Kerana Janji
Bab 173
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






" Aliaa... Aliaa..!!" Jerit Kak Intan panggil aku.  Terhenti langkah aku sekejab. Aku menoleh padanya. Kak Intan berlari anak ke arah aku diikuti Naim. Dah kenapa mereka ni. Cuak semacam je.

" Kenapa ni?" Tanya aku berkerut.

"Ada hal penting nak bagitahu kau ni.. " kata Kak Intan mengurut dada. Termengah-mengah kejar aku.

"Ye beb.!! Sangat-sangat penting..!" Sambung Naim pula.

"Apa yang penting sangat? Cakaplah.."

" Tak boleh cakap dekat sini. Bahaya!! Jom.. Jom ke dapur.!" Ajak Kak Intan.

Aku masuk dalam bilik. Keluarkan handphone dari dalam handbag kemudian aku simpan handbag dalam laci. Aku sempat lagi buka handphone. Seperti hari biasa, setiap pagi akan ada whatsapp dari si Hantu. Aku baca.

"Assalammualaikum Cik Aliaa Sofea..
Hari ini akan menjadi hari yang indah dari semalam. Dan, kenangan ini akan menjadi lebih bermakna dari kenangan semalam. Kau adalah cahaya menerangi hidupku..
 Salam rindu, salam sayang..!!

Serta-merta aku senyum. Siapalah kau ni hantu, tapi aku tahu kau adalah Faliq Alfie. Tak apa, nanti kau akan muncul juga kan. Aku tunggu kehadiranmu. Sebab aku pun rindu kau wahai hantu a.k.a Faliq Alifie. Tapi kalau bukan Faliq macam mana? Hahaha.. Entahlah.. Aku mengeluh kecil dan terus bangkit. Keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Ni lagi satu kes, entah apalah pula hal pentingnya yang mereka nak cakapkan ni. Layankan jelah.  Aku mendengar suara Kak Intan, Naim dan Mira di dapur. Bergosiplah tu. Aku terus je masuk. Aku duduk di sebelah Naim.

"Amboi rancaknya berbual. Pagi-pagi dah bergosip ni. Apa kes?!" Aku tanya.

" Ni bukan sebarang gosip beb. Ini gosip pasal kau tau.."jawab Naim. Aku senyum jelah. Dah lali dah dengan gosip ni. Malas nak ambil port.

" Iya Aliaa.. Hot spicy lah. Pedas, panas, hangat, hangit. Semua ada.." Sambung Kak Intan lagi. Aku dan Mira gelakkan. Dia punya semangat nak bergosip memang excited gila.

" Okey!! So, ceritalah. Apa yang penting sangat dan gosip apa yang hot sangat tu.." Aku setia mendengar.

" Ni.. Akak dan Naim tadi naik liff. Kecoh satu liff tu kata kau bercinta dengan Encik Zack. Ada pula yang cakap, diaorang nampak Faliq berjumpa dengan Encik Zack dekat lobi kelmarin. Katanya ada sebut nama kau. Tegang katanya.." Aku senyum je.

" Kelmarin saya balik awal kan. Alaa.. cerita biasa je pun. Lagipun dah diaorang berkawan kan. Faliq tahu saya P.A Encik Boss dan Encik Boss pun tahu saya pernah bersama Faliq. Biasalah tu Kak.." kataku. Malas nak panjangkan cerita.

" Tak beb.. Sekarang kau dengar pula dari Mira.  Kau dengar dulu.. Ha Mira.. Cepatlah cerita.." Naim pula sambung. Aku pandang Mira.

" Iya Cik Aliaa..  Ni saya cerita dari apa yang suami saya cakaplah ye sebab Encik Faliq cerita dekat dia. Macam ni..." Mira pun cerita semuanya dari A sampai Z. Memang detail. Aku dengar dengan tekun sekali. Kak Intan dan Naim pun dengar juga. Sesekali menyampuk. Aku buat selamba je. Tapi sebenarnya dalam hati memang terkejut. Memang tak sangka dan tak duga. Tapi.. Ah! Biarlah. Malas nak fikir. Sebab aku anggap Encik Boss pun tak lebih dari seorang majikan dan kawan. Dan Faliq, dia tetap kawan aku. So, dua-dua sama je kut. Cuma Faliq special sikitlah. Tapi Encik Boss?! Ish!! Takkan sampai macam tu sekali kut. Aku tengok dia cool je, kuat bergurau. So, apa yang dia cakap selama ni pun aku anggap satu gurauan jelah. Selebihnya memang tak pernah terfikir. Tapi entahlah kan.. Tu yang malas nak baik-baik dengan orang ni. Kadang kebaikan kita disalahertikan. Aduhai... Satu lagi masalah datang. Ingat dah habis dah. Memanglah lumrah kehidupan. Akan sentiasa ditangani dengan masalah dengan dugaan dan ujian silih berganti. Tak apa.. Setiap dugaan dan ujian itu Allah datangkan kerana Allah sayang aku. Allah tahu kemampuan aku untuk hadapi. Aku yakin dengan hikmah disebalik ini semua.

"Biarlah. Saya malas nak fikir. Malas nak ambil port dah bab-bab semua ni. Redha jelah." kataku.

" Mana boleh biarkan Aliaa oii. Mahu kang bergaduh mereka tu.."

" Tak apa. Abang saya kan ada. Dia boleh jadi pengadil yang adil dan saksama. Dah nama pun Adil. Mesti Adil punyalah. Hehe"


Aku bergurau. Diaorang pula yang risau, aku relax je kut. Baiknya lah kawan-kawan aku ni. Tengah berborak, tiba-tiba muncul Nina dengan membawa sejambak mawar putih.

"Cik Aliaa... Ni untuk Cik Aliaa.." Semua mata tertumpu pada Nina dan kemudian ke arah aku pula. Aku mengambil jambangan bunga itu dari Nina, mereka semua perhatikan je. Aku ambil kad ucapan kecil di sebalik kuntuman bunga. Cantik gubahannya.

"Untuk awak yang selalu buat saya tersenyum..
-Encik Boss-"

Aku tercengang. Tak pernah Encik Boss bagi bunga dekat aku, inilah pertama kali. Aku pandang Naim, Kak Intan dan Mira.

" Kenapa? Dari siapa tu? Biasa bunga merah tapi ni putih pula.."Tanya Naim. Aku angkat bahu dan mengeluh. Kad ucapan itu ku beri pada Naim. Bagi Naim baca.

" Oh my god!! Beb..!! Kau nampak tak? Betul tak kami cakap.. Faliq macam mana beb? Kasihan dia.."Terbeliak mata Naim membaca. Aku senyum je. Kad itu diberi pula pada Kak Intan dan Mira.

" Kan.. Kan..!! Hmm.. Tapi kan Aliaa, akak lagi suka kau dengan Faliq tau. Dengan Encik Boss ni macam tak sesuailah.. Kan korang kan..!!" Naim dan Mira mengangguk tanda setuju.

"Betul tu Cik Aliaa. Encik Faliq tu romantik tau, Cik Aliaa dengan dia macam pinang dibelah dua. Sweet couple.." sambung Mira pula.

" Dengar sini. Korang tahu kan saya dan Faliq dah putus. Tak salah kalau kami terus berkawan. Dan, Encik Boss tu pula majikan saya. Tak lebih pun dan tak akan jadi lebih sebab saya anggap dia kawan juga. So, dua-dua kawan. Jelas tak?!" Terpaksalah aku mengaku. Mereka angguk.

" Bukan apa Aliaa, kami ni prihatin dekat kau. Kami tahu Faliq tu masih sayang dekat kau. Tapi Encik Boss pula nak sailang. Tu yang kami emosi terlebih ni. Sorry tau..!!" Lembut suara Kak Intan. Aku senyum. Aku faham maksud mereka.

"Iya Cik Aliaa.. Cik Aliaa jangan marah tau. Kami bukan nak masuk campur tapi kami nak Cik Aliaa happy. Masa Cik Aliaa dengan Encik Faliq dulu. Cik Aliaa happy dan bahagia je. Ceria je..!" Sambung Mira. Dia memang tahulah semua dari Nizam. Naim mendiamkan diri. Dia tak komen apa-apa pun tapi confirm lah dia akan tanya aku personal nanti.

"Tak marahlah. Saya hargai Kak Intan dan Mira dan semua sekali dalam office ni. Saya tahu korang memang prihatin dan baik dengan saya. Terima kasih tau..!!" Aku beri senyuman manis.

Tut...tuttt...!! Handphone berbunyi. Nama Encik Boss tertera. Aku terus jawab.

" Dah dapat bunga?!" Tanyanya terus.

"Iya sudah. Terima kasih..! Kenapa tiba-tiba.  Tak ada angin tak ada ribut Encik Boss bagi bunga?!" Mereka semua mendengar dan semua fokus pandang aku.

" Sebagai tanda terima kasih saya. 10minit lagi awak turun  ya. Saya tunggu dekat lobi."

"Breakfast dekat cafe jelah ye. Saya nak makan kuih serimuka. Boleh?!" Pintaku.

"Baru nak ajak makan dekat hotel.."

"Taknaklah. Kalau Encik Boss nak makan dekat hotel, Encik Boss pergilah sendiri.."

"Tak apalah. Cafe pun cafe lah. 10 minit lagi saya sampai.."

"Okey!! Saya tunggu.." Aku terus matikan talian. Aku pandang mereka bertiga. Dan senyum.

" Apapun.. Terima kasih tau Kak Intan, Mira dan kau beb. Sayang semua!! Cuma sekarang ni saya malas nak fikir. Biarlah semuanya Allah yang tentukan. Doakan yang terbaik untuk saya.. Okeylah! Nak breakfast dengan Encik Boss. Kang lambat dia membebel pula. Jom nak join tak?!" Kataku. Dan pelawa mereka.

" Sama-sama.. Eh!! Tak apa. Pergi dulu.."aku angguk. Aku dengan membawa bunga tadi terus meninggalkan mereka. Aku geleng kepala. Bunga ku letak atas meja. Dan terus berlalu.

Aku hanya bawa handphone je. Berlenggang kangkung. Keluar saja dari pintu liff aku nampak Encik Boss berjalan menuju ke tangga dan aku menuruni anak tangga. Kami berjumpa di tengah-tengah dan terus menuju ke cafe. Masuk ke dalam cafe, ramai orang. Aku ambil kuih serimuka dan bingka tepung. Air pula macam biasa. Nescafe suam. Aku terus mencari  meja kosong di bahagian tengah cafe. Duduk sendiri sementara menunggu Encik Boss. Termenung sekejab. Perlukah aku tanya mengenai perjumpaan Encik Boss dan Faliq? Hmm.. Ish!! Tak payahlah. Itu hal orang lelaki. Aku taknak tahu. So, diam-diam sudah.


Encik Boss duduk dihadapanku. Meletakkan pinggan berisi nasi lemak dan air teh tarik.

"Makan kuih je ke?!" Aku angguk. Terus melayan kuih serimuka ini.

" Suka tak bunga tu?!" Tanyanya.

" Iya suka. Terima kasih banyak-banyak!!" Aku senyum. Tapi sebenarnya macam tak selesa pula bila dah tahu semua tadi. Hmm.. Abaikan!

" Sama-sama kasih. Awak ni banyak ubah saya tau.." katanya.

" Ubah Encik Boss?! Saya rasa saya tak buat apa-apa. Saya kerja macam biasa je."

" Memanglah tapi hakikatnya awak banyak ubah saya. Dari saya seorang yang tak reti senyum dah senyum sekarang. Dari seorang yang tegas, sombong, berlagak dengan staff sekarang dah mesra dengan staff. Kerja saya pun tak stress, kerja relax je. Awak banyak tolong saya.."jelasnya lagi. Aku senyum.

" Itukan dah tanggungjawab saya dalam berkerja. Mana yang baik datangnya dari Allah mana tak baik itu dari diri saya sendiri.. So, tak ada hal lah.." jujurku berkata. Encik Boss senyum je.

" Sebab tu saya suka awak.!!" Selamba dia bercakap. Aku dah tak terkejut pun. Aku buat dengar tak dengar je. Hanya senyum dan senyum.

" Kalau saya cakap, saya suka awak macam mana? Rasa macam dah terpikat pula pada awak Aliaa.." tanyalah lagi. Dia merenung aku. Aku meneguk air nescafe. Biasa je. Bersahaja je.

" Hmm.. Itu hati masing-masing. Cuma saya boleh cakap, saya hormat Encik Boss sebagai majikan saya. Itu saja.." jawabku jujur dan senyum.

" Itu je?!"

" Iyalah. Habis nak macam mana?!"

" Tak lebih dari majikan? Maybe ada feeling dekat saya ke?!"

" Hahahaa.. Apa Encik Boss merepek ni. Lawaklah.." Aku gelak besar.

" Lawak?! Saya seriuslah Aliaa.."

" Tak payah nak serius sangat ye Encik Boss. Hahaha..!! Dah cepat makan, sebab saya nak siapkan proposal semalam yang tak siap lagi. Kang kalau tak siap Encik Boss membebel dekat saya. Malas saya nak dengar. Naik bernanah telinga saya kang.."Aku sengaja tukar tajuk perbualan. Taknak berbual bab hati perasaan. Malas..!!

" Amboiii ... Kalau awak yang membebel saya dengar je walaupun macam nak meletup telinga ni.."

"Siapa suruh dengar. Saya tak suruh.. Haahaha!!" Sambung aku gelak lagi. Encik Boss senyum je.

"Awak ni kan, gelak memanjang. Macam tak ada masalah je kan.. Bagi tips sikit.."

" Habis takkanlah kalau ada masalah tu nak meratap masalah, sedih, nak stress semua. Bukan boleh settle masalah pun. Lebih baik gelak dan carilah jalan penyelesaian.."  jawabku spontan.

Encik Boss mengangguk. Aku habiskan minum air nescafe ni. Dalam cafe ni pun ada juga yang memerhati dan berbisik sesama mereka. Tak habis-habis bergosip. Selamatlah aku ni jenis tak ambil port. Kalau aku ni jenis cepat melenting, mahu ada yang kena penampar percuma. Hmm.. Biasalah manusia. Selagi ada cerita, selagi tu ada gosip. Bak kata abang. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. Pesanan tu aku sentiasa ingat. Tapi kalau melampau sangat. Nak taknak bukan makan penampar tapi makan penumbuk. Biarlah orang nak cakap apapun. Nak gosip, silakan. Bagi aku pahala banyak-banyak ya. Yang penting aku bahagia dengan cara hidup aku. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku