Kerana Janji
Bab 171
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
92

Bacaan






Sejak pagi tadi, senyuman tak lekang dari wajahnya. Tak tahu kenapa hari itu dia rasa gembira sangat. Lagi gembira bila dapat menatap wajah insan yang amat dirinduinya dan yang amat disayangi. Lama sudah dia tidak menatap wajah itu. Walaupun hanya senyuman kelat dari wajah insan tersayang, itu sudah cukup buat dia rasa bahagia. Kerana senyuman itulah buat hatinya tertarik. Kerana jelingan itulah buat dia terpikat. Kerana kedegilan itulah buat dia semakin mahu mendekati. Satu permulaan yag baik. Tidak mungkin dia akan sia-siakan kali ini. Apabila sudah masuk ke dalam jeratnya takkan sesekali dia lepaskan lagi. Akan dia ikat rapi dan ikat seketat-ketatnya di dalam disangkar hatinya. Tapi untuk menjerat kali kedua ni rasanya lagi susah dari menjerat kali pertama. Sabar..!! Oh Aliaa.. Kau memang buat aku gila untuk kali keduanya. Jampi apa yang kau dah beri padaku. Aliaa.. Aliaa..!! kata Faliq sendiri dan senyum sendiri.

Faliq melihat gambar-gambar mereka sewaktu di Kundasang dulu. Seronok dan bahagia sekali. Senyum dan senyum. Kadang-kadang, tergelak sendiri. Banyak gambar Aliaa yang ditangkapnya dan disimpan. Bila rindu, hanya gambar itulah yang jadi pengubat rindunya. Gelak tawa, senda gurau Aliaa masih terniang-niang di telinga. Faliq membuka aplikasi whatsapp. Mahu menghantar whatsapp pada Aliaa. Walaupun banyak dia hantar whatsapp tapi tiada satu pun yang Aliaa balas. Dia tetap akan teruskan hantar dan hantar. Dia tahu, nanti Aliaa akan balas juga. Sama seperti dulu, mula-mula taknak tapi lama-lama nak juga. Kena bersabar saja. Insha Allah akan lembut juga hati Aliaa nanti.

" Ikan tenggiri, ikan yu..
Jaga diri, i mis you..!!"

Lalu, sent. Gelak sendiri. Melihat jam didinding. Jam 8.00malam sudah, dia terus mengambil kunci kereta. Memadamkan lampu dan terus melangkah keluar. Malam ni ada janji dengan dua orang sahabatnya itu. Zahwan mahu jumpa mereka ada hal penting katanya. Lama juga mereka tak lepak semeja. Masing-masing sibuk bekerja. Faliq mengunci pintu rumahnya, hari ni dia tak balik rumah ibubapanya. Sudah lama tidak balik rumah sendiri, rindu pula. Dia memandu laju ke destinasi yang telah dijanjikan.

Dihujung restoran, kelihatan Zahwan dan Adil sedang rancak berborak. Gelak sakan lagi. Entah apalah yang diborakkannya. Faliq menghampiri mereka. Dan terus duduk semeja.

" Lama ke sampai? Aku ingat aku yang paling cepat.." kata Faliq.

" Baru juga. Kami dari office lah terus datang sini.."jawab Zahwan.

"Lewat balik?"

" Biasalah tengah busy. Lagi pula hujung tahun macam ni. Macam-macam nak kena settle.." sambung Zahwan lagi. Tidak lama kemudian seorang lelaki muda datang mengambil pesanan. Faliq hanya memesan Carrot juice sahaja. Tidak makan.

" Iyalah. Aku pun. Ni pun kebetulan hari ni aku tak busy, bolehlah join. Kalau tak balik dah gelap je.. "

" Apa boleh buat bro. Dah kerja, tak kerja tak dapat duitlah pula.. !!" Sampuk Adil pula. Mereka mengangguk.

" So.. Apa yang penting sangat ni Wan sampai nak jumpa kami ni?!" Tanya Faliq.

" Ha.. Iyalah.. Apasal?!"

" Relax.. Relax..!! Macam ni.. Hujung bulan ni aku nak nikah beb.. "

" Ha?? Nikah??" Adil dan Faliq terkejut sangat.

" Ishh!! Kau biar betul bro. Tak ada angin tak ada ribut ni. Macam tak percaya je!!" Kata Adil.

" Entah.. ! Tiba-tiba je ni.. Ke kau ada buat something ni bro.. " Faliq bergurau.

"Woiii...!! Agak-agaklah.." Mereka gelak bersama.

" Apapun. Tahniah bro..!! Semoga kekal ke jannah..!!" Kata Faliq. Senyum.

" Tahniah!! Tahniah!! Orang mana?!" Tanya Adil pula.

" Terima kasih.. Terima kasih!! Satu bendera aku juga bro. Orang KK juga. Pilihan orang tua, mama dan daddy asyik bising je tanya bila nak kahwin. Nampak muka aku je mesti akan tanya. Aku pun dah janji dengan mereka sebelum 35tahun aku kahwin, padahal gurau je kut. Tapi janji dituntut beb. Nak taknak terpaksalah.." jelas Zahwan.

" Hahahaa..!! Bagus-bagus anak yang soleh. Kira kau redha jelah ni ya.." mereka gelak lagi.

" Pilihan orang tua ni lagi berkat kan, jadi redha jelah. Tapi aku pun berkenan juga dengan budak tu. Cuma biasalah lelaki kan ego, kebetulan pula kawan daddy. Kerja mudahlah bro. Orang kata dah jodoh" Jelas Zahwan lagi. Berseri muka bakal pengantin.

" Ooo patutlah. Berapa umur? Kerja apa? Cun tak?!" Bertubi-tubi soalan Adil.

"Banyak soalan kau ni bro. Segan pula aku. Hahaha!! Umur dia aku tak pastilah bro, 27 ke 28 macam tulah kut. Lecturer UMS.." sambung Zahwan lagi.

" Alhamdulilah, sampai jodoh sahabat aku ni."

" Dah sampai jodoh. Korang datang tau. Jangan tak datang pula. Ni aku info awal ni..." kata Zahwan.

" Lebih kurang dua minggu lagi. Okey nanti aku check jadual kerja aku dan terus apply cuti.." Faliq pula sambung.

"Insha Allah. Akan diusahakan.. " Mereka berborak. Macam tak percaya Adil dan Faliq, cepat pula Zahwan mahu menikah. Kalau Zahwan sudah berumahtangga nanti susah sikitlah dapat berjumpa lepak-lepak macam ini. Sudah tentu dia akan kembali ke Sabah. Kembalilah mereka berdua. Sakan mereka berborak. Sudah lama tidak jumpa kut walaupun dekat. Kekangan masa. Pelanggan keluar masuk ke dalam restoran itu. Yang datang sudah pun balik tapi mereka masih setia di situ. Sesekali jumpa memang tak ingat dunia.

Asyik berborak. Handphone Adil berbunyi. Panggilan dari Aliaa.

"Abang dekat mana? Kenapa tak balik lagi..?!" Suara Aliaa lantang kedengaran di talian.

" Abang balik kerja lambat tadi terus jumpa Wan dan Faliq ni. Ada hal. Kenapa?!" Tanya Adil. Faliq dan Zahwan mendengar saja.

" Adik lapar..!!"

"Laa.. Tak makan lagi ke?!"

" Tak.. Adik pun sampai rumah lewat. Jalan tu asyik jam aje. Sakit hati betul. Dekat sejam kut dalam jam.." Aliaa merungut. Adil gelak kecil.

" Dah nama pun KL, mana ada jalan KL yang tak jam. Kalau taknak jam pergi duduk dengan Mak Long. Tanam pisang.. "gurau Adil.

"Ish taknak lah..!! Abang belikan sate. Nak sate ayam, nak yang sedap..!!"pinta Aliaa..

"Sate? Iyalah nanti abang cari.."

" Okey!! Abang jangan lambat balik tau. Adik lapar ni.."

"Iya.. Okey bye!!" Talian dimatikan. Adil menggeleng kepala. Handphone dimasukkan semula ke dalam poket.

" Kenapa Aliaa? Tak sihat ke?!" Tanya Faliq. Risau.

"Eh! Taklah. Dia sihat. Ni ha.. Lapar katanya tak makan lagi. Nak sate.. Nak kena carilah kejab lagi.."terang Adil.

" Liq.. Macam mana kau dengan Aliaa. Okey dah?!" Tanya Zahwan ingin tahu. Adil senyum saja.

" Hmm.. Macam nilah bro. Nak ambil hati dialah ni. Doakanlah untuk aku, ni kalau dia on je. Malam ni juga aku masuk meminang.." kata Faliq.

"Hahaha..!! Tak apalah. Sabar je. Ni abangnya ada, mintalah tolong pujuk si adik.." Zahwan memuncungkan bibir ke arah Adil.

"Hmm.. Iya..! Abangnya ni pun dah berbuih mulut memujuk, nasihat, marah semua dah. Makan saman pun tak..!!" Jawab Adil pula. Mereka gelak lagi.

" Insha Allah..  Ada jodoh tak kemana yang penting doa jangan putus.." kata Zahwan pula.

" Tu lah.  Memang tak putus doa. Insha Allah..!! Dil.. Tapi kan dia langsung tak reply whatsapp akulah. Aku rasa sehari lebih sepuluh kali kut aku whatsapp dia..." Faliq mengadu.

"Amboii.. Hahahaa..!! Sabar bro sabar.. Kalau dia tahu aku yang bagi nombor dia dekat kau ni, mahu meletup gunung Everest.. " Adil dan Zahwan gelak. Meriah mereka.

" Kadang aku fikir pasal dia, kasihan adik aku. Korang punya hal lah ni. Selamat korang sahabat aku, kalau tak. Memang dah lama aku aku belasah korang sampai lumat. Bagi harapan lepas tu sakitkan hati dia. Korang buat adik aku macam barang mainan pula. Sakit hati aku sebenarnya tau tak. Apa lagi dia yang menanggung. Aku tak tahu macam mana korang boleh kenal adik aku. Kalau aku tahu, memang aku tak izinkan dia kawan, rapat dan bercinta dengan korang. Dua-dua pula tu. Tak sorang-sorang. Sebab koranglah sampai dia cakap taknak kahwin, kecewa punya pasal. " kata Adil. Geram. Dua-dua sahabatnya tergamam. Berubah airmuka masing-masing. Sekali Adil bersuara dua-dua membisu. Selama ni Adil diam saja. Paling-paling pun dia marah sekejab saja tak pernah lagi dia mengungkit macam ini. Tapi bila dia dah mengungkit, pedih menusuk hati.

" Aku.. Aku minta maaf Dil. Aku minta maaf sangat-sangat. Memang lepas aku tahu dia tunggu aku punya lama tu, aku nak tebus salah aku. Tapi dia dah kecewa. Aku tak boleh buat apa. Lagi pula Aliq pun menaruh hati pada dia. Aku mengalahlah.." Luah Zahwan pula. Dia memang sangat terasa.

" Iya Dil.. Aku minta maaf juga. Memang aku menyesal tindakan aku tu. Aku sayang Aliaa. Jika dia terima aku semula, Insha Allah  aku akan buat Aliaa bahagia. Percayalah.." sambung Faliq pula. Dah macam pesalah dah mereka berdua.

"Tak apalah. Perkara pun dah berlaku. Cuma aku kesal dengan sikap sahabat- sahabat aku. Adik aku segalanya tau, dialah nyawa aku, hidup aku dunia akhirat. Tahu tak Aliq. Faham tak? Lepas ni kalau sakiti adik aku lagi. Dah cukup. Tak payah cari dia nak merayu bagai. Ini  akhir tau aku bagi peluang..!" Faliq mengangguk-angguk.

" Kau pun sama juga Wan, tak lama lagi nak kahwin. Jaga bini baik-baik, jangan kau buat bini kau macam kau buat adik aku sudahlah. Hargailah selagi mereka ni ada didepan mata. Esok kalau dah tak ada, macam mana?!" Adil membebel memberi nasihat. Memang dia sengaja biar mereka memahami erti kasih sayang sebenar. Bukan suka-suka permainkan kasih sayang orang lain. Kadang-kadang, orang ni kena juga dicuci fikirannya. Sebagai sahabat ini pun tanggungjawab dia juga untuk saling menasihati sesama mereka. Lagi pula melibatkan adik kesayangan.

"Aku minta maaf Wan, Aliq. Aku bukan nak mengungkit segala bagai. Tapi aku ada hak sebagai abang Aliaa dan sebagai sahabat korang. Untuk mengingati korang. Hati dan perasaan wanita jangan mudah dipermainkan. Aku sendiri pun tak tahu, entah esok entah lusa aku pula sakiti adik aku atau bini aku ke. Jadi, korang pulalah ingatkan aku.." sambung Adil lagi.

" Aku faham. Terima kasih atas nasihat dan peringatan tu. Dan terima kasihlah kau masih nak berkawan dengan aku walau aku dah buat adik kau kecewa. Aku akan lakukan yang terbaik untuk Aliaa. Aku tak berani nak janji tapi aku akan buktikan dekat kau ya abang..!!" Kata Faliq. Sempat kagi bergurau. Sengeh. Zahwan gelakkan.

" Kau tak payah nak abang-abang sangat yee..! Buktikan.." kata Adil tegas. Senyum.

"Eh!! Okeylah. Aku gerak dulu. Nak belikan sate untuk buah hati. Kasihan pula lama menunggu.."

"Okey bro!! Kirim salam dekat Aliaa.." kata Zahwan.

" Kirim salam sayang dekat bakal bini aku tu ye.." sambung Faliq pula. Adil mengangguk dan bersalaman dengan mereka dan terus melangkah. Tinggallah mereka berdua yang masih duduk berborak.

Adil memandu laju. Menuju ke gerai sate tempat dia biasa beli. Hanya digerai itu saja yang sedap. Yang Aliaa suka. Harap masih ada lagi. Dia senyum sendiri. Seorang sahabatnya akan berkahwin tak lama lagi. Dah sampai jodohnya. Dia?? Entahkan bila. Faliq?? Pun sama, entahkan bila. Masih panjang lagi masa. Insha Allah, ada juga jodohnya nanti. Tunggu sajalah. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku