Kerana Janji
Bab 172
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
85

Bacaan






Mata dah ngantuk tapi perut berbunyi-bunyi, lapar. Padahal tadi sebelum balik kerja aku dah makan dah dengan Encik Boss tapi pelik masih lapar pula. Aduhaiii... !! Manalah abang aku ni. Ada ke tidak sate aku. Abang ni pun satu, tak cakap pula balik kerja lewat. Kalau tak, boleh juga aku singgah bungkus nasi tapi aku pun malas nak menyinggah. Dengan traffic jam lagi. Betul-betul dugaan hari ni. Sabar Aliaa. Sementara tunggu abang, aku layan tv lah sorang-sorang. Handphone aku ambil. Whatsapp dari tadi pun aku tak baca lagi. Dari siapa lagi kalau tak dari  hantu. Asyik dia je yang whatsapp aku. Macam tak ada orang lain je. Memanglah tak ada, dah nombor aku ni pun tiga orang je yang tahu. Hahahaa.. Eh! Bukan tiga tapi empat orang termasuk si hantu ni. Pelik juga hantu ni, tak jemu-jemu whatsapp aku walaupun aku langsung tak balas. Nasib kaulah hantu..

"Ikan tenggiri, ikan yu,
Jaga diri, i miss you..."

Aku baca perlahan. I miss you bagai, berpantun pula tu. Hari tu punyalah ayat jiwang, bermadah pujangga. Tukar angin ke apa ni. Okey tak apa. Disebabkan aku kebosanan tahap dewa sekarang ni. Aku try balas. Kikikii..!!

"I tak kenal you, i taknak kenal you,
Encik Hantu, tolong jangan ganggu.." terus sent.

Tak lama, dia balas.

"Kain batik, kain pelikat,
Apa boleh buat, hati dah terpikat.."

Terpikat konon. Ayat poyo!! Malas aku nak layan. Aku letak handphone semula. Tak lama, dia hantar whatsapp lagi.

" Cik Aliaa.. Sudi tak kawan dengan saya?!"

" Taknak..!!"balasku.

"Kenapa tak?! Tapi saya nak?!"

" Sorry ye Encik Hantu.!! Hati saya sudah dimiliki. Carilah orang lain ye.. Assalammualaikum.." Aku letak handphone. Abang dah balik. Aku terus buka pintu. Tunggu sate. Abang tersengeh pandang aku. Aku cekak pinggang. Berkerut.

" Abang..!! Kenapa lambat. Adik lapar gila-gila ni tau tak?!" Aku merungut. Abang menghulurkan sate pada aku.

"Ni abang cari sate adiklah ni. Punyalah ramai orang. Dah jom makan. Abang pun tak makan lagi ni.."

"Aik!! Kata tadi jumpa sahabat baik abang. Kenapa tak makan..?!"

" Jumpa tak semestinya makan?!" Abang ambil pinggan dan mangkuk. Aku keluarkan sate ayam dan letak atas pinggan dan tuang kuah kacang ke dalam mangkuk. Perhh!! Terliur sampai ni. Malam ni pekena sate jelah. Kami pun menikmati keenakkan sate ayam dan sate daging.

" Abang..!! Adik rasa mesti abang tipu adik kan!" Tanya aku dengan mulut yang penuh berisi sate.

" Tipu apa pula ni?!"

" Hati adik ni, kuat menyatakan yang bagi nombor adik dekat hantu tu adalah abang. Betul kan..?!" Aku saja perangkap abang. Terus tersedak abang.

" Laa.. Tak habis lagi ke?!"

" Memanglah tak habis. Selagi adik tak dapat orang yang menipu adik selagi tu adik akan cari. Hantu tu tiap hari whatsapp. Betul kan.. Abang yang bagi.. Cakap jujur cepat..!!" Aku terus tanya dan tanya.

" Taklah. Adik kata hantu kan, mestilah dia boleh tahu nombor adik, hantukan ghaib. Kut-kut hantu tu ada dekat sini. Join makan sate. Tanyalah hantu tu sendiri..!!" Kata abang. Menakutkan aku pula.

" Abang ni.. janganlah main-main. Seramlah..!!" Meremang pula bulu roma aku.

"Hahahaha.. Tahu takut. Suka-suka panggil orang hantu. Betul-betul hantu yang muncul baru padan muka. Orang tu ada nama kut,  Tanyalah!! Kawan je pun, tak salahkan.." Abang gelak.

" Malas..!!" Jawabku ringkas. Malas nak ambil port. Layan sate lagi best.

" Faliq nak, dia jual mahal. Hantu tu nak, ambil lah. Kahwin je dengan hantu tu.."

" Ishh!! Merepek jelah abang ni. Adik taknak kahwin. Taknak.. taknak.. taknak..!!"

" Berdosa tau taknak kahwin.." Abang ni saja je buat aku angin. Tersengeh-sengeh.

"Abang ni kan. Asyik cakap kahwin je. Bosanlah.. Abang nak kahwin, kahwin jelah. Tak payah tunggu adik.." aku mula bengang.

"Hehe..!! Marah pula dia. Oh ya!! Lupa nak cerita. Tadi abang jumpa Wan dan Faliq, Wan nak nikah hujung bulan ni.." Aku tersedak. Terkejut dengar. Zahwan nak nikah?!

" Wan nak nikah? Dengan orang mana?!" Tanyaku perlahan.

"Orang Sabah juga. Dia jemput kita, adik nak join tak..!" Tanya abang.

" Oh yeke?! Hmm.. Tak kut. Abang pergilah." aku diam. Aku pandang meja.


Abang senyum. Seakan mengetahui pula apa aku rasa. Macam mana sekalipun perasaan walau sudah tiada apa-apa ikatan pasti ada secebis perasaan sedih, sedih dengan kenangan. Lagi-lagi bila dikecewakan. Biarkan ia berlalu dan padam selamanya. Ahh!! Jangan dilayan ini. Hanya membuat hati bertambah pedih. Sudah-sudah dalam kenangan. Dari terus terjerumus dalam kenangan bersama Zahwan dulu lebih baik aku fikir masa depan aku. Iya.. itu lebih penting.

" Dahlah. Tak payah nak sedih. Cerita lama kan.." abang bersuara.

" Mana ada sedih.!" Aku menafikan.

"Tak sedih konon. Macam abang tak tahu. Riak muka tu pun tahulah. Lebih baik fikirkan Faliq tu ada baiknya.." Abang ni pandai pancing. Apa aje perbualan kami mesti dia akan selitkan Faliq. Sengaja!

" Hmm.. Iyalah abang!! Tak habis-habis Faliq. Adik tahu maksud abang tu.." kataku.

"Baguslah kalau dah tahu. Jadi macam mana?!"

" Nanti-nantilah. Sekarang ni adik tengah fikir siapa hantu ni. Semua pasal adik dia tahu. Pelik..!!" Aku berkerut.

" Kalau nak tahu siapa hantu tu. Kenalah kawan dengan dia dulu, baru tahu. Ni tak, hantu tu nak kawan tapi adik taknak kawan. Lepas tu sibuk nak tahu siapa hantu, siapa hantu. Adiklah yang pelik sebenarnya tahu tak!!" Abang menjeling. Buat muka bengang. Hahaha!! Betul jugakan. Aku gelak je.

" Tapi kalau adik kawan dengan hantu tu kang, dia menaruh harapan pula. Macam mana?!" Tanya aku pada abang pula.

"Baguslah. Bagi jelah harapan tu. Kut-kut hantu tu memang hantu baik ke, hantu bertanggungjawab, hantu beragama ke. Kan senang..!! Faliq adik taknak dah. Berlagak lebih. So, hantu tu lah pula.." Aik!! Lain macam je abang ni. Aku pandang abang dengan sejuta pertanyaan.

"Kenapa abang yang excited pula ni nak adik kawan dengan hantu tu? Ke abang memang tahu siapa hantu tu ekk!!" Aku sinis pada abang. Tapi muka dia selamba je.

" Excited apa pula. Oii dik!! Abang cuma fikir adik je tau. Bilalah nak kahwin. Umur dah tua tu. Faliq adik reject, mungkin hantu ni adik suka ke kan.." kata abang lagi.

" Alaa baru 30 kut tahun depan 31tahun. Muda lagilah. Abang..!! Zaman sekarang ni tak macam dulu tau. Sekarang ni anak dara kahwin umur 35tahun okey je. Kena ada kereta ada rumah ada aset sendiri. Kan hebat namanya tu . Tak menyusahkan laki.." jelasku. Betul kut.

" Habis nak tunggu 35 lah, macam tu?!" Aku angguk.

" Peninglah cakap dengan adik ni. Nanti kalau abang yang buat keputusan, jangan nak bantah tau.." Aku bangun dan kemas semua. Cuci pinggan dan mangkuk. Aku biarkan je abang membebel sorang. Aku gelak kecil.

"Relax lah abang.. Dah jom. Kita tengok tv ye. Jom.. jom..!!" Aku ambil hati abang.

" Tulah kalau dicakap. Relax.. Relax..!! Tak faham betul lah..!" Aku gelak lagi. Aku tolak abang ke ruang tamu. Malas nak dengar abang membebel. Aku duduk tegok tv pula. Diam je. Kalau dilayan abang ni. Kang tak sudah membebel. Asyik suruh aku kahwin je.  Bosanlah..

Aku ambil handphone. Ada lagi whatsapp.

" Saya cuma nak Cik Aliaa Sofea je. Taknak orang lain.." Aku berkerut. Gilalah dia ni. Hmm..

" Tak ada orang lain ke whatsapp saya ni.
Asyik awak je. Setiap hari, setiap jam. Tak bosan ke?!" Balasku.

" Aik!! Tadi kata dah dimiliki. Kekasih awak tak whatsapp dengan awak ke?! Atau hanya saya sorang je yang whatsapp awak ni.." Glupp!! Telan liur aku. Kan kantoii.. Aku tepuk dahi sendiri.

" Malaslah nak layan hantu ni. Okey bye!!" Last whatsapp dari aku. Aku letak handphone.

" Abang oh Abang..!! Abang marah adik ke?!" Aku mencebik. Tengok muka abang serius je. Berkerut je muka. Bengang dengan akulah tu.
Aku panggil pun dia tak jawab.

"Abang.. Janganlah marah. Adik gurau je . Bukan adik taknak kahwin pun tapi belum sampai seru. Bila dah sampai seru nanti, mesti kahwin punyalah.. " Aku pujuk abang. Ingat senang ke nak kahwin. Hmm..!!

" Iya abang tahu.." jawab abang. Muka masih ketat. Aku pun buat selamba jelah.

"Adik nak masuk tidur.."pintaku sambil tangan mencapai handphone diatas meja dan terus melangkah.

Melabuhkan badan dikatil. Bosannya. Perut dah kenyang, mata pula semakin segar. Bosannya..!! Tak tahu nak buat apa. Hmm..!!

" Lalalalalaaaa.." Aku bernyanyi kecil. Layan perasaan yang pelik-pelik ni. Aku memandang syiling putih. Pandang kanan pandang kiri. Tolonglah mata, tolonglah ngantuk. Huhu!! Tak lama whatsapp lagi masuk. Ni mesti si hantu tu lagi. Aku ambil handphone dan buka aplikasi whatsapp.

"Aliaa.. Esok breakfast dengan saya ya.
Tunggu saya sampai, ok!"

Bukan hantulah tapi Encik Boss. Tak pernah pula Encik Boss bagi whatsapp dekat aku malam-malam buta ni. Mengigau kut.

"Ok set!! Encik Boss tak tidur lagi ke?!"

" Tak ngantuk lagi.
 Awak pula apasal tak tidur lagi.
Dah dekat jam 12 ni..."

"Pun sama.
Tak ngantuk lagi.." balasku.

"Rindu saya ke?!" Aik!! Suka-suka je dia.

"Eeee.. Tak ada kerja ke nak rindu Encik Boss?!"

"Hahaha.. Manalah tahu kan.
Tiba-tiba saya pula rasa rindu bebelan awak.."
Apa???? Jangan macam-macam.

"Okey!! Esok saya membebel tapi jangan complain pula ye..!"

"Hahahaha..!! Dah pergi tidur. Jumpa esok ya!! Saya pun nak paksa tidur juga ni, mana tahu esok bangun terus dapat pinang awak ke, kan!!"  Amboii Encik Boss ni. Lebih nampak.

"Banyak cantikk!! Good nite!!" Aku senyum. Macam-macamlah boss aku ni. Ada lagi whatsapp masuk. Kenapa busy pula aku malam ni.

Si Hantu pula dah....

" Dari mata turun ke hati,
Timbul lah rasa kasih,sayang dan cinta,
Terimalah kasihku, terimalah cintaku,
Keranaku tahu, kaulah yang terindah..
-Aliaa Sofea-"

Ayat dia ni kan, macam ku tahu je siapa gerangannya. Tapi tak mungkinlah.  Faliq ke!? Ish!! Tak.. Tak..!! Sebab Faliq bukan reti nak bagi ayat-ayat macam ni. Adalah juga dia bagi tapi dari lirik lagu. Dia copy paste je. Tapi entahlah.

Tapi kan.. Hmm.. Iyalah kan.. Faliq kut. Kenapa aku tak terfikir sebelum ni ek. Tapi betul ke Faliq? Tapi bila dapat whatsapp dari si hantu ni, aku macam tenang je pula. Macam selesa pula. Eh!! Dah kenapa pula ni. Macam-macam aku fikir. Menjadi tanda tanyalah. Apakata aku tanya. Tengok apa jawapan dia.

" Mata kera, mata tapir,
Pejam mata, lebih baik tidur.." terus sent. Ya Allah!! Yang aku pergi balas pantun tu kenapa. Aku nak tanya dia lain, aku pergi hantar lain. Ting tong malam-malam. Hahaha!! Aku gelak besar.

" Hahaahaa.. Lawaklah awak ni.." cepat je dia balas.

"Cop.. cop..!! Saya nak tanya.
Awak ni Faliq Alfie bin Kamaruddin kan?!" Tanyaku.

"Siapa Faliq Alfie bin Kamaruddin tu?"

"Aik!! Saya tanya awak. Awak pergi tanya saya balik tu dah kenapa?!"

"Iyalah. Dah saya tak kenal. Saya tanyalah." Katanya.

"Iya ke tak kenal?! Awak ni Faliq ni kan?! Jangan nak tipu, munafik tau tak!!"

"Kenapa awak ingat saya Faliq?! Boleh tahu?!"

"Taklah. Cuma gaya ayat awak ni, dan dari hati saya kata awak ni Faliq. Betul kan Faliq kan ni..!!"

"Bukanlah. Kalau saya Faliq Alfie, buat apa saya nak berkenalan dengan awak. Dah sah awak kenal. Siapa Faliq Alfie tu?!" Betul juga kan. Hmm.

"Tak perlu tahulah. Okey tak apa! Kalau sampai saya tahu awak adalah Faliq Alfie. Siap ye..!!"

"Awak nak buat kalau saya ni adalah Faliq Alfie?!"

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Sibuk je.."

"Atau awak sebenarnya rindu Faliq Alfie tu sampai ingat saya adalah dia. Betul tak?!" Dia jerat aku pula.

"Kalau saya rindu dia pun. Bukan masalah awak. Okeylah bye. Selamat malam Hantu..!!"

Aku terus campak handphone ke bantal. Duduk termenung. Faliq Alfie. Rindu? Huhu.. Kenapa ingat dia ni. Kenapa hati ni rasa dekat dengan dia. Aku tak boleh tipu diri sendiri. Kali ni aku tewas dengan ego aku sendiri. Iya..!! Aku kalah dengan hati sendiri.  Iya Faliq..!! Aku rindu kau!! Rindu serindu-rindunya.

"Oh angin..
Kau kirimkan kalimah kasihku,
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi,
Biarpun sekadar cuma,
Memujuk hati,
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini.
Biarlahku bersendirian,
Terkurung dalam kenangan silamku,
Biarlah aku,
Menahan rindu.. "

Akhirnya.. Ego tertewas!! Rindu bertandang!! Kasih,sayang dan cinta?? Macam mana?? Masihkah?? Ada peluang dan ruang untuk Faliq?? No comment!!  Tak semestinya rindu perlu cinta. Seeloknya..

Bila rindu seseorang, doakan untuknya dan bacakan al fatihah untuknya agar dia juga merindui kita jua.. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku