Kerana Janji
Bab 170
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
102

Bacaan






Mana Encik Boss ni, dah jam 9.10pagi dah ni. Semalam dia yang pesan jangan lambat. Tepat jam 9.00pagi kena gerak dari office tapi batang hidung dia pun tak nampak lagi. Apa cerita? Inilah janji melayu, janji pandai tunai tak pandai. Sama je. Kut iya pun ada hal ke, ada problem ke, kan boleh info, ni suka buat orang tertunggu-tunggu, ternanti-nanti. Penantian itu satu penyeksaan kut. Aku memang menyirap betul.

Aku bangun dan keluar. Nak join diaorang dekat dapur lagi baik. Aku tutup je pintu bilik. Aku toleh mahu melangkah je Encik Boss pun sampai. Senyum. Aku terus mencuka.

" Encik Boss..!! Kenapa Encik Boss lambat? Kan Encik Boss cakap semalam appointment jam 9.30pagi, kita kena gerak dari sini jam 9.00pagi..." Aku terus membebel dan mengekori dia masuk ke bilik.

"Sorry..! Saya ada hal sikit tadi.." jawabnya.

" Kut iya pun ada hal, kenapa tak call saya, tak info saya. Handphone power tapi tak gunakan. Bukan tak boleh call pun.  Encik Boss tahu tak penantian itu satu penyeksaan.."aku sambung membebel. Encik Boss meletakkan kuncinya dan duduk bersandar. Senyum.

" Dah habis dah membebel tu?!"

"Dah habis dah.." Aku pun duduk juga. Diam sekejab. Encik Boss masih pandang aku. Senyum. Menggeleng. Tu jelah yang dia tahu buat. Aku tetap berkerut dan mencuka.

" Encik Boss.. Sekarang ni jadi pergi ke tak ni? Senyum je dari tadi.." tanyaku pelik.

"Cancel..!"

"Ha?! Cancel.. Ya Allah!! Kenapa tak info awal-awal. Taklah saya datang awal pagi tadi. Encik Boss ni sengaja je kan cari pasal.." Menyirap betul hati aku. Dia boleh buat muka tak bersalah dan senyum. Aduhai...

"Nak buat macam mana dah diaorang cancel.." jawabnya ringkas.

" Hmm.. Iyalah tu. Ni Encik Boss dah breakfast ke belum?!"

"Belum. Jom breakfast. Saya laparlah. Makin lapar bila dengar awak membebel ni.." perli nampak.

" Saya dah breakfast pagi-pagi buta tadi. Tunggu sekejab saya ambilkan makanan.. " Aku terus bangun dan terus keluar. Mulut aku tetap merungut. Entah kenapa pula hari ni aku nak membebel je pula. Mood ke laut dah ni. Nasiblah siapa mangsa aku. Aku ambil nasi goreng dan bancuh air teh panas. Aku susun dalam dulang dan bawa ke dalam bilik Encik Boss. Encik Boss hanya perhatikan aku je. Aku letak hidangan di depan dia.

"Wow!! Nasi goreng. Macam sedap je. Mana dapat ni. Beli ke masak?!" Terus senyum lebar dia.

" Masaklah..!!"

" Awak masak ni?!"

"Bukan saya tapi abang saya. Hehe..!! Makanlah.." Aku sengeh. Encik Boss terus menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulut.

"Sedap!! Pandai abang awak masak.." Gelojohnya dia makan. Sungguh tidak sopan. Aku gelak dalam hati. Hahaha!

" Tengoklah abang siapa!!" Aku mulalah rasa bangga sikit.

" Abang awak yang pandai masak. Adiknya.. pandai makan je. Hmm..!"Amboi sedapnya dia perli aku.

" Saya pandai masaklah cuma malas je. Kalau saya masak, mahunya Cheff Wan turun pangkat." Aku bergurau. Tersedak sampai Encik Boss. Selamat tak tersembur keluar nasinya ke aku.

" Isshh!! Pengotor..!!" Dia gelak besar. Entah apa yang lawak pun aku tak tahulah. Tiba-tiba je gelak. Aku minta diri nak masuk bilik je. Biar dia menikmati nasi goreng abang. Hahahaa..!! Aku terus ke dapur. Mereka masih lagi berbual. Seronoknya. Aku ambil air nescafe yang Naim buatkan tadi dan bawa masuk ke bilik. Aku letak atas meja. Dan menghirup perlahan. Panas!!  Nyaman.. Kuat betul aku minum nescafe ni. Doktor Dina dah pesan kurangkan minum kafein. Tekanan darah aku problem. Salah satu punca juga ni tapi nak buat macam mana. Dah suka. Tak minum macam tak aman je hidup. Iyalah tu, bila dah sakit baru sedar sekejab. Degil kan.. Tengah layan nescafe, handphone berbunyi. Whatsapp lagi. Siapakah?

" Assalammualaikum Cik Aliaa..
Saya tahu saya bukan yang sempurna, memang tak layak untuk awak. Tapi saya cuba ingin menjadi yang terbaik untuk awak. Saya ingin menjadi pelengkap hidup awak..!!
Sambutlah perkenalan saya ya..
Saya menanti dan menunggu.."

Glupp!! Aku menelan liur. Dia punya ayat. Boleh tahan. Hmm.. Aku letak handphone semula. Terus melayan nescafe ni. Biar jelah.


Baru aku teringat. Tadi aku nak tanya Encik Boss pasal nombor aku ni tapi lupa pula. Tanpa buang masa, aku terus bangun dan menuju ke bilik Encik Boss. Urusan menyiasat bermula. Aku ketuk pintu dan terus masuk tanpa diarahkan pun. Encik Boss pandang. Meneguk air teh yang aku buat tadi.

"Encik Boss.. Saya ada hal yang terrrrrsangat penting nak tanya ni... " aku memulakan perbualan.

"Hal apa? Tanyalah!"Encik Boss meletakkan cawan di atas meja. Aku serius pandang tepat ke wajahnya dengan sejuta kerutan dimuka. Serius!!

" Tolong jawab dengan jujur. Jangan nak sembunyikan atau tipu saya tau. Kalau saya tahu ada unsur-unsur penipuan disini. Tahulah apa saya nak buat.." Aku serius.

" Amboi.. Seriusnya. Hahaha..!! Okey silakan Cik Aliaa. Apa masalahnya?!" Boleh pula dia gelak. Ingat aku hairan dengan dia gelak tu. Ceh!!

" Encik Boss ada bagi nombor handphone saya dekat siapa?" Tanyaku. Tegas!!

"Aik!! Bila masa pula saya bagi nombor awak dekat orang. Atas sebab apa saya nak bagi? "

" Encik Boss janganlah main-main. Cakaplah. Kita dah buat perjanjian pun kan. Saya tak sukalah. Nombor saya ni yang tahu hanya Abang, Encik Boss, Naim dan Mak Long je. Saya taknak orang lain tahu tau tak. Bencilah.." aku merungut.

" Mana ada saya bagi orang. Kenapa? Ada yang kacau ke?! Siapa?!"

" Kalau saya tahu, taklah saya tanya Encik Boss. Apalah.. Saya tak tahu hantu mana entah.  Rimas tau tak. Whatsapp manjang.. Xde privasi tau tak..!!" Aku menjeling pada Encik Boss.

"Peminatlah tu. Kan best ada peminat!"

"Banyaklah best. Saya malaslah nak layan benda-benda ni. Sebab tu saya tukar nombor. Tapi penyangak mana tah bocorkan nombor handphone saya dekat orang lain. Kalau saya tahu Encik Boss yang bagi. Siap!!"

" Awak cakap saya penyangak?! Amboii.. "

" Iyalah. Penyangak yang tak jujur, yang tak amanah, yang menipu. Tak kisahlah Encik Boss ke, Abang ke, Naim ke.. Kalau saya tahu memang saya taknak kawan. Saya tak suka orang menipu tau tak..!!" Aku berkerut lagi.

"Hahaha..!! Lawaklah awak ni!!" Gelak dan gelak. Aku serius kut.

" Encik Boss yang bagi kan? Cakap betul-betul? Jangan tipu saya.."

" Taklah.. Daripada saya bagi nombor awak dekat orang lain untuk tackle awak lebih baik saya sendiri je yang tackle awak. Lepas tu terus hantar meminang. Awak nak?!" Aku menjeling tajam.

"Ke situ pula dia. Orang tanya lain jawab lain"

"Betul lah. So, nak saya masuk meminang?! Baru tak ada hantu nak kacau awak, nak kenal dengan awak. Senang cerita kan..!!" Encik Boss senyum sinis.

" Tak ingin..!!" Aku menjeling dan melangkah ke pintu.

" Hahahaa...!! Jom, ikut saya. Bawa profil yang saya bagi semalam ye. Sekarang tau!!"

" Iyalah.."jawabku bersahaja.

Aku berdengus. Nampaknya suspek kedua pun tak kut. Tinggal abang je lagi. Siapa yang tak jujur antara bertiga ni. Hmm... Geramlah. Takkan nak kena tukar nombor lain lagi kut. Ishh!! Aku tukar sebab aku dah malas nak diganggu oleh sesiapa pun. Hanya orang terpenting je. Lagi satu aku boleh je block nombor tu tapi sekarang ni aku nak tahu siapa yang menipu. Tu je. Aku tak suka. Tak suka.. tak suka ditipu. Selagi aku tak tahu siapa yang menipu. Selagi tu aku tak tenang. Inilah sikap aku. Selagi tak puashati, selagi tu aku akan cari juga sampai puashati.

Aku dan Encik Boss terus melangkah meninggalkan office. Aku masih lagi bertanya dan bertanya. Membebel. Butang liff ku tekan. Encik Boss pandang aku dan gelak. Aku menjeling. Tingg!! Pintu liff terbuka. Dan.. Oh my god!! Faliq didalam liff. Tersenyum manis melihat aku. Aku terpaku seketika.

"Uit.. taknak masuk ke. Nak turun tangga ye?!" Tegur Encik Boss. Perli. Aku terus masuk dalam liff. Berdiri sebelah Encik Boss dan dihadapan Faliq. Faliq senyum je melihat aku. Tak berkelip mata.

" Nak kemana bro?!" Tanya Encik Boss pada Faliq.

" Nak turun breakfast.." Jawab Faliq.

"Lewat?!"

" Baru habis meeting. Terpaksalah.."

"Sorang je ke?!"

" Sorang jelah. Dah tak ada orang nak temankan aku.." Tiba-tiba tersesak pula nafas ni ha. Aku buat selamba je. Aku tahu Faliq sengaja tu. Encik Boss ni pun boleh tahan juga kenakan aku. 


" Tak apalah. Dah orang tu taknak kawan dengan kau kan. Tapi sekejab lagi adalah tu peneman baru kau.. " Aik!! Main kasar nampak Encik Boss ni. Aku diam membisu. Faliq masih merenung aku. Jual mahal betul aku ni.

" Hahaha..!! Peneman baru ye. Tak kut. Sampai ke hujung nyawa pun, aku tetap akan tunggu orang yang taknak kawan dengan aku tu sampai dia nak kawan dengan aku balik.." jawab Faliq. Aduhai Faliq ni. Bikin terharu pula aku.

" Hebat kau bro. Apapun, aku akan doakan semoga orang yang taknak kawan dengan kau tu akan nak berkawan dengan kau semula. Aaminn..." Amboii ayat Encik Boss.

" Aaminn.!! Thanks bro...!!" Mereka berdua ni macam dah rapat je. Nampak mesra je. Siap perli-perli aku lagi. Hmm.. Aku tetap buat muka biasa je. Muka tak ada perasaan.

" Uit..!! Ni kenapa senyap sunyi je. Tadi punyalah kuat membebel macam mak nenek. Masuk dalam liff terus jadi bisu.." Faliq gelak kecil.

"Sibuklah..!!" Aku menjeling tajam Encik Boss. Dan menjeling pula pada Faliq.

" Sihat?!" Tanya Faliq padaku.

" Sihat je.." jawabku ringkas. Faliq senyum. Aku pun nak taknak senyum sikit je pada dia. Tak berani aku nak lawan pandangan mata dia. Kenapa aku jadi gugup macam ni? Rasa macam something pula. Berdebar-debar pula hati ni. Pelik juga perasaan aku ni. Apa sudah jadi Aliaa. Bisik hatiku sendiri.
 
Tak lama, pintu liff terbuka. Fuh!! Oksigen- oksigen. Aku perlukan oksigen. Cepat-cepat aku keluar dari liff. Tak sanggup nak berhadapan dengan Faliq. Jantung bagai nak gugurlah pula. Aduhai... Sampai aku rasa macam Faliq dengar denyutan jantung aku. Aku menuruni tangga. Faliq disebelah ku.

"Jaga diri baik-baik. Saya sangat rindukan awak. I love you so much Aliaa.." Langkahku terhenti. Faliq terus berlalu menuju ke cafe. Aku memandang dia sampai hilang disebalik dinding. Aku senyum sendiri.

"Senyum-senyum. Dah cepatlah. Lewat dah ni.." Lamunanku terhenti. Tersengeh pandang Encik Boss. Lalu aku mengekori dia dari belakang. Aku senyum. Eh!! Eh..!! Dah kenapa dengan aku ni. Apa masalah aku ni. Bahaya ni. Aku terus masuk ke dalam kereta. Dan masih berdiam. Ish!!. Laju pula jantung ni ha. Apa Faliq dah buat dekat aku. Aku berkerut. Kenapa boleh terserempak dengan dia tadi. Aduhai.. "Hahaahaha.. Mawar merah dah kembali berputik kan Aliaa kan.. Jangan nak ego sangatlah Aliaa.. Kau tak boleh nak tipu diri kau pun, segalanya dah jelaskan. Bagi jelah peluang dekat Faliq. Terima dia, terima pinangannya. Selesai...!!!"kata hatiku sendiri.

"Tak boleh..!! Tak boleh..!! Tak boleh..!!" Aku menjerit kecil tiba-tiba. Melawan kata hatiku.

"Apa yang tak boleh ni?!". Eh!! Aku berkhayal ke?! Ya ampun! Malunya.. Merah muka aku. Sengeh pandang Encik Boss.

"Hehe..!! Tak ada apa-apa"

"Eee...Berkhayal pula dia. Apa yang dikhayalkan tu.. Hahaha.. Aliaa.. Aliaa.." Encik Boss gelak.

Aku garu kepala. Aduhaii.. Malunyalah. Ini semua penangan si Faliq lah ni. Seronoknya Encik Boss gelakan aku. Aku yang malu ni pun join gelak juga. Nasib lah Aliaa..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku