Kerana Janji
Bab 174
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
77

Bacaan






Kami melangkah keluar dari cafe. Jalan beriringan. Hari ni cuaca redup je. Seronok pula rasa.

"Awak naik dululah. Saya nak ambil barang dekat kereta sekejab.. " kata Encik Boss dan terus berlalu pergi. Aku jalan perlahan-lahan sambil memandang ke sekeliling. Membalas senyuman pada mereka yang senyum padaku. Aku memperbetulkan tudung. Macam sengetlah pula.

" Cik Aliaa Sofea...!!" Langkahku terhenti apabila terdengar suara seorang lelaki memanggilku. Perlahan-lahan, ku menoleh ke belakang. Mataku terpaku pada susuk tubuh yang tegap dan tinggi. Senyum manis padaku. Aku terdiam sebentar. Mata bertentangan mata. Seperti ada satu cahaya terpancar ke dalam anak mata kami lalu terus menusuk ke hati. Angin bertiup sepoi bahasa, seperti menyampaikan sesuatu padaku. Serta-merta setelah sekian lama. Terukir senyuman ikhlas dari bibirku. Wajahnya berseri melihat senyumanku. Aku masih terpaku kaku. Ditengah-tengah lobi, bersaksikan orang ramai yang lalu lalang dan bersaksikan security bangla yang melihat dari atas tangga. Senyum melirik pada kami. Faliq menghampiriku. Jantungku berdengup kencang. Perasaan ini kembali lagi seperti dahulu. Menghulurkan setangkai mawar merah padaku. Aku dan dia masih lagi bertentangan mata tidak berkelip. Senyum masing-masing. Aku mengambil mawar itu dan terus menghidu. Harumnya. Tiada sepatah kata pun dari mulutku. Membisu.

" Cik Aliaa Sofea sihat?!" Tanyanya.

"Alhamdulilah sihat walafiat.. "

" Syukurlah. Salam Perkenalan dari saya.."

" Jadi.. Betullah awak ni si Hantu yang ganggu saya tiap hari tu?!" Tanyaku pula. Masih senyum.

" Hahahaa..!! Ingat tak?! Kan saya pernah cakap. Saya hantu raya yang sentiasa ada dalam diri awak dan sentiasa bersama awak setiap waktu..." jawabnya. Pun senyum lebar.

" Bijak permainan awak kan. Ini mesti plan dengan abang saya kan..!!" Teka aku.

"Hahaha..!! No komen.." Dia gelak besar. Dah lama tak dengar gelak dia ni. Aku pun gelak juga. Kami masih lagi terpacak di tengah-tengah lobi. Mereka yang lalu melihat kami tersenyum saja. Malu pula aku jadinya.

" Saya rindu awak Aliaa.. !!" Katanya lembut. Aku hanya mampu tersenyum. Mata dia masih lagi menatap wajahku. Bersinar. Memang senyum lebar kami. Tiada sepatah kata pun aku keluarkan ketika itu. Mungkinkah hati kembali bersatu? Rindu bertandang.

"Aliaa..!!" Pandangan kami beralih pula pada Encik Boss. Mematikan kisah hati. Bila masa pula dia sampai ni. Tak perasan pula aku. Dia memandang aku dan memandang Faliq pula. Serius . Terus airmuka Faliq berubah. Semakin laju jantung aku berdegup. Encik Boss sempat melirik pada bunga mawar merah yang aku pegang erat. Alamak!! Senyap sunyi kami. Faliq masih pandang aku. Tapi senyuman tiba-tiba hilang.

"Jom..!! Kita ada meeting kan. Sekarang!!" Arah Encik Boss. Betul-betul serius. Takut!!  Langsung tidak bertegur dengan Faliq. Aku pula jadi serba salah.

" Saya pergi dulu. Terima kasih bunga ni. Bye!!" Kataku dengan senyuman.

" Okey bye!!" Faliq senyum. Aku terus mengekori  Encik Boss. Dalam liff, senyap sunyi. Encik Boss pun tak cakap apa-apa dan aku pun senyap jelah. Aku menghidu haruman mawar merah. Rindu dengan mawar merah pemberian Faliq. Aku perasan, Encik Boss perhatikan aku je. Aku buat selamba jelah. Fokus pada bunga ni. Aku tahu, ni mesti mawar merah dari pokok Makcik Asmah. Kalau setangkai macam ni memang Faliq petik punyalah kecuali kalau dia bagi bunga sejambak. Itu dia beli. Aku dah faham sangat dah. Hehe..!!

Apabila pintu liff terbuka. Aku dan Encik Boss terus keluar. Encik Boss serius je pula ni. Dah kenapa?!

" Encik Boss.. Kita ada meeting apa?! Nak gerak sekarang ke?!" Tanyaku ingin kepastian.

"Meeting petang lepas lunch. Awak siapkan proposal cepat dan kemudian bawa ke bilik saya.." katanya serius.

"Okey!!" Aku angkat bahu. Encik Boss masuk ke biliknya dan aku pun masuklah ke bilikku. Bunga mawar merah ni aku masukkan dalam pasu kecil dan letak disebelah potretku. Manakala jambangan bunga dari Encik Boss aku letak dalam pasu dibelakang atas meja. Cantik.. Putih..!!  Memang cun. Dan tak kurang mawar merah ni yang sentiasa dihatiku.


Aku pun mulalah menghadap laptop dan proposal yang kena siapkan. Sikit je lagi. Aku terfikir.

"Tadi dekat bawah Encik Boss cakap ada meeting, sekarang!! Sampai atas cakap meeting lepas lunch pula. Pelik. Tapi tadi dekat bawah, kenapa dia dengan Faliq tak bertegur ek!. Sebelum ni okey je. Siap perli-perli aku lagi. Masalah ni masalah. Jangan pula sebab aku sudah. Ni yang tak suka ni.. Huh!! Pusing-pusing kepala.. Nasib kaulah Aliaa..!!" Aku mengeluh sendiri. Dan sambung menaip.

Malas nak fikir. Malas nak fikir. Nak cari bakal suami pun payah. Kalau macam nilah gamaknya. Lama-lama nanti, semua aku tak pilih. Aku balik kampung tanam pisang lagi bagus. Ada gak hasilnya dan buat pengumuman.  Siapa orang kampung  yang nak masuk meminang aku. Silakan di interview oleh abang aku. Hanya orang kampung sahaja!! Hahaha!! Gilalah aku. Merepek tak tentu pasal. Aku gelak sendiri.

" Amboii.. Happy nya kawan aku ni.." Muncul Naim dimuka pintu. Dan terus duduk dihadapan aku.

"Biasalah. Nak sedih buat apa. Kena happy lah kan.." jawabku. Sambil tangan ligat menaip.

"Beb.. Cuba kau terus-terang dengan aku. Kau sebenarnya ni memang dah tak boleh terima Faliq lagi ke?!" Tanya Naim serius. Aku berhenti menaip dan pandang dia.

" Aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu. So, no comment!" Aku senyum dan sambung lagi menaip.

" Memang dah tak ada peluang ke untuk dia? Kau dah tak sayang dia?!" Tanya Naim lagi.

" Memang aku rindu dia dan sayang dia juga. Tapi.. Tak bermakna aku rindu dan sayang tu aku kena terima dia. Tak kut Naim. Sama juga dengan. Memaafkan boleh tapi melupakan bukan mudah.." jelasku.

" Tapi dia sayang kau Aliaa.. Cinta dia kuat dekat kau. Dulu, dia tunggu kau, setia dengan kau masa kau dengan si Wan. Sekarang dia terpaksa fight pula dengan Encik Zack. Lagi hebat saingan tu. Alaa beb.. Salah dia kecil je kut. Sudah-sudahlah tu. Terimalah dia. Walaupun korang dah putus, tak ada pula dia cari girlfriend lain ke, rapat dengn perempuan lain ke. Tak pun!! Bermakna dia memang setia 100% dengan kau, jujur dan nak kau jadi bini dia beb.. Percayalah cakap aku beb..!!" Panjang lebar Naim bercakap. Aku terus menaipkan.

" Tahu..!!"

" Aku tahu hati kau, perasaan kau. Kau pun macam Faliq juga. Kalau dah sayang, sayang sampai penghujung. Macam dengan Wan dulu. Tapi kau tu keras hati sangat, ego sangat. Kau saja nak menguji Faliq, nak tengok sejauh mana dia betul-betul nak kau kan. Boleh nak menguji tu beb, tapi jangan terlalu lama. Nanti dia pula yang lari, dah engkau pula yang mengejar. Padan muka!!" Aku membeliakkan mata pada Naim.

"Amboi sedapnya mulut kau bercakap. Eh Naim.. !! Tapi kalau aku dengan Encik Boss pun okey juga kan. Dia boleh tahan hensem, kaya, baik, cuci kaki je aku kang.. Kau rasa?? Hahaha!!" Aku menutup fail proposal. Siap!! Sandarkan badan dikerusi dan melayan kawan aku sorang ni. Bergurau.

"Ceh kau ni kan.. Boleh tahan demand.. Apa kau ingat Faliq tak ada semua tu. Belum tentu anak Dato' tu setia dan jujur macam si Faliq tu makcik oii. Kut-kut, scandal je banyak. Iyalah anak Dato' kannn..."Aku gelak kecil. Dasyat betul memikiran Naim ni.

"Kenapa korang tak suka aku dengan Encik Boss tu ek!!"tanya aku.

"Bukan tak suka tapi sebab kami tengok Faliq tu bersungguh-sungguh nak kau. Ni aku yang tahu semua ni. Saksi percintaan korang. Macam-macam dia buat sebab nak pikat kau. Lagipun, dia baik kut. Tak sombong dan mesra alam dengan semua. Kami selesa dengan dia. Tengok kau dengan dia. Rasa kami pula yang bahagia. Tak macam Encik Boss tu. Masuk office je sombong, berlagak. Kalau tak sebab kau, aku rasa sampai sekarang ni dia tetap sombong dan berlagak dengan kami tau tak?!" Jelas Naim excited bercerita. Aku gelak lagi.

Tuk.. tukk!! Pintu diketuk dan terus dibuka. Encik Boss memandang kami. Serius. Kami terdiam. Muka Naim terus berubah. Cuak.

"Aliaa.. gerak sekarang..!!" Arah Encik Boss. Aku senyum dan mengangguk. Kemudian, dia tutup pintu semula dan pergi.

"Alamak beb!! Dia dengar tak aku cakap tadi. Matilah nakkkk!!" Serba-salah Naim jadinya. Muka risau je. Aku angkat bahu, ambil handbag.


Dan ambil fail. Aku minta izin Naim nak keluar dulu. Naim mengekori aku. Masih dalam keadaan risau. Aku gelakan je. Aku keluar office, Encik Boss dah turun tiada di liff. Aku menekan butang liff dan apabila pintu terbuka, aku terus masuk. Sampai je, aku terus menuruni anak tangga dan berjalan laju ke kereta Encik Boss. Peliķ juga Encik Boss ni, tadi kata meeting lepas lunch. Ni baru jam 12.10 tengahari, dah ajak keluar. Biasa lepas lunch tu sekitar jam 2.00 petang. Hmm.. Ikut jelah. Aku terus masuk ke dalam kereta. Dia langsung tak senyum. Tak macam biasa. Ish!! Dah kenapa pula dia ni.

"Encik Boss.. Encik Boss kata meeting lepas lunch. Ni baru jam 12.10 tengahari kut.." tanya aku. Dia senyap je. Aik!! Pelik.

"Ooo Encik Boss..!! Kenapa tiba-tiba sunyi sepi je ni, saya rasa macam duduk dalam gua jelah. Atau Encik Boss datang bulan ek.. Tukar bulan ekk..!! " kataku ambil hati dia. Tapi dia tak layan juga.

" Okeylah..!! Kalau Encik Boss sunyi sepi. Saya pun sunyi sepi jugalah. Biar dua-dua sunyi sepi. Aman dan damai. Macam orang bisu.. "Aku merungut sorang-sorang. Ikut mood dia je, gedik betul. Aku pun buat muka. Sengaja je. Sejauh mana dia boleh tahan tengok aku sunyi sepi. Kita lawan dengan dia. Hahahaa!! Siapa menang siapa kalah. Aku pun konon-konon buat muka serius macam Encik Boss juga.

Sepanjang perjalanan, memang sunyi sepi. Tiada perbualan tiada radio tiada segalanya. Aku pun layan perasaan jelah. Encik Boss bawa aku makan di Ole-Ole Bali, Empire Subang. Aku ikut je. Memang tak bersuara langsung. Nyaman je tempat ni. Tenang je. Setelah memesan makanan. Kami tetap berdiam. Rasa macam pelik je. Encik Boss melayan handphone nya. Muka serius, aku pun seriuslah juga. Apa dia buat aku pun buat juga. Dalam hati sebenarnya nak gelak. Tapi kawal. Nak jadi berlagak juga macam dia. Dia pandang aku. Aku buat tak tahu je. Apa! Ingat aku tak boleh berlagak ke!!

" Okey.. Okey..!! Saya minta maaf.." tiba-tiba dia bersuara. Aku memang nak gelak sakan sebenarnya. Relax.. kawal..!!

" Aliaa.. Sebenarnya macam ni.. Hmm.. Macam mana nak cakap ek!! Hmm..  Saya.. Saya... " Aku pandang dia bersahaja. Saya.. saya... Bila masa pula jadi gagap ni. Aku berkerut.

" Aliaa.. Saya sayang awak!!" Dia tepat pandang mata aku. Aku membeliakkan mata. Reaksi terkejut tapi tetap berdiam. Memek muka je.

"Saya tak tahu macam mana boleh timbul perasaan ni, sebelum ni saya anggap awak macam staff lain. Tak.. tak.. special dari staff lain. Dan disebabkan awak rapat dengan Erisya, saya anggap awak macam Erisya juga. Macam adik saya tapi entahlah makin lama perasaan ni lain pula. Tapi yang nyata saya mula sayang awak.." luahnya. Aku diam lagi. Kali ni aku pula sunyi sepi. Tak lama hidangan kami sampai. Aku terus menyedup air Lemomgrass Mojito. Lega tekak. Encik Boss masih pandang aku lagi.

" Saya tahu awak masih sayang Faliq kan. Tapi saya perlu luahkan pada awak isi hati saya ni juga. Awak terima atau tak? Itu saya tak tahu.." Aku buat selamba. Macam tak ada perasaan. Aku makan Balinese Anglio Olio ni. Perh!! Sedap!!

" Aliaa.. Cakaplah sesuatu. Jangan diam macam ni..!" Ha! Kan dia sendiri yang serba-salah. Muka minta simpati. Jujur cakap, aku memang tak ambil port apa yang dia cakap sebab aku layan makanan depan mata ni. Gila sedap!! Hahaha!!

" Aliaa..?!" Dia panggil lagi.

" Makan-makan. Silakan..!! Sedap ni" Aku terus menyuapkan pasta ke mulut. Encik Boss gelak kecil. Dia pun memulakan makan. Senyum tengok gelagat aku. Aku buat muka selamba je. Nasiblah.. Yang penting sekarang ni. Perut kenyang!!

Dalam hati, dalam fikiran sebenarnya ligat berfikir mengenai perkara ni. Aduhai.. Masalah ni. Tapi tak tunjuk perasaan serba-salah, perasaan terkejut semua. Aku cuba buat cool dan relax. Tak nak nampak serabut. Kena profesional sikit. Kalau dilayan dengan emosional, lain pula jadinya nanti.

Encik Boss dah meluah isi hatinya. Inilah yang hot spicy bak kata Kak Intan pagi tadi. Betul pun terjadi. Aku pula dalam dilema. Dalam masa yang sama, Faliq pun muncul kembali tapi hati aku masih belum sahkan siapa yang layak. Aduhai..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku