

" Iyalah. Bangun lepas tu sambung tidur. Kan..!!" Aku sengeh. Abang mematikan api dapur gas. Dan memasukkan nasi goreng ke dalam mangkuk kaca besar. Sedapnya bau nasi goreng. Laparnya perut.

"Banyaknya nasi. Siapa nak makan ni abang. Abang nak bawa bekal ye.." kataku.

" Taklah.." jawab abang.

" Habis tu?!" Tanyaku. Pelik.

" Saja...!" Abang membancuh air teh o panas. Berasap-asap teko, ini kalau terus minum mahu melecur bibir ni. Bertuahlah siapa dapat abang aku ni. Masak pandai, sedap pula tu. Memang gemuklah isterinya nanti. Aku senyum.

"Pelik..!!"

" Nanti adik bawalah ke office, bagi diaorang makan.. Okey?!" Aku angguk. Abang menuang air teh o panas ke dalam dua cawan. Aku dan abang. Aku menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan. Dan menghulurkan pada abang dan untuk aku sendiri. Kami menikmati nasi goreng yang sedap ini. Memang terbaiklah nasi goreng dari air tangan abang ni. Habis sepinggan, aku tambah lagi sesenduk. Berselera betul aku makan. Memang layan.

" Petang ni adik balik jam berapa?!" 

" Tak pasti. Hari ni start busy lah abang. Kenapa?!"

" Abang nak keluar dengan Dina. Nak ikut tak?!"

" Aik!! Nak dating pun ajak adik. Entah apa-apa tah. Hahahaha..!!" Aku gelakkan abang.

" Apasal gelak?! Keluar makan je kut"

" Iyalah. Lawak tau tak.!!" Aku gelak lagi.

"Apa yang lawaknya. Kan elok tu bawa adik. Taklah timbul fitnah.."

"Timbul fitnah apanya bang. Makan je kan. Lainlah kalau bawa anak dara orang ke tempat lain hotel ke apa ke..."

" Ishh!! Ke situ pula. Nak ikut tak?!" Tanya lagi.

" Tak janji. Tengoklah nanti. Apa-apa adik info. Sebab hari ni banyak kerja, semalam kerja main-main.." jelasku.

" Okeylah!! Tapi nanti info abang ye jadi ikut ke tak. Kalau adik taknak join abang cancel.."

"Laa.. Macam tu pula. Tak pun abang ajaklah Faliq atau Wan.."cadang aku.

"Ish!! Seganlah dik oii. Hmm.. Kalau abang ajak Faliq, adik ikut ya. Okey tak?!"

" Taknak..!" Aku menghabiskan nasi yang terakhir.

" Alaaa.. Jomlah. Adik pun dah lama tak keluar dengan dia kan.. kan..!!"

"Taknak!!!  Abang ni saja je kan..! Okeylah adik nak bersiap ke office. Abang tolong cucikan ye..!!" Aku teguk air dan terus bangun.

" Abang pula. Abang masak, abang buat air, abang pula kena cuci. Turn dia, pandai larii.. Bertuah punya adik.. !!"

"Abang kan sayang adik.. Hehehe..!! Okey bang!!" Jerit aku dan terus lari masuk bilik. Aku ambil tuala mandi. Terpandang handphone dan tergerak pula hati nak tengok. Aku ambil handphone yang terletak cantik di atas tilam.Ada whatsapp lagi. Aku baca.

" Selamat pagi Cik Aliaa Sofea..
Nak kawan dengan awak boleh tak?!"

Aku tersenyum. Nak kenal pula. Pagi-pagi buta pula tu, ni kira rezeki ke atau bala ni. Hahaha..!! Aku letak handphone semula dan malas nak layan. Bersiap pergi kerja lagi baik.

Hari ni aku masuk office awal, nak standby untuk appointment pagi ni. Semalam Encik Boss pesan jangan lambat. Appointment jam 9.30pagi. Jadi, kena gerak dari office jam9.00pagi. Okey set!! Aku membawa nasi goreng kampung yang abang masak pagi tadi. Mesti Naim suka. Dia tu hantu nasi goreng. Segala nasi goreng dia suka. Lagi-lagi yang abang masak. Dulu aku rajin juga bawa bekal setiap kali abang balik KL mesti nasi goreng kampung je aku minta. Sekarang je malas.

Sampai office aku terus letak nasi goreng didapur. Kemudian baru masuk bilik. Aku letak handbag dimeja belakang dan keluarkan handphone nak call Naim. Tapi ada lagi whatsapp dari Si Hantu ni.

" Hii Cik Aliaa..
Dah breakfast?
Awal Cik Aliaa masuk office hari ni,
Nampak manis sekali berbaju kurung coklat bertudung krim..
Salam Perkenalan.."

Ha?? Dia tahu.. Ish!! Biar betul. Siapakah hamba Allah ni. Mesti dia kerja dekat sini juga ni kalau tak mana dia tahu aku datang awal. Takut pula aku jadinya. Aku diperhatikan ke ni. Seramnya..!! Mana dia dapat nombor handphone aku ni. Tak boleh jadi ni, aku kena siasat sendiri. Disebabkan yang tahu nombor aku ni hanya Encik Boss, Naim, Abang dan Mak Long je. Jadi, mereka ni adalah suspek utama. Ops!! Takkan Mak Long kut. Tak.. tak.. !! Mak Long terkecuali. Okey tiga orang ni. Siasatan pertama, Naim. Nampak je kelibat Naim aku terus panggil dia masuk bilik. Berkerut aku pandang Naim. Serius..

" Ya beb!! Ada apa panggil aku. Nak belanja breakfast ke?!" Naim terus duduk.

" Kau ada bagi nombor handphone aku dekat sesiapa?!"  Tanyaku serius.

" Bagi nombor kau?? Ish!! Mana ada.. Kak Intan minta pun aku tak bagi beb.." jawabnya.
Aku pandang Naim tak berkelip. Serius sangat.

" Kau jangan nak tipu aku? Cakap betul-betul. Ada ke tak?!" Tanyaku lagi. Dah macam penyiasat pula ni. Hehe..!!

"Ya ampun...!! Tak adalah. Aku nak bagi nombor kau dekat siapa pula. Merepeklah kau ni.." jawabnya lagi.

" Betul?! Tak tipu?!"

" Iya beb.. Iya.. Tak ada!! Sumpah..!!"

"Jangan bermain dengan sumpah nanti dimakan sumpah. Baik kau jujur cakap..!" Aku tanya lagi. Muka bengang dah Naim. Hahaha..!!

"Iya Aliaa.. Aku jujurlah ni. Memang aku tak bagi dekat siapa-siapa pun nombor kau.." Naim tetap pertahankan.

"Okey tak apa. Tapi kalau sampai kau tipu aku. Dipanah petir kau tau..!!" Kataku selamba.

" Woii.. woiii..!! Hahahaha.. Dasyat betul kau ni. Dah kenapa kau ni tiba-tiba tanya pasal nombor handphone pula ni. Serius je. Apakes?!" Naim gelak. Aku tetap buat muka serius. Aku sandarkan badan di kerusi, bermain pen. Mata terus pandang Naim. Berkerut.

"Ada si Hantu ni sejak malam tadi whatsapp aku tiap jam. Nak berkenalan lah,  nak kacaulah bagai.." jelasku.

"Hantu mana pula ni beb. Kau ni suka-suka je gelar orang macam tu. Hahahaa..!!" Gelak Naim lagi. Tak lawak pun. Pelik.

" Iyalah.. Masalahnya dia tahu aku masuk office awal, dia tahu aku pakai baju kurung warna coklat dan bertudung krim.  Pelik tak..!!" Sambung ku lagi.

"Hohohoo.. Hati-hati Aliaa ada yang merati. Peminat kaulah tu beb, apa lagi.." Naim senyum.

"Okeylah kalau peminat tu kan. Maybe dia nak kenal dia hantar bunga ke, hantar kad ke, ataupun jumpa depan-depan ke kan. Tapi masalahnya ni, dia dapat nombor handphone aku beb. Yang tahu nombor baru aku ni cuma kau, Abang, Encik Boss dan Mak Long aku je. Mak Long memang takkan lah kan. Jadi, antara korang bertiga ni. Siapa yang bagi. Aku dah cakap, jangan bagi nombor dekat sesiapa. Nampaknya ni ada yang tak jujur dan menipu. Paling aku tak suka. Kau tahu aku macam mana kan beb...!!" Panjang lebar aku membebel.

"Hmm.. Tapi memang bukan aku beb. Demi Allah!! Aku tak.. "

"Okey tak apa!! Ada dua orang suspek lagi. Encik Boss dan Abang aku. Aku akan siasat sampai ke lubang cacing. Nak menipu aku ek, sampai aku tahu memang minta maaflah aku nak percaya lagi lepas ni. Blacklist dari list kepercayaan aku.." kataku lagi.

"Hahaha..!! Dasyat kau ni. Dah macam penyiasat dah. Okey Cik Aliaa..!! Selamat menyiasat dan semoga berjaya mencari Si Hantu. Hahaha.. !! Macam-macamlah kau ni.." Naim gelak besar.

" Tau tak apa!" Aku senyum.

"Eh! Ada nasi goreng dekat dapur tu. Abang masak. Pergilah makan tapi tinggalkan sepinggan untuk Encik Boss ya.."

"Wow!! Bestnya..!! Lama tak makan nasi goreng abang kau. Banyak tak?!"Seronoknya Naim.

"Banyaklah pun.. Ajak diaorang sekali. Buatkan aku nescafe boleh?!" Aku sengeh.

" Okey set!!"

"Thank you..!!" Naim terus keluar ke dapur. Aku masih lagi berfikir. Ah! Biarlah. Buat sakit otak je fikir.  Kau nak perhatikan aku ke nak minat-minat aku ke. Sukahatilah. Jangan sampai buat sesuatu dekat aku sudah. Apapun, itu tak penting. Yang penting, siapa yang tak jujur ni. Siapa yang dah bocorkan lubang ni. Nombor handphone aku rahsia kut. Perjanjian dah dibuat tapi langgar perjanjian. Ini yang buat aku angin ni. Dah janji kenalah tepati. Hampeh betul lah. Suspek seterusnya.. Encik Boss..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku